Pages

Saturday, January 1, 2011

Prestasi Blog SolihinZubir.com Sepanjang Tahun 2010

Tahun 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Oleh itu, aku ingin berkongsi dengan anda semua mengenai prestasi blog SolihinZubir.com sepanjang lebih kurang 6bulan aku berblogging pada tahun 2010. Bagi yang masih belum tahu, sebelum ini blog aku dikenali sebagai GreenSyndicate.blogspot.com. Aku mula bertukar ke domain berbayar secara rasmi pada 29 Dis 2010.


Berikut adalah rumusan berkenaan prestasi SolihinZubir.com sejak mula diperkenalkan pada 9 Jun -31 Dis 2010 yang dapat dikongsikan bersama :


1. Top 10 Entry Paling Panas Sepanjang 2010


sila klik imej


Berdasarkan imej di atas, anda dapat lihat statistik entry yang paling banyak mendapat hit pageview.


1. Cicak Tokek Sebesar Buaya Bernilai RM64Juta? -4,216
2. Filem Melayu Gaduh Dengan Cina Yang Diharamkan -3,006
3. Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Baru Hijrah -2,324
4. Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki! -1,882
5. Statistik Kutipan Filem 2 Alam - Dr Rozmey Mengamuk -1,496
6. Kelab Gadis Tanpa Dara -1,453
7. Murtad Kerana Putus Cinta -1,255
8. Fenomena TsuFahmi! Kekasih Khairul Fahmi Bakal Tergugat? -829
9. Prinsip Perjuangan Adolf Hitler Berlandaskan Islam dan Berpandukan Al-Quran? -789
10. Haramkah Membaca Doa Akhir dan Awal Tahun? -737


2. Top 10 Keywords Paling Dicari Sepanjang 2010


sila klik imej


Berdasarkan statistik di atas, anda boleh lihat bahawa keyword yang paling banyak dicari ialah berkenaan Cicak Tokek. Hanya keywords 'Lady Gaga Meat Dress' dan 'Tahun Baru Hijrah' bukan berkenaan cicak tokek. Pada ketika itu cicak tokek juga merupakan satu fenomena sebelum munculnya gelombang TsuFahmi. Tidak hairanlah entry Cicak Tokek mendapat rating tertinggi sepanjang 2010.


3. Top 10 Pageviews By Countries


sila klik imej


Terlalu banyak traffic source daripada luar negara. Sesuatu yang tidak digalakkan oleh pihak Nuffnang. Mungkin disebabkan ini aku tidak pernah mendapat sebarang BE walaupun sekali sepanjang 6bulan ber'blogging'.


4. Jumlah Keseluruhan Pageviews Blog Sepanjang 2010


sila klik imej


Jumlah pageviews blog SolihinZubir.com sepanjang 6 bulan pada 2010 adalah sebanyak 84,589 Pageviews. Manakala jumlah tertinggi dicatatkan pada bulan Disember dengan catatan 32,767 Pageviews. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Masih banyak yang perlu diperbaiki.


Apa yang dapat dilihat berdasarkan semua statistik di atas ialah tajuk dan jenis entry sangat memainkan peranan. Entry berkaitan SEO paling mendapat perhatian berbanding entry berkaitan personal. Harapanku selepas ini, mudah-mudahan kelemahan prestasi 2010 dapat diperbaiki dan mutu blog ini dapat dipertingkatkan lagi. InsyaAllah. Terima kasih kepada semua yang sudi memberi sokongan. Alhamdulillah..


Sekian.. Salam Tahun Baru 2011..


*imej-imej di atas telah di'printscreen' dalam lingkungan 5pagi, 1 Januari 2011.


SZ : Prestasi blog anda sepanjang tahun 2010 pula bagaimana?

31 360 juta komen:

zaMir said...

tahniah!! teruskan berblog!!

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

fuyoo ~ beribu yg views,, huhu,, ida 100 pun x smpai,, x reti blog lg ,, haha

Izamir Ridzwan said...

cmne kena jual cicak tokek lah.. boleh kaya

Afiefah Safieni said...

trafic kira banyak la tu..
moga tahun baru lagi maju dari sebelumnya..
=)

fa-in said...

wahh baru je 6 bln berblogging sudah begini.

Tahniah2!

CIK TOM said...

hebat!!cik tom xpernah dpt 1k utk pageview post..huhu..

rs xperlu la tangguh ek segmen blog review utk blog solihin ye.cik tom just teruskan je ye..

Ayuni said...

ok aper....

yana said...

congrats..smoga trus b'jya dlm dunia blog..mantain it n keep it up.:)

ahmad jo said...

wah! hebat dah blog ni.. chayok2... tahun 2011 ni, biar lagi gempak! ;)

Echin Nadiossa said...

owowo hebat :))

bukan photographer said...

tahniah...ramai betul orang cari cicak tokek..

sarah-najwan said...

hebat..akak xpenah check keseluruahn hits view tu..

nak check jugoklah..hehee..
nak tgk prestasi 2010..

SweetyMui2 said...

wow..banyak traffic tu :)

Nur Misnan said...

Assakamualaikum...
huhuhu.. blog aku yg pancit kau kenal tak? he3
takpe2 aku tak nak kau cop DEGIL KERAS KELAPA
so aku letak link jugak...

tahniah brother..

diana said...

hebatlah..
akak punye..
erm...segan la nak tunjuk..
hahahahha

WAHIDA ALIAS said...

wahh..wawa setat blogging pon lebey kurg solihin jugak..tp xdela hebat mcm solihin punye belog ni.tahniah ye!!

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

peh ! hebat nye ! aku tak sampai 100 org pon nak view post aku... hebat nye kau nie..

Yuni Aisyah said...

wah hebat...!!moga lebih berjaya dr thn ke thn...:)

Hishyamuddin said...

pergh..tahniah bro...

Miss Yaty said...

tahniah!

hebatnye green syndicate dulu..huhu..tak rugi betul kenal blog nii...hihi ^_^

p/s: gudluck solihinzubir.com :)

Boloque said...

menarik tuh..nak wat jugak la entry pasai nih..he3

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

the pageviewss is soo highh la..

congratez dan teruskan berblogging!

RuSh D said...

wow..hebat..

blog-tips-kurus said...

uuuuuiiiii...Laporan Tahunan Prestasi 2010 ni. mmm...cemerlang!!

yott said...

sy dulu masa 1st time dpt BE pun makan masa jgk...jgn pikiaq sgt pasai tu SZ...sikit hari lg dpt la BE tu..trafik pun makin bnyk kan..;)

shahjiehan said...

gile kental~ mmg tiptop.. layak la dia bukak domain~.. sj x smpai tahap lagi

nur said...

Tahniah SZ..
keep blogging!!!

pena said...

wah.. tahniah..
smoga trus maju dlm dunia blog.. =)

dtg sini tgk green syndicate dh brtukar rumah..

cik ciput said...

waa..beribu riban pageviews..huhu..sy x sampai la bnyk tu..ratus pon belum tentu..hehe

cek chun said...

oohh.. blog saya dekat 1billion pageview. sampai depa tak bleh nak wat analisis :D

efa said...

wo0..ramainya yg view blog ni eceh bestnya...btw tahniah yerp :)