Pages

Friday, January 21, 2011

Perlukah Berkorban Demi Kebahagiaan Orang Lain?

Situasi

Seorang lelaki bernama Asyraf mencintai seorang gadis bernama Lisa. Lisa juga mencintai Asyraf. Pada masa yang sama, seorang lelaki bernama Farid juga mencintai Lisa. Sebelum bertemu Asyraf, Lisa pernah cuba untuk mencintai Farid, tetapi gagal. Akan tetapi, setelah melihat kesungguhan Farid yang tidak mengenal erti jemu menagih cintanya, timbul perasaan serba salah dalam diri Lisa. Perasaan sayang terhadap kedua-dua lelaki tersebut sudah mula sama banyak. Kini Lisa mula keliru. Siapakah yang patut dia pilih sebagai teman hidup?

Farid redha andai Lisa memilih Asyraf. Akan tetapi Farid akan terus mencintai Lisa walaupun Lisa sudah berkahwin dengan Asyraf. Farid hanya akan berhenti menyintai Lisa apabila Farid sendiri berkahwin. Pendek kata, Farid rela melepaskan Lisa asalkan Lisa bahagia dengan pilihannya.

Asyraf pula sangat menyintai Lisa. Asyraf tidak rela melepaskan Lisa kepada lelaki lain. Asyraf akan merana andai Lisa membuat keputusan memilih Farid. Kerana Asyraf sudah tidak mampu menyintai gadis lain selain Lisa. Cintanya terhadap Lisa benar-benar tulus dan ikhlas.

Namun begitu, Asyraf kembali berfikir. Patutkah dia membantu Lisa menyelesaikan kekusutan dan kekeliruan yang dialami? Patutkah dia mengundur diri daripada persaingan tersebut sekaligus melepaskan Lisa kepada Farid? Asyraf yakin Farid juga mampu membahagiakan Lisa. Perlukah Asyraf berkorban demi kebahagiaan orang lain walaupun diri Asyraf sendiri akan merana?


Soalan

1. Boleh tak bantu Asyraf selesaikan masalah yang dihadapinya? Patutkah dia berkorban demi kebahagiaan orang lain?
2. Siapakah Lisa patut pilih? Asyraf atau Farid?

Memang jodoh di tangan Tuhan. Tapi, harap anda faham soalan yang cuba di sampaikan. Asyraf adalah sahabat aku. Harap anda boleh tolong selesaikan masalahnya. Sekian, terima kasih.

Ada habuan kepada pemberi komen paling bernas dan jawapan terbaik.

*Asyraf, Lisa dan Farid adalah bukan nama sebenar.


SZ : Antara kasih dan kasihan.

52 360 juta komen:

niesz said...

wow..mmg complicated percintaan yg mcm nie..ermm..niesz bg pndpt niesz ek..

ape kate suruh lisa sendiri yg pilih sama ade die lebey bhgia dgn farid atu dgn asyraf..senarai kan keburukan n kelebihan ke2 2 laki tu..dr ctu lisa da boleh wat kptsn.. mgkin kptusan akan mngecewakan atau akn menggembirakan..if dorg betul2 syg kan lisa, bg lisa wat kptsn yg terbaik..bg mase tuk lisa pk sal bnda nie..n lagi tepat, suruh lisa, ayraf n farid wat solat istikharah, hanya pd ALLAH tmpt kite mngadu masalah, n hnya ALLAH tau ape yg terbaik tuk diri kite..hope dpt mmbntu yer..

Amna.Qadeeja said...

huhu dlm situasi ini lisa xleh mencintai farid hanya sekadar simpati..ikhlas itu pntg dlm sesuatu hubungan..kalo ikutkan lisa mmg cinta sejati farid tp farid bkn cinta sejati lisa.. bg sy andai lisa memilih asyraf,ianya 1 keputusan yg tepat krana mereka saling mencintai.. utk farid,kalo dyer btol2 sygkn lisa lepaskanla dyer,mgkin kamu akn bertemu dgn gadis yg btol2 cintakan kamu huuu..

p/s : jgn riso,lelaki yg baek utk perempuan yg baek saja terpulang pd lelaki itu utk menilai permata trsebut. jdoh di tangan Tuhan. =)

diana said...

akak komen sebab nak habuan..
heheh

pernah dengar tak orang kata kalah sebelum berperang??kompem dah ke depa nak kawen??dah betunang ke depa tu??kalau sudah,sila la undur diri.
tapi kalau belum tak salah la kita berjuang untuk diri sendiri.

TAPI

ni cuma pandangan akak ye..
jangan kecik ati okey....
benda nisebenarnye terserah pada lisa untuk memilih..
agak heran sebab lisa mudah sungguh mencintai 2 lelaki dalam satu masa..
dah kawen nanti cemana ye..

kerak nasi tu,bila lama2 kita rendam akhirnye lembut jugak.macam tu la hati pompuan..mudah tergoda.jadi godaan yang macam ni pun lisa tak boleh tepis,kawen nanti macam mana.

kamu paham2 sendiri la apa akak nak kata ye..
sekian..
terima kasih..

**tiba2 teringat cerita mohabbatein**

Hishyamuddin said...

bunyi gaye cam farid yg amat cinta lisa, sebab rela lepaskan lisa demi kebahagiannye...dan farid cam cintakan lisa betul2, sebab dia akan terus mencintai lisa wlw da kawen dan xpnh jemu tuk cintakan lisa..huhu

Ayuni said...

perlu....

Wani Syara said...

kadang2 apa yg kita ska kita x kan dapat..cinta 2 memerlukan pengorbanan..x semestinya bila kita sygkn dia..kita msti bersama2 dgn org yg kita syg..buat la istikharah..
insya allah..Allah akn bantu hamba2Nya..

nub said...

1) kalau dia ni asyraf sinclair..mungkin dia x perlu risau

2) lisa,pilihlah nubli..sejujurnya dia lebih layak buatmu.

hahahaha

Fairosza said...

pergh ni serius kompleks giler..macam sinetron po ada gak..hehe
ni merupakan pndapat seorang budak yg takde pngalaman bercinta..
rasanya kalau mana2 lelaki tu dah memang bersedia nak kawin, boleh la trus masuk meminang.blaja dah habis,pendapatan dah stabil, kerja pon dah tetap, jadi tunggu apa lagi..tak kisah la asyraf ke, farid ke..
tapi kalau setakat nak cop dulu je sbg kekasih, boleh la kalau ada sapa2 nak undur diri.sbb bunga bukan sekuntum.tipu lah kalau cakap tak boleh hidup kalau tak dapat kawin dgn pompuan tu.kalau ditakdirkan perempuan tu tak sempat kawin camne?takkan nak frust seumur hidup.
bg sesapa yg mengundur diri tu, mungkin allah dah sediakan pasangan hidup yg lebih secocok..mana tau dpt kawen dgn yuna ke..haha

sekian ceramah dari budak hingusan.
ok tak dr.love SZ?

nur-cahaya said...

jawapan
1- apa sahaja masalah besar atau kecil ada lebih baik kita kembali kepada ALLAH dan rasulNYA..berkorban demi orang yang kita sayang itu adalah dituntut..

2- solat istikharah selepas itu bayangkan siapa kah antara 2 orang itu terdetik di hati anda..

naulofah said...

hmm love is always confusing..hmm pada ufah suruh asyraf tuh buat istikharah..as kiter nyer usaha..cuba suruh asyraf tuh jauh skit dari lisa..dan tengok..adakah lisa ni betul2 ikhlas pada asryaf ke tak..kalu dia betul2 sayang kan asyraf..dia akan rasa kehilangan asyraf tuh yang teramat..tapi kalu ufah jadi asyraf,mesti ufah pikir and terdetik dlm hati kenapa lisa tuh berkawan juga ngan farid sedangkan die dah berkawan ngan asyraf dulu..jgn kerana kasihan kita menerima orang..sebab bila simpati tuh hilang..kita tak mmpu mencintainye lagi..

cik miera said...

bg miera, asyraf tak patut undur diri.die kene berusaha kalau betul die kata Lisa adalah cinta die. Dalam hal ni, Lisa yang kene bijak buat keputusan. Asyraf kene tunggu dengan sabar.jgn mudah mengalah..

Lisa pulak..hmm no komen.hati manusia lain2..tak semestinye laki yang tunggu die tu benar2 cinta kan die.dan tak semestinye cinta die pada asyraf akan kekal.pokok pangkalnye, solat Istikharah mintak petunjuk dr Tuhan..itu yang terbaik

kembatolo™ said...

macam citer kal ho naa ho plak bro.. hahaha.. suh kawan ko tengok citer tu eh? =P

a.samad jaafar said...

jika sy salah seorang daripd lelaki itu, sudah lama sy mengundur diri... malanglah jika terus menagih cinta dan harapan kepada wanita yg bercabang cintanye. Sikap menerima kedua2 cinta dari dua lelaki yg berbeza oleh wanita itu,mempamerkan rendahnya kualiti sebenar seorang wanita yg layak dipilih sbg isteri.. pasti kedua2 lelaki itu terpana oleh 'kecantikan' lahiriah wanita tersebut.. bukan 'kecantikan' rohaniahnya.. tp..entah lah.. sy menilai berdasarkan gambaran 'kecil' saudara shj..

cek chun said...

bab2 chenta ni kita failed.

yana said...

huhu..susah'ny stuasi..cnta b'segi-segi..hehehe..;)
ok straight to the point la..ni cme pndgn je..

1.asyraf prlu b'bncang dr hati ke hati dgn lisa.siapa sbenar'ny yg lebih dekat di hati lisa.tp,dlm p'bincangan t'sbut jgn mmksa atau ckp ssuatu yg mungkin kdngaran mcm t'desak seolah2 raih smpati.. 'sy akn mti n xley hidup tnpa awk'..juz 4llow the flow tp dlm mse yg sme,cbe twan hati die ngn bnar2 lhur n ikhlas.tnjukkan yg adyraf btul2 sygkn lisa..keihklasan asyraf insyaalah akn dpt twan hati lisa sbb pmpuan ske kn llki yg ikhlas,biarkan kasih 2 b'putik sendiri dr hati bukn krna kasihan.
klu die rse pngorbanan die t'hdp lisa akn wat die bhgia,perlu..tp,klu b'dsrkn situasi ni rse mcm xprlu sbb dua2 dh memg sling mnyintai..

2.lisa perlu pilih asyraf sbb diorg b2 memg sling ske.cinta 2 lahirnya dr hti yg tulus sbb prsaan yg suci bukn sbb kasihan.klu kasihan,kte cma smpati n mungkin nak bhgiakn n tkut lkekan hati stu pihak tp mgkin kte xgmbira ble b'sma dgn die..

p/s:sori byk plak komen..hrp pndgn ni dpt bntu skit kwn awk 2.. ;)

yott said...

dlm soal mcm nih kan my pendapat kan..xde istilah kasihan2...ni soal hati SZ,,kena tnya pd hati yg paling kecik sekali tu...

lg satu kalo confuse gak wlau dah cuba berbagai cara...buat solat istikhara...mohon petunjuk dari NYA..

sekian, pendapat dari sy yg x seberapa ni..:)

aLya said...

ish..agak complicated nie..

untuk lisa, orang cakap better kita terima yang sayangkan kita daripada orang yang kita syg sebab org yg kita syg akan tinggalkan kita bila dia jumpa yg dia syg. its better pilih farid tapi bila kita betol sygkan someone kita akan willing to do anything for him, so dia pon mampu bahagia ngan asyraf sbb same2 suke. dengan farid cuma syg kot sbb farid ada mengisi kekosongan bila dia sunyi. cinta dia cam pada asyraf.

untuk syraf plak, he's a man n such a loser to say that he will let her go 2 someone he love without doing anything. dia sepatotnya cuba yang terbaek n tujuk pada Lisa yg dia betol2 sygkan Lisa. bukan cakap yg dia rela lepaskan Lisa untuk org laen. 2 pndangan alya as a girl la. pompoan akan lagi rasa selamat dengan lelaki yg nampak dia betol-betol nak bukan akan lepaskan dia yg kononya kata untuk kebahagiaan pompoan 2.
2 je..terpanjang la komen :)

ct kamila said...

suh asyraf buat solat istikharah.. pastikan hati tenang masa buat solat tu. jgn buat sekali je, buat banyak kali.

insyaAllah, Allah akan beri petunjuk kat Asyraf jika lisa adalah jodoh dia atau tak.


yakinlah..

