Pages

Saturday, January 1, 2011

Pelakon AdaMaya, Faizal Yusof Meninggal Dunia

Sebentar tadi, tiba-tiba kecoh dengan berita kematian pelakon drama terkenal, Faizal Yusof. Faizal yang pernah mencipta nama dengan watak Dani dalam drama Adamaya yang diterajui pelakon cantik Lisa Surihani dan Sein pernah mencipta fenomena di kalangan peminat drama. Bagi mendapatkan bukti sahih, aku telah membuat research.

Allahyarham Faizal Yusof disahkan meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Faizal juga dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.


Semoga roh Allahyarham Faizal Yusoff ditempatkan bersama-sama orang beriman.. AL-FATIHAH..

Sumber : Utusan Online

9 360 juta komen:

mia.lia said...

Al-Fatihah..ase cm tak sngka lak.sm0ga roh arwah dicucurkan rhmat

Bintun Sazali said...

Innalillahiwainnailaihiroji'un...kalau sy tak loncat ke blog kamu, sy tak tau taw ttg berita ni..cm tak pecaya pulak...thankz for the information...

Miss Yaty said...

al-fatihah..terkjut tahu pasal ni..semoga beliau di tmptkn org beriman..

Fiqas said...

alfatihah buat arwah..semoga rohnya aman disana...

cik ciput said...

alfatihah..semoga roh beliau dicucri rahmat..

**kalau dah ajal, x lewat, x cepat walau sesaat!

CIK TOM said...

al-fatihah...

RuSh D said...

al-fatihah kpd beliau...

Ain Zulaikha said...

takziah utk keluarga arwah..

Cik Su said...

memang terkejut dapat tau cita nie.. huhu..