Pages

Tuesday, February 15, 2011

Atuk Kita Dapat Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M

Salam Maulidur Rasul 1432H /2011M. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita, Muhammad SAW. Ada yang pergi perarakan Maulidur Rasul tak pagi tadi? Aku mengadap TV1 je. Tengok siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Masjid kampung aku pulak buat perarakan dan majlis sambutan Maulidur Rasul tu pada hari Jumaat minggu depan, 25 Feb. Pihak masjid jemput Mufti Kedah datang bagi ceramah pada malam tersebut. Penceramah yang sama bagi ceramah kat Putrajaya tadi iaitu Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad. Masa aku belajar kat Kolej Universiti INSANIAH dulu, aku ambik Ijazah Usuluddin (separuh jalan). Datuk Syeikh Baderudin tu pernah jadi lecturer aku. Beliau belum diangkat jadi Mufti lagi pada masa tu. Seronok bila beliau mengajar.

Lepas dengar ceramah kat TV1 tadi, saat yang aku tunggu-tunggu pun tiba iaitu Anugerah Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Kebangsaan. Nak tau jugak siapakah tokoh yang mendapat anugerah kali ini. Adakah ia akan menjadi kontroversi seperti Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah sebelum ni, yang menjadi milik Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab Tafsir Al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang diterbitkan oleh Jakim.

Enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. Beliau satu-satunya pelajar Cina yang mendapat gred 'A' dalam subjek Bahasa Arab (Komunikasi). Kepetahannya berbahasa Arab amat dikagumi. Mudah-mudahan dia akan diberi hidayah untuk memeluk Islam.

Salah seorang lagi tokoh yang sangat menarik perhatian aku tadi ialah 'atuk' kita. Siapa yang tidak kenal dengan 'atuk' kita yang selalu membuat pengumuman tarikh bermulanya puasa dan tarikh Hari Raya? Rasanya semua kenal dengan mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun. Beliau telah bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011 yang lalu setelah berkhidmat dengan jayanya selama 22 tahun.


Sesungguhnya beliau sangat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu di saat kita semua menanti di depan TV menunggu debaran bermulanya puasa dan Hari Raya. Selepas ini, kelibatnya di kaca TV tidak akan lagi kelihatan. Siapakah agaknya yang bakal jadi 'atuk' kita yang baru nanti eh? Hehe..

Tahniah kepada semua tokoh yang berjaya mendapat anugerah tersebut.

SZ : Rindu kat arwah tok (nenek).. Al-Fatihah..

39 360 juta komen:

Izamir Ridzwan said...

tahniah kepada semua penerima

Hishyamuddin said...

salam maulidur Rasul..
tahniah jugak kpd semua tokoh yg dpt anugerah..
atuk tu ttp di hati sume..hehe

shahjiehan said...

hwhehehe...atok sapa la nih....

Fairosza said...

eh nama dia wee soon yen ea?hehe ingatkan wee siew yin.kat blog tulis camtu tadi..hehe

qasehraihan said...

bila saya tgk wajah awak saya dh agak awak ni bdk blajar skolah agama..hehe..bagus2..hehe

entry awak ni pun menarik..

niesz said...

tahniah tuk semue tokoh maulidur rasul.. :)

diana said...

tak tengok pun kat tv tadi..:p

Nur Misnan said...

alhamdulillah.. tahniah untuk semua
penerima anugerah
maulidur rasul 1432H

IMANSHAH said...

eh atuk kau??haha

tahniah YM Tengku Ibrahim Ngah dan seluruh penerima

Woofer Storm said...

atuk tu ensem laa..eheehee tengok la sapa atuk kita thun ni pulak..ngeeee

alfthah,cool bro^^

Ain Zulaikha said...

aik, nanti dia tak annouce lagi ya ? dah bertukar orang ye? wah wah wah tak sabar rasanya nak puasa balik*tetibe.. salam maulud nabi solihin :)

Chenal said...

kira tahun nie org baru la buat pengumumam mohor2 besar...
"Beliau ramai peminat" bla time nak raya...hahah

The Crow Empire said...

Peh... malu. PMR sy pun 'C' dalam Bahasa Arab (komunikasi). sob2.. Malunye..

Tahniah pada atuk pengumum raye. yeay! keh3..

(^___^)

Woofer Storm said...

bro,baru tahu psl zack Z. ni..thank ye^^

mizzura said...

salam maulidur rasul..ingatkan atuk betul tadi..ahah..

fadhdeela said...

tahniahh..
sama masa zaman kanak2 dulu suka tgk atok nie..deela pun panggil dia atokk hihi

Meh singgah: Betul ke kuda leh stim tgk manusia???

Solihin Zubir said...

ehehhe.. makaseh suma..
say gudbye pada 'atuk' kita.. heheh..

Cik Miera said...

hihi ingatkan atuk betul die tadi..haha pape pun suka atok tu..

Miss Red said...

atuk yang buat kita berdebar2 time nk samabut raya..n then bila atuk tu buat anouncmeent...kedgaranla bnyi meriam n mercun sana sini..btw..congratz semua....:)

Cma Shiema said...

tahniah utk atuk..

salam maulidur rasul sz..

echah mashuri said...

dari kecik2 lagi kita seronok dgr kn pengisytiharan raya tuh.sape pulak tahun ni ye

Muhammad Syahmi Sabidin said...

'Tok Solihin' pula bila nak terima anugerah...? Mudah2an...

nub said...

tok ceq 2 ari lepas baru meninggai...

al-fatihah....

Izan Ishak said...

cam dah lain pulak kalau atuk kita tak buat pengumuman raya tu kan~

nama.aku.lynn said...

suka atok ituuu..;)

♥ manje ♥ said...

tahun ni dah takde kelibat 'atuk' tu lagi... sape yg ganti agaknya... ~

ct kamila said...

laa, ingat atok btol td.. hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

yes pak engku yg selalu announce raya..
semua bakal merindui beliau:'))
tahnniah buat penerima anugerah yg lainnya:) mereka deserved it!

leyzajamil said...

iya2 la sy ingt atuk awk yg dpt..eh ni atuk sy la!!

Siti Hajar Masri said...

wah..tahniah2..pakcik sy pun dapat anugerah perdana..

cik ciput said...

tahniah kepada atuk..sy pasti merindui suara atuk membuat pengumuman puasa dan raya..huhu..

**cik ciput membesar penuh keriangan mendengar suara atuk buat pengumuman raya!hehe

mie said...

salam maulidur rasul..
banyakkan berselawat ...

nuriz said...

salam maulidur rasul solihin, masih awal lagi kan nak ucap hehehe

efa said...

alahai tak tgk tv smlm sibuk.. tahniah pada YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah.windu suara dya la time puasa+dekat2 nk raya huhu...al fatihah utk arwah tok SZ

KELI OH KELI said...

AL-FATIHAH pada yg telah meninggalkan kita..
semua tokoh-tokoh di atas adalah insan terbilang...huhu....nk rayaaaaaaaaaaaa.....
DiNgIn SalJi Si IkAn KeLI"

Mohamadazhan hjDesa said...

haha, untungnya atuk kita ni. memang kenangan betul teringat muka atuk kita tu.hehe

Amna.Qadeeja said...

waahhh,tahniah tuk atok ! skela ngan beliau nih dr kecik smpaila sy besar pnjg heee

btw,salam maulidur Rasul pak cik solihin ! :)

ciknabil-a said...

salam maal hijrah en. solihin.. :)

f_aRa_aINa989 said...

setiap kali nak raya dgn puasa je mesti nampak muka atuk tu...hehe