Pages

Monday, January 24, 2011

EP 6 - Aku Seorang Blogger

Entry ini adalah sambungan dari

Keesokkan harinya...

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 5.00 petang Haqim tiba di playground area rumah Ilya Suhana. Haqim datang bersama 9 orang rakannya dengan menaiki 3 buah kereta.

Dalam hati Haqim berkata "Hari ni ko tau la nasib ko. Ko akan kenal siapa sebenarnya Haqim Hakimi bin Awang Endut."

Selang 10 minit kemudian...

Datang seorang lelaki bertubuh kurus dan tinggi lampai berjalan ke arah Haqim dan rakan-rakannya.

"Mamat ni mesti pakwe Ilya Suhana. Keding giler! Hahaha.. Memang lauk aku la mamat ni japgi. Tak sabar aku nak hentak dia." kata Haqim meluahkan keyakinan terhadap rakan-rakannya.

Ternyata memang benar lelaki tersebut adalah Fariq, kekasih Ilya Suhana.

Fariq : Yang mana satu Haqim?

Haqim : Gua! Apsal? (Jawab Haqim sambil melangkah ke depan)

Fariq : Ni apa citer angkat geng ramai-ramai ni? Tak cukup jantan ke?

Haqim tersentak. Terasa dirinya disindir, cepat-cepat dia cover line.

Haqim : Eh! Gua punya suka la nak bawak sape pon. Lu apa kes sound gua dalam telefon semalam?

Fariq : Aku tak puas hati! Apsal ko selalu ganggu awek aku, Ilya Suhana?

Haqim : Ada aku kesah? Suka hati gua la.. Awek je pun. Bukannya bini lu! Orang kahwin pun boleh cerai la der!

"HARHARHAR!!!..." Kedengaran gelak tawa rakan-rakan Haqim.

Fariq : Kurang ajar betul ko ni kan. Mulut bau longkang. Ko jangan nak cabar aku. Makan kaki jugak budak ni kang.

Haqim : Huh! Cakap banyak pun tak guna la..

DUSH!!! Penumbuk sulung Haqim hinggap ke muka Fariq. Berlaku pergelutan antara Fariq dan Hakim sambil diperhatikan 9 orang rakannya yang sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan jika Haqim tidak terdaya melawan seorang diri.

Ternyata kepakaran Fariq dalam seni mempertahankan diri Muay Thai tidak mampu ditandingi Haqim. Buah siku dan lutut yang bertubi-tubi singgah ke tubuh Haqim menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Tanpa disangka, rupanya dia yang menjadi lauk.

gambaran Haqim diterajang oleh Fariq

Melihat situasi tersebut, 9 orang rakan Haqim mula campur tangan. Kini, Fariq terpaksa berhempas-pulas menentang 10 orang sendirian. Agak mustahil untuk  dia tumpaskan lawannya satu persatu melainkan dia benar-benar hebat seperti Tony Ja dalam filem Ong Bak. Fariq akhirnya tumbang.

Orang ramai mula mengerumuni dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Tiba-tiba terdengar jeritan seorang gadis.

"Woiiiii!!! Haqim! Berhenti!", jerit gadis tersebut.

Haqim tersentak apabila terdengar suara yang amat dikenalinya itu memekik namanya.

"Ilya Suhana?", getus hati Haqim.

"Apsal korang pukul abang aku?", pekik Ilya Suhana.

"Abang?", bisik Haqim kebingungan.

"Apa dah jadi ni abang? Itulah.. Ilya dah cakap, tak payah menyamar jadi pakwe Ilya. Kan dah lebam sana sini", kata Ilya Suhana sambil memangku abangnya yang terbaring di atas rumput.

Terkejut Haqim dibuatnya..

"Alamak! Kantoi! Apa aku dah buat ni? Tak sangka pulak tu abang Ilya Suhana. Confirm aku kena reject tak boleh jadi adik ipar dia lepas ni. Melepas la nampak gayanya hasrat nak berbinikan Ilya Suhana", bisik hati kecil Haqim.

Pada masa yang sama, kedengaran bunyi siren kereta polis......................

(Bersambung...)

Baca sambungannya di...

SZ : Jangan ingat orang keding tak power! Hehehe...

50 360 juta komen:

Fariq said...

wah terbaik la,, fariq ada muey thai tu,, hahahaah,, erk,, skali abg daaa,, tak de chance la episod lepas ni abg nak muncul,, ngeh

Diorang Tak Takut Ke Buat Filem Macam Tu?

sissyira said...

salam

kompom awai-awai kena reject tu :)

betul3..org keding pun kuat pe...



Jom Baca dan Komen--cara memilih nama domain yang terbaik

iniialahaku said...

aku dah ktinggalan 5 episod sblom ni haish...gila ah sbut nma pnuh..."Ilya Suhana"..hehe...

fatt said...

org laki pesen bertumbuk sbb pompuan mmg tak macho lgsung. mcm la tu aje pompuan dlm dunia. ni dah tumbuk bakal abg ipar alamatnya ke lauttt la hajat nak jadi ahli keluarga..hihihi

The Crow Empire said...

Aiseh.. Fariq tu abang Ilya Suhana ke? tak bleh jadi ni. Kene kasi backup. Err.. tapi sy xtau muay thai.. tomyam thai tau ler.. boleh jgk ke? heheh..

oh Ilya Suhana ku.. Nampak nye kisah kau semakin mantap!

(^__^)

Cik Miera said...

hik2..nice la..suka plak kan..

Amirrah Zawani said...

oh ni segmen ka..
igt cerita apa..
ketinggalan episod sebelum ni..

SyedGraphiX said...

hahaa..nice la cite ni.. x leh bla je watak fariq XD

Muhammad Syahmi Sabidin said...

Salah tempat mau tunjuk samseng... Sah-sah la xdapat nak kawen dengan si Ilya tuh...

xbuat repot polis ker...?
hehehe

Fairosza said...

haha...dah suspen2 cerita kat atas..tetibe dah nak habis tu macam lawak pulak...gambar tu paling tak boleh blah..haha

aza shafiza said...

wahhh.....nmpak nye suda masok babak2 aksi....tak sgka btl fariq tu rupenya abg ilya suhana...huhuu

CIK TOM said...

terbaiklah solihin mmg tue pun plan cik tom utk smbgn cerita ni...pandai la solihin...macam tau2 je...hehehe :)

Siti Hajar Masri said...

tak semestinya org kