Pages

Friday, January 7, 2011

Terlepas Pandang

Pernah tak korang terlepas pandang? Contohnya kalau korang terlalu ramai kawan, sehingga terabai kawan yang lain. Terlalu ramai anak, sehingga terlupa kebajikan salah seorang anak terabai (Ada ke macam tu?). Terlalu banyak followers, terlupa nak ziarah sahabat yang selalu singgah komen blog kita hari-hari. Terlalu banyak yang follow blog kita dalam satu-satu masa secara mendadak, kita terlepas pandang nak ziarah dan follow diorang jugak. Terlalu banyak jejak di shoutbox, tak sempat nak terjah kesemuanya sekali.

Sebenarnya itulah yang berlaku terhadap aku. Dalam Entry Khas Buat Pembakar Semangat, aku ada meluahkan rasa terharu buat sahabat-sahabat yang sudi memberi semangat dan dorongan terhadap aku. Aku juga menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Amna Qadeeja yang sudi membuat entry khas terhadap aku. Banyak feedback yang aku dapat  daripada entry khas tersebut.

Tapi aku berasa agak terkilan sebab aku terlepas pandang bahawa ada seorang lagi  blogger yang sudi membuat entry khas mengenai pemergian aku. Beliau dikenali sebagai Cek Chun. Beliau membuat entry khas untuk aku yang bertajuk "A Tribute To Budak Hijau aka SZ". Kesilapan yang tak di duga. Aku tahu beliau ikhlas dan tidak kisah langsung aku terlepas pandang entry tersebut. Tapi sejuta kemaafan aku pohon pada beliau di atas kelalaian aku itu.

Andai ada sahabat-sahabat yang merasakan aku  dah lama tak ziarah korang, followers yang merasakan aku tak pernah singgah blog korang, sudi-sudilah tegur. Bak kata Ana Raffali, "Tolong Ingatkan Aku!". Aku sedia menerima teguran. Kadang-kadang orang selalu anggap kita sombong walhal dia tak tahu keadaan sebenar kita.

Aku bukanlah insan sempurna yang dapat memuaskan hati semua pihak dalam sekelip mata. Aku juga bukan blogger bergaji yang boleh mengadap blog 24jam. Aku juga ada life. Kita semua ada life. Masing-masing ada kerjaya dan haluan hidup. Terlepas pandang tu adalah perkara biasa. Tapi sama-samalah kita saling memahami serta ingat-memperingati demi menjaga keharmonian ukhuwah yang telah terbina. InsyaAllah..



SZ : Dugaan paling besar seorang blogger adalah untuk menjaga hati kesemua followers.

*Ini adalah entry auto-publish..

36 360 juta komen:

Izamir Ridzwan said...

IR pon kadang2 terlepas pandang.. dulu msa mula2 rajin la ke semua blog follower..

sarah-najwan said...

huhuhu..akak jugak minggu ni terlepas ke blog kamu solihin...
bizi punya pasal..

faktor masa/line/situasi jugak adalah penyumbang pada keterlepaspandangan itu..hehe

nub said...

btl3! sokong

azrinrahim said...

incya-Allah kita sesama manusia akan sellu mengigati semampu yang boleh...

ALFALORA MOHD MUSTAFA said...

so skrg awk dah de smngt berblogging balik kan?hurm dulu sy camtu gak..nak stop blogging coz personal pblm..tp smngt dr geng2 blogger bt kita trs menerus nk berblog..papepun..tabah k hadapi semua mslh!

niDa said...

saya x penah kisah bab2 yg tu..

sbb sy seronok2 bila bc entry org lain. xtau kenapa. saya bole kongsi mcm2 cerita.. sya bole blaja mcm2 gak..

so, sy x penah pk org tgk ke x entry sy...

ini saya la kan..

efa said...

kekdg efa ada gak terlepas pandang bukan apa tenet tersipu2 malu slow meno..huhu...tak pa...yg penting efa silent reader blog ijou ni hehehe

one2paii said...

betul tuh bai..gua pun kadang2 terlepas pandang ..dan makin ramai folow,makin cuak gua..sebabnya perlu jaga hati ramai pihak..namo pun artis kan bai..hahaha..
-sekian dari gua(adik fauziah latiff)

CIK TOM said...

cik tom pun selalu terlepas pndg..tp xpe cik tom rs cek chun faham tue yg solihin bukannya sengaja..

Fariq said...

aku dtg nak tlg ingatkan ko ni,, hehehe..

Menjaga Hati Dalam Berblogging

Hishyamuddin said...

mmg kite kdg2 blh terlepas pandang..
anyway, bagus entry ni..mintak maaf..hehehe...

Ayuni said...

haah, awk x pnh gi blog sye...

TunTeja said...

yup..betul.kita manusia kan tak sempurna.confirm2 ade je yang terlepas pandang.sebab tu kena saling mengingatkan :)

cik ciput said...

biasalah tu SZ..lagi2 yg ramai followers..jenuh nk singgah semua tiap hari..kita manusia biasa,normal la tu kalau terlupa..

Izyanti said...

Keep it up..!! You're the BEST blogger oyeah..

Senyum banyak-banyak.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dont worry la... depa pon paham punya....

selain mengadap blog byk benda lg nak buat kn?

dahulukan mana yg perlu didahulukan

yana said...

betul2...skong sgt..lg2 ble kte dh fllow rmai org ni kdg2 t'lpas pdg nk bls chatbox n bw kt blog diorg n drop cment kt entry 2..

bukan photographer said...

da buat permohonan maaf terbuka ni insyaAllah sume paham dan boleh maafkan, tak ada yang terasa ati kot..:)

Amna.Qadeeja said...

hurmm,terkilan juga.. xpe,yg pntg kamu da ingat kan,dan entri ini khas utk dyer..sme2 beringat k.. =)

diana said...

dalam banyak2 blogger akak rasa akak la blogger paling banyak terlepas pandang ni..
akak tau ada blogger yang merajuk dengan akak sebab jarang2 pi blog dia..
ada yang langsung akak tak pi..
tapi nak buat macm mana..tangan ada dua ja..
sehari ada 24 jam saja..
lappy ada satu ja..
harap ngerti ya..tetiba jadi indon..

Amirrah Zawani said...

biasa lah tu..
kdg2 ada jugak benda yg kita tak perasan.. :D

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, lama tak singgah sni, moga sihat2 yop.

sentimental bro.hehe.

ishiko said...

huhuu.. biasa blogger femes memang macam tu.. tapi tak semua.. >_<

Sephi Sephia said...

Ya, setuju.
Sebab itu dalam blog baru, saya lebih utamakan untuk berkawan. Bimbang jadi begini. Nanti ada yang berkecil hati tapi selaku tuan rumah, perlu ambil ingatan untuk berkunjung ke rumah sahabat yang setia menyokong sejak dulu.

Gayahspears said...

beloi tu...Dugaan paling besar jg hati pengikut... dan yg plg penting yg hati kwn2 yg rajin komen dan baca n3 kita.. kadang2 kita mmg terlepas pandang, hal2 remeh ni jgn pndg ringan sbb d cni la kita membina ikatan persahabatan di dunia blog... opss sory, Gayah byk bebel lak..huhu
Salam,jaga diri, hiasi peribadi...


GS : maaf ya Gayah lmbat terjah, tenet slow...huhu

cek chun said...

hmmm.. hmmmm.. hmmm.. speechless :D

cek chun tau awk bz. takde hal la. kalo ada masa, dtg jer la. pintu tak kunci :p

niesz said...

huhu..xpe2..niesz pon slalu kena mcm tu, rs jauh ati bile kite komen org tu wat bodo jew..tp xpe kot, smue org ade reason die..ape2 pon, hv a nice day..ehe..

niesz 1st time jenguk kt cni.. :)

ahsfantasy24 said...

stuju,,
nk jaga ati smua tu mncabar ket,
tp xpew kte cuba yg trbaik :)

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

saya setuju,, sy makin lame blogging slalu terfikir,, xnk abaikan spe2 yg selalu singgah n komen,,, kdg2 kalau yg singgah komen sy terus letak kat bloglist,, byk la hati kena jaga,,

hurm,, ader je blog dulu suka singgah blog ida tp skang x singgah langsung dah,, n ader jugak yg blogger aktif bile sy tinggal jejak byk kali lgsg x layan ,,, padehal dye aktif komen2 kat mane2,,, sedih sgt ,, tau la blog kite freshie,, hehe

h A n Y S said...

no big deal dude~!
sbb as u said, kita masing2 ada life, ada hal masing2~
;)

Miss Yaty said...

so sweet..hihi...memang penting untuk jaga hati follower kita kan.....

a.samad jaafar said...

biasa la tu sahabat.. semua blogger memahami keadaan itu.. jgn risau ye..

PuanBee said...

selalu jugak terlepas pandang nih, tp anak takkn nk terlepas kot..hihi ..na mungkin heyy!

Solihin Zubir said...

syukur andai semuanya dpt memahami..

Ain Zulaikha said...

hoohohoho bnyak kali kot terlepas pandang.. ni pulak dah lama tak blogwalking.. mau nye orang tak mengata2.. T_T

Cik Su Life Cycle said...

wow..ada orang buat review kat solihin.. hehe.. jeles2