Pages

Wednesday, February 23, 2011

Maksud dan Simbolik Warna Hijau

Apakah itu warna HIJAU?

Hijau adalah Green

CINTA
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki,perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada ALLAH, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.


ISLAM
Sebenarnya, Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Dalam Al-Quran jugak banyak menerangkannya. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan sederhana serta berkembang. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan ALLAH, ia nampak semulajadi. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.


ALAM SEMULAJADI
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan, tumbuh-tumbuhan dan juga air terjun.

HARMONI
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang. Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang sama rata. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga bersifat terbuka.

PERKEMBANGAN
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

MINDA
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.

WANG / KEMAKMURAN
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan melimpah ruah. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi batin atau sifat dalaman.

PENGETAHUAN
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.

KAYU
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen kayu. Atau dekat dengan erti alam. Elemen kayu dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.

SZ : Ehem2.. Lihat blogku.. ;-p

23 360 juta komen:

AdyBudika said...

hijau itu simbolik ady dan froogy :P

cik ciput said...

Ya, blogmu berwarna hijau..

**rindukan nama green syndicate..hehe

shahjiehan said...

hijau itu indah!! hahaha.. boleh jadi kuat cam hulk! yeahahah

jom baca dan komen Camne nk buat lesen B-Full?

Muslimah Optimis said...

warna hijau adalah fav saya... kalo boleh nak semua barang warna hijau

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kalo yg tak suka warna hijau mcm mana?

mia.lia said...

nnti wat pasal warna purple pulak er?hehehe

Qaseh dalia adelia said...

Rasul kita pun suka warna hijau kan

sissyira said...

salam

warna hijau adalah warna syurga, that y i likeeee green color..... tiba-tiba rasa sedih nak tukar warna blog...

khairunnisa ♥ said...

lately suka pakai baju kaler hijau ^_^

alexa yussida said...

hijaucantik belog kak cha:D tibe2...saya suka hijau..tenang je mata tgk..tp lagi suke putih,suci..hehe:)

Ayuni said...

yeah! hijau itu cantik!

cek chun said...

kaler blog?
hah.. kaler apa?
kelam ja nih?
ada kaler ka?

mana kaler?
mana?

Hafriz Mohamad said...

Hijau itu menenangkan...
Biru itu melapangkan...

Gabungan hijau dan biru mnyerlahkan warna alam. Tenang n mndamaikan.. ^_^

ibu hidayahamin said...

~ suka hijau ~

Diya Edhayaa said...

hijau itu mendamaikn... sbb tu SAYA SUKA HIJAU.. ;)

qasehraihan said...

ijau juga adalah my peberet kaler..sama la kita wahai SZ..hehe

applemasam said...

sejuk mate tgk wane hijau...:)

RuSh D said...

suka watna hijau...sedap jer tgk...

diana said...

suka betul dia dengan warna hijau ye..

Mohamadazhan hjDesa said...

politik pun kena hijua :)

amira najwa said...

macam la famous sangat warna hijau tu.. tgk besa ja pun.. huhuhuhu..

(One) SiTi* said...

sesungguhnya hijau itu adalah my feveret

srikandi hijau senior said...

y0pe :) citarasa anda menepati kehendak saya.. muahaha~!
hijau memang mendmaikan~ that is one op thousand reason y i l0ve this kaler..