Pages

Monday, February 21, 2011

Bengkak Kelenjar

Hari Jumaat lepas aku demam. Demam sekejap, lepas tu kebah balik. Cuma bahagian leher aku terasa sakit di bahagian bawah telinga. Nak telan air liur pun perit. Kadang-kadang kesakitan tu merebak hingga kepala. Berdenyut-denyut kepala hotak aku umpama orang kena migrain. Terasa bengkak dan keras di bahagian kelenjar. Simptom apakah ini? Aku mula risau sebab adik aku pernah dibedah akibat kanser thyroid pada tahun lepas. Kebarangkalian untuk aku turut kena tu ada.

Bangun pagi tadi, aku terasa kesejukan yang teramat sangat. Sehingga aku terpaksa berselimut menggunakan toto. Ya! Aku demam lagi. Kali ni aku ajak mak aku pergi poliklinik. Sambil nak check kenapa kelenjar di leher aku bengkak dan sakit.

Sampai di klinik, doktor pun menjalankan siasatan. Mula-mula, dia check telinga aku. Dia cakap telinga macam aku susah dapat penyakit. Haha.. Gurau kasar betul doktor tu. Mentang-mentang telinga aku capang. Lepas tu dia check bengkak di leher aku. Dia cakap itu cuma jangkitan kuman di bahagian kelenjar. Cis! Sejak bila aku makan kuman? Doktor tu pun bagi la 3 jenis ubat. Antibiotik, ubat tahan sakit dan surut bengkak. Yang bestnya semua ubat tu kaler hijau. Macam tau-tau plak aku suka hijau. Heheh..

Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit. Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

bahagian kelenjar aku yang bengkak adalah di dalam bulatan tersebut

SZ : Harap-harap tu hanya sakit biasa. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Kepala aku pening! Nak sambung tidoq. Maaf.. Harap anda memahami. Salam A'laik..

39 360 juta komen:

anith chan said...

bukan apa. kuman bnyk sgtttttt tuh. hehehehe :P

p/s : get well soon :)

oshin said...

part capang tu i like , haii doktor gurau kasar nampak . Miiahhhaaa , abg awk nabil raja lawak kannn . eh sama . igt asyraf muslim je sedara ,. ngeeee;) gurau bang jgn mara haaa

m!sZ zAL!nA said...

sy mohon share kat fb erk.. kawan saya pom kena

Solihin Zubir said...

@anith chan : thanx!

applemasam said...

smoge cpt sembuh! :)

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro, merawat cepat jangan biar lama2 tu, tak kawen lgi.hehe

Woofer Storm said...

mudah2an dijauhkan ..

f_aRa_aINa989 said...

haih..jaga diri lek lok soyaman..

Nulia said...

amin ...

hehehe, saya kena kat kelenjar submandibuler kelmarin ... mama suruh minum air laut ..huhuhuhu..

loya tokak sya ni dbuatnyer ....
huhuhu....

air laut ni mksd saya air suam campur ngan garam secukup rasa ..hehehe....

Nur Misnan said...

cepat baik...
agaknya kau asik
mengunyah jer kot... hu3

Amna.Qadeeja said...

haha doktor pn berkenan ngan telinga anda ngahahaha

xdak pa aih,jgn duk risau sgt :)

nama.aku.lynn said...

hahhah..gurau kasar ye doc..adeyy..
apapun,mudah-mudahan baik2 aja..;)

Cik Miera said...

awk...get well soon ye :D

cik ciput said...

demam ka SZ..makan ubat na, semoga cepat lega..

Faeza Suhaimi said...

disebalik sakit kelenjar, rupa2nya kelenjar tu bekerja menapis jangkitan.

should appreciate it happened. apa2pun, jaga diri! :)

qasehraihan said...

hahaha...jaat doc tu gurau
moga kita semua dijauhkan dr yg bahaya2..huhu



http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/orang-bogel-dalam-kereta.html

Siti Hajar Masri said...

selamat tidur & moga cepat sihat mcm biasa..

Izan Ishak said...

get well soon solihin...

moga takde apa2 yang lebih serius ye~

LiFe KaMi said...

kesian plak mendengarnya..
semoga ko cepat sembuh,
jgn suka minum ais..:)

qyqa said...

x bole tahan gelak part telinga tuh..
huhuhu

syafakallah...

ibu hidayahamin said...

semoga cepat sembuh.

Qaseh dalia adelia said...

pergi hospital lah pakcek !
semoga cepat2 sihat ...

nub said...

kelenjar ka lovebite?

hahaha

sarah-najwan said...

semoga cepat baik solihin
mek sarah pom demam dedar ngan batuk tu..

pasni..kene byk mkn antibodi nih..

diana said...

akak pun pernah kena la..
nak bergerak pun rasa sengal2 je..kan..
semoga cepat sembuh..

efa said...

pergi check moga cpt sembuh erk

niesz said...

rajin2 sapu ubat :)

Ms sunsWeetz said...

telinga capang tu yg menyebabkan sakit kelenjar haha..*wink3x

cek chun said...

siannya dak ni..
dah makan ubat ka
gi rehat cukup-cukup
tak yah la kalut nak apdet blog nih
jaga kesihatan tu dulu

Ain Zulaikha said...

doktor boleh2 pulak buat lawak yek.. huhu tak de pa2 lah, semua mesti akan okey.. never mind, semoga sembuh cepat ok..

SITI NURSHAHIDAH BINTI ALI said...

membengkak tu x pe ag.. kelenjar leher saye bernanah teros.. ni nak cite pengalaman saye la.. mule2 ingtkan beguk,,so berubat care tradisional.. biler makin membesar dan menjadi sebesar bola tenis,,baru la g check kat klinik.. mase check tu,,doktor teros cakap soh g hospital cepat2.. macam2 ujian dibuat antaranye x-ray,ultra sound,CT scan n check darah(dua tube die amik).. last2,,pembedahan dijalankan macam sakit ni emergency..3 jam pembedahan,,nanah tu boleh dimuatkan dalam 3 test tube makmal..i hope it was a nightmare.. but,no..it is a reality..huhu :'(

zeeqazainal said...

Pernah jugak kena macam ni. Memang sakit ya amat. Bangun pagi tengok leher bengkak macam ada bola kat dalam. Huhu

otai said...

gi klinik mana?

otai said...

klinik maner?

Solihin Zubir said...

@otai : klinik berkat.. k.nerang..

orange said...

aq pun sakit macam ni jugak..peritnya bila nak telan air liur..sakit dekat kerongkong dengan telinga..dah dekat 2 minggu..tapi tak pergi jumpa doktor lagi..hehe

tapi xdak pun sintom demam dengan sakit kepala..hmm

hanafi said...

@SITI NURSHAHIDAH BINTI ALI

bila dah operate semuanya ok ker?anak saya pun macam ada kena gak bengkak tu.

IeysHa said...

@hanafi Alhamdulillah, dh ok. Makan kene jaga,nant gatal. Disbbkan sye ni pompuan,doktor tu baik. Dia buat tempat jahitan tu cantik2 n kemas2. Bila buka jahitan parut tu x nmpak sgt (warna kulit).

Bahar said...

Komennya banyak nian, sampe jutaan, kaget awak liat nye