Pages

Saturday, February 19, 2011

10 Ciri Wanita Pisau Cukur

1. Semasa proses mengenali lelaki dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki.

2. Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. Tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi permintaannya.

3. Agak seksi dan menggoda untuk memudahkan lelaki cair

4. Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.

5. Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6.Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta macam-macam. Selalunya permintaannya akan bermula sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi.

7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seorang lelaki sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.

8. Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi manfaat padanya contohnya membeli belah.

9. Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya. Jika ditanya selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya.

10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki tersebut untuk tinggalkannya.



SZ : Awas lelaki. Cari yang betul-betul cintakan anda dan bukannya harta yang anda miliki.

27 360 juta komen:

Miss Ran said...

skong2 huhu

Qaseh dalia adelia said...

saya lah tu pisau cukur ..pisau daging..bos kepada pisau2 yg ada hahaha...

Eryati said...

akak juga wanita pisau cukur...sebab ada bawa pisau cukur dalam hand bag..miahahahah

sarah-najwan said...

bagus n3 ni utk jejaka yg sdg2 mencari calon org rumah..

nelly said...

Bukan kategori tu .haha

KyêrulL said...

Errrrr! banyak nye kawan aku mcm niE rupanya HAHA, nice info bro :D jom terjah blog sy.. sy dh nak kawen niE


kaif-amb.blogspot.com

qasehraihan said...

saya pun wanita pisau cukur..suka bercukur..tiap bln akan bcukur..miyahahah~!!loqlaq haku nih~!!

nice info utk yg nak cari binik..

Fairosza said...

explanation sebijik macam yg jadi dalam movie pisau cukur tu..hehe =)

Fariq said...

fuh seram lak aku,, dah la duit dalam dompet ade singgit stengah je ni.. kalo tu pun dia nak kikis aku nak makan pe nanti.. kehkeh

TheChekJah said...

PANAS! (gaya fazura dlm cerita pisau cukur)...

TheChekJah said...

PANAS! (gaya fazura dlm cerita pisau cukur)...

cek chun said...

dak ijau, pisau cukur semua orang pompuan ada de.

nak cukur apa ko tak yah tanya ler..hahaha

kalau pisau cukur versi lelaki, kita panggil apa lak?
gilette ker?
hehehehe

echah mashuri said...

erkkk...nanti nak pikiaq adekah dari kategori itu.hehe

"Che Ain" said...

hai..sy Che Ain.. geng kami blogger utagha..n thx k sgah ke Coretan Che Ain..

Miss Yaty said...

errr ciri2 lelaki pisau cukur plak cm ne solihin ;P

perempuan skrg sanggup gadai maruah semata-mata untuk mewah...astaghfirullah..

RuSh D said...

wah,bahaya nie..nanti kena cukur ,botak habis..haha..

ibu hidayahamin said...

..Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tapi telah hilang maruah diri...

Nur Misnan said...

pisau lipat kategori paling seksa der
hari2 asik nak memotong..
pasal tajam sangat.. hu3
sekalu potong halusss jer

tapi kalau pisau cukur
seminggu sekali baru guna
dah cukur licinnn jer.. harharhar

Nyssa Nuar said...

NN bukan pisau cukur.. NN pisau potong buah...hak3...

Amna.Qadeeja said...

sy pula pisau lipat cmana tuh ahaha ;D

fatt said...

bukan pmpuan je pisau cukur skrg..lelaki pun ada..jenis pisau cukur yg letrik punya. jgn marah bro..hehe :)

Siti Mashitah Saidin said...

SM : Awas wanita. Cari yang betul-betul cintakan anda dan bukannya harta yang anda miliki.

hehehehe~

diana said...

biasanye lelaki yang MUDAH menjadi mangsa wanita pisau cukur adala lelaki yang jarang mencermin dirinya sendiri..
hahahah

lelaki yang mudah menjadi mangsa wanita pisau cukur adalah lelaki yang mudah jatuh cinta pada wanita yang cantik saja..

f_aRa_aINa989 said...

saya bukan pisau cukur...tp pisau lipat..hehehheehhe

nuriz said...

org2 kaya dan persaaan kaya kena baca ni sbb nak tau pompuan pisau cukur ni mcm mana sifat nye

noor azniah said...

@Qaseh dalia adelia

red said...

oyyohh!! haha XD