:)

eiela said...

complicated jugak sebab lisa suka kedua-duanya. Sukakan farid sebab melihat kesungguhannya. Walhal dah ada asyraf. Asyraf tak payah berkorban sebab dia dan lisa memang saling mencintai. Kesungguhan farid membuat cinta dia terbahagi dua. untuk farid elok mengalah daripada menagih cinta manusia lebih-lebih lagi yang dah berpunya. sebab mencintai tak semestinya memiliki. mencintai jugak bermaksud kita sedia melepaskannya melihat dia berbahagia dengan pasangannya sendiri.
untuk lisa plak, kenapa senang sangat berkongsi kasih. seeloknya pilihlah asyraf sebab tuh yg dia suka. btw..buat solat istikharah mohon petunjuk.

ahsfantasy24 said...

adess..
cmplicated nei, huhu~

Izamir Ridzwan said...

huh mmg susah antara kasih dan kasihan.. betul cakap alya tu.. kita patut terima org yg sygkn kita dripada org yg kita syg.. org yg sygkan kit itu akan memberi kita sepenuhnya kasih sayang

nulhazwany abdul malik said...

untung la cik lisa ni.. ^^

apa pun terpulang la pada dia. kebahagiaan dia. asyraf ngan farid kena terima...

^^

Echin Nadiossa said...

erk.suh lisa wat pilihan.but pilih org yg syg n hargai kitalahh

sissyira said...

salam

hehhe.....masalah kawan ke ni....


1) tak perlu

[ sebab kita kena berjuang untk mendapatkan cinta kita sendiri, jika kita mengalah maknanya lawan akan menang, tapi gagal memiliki bukan bermakna tidak menyintai ]

2) pilih farid

[ lebih baik pilih orang yang sayang kita daripada pilih orang yang kita sayang ]


logik tak perkaitan 2 jawapan ini :D , agak pening ketika cuba memahami :D

shahjiehan said...

depend pada seseorang la... hahha...
kadang2 kita perlu bekorban utk membahagiakan seseorang, itu bergantung pada keadaan. klo berkorban utk kebahagiaan ahli keluarga, sgt di galakkan,

tp klo bekorban utk org lain yang kita x suka, lebih baik x payah..hahaha.. sometime we need to become selfish~!! yehahahha

zaMir said...

suruh lisa tu solat istikharah...
biar senang dia buat pilihan..=)

boleh tahan rumit gk masalah nih...huhu..

ciknabil-a said...

keputusan skunk berpihak kpda lisa. seeloknya, asyraf nasihatkan lisa supaya jgn berhubung ag ngn farid lau drg still cntact or jumpa la. mgkin sbbkn jumpa, farid tue masih menaruh harapan kat lisa cz dia ingt lisa masih blh trima dia. cian la kat asyraf t. sbb antra asyraf dan lisa drg saling mncintaikan? jadi asyraf x leh la putus asa. kna perthnkanla hbungan tue walaupn tahu ada org len nak kat lisa. nnt dsbbkn itu, asyraf sggp korbankan cintany utk kbhagia org len dan lisa pown sama cam tue gak. sbb lisa keciankan si farid tue sbb masih mnunggu lisa. haha!
agak2 paham tak pndapat nabila nie? ngee.. :D

The Crow Empire said...

Ni pendapat sy. Dalam petikan pertama menyebut Asyraf dan lisa saling mencintai. Farid pula adalah orang ke tiga. Tetapi Lisa jadi terpaut dgn kesungguhan cinta farid.

Kepada asyraf, ini bukan isu berkorban. sebenarnya nisa kau ni dah hilang arah pertimbangan. Jujur aku cakap, nisa mencintai Asyraf tetapi masih lagi membuka perasaan pada org lain. Dan ini namanya nafsu, bukan cinta. Buka lah minda lelaki kau asyraf. Bantu lah kekusutan hati nisa yg di permainkan oleh nafsu itu. Katakanlah padanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu berpasangan. Untuk lebih mendekati-Nya. Nasihat kan dia supaya solat Istikharah segera supaya hati dia lebih tulus membuat keputusan. Dan bersedialah Asyraf bersama tawakal dan redha dgn keputusan dia.

Pada Lisa, pilihan itu hak. Tetapi setiap pilihan itu ada baik dan buruknya. Gunakanlah akal engkau sebaiknya. Jangan berkeputusan dengan nafsu. Solat Istikharah adalah jalan terbaik. Cintailah Asyraf dgn seadanya. Jika Farid itu hadir memberi cinta dan kau tidak dapat tahan godaan nafsu, bagaimana bila aku dan abang solihin pula datang mencuri hati engkau kelak? Kami juga punya hak seperti farid untuk mencintai engkau. Jadi apa yg engkau akan putuskan?

Peh.. sori bro. dah macam entri pulak. ahaha..

(^__^)

SYaMiLa said...

kalau dh dua2 org tu lisa syg...tk tahu mana satu nak pilih...apa kata buat solat istikharah...minta Allah yg bagi petunjuk yg mana satu pilihan yg terbaik dan sesuai utk lisa...

Nur Misnan said...

hey solihin... mcm ceta adamaya plak.. hu3

jujur ini pendapat aku, kebahgian yg
dikecapi tidak seharusnya dibiarkan
atau dilepaskan begitu shj hanya semata2 utk
membahagiakan org lain. cinta dan hargailah diri kita dahulu
baru kita belajar utk cinta dan syg org lain..

ashraf sanggup berkorban utk lisa dan farid
begitu juger farid..
tetapi adakah farid dan ashraf
fikir dan tanya apa yg lisa mau
dlm hidupnya
dan apa yg farid dan ashraf mau
dlm hidup mereka??

mustahil blh berkahwin kedua2nya bukan..

lakukanlah solat sunat tahjud, istiharah, hajat dan berdoa
semoga diperi petunjuk dan hidayah
oleh Allah agar keputusan yg dibuat tidak salah dan dipermudahkan
urusan. insyaAllah

. Amiera . said...

susah kite nak tolong bagi jawapan ni.. sebab yang mengalami tu mereka ber3.. walaupun beribu komen o cadangan kita bg.. tp benda tu si empunya bdn sendiri yg alami.

susah nak cari jawapannya,mereka sendiri yg kena selesaikan. kita cuma boleh bagi kekuatan & nasihat yg terbaik utk mereka je..

semoga kawan awak dapat buat pilihan yang terbaik utk dirinya..
^___^

shahsyaz said...

erm... complicated...

ape kata, ckp kt Asyraf.. suh die lpskan saje si Lisa...

klu betol mereka berdua ade jodoh, x kemana..and andai kata Lisa memilih terus Farid selepas mereka putus, sah yg Lisa x pernah serius dgn Asyraf..baik Asyraf tinggalkan gadis mcm tuh..

sbb klu Lisa betol2 cintakan Asyraf, dia x mungkin mempunyai perasaan berbelah bagi/kasihan/bersalah/ or seangkatan dgn nyer..selepas kehadiran Farid..

ituh pendapat sy..even pendpt sy neh mcm memerli gadis, tp, sy rse ituh jln terbaik utk kwn awk tuh..

sekian, terima kasih..

AIMAN said...

wah2.. berat nie..
berkorban je apa yang patut, asalkan kita hepy n org lain pon hepy

bukan photographer said...

high level critical thinking punye soalan ni.
cinta..subjek yang amat subjektif.. wujudnya xdisangka..perginya xdiduga..

Lisa - lahirnya cinta Lisa kepada Farid datang dari simpati. apa akan jadi nanti bila simpati dia pudar??masih syg ke dia dengan Farid??sebenarnya dia keliru antara sayang dengan simpati kepada Farid. sebab die sendiri pernah cuba mencintai Farid tapi gagal

Farid - dia sendiri boleh berhenti menyintai Lisa jika dia dah kawen. dia patut cari orang laen dan belajar menyintai orang laen yang boleh menyintai dia, bukan menyintai orang yang bersimpati dengan dia.

Asyraf - dia perlu pertahankan cinta dia. Lisa cume keliru yang die sebenarya simpati dengan Farid, bukan cintakan Farid..

aku rase ada krisis antara Asyraf dengan Lisa. sampai Lisa mudah bersimpati dengan Farid lalu menyebabkan Lisa mudah terkeliru antara simpati dengan rasa syg terhadap Farid

tu je dapat aku simpulkan dari otak aku yang tengah mental kejap ni...

aresaliyana said...

suruh lisa solat instigharah :)

Fariq said...

mak aih komen semua panjang2 meh,,
tapi kawan bagi sikit je la,,
oleh sebab farid ngan fariq tu dekat2,
lisa patut pilih farid tu,, ngeh..

mie said...

gue pun xtau..
tapi yang pasti..
memang diperlukan..
eheheee

ibu hidayahamin said...

alamak... saya baca saya pening... bagaimana nak buat keputusan... apa-apa pun mohonlah petunjuk dari Allah, disamping minta pandangan dari orang yang mahir...

Mohamadazhan hjDesa said...

solat istikharah :)

Siti Hajar Masri said...

Bagi aku berdasarkan pengalaman aku, aku sebagai Lisa aku akan memilih Farid sebab Farid sanggup berkorban apa sahaja untuk Lisa..Untuk berkahwin cinta sahaja tak cukup untuk buat pasangan itu bahagia..Pengorbanan dan kesungguhan amat diperlukan supaya rumah tangga akan saling melengkapi..Bila perempuan sahaja yang terlalu cintakan lelaki itu tidak akan mendatangkan kebahagiaan..Aku bahagia sekarang kerana suami aku yang lebih mencintai aku dan sanggup buat apa sahaja untuk aku..Fikir2kanlah Lisa..

khairunnisa ♥ said...

ada kasih sayang, insyallah berkekalan.

if kerana kasihan, tapi takde kasih sayang..tak akan ke mana. sebab dia paksa diri sendiri menerima seseotrang bukan pada hatinya.

minta tolong Allah, solat istikharah :) sabar menunggu petunjuk dari Allah S.W.T.

p/s : sebenarnya nak cakap..dalam keadaan tengah susah susah nak fikir..jangan pilih dua dua dulu buat masa ni =.=' nampak kejam. tapi better tenangkan diri dan buat pilihan dengan betul. Let it be. kita tak tahu kasih sayang antara manusia tapi kasih sayang dengan Allah selama-lamanya. Good luck to Lisa ^__^

Sephi Sephia said...

AKu meluah dari sudut pengalaman. Mencintai tidak bermakna memiliki tetapi berbahagialah dengan apa terjadi.

Jika mencintai seseorang, yang menjadi kepentingan pencinta adalah orang yang dicintainya itu bahagia, sedang dia merana pun tidak mengapa.

Sama ada Asyraf atau Farid, pengorbanan pasti akan dibalas ganjaran lebih baik daripada sebelumnya. Tanya hati, ambil keputusan dan redha...

Qaseh dalia adelia said...

susahnya keadaan ...
emmm ... lisa cinta asyraaf..asyraaf cinta lisa..
farid cinta lisa.. lisa juz simpati...macam tu ye,,

sometimes hidup ni perlukan pengorbanan.. n cinta pun adakalanya memrlukan pengorbanan jika org yang dicintai itu tidak mencintai kita..jangan membuat dia serba salah ..n then terpaksa mencintai kita...sebab kebahgiaan itu xkan pernah ada ... maybe ada tapi di hatinya always ingat lelaki yang dicintai ~
so bila lisa bersama farid hati sentiasa igt asyraaf krna lisa mencintai asyraaf kan.. sdgkan farid kerana simpati...
kdg2 kita perlu mencintai org yang menyayangi kita bukan org yang kita syg... tapi kes ni dua2 menyayangi lisa..
so for me.. kebahagiaan itu xkan pernah ada jika hanya berlandaskan simpati... tapi kita tak mampu menjangka kbhagiaan itu akan muncuk kelak... hanya berdoa dan mintak petunjuk ilahi.. andainya asraf betul2 mencintai lisa..tak perlu mengundur diri tapi pertahankanlah cinta itu hingga selama2nya.. andainya farid tu nampak cinta yang ada antara dua hati... undur lah diri .. kdg2 kbhgiaan mereka itu boleh mmbhgiakan diri sendiri wpun xdpt bersama dgn org yg dicintai...
tapi itu lebih baik dari terus menyiksa dua hati yang saling menyintai..
hope u understand

sarah-najwan said...

jawapan akak:

pilihlah dan berkahwinlah dgn org yg mencintai kita sepenuh hati dan kita juga mencintainya sepenuh hati...

jika kita pilih seseorg kerana kita kasihan pada dia krn dia sakan cinta kat kita..nescaya cinta itu tidak lama krn kita tidak cinta padanya..

jadi lisa patut pilih ashraf..
dan ashraf xperlu berkorban kerana hidup kdg2 kene fikir diri sendiri jugak..jgn asik nk kasihan org kita yg terkorban...

f_aRa_aINa989 said...

hati lisa mula-mula sekali telah memilih farid. Bererti farid wujud dulu dalam hatinya.

bila datang pujangga asyraf, dorang saling mencintai.

hermm...perempuan agak sukar untuk melupakan cinta pertama. kalau ikut dari segi farid, dia memang pernah cuba suka farid, tetapi gagal. Dalam kata lain dia dah bercinta dengan asyraf. Maksudnya asyraf first couple dia la kan??

Rasanyalah, perasaan pada farid mungkin sbb teringat kisah lama. Lagi 1 sebab terfikir2 kalau aku pilih dia ni, ok x? Serius perempuan selalu bermonolog dalam diri berfikir siapalah yang betul2 layak menjadi kekasih di hati. Kadang-kadang terfikir, masa depan aku dengan laki yang ni nanti macam mana? Kalau dengan laki ni pulak macam mana ye?

Tapi, kalau kata nak suruh asyraf berkorban memang x perlu kot. Sebab rasanya Lisa cuma ada perasaan kesian. Tapi, x taulah andai kata Lisa betul2 sukakan Farid.

Pendapat? Suruh asyraf banyak2 berdoa. Mohon berikan petunjuk sama ada lisa benar2 untuknya.

Andai kata Lisa dijodohkan untuk dia, baguslah. Tapi andai kata bukan Lisa, bererti cuba fikir dari perspektif positif.

Maksudnya, kalau belum kahwin lagi dia dah boleh menyintai lelaki lain. Apatah lagi selepas kahwin. Betul x? Lelaki juga sama seperti wanita, kalau boleh, kita mahukan kekasih hati menyintai diri kita sepenuhnya dan sehingga ke akhir hayat. Tapi, kalau awal-awal lisa dah mula sukakan Farid (sedangkan sedang bercinta dengan asyraf)...

Bayangkan jika selepas kahwin andai kata Farid masih menyintainya...Kan dah kes parah tu...macam cerita ADAMAYA pulak nnt..hehehe...

giler banyak komen...kalau satu huruf seposen blh x soyaman??

:P

p/s: suruh asyraf fikir baik2...Banyakkan berdoa mohon Allah s.w.t berikan petunjuk..InsyaAllah akan dapat petunjuk dari Allah..

i wish him all the best

:)

bunga bukan sekuntum..nak cari perempuan baik, boleh tahan lagilah...nak cari lelaki baik?
serius susah ohhhh...hehehe

Miss Yaty said...

siyez miss yaty nak bagi pendapat macam qaseh dah bagi..tak tipu pun ni..

Solihin Zubir said...

terima kasih semua di atas komen2 panjang lebar yang diberikan...
MasyaAllah.. Siries aku tergamam...
semua komen hebat2 belaka..
terbaek wok!

Solihin Zubir said...

@f_aRa_aINa989 : wow! soya gurl!
panjangnya... bley wat entry khas ni.. hehehehe..
makaeh coz bg pendapat..
tp anda lmbat la..
kalau x, komen anda mngkin ada potensi untuk terpilih oleh asyraf sbg komen terpanjang.. hehehe.. ;-p

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

Anonymous said...

cam citer hindustan lak....wawawawa

Anonymous said...

lisa ptt pilih asyraf

Cik Adil said...

assalamualaikum...situasi ni serupa sgt dgn ape yg saya alami skrg...saya pon tgh keliru untuk memilih siapa diantara mereka....em...mgkin dgn membuat solat istikharah boleh membantu untuk lisa mendapat petunjuk siapa jodoh dia...antara farid atau asyraf...lpas dpt petunjuk dari allah..ikut kata hati..jgn ikut ckp org...insyaallah...kata hati akn membantu lisa...and last skli...terima orang yang syg kita dri menerima orang yang kita syg,...insyaallah....kita bahagia..coz...orang yg syg kita akn mncintai kita dan mghargai kita sepenuh hati....isyaallah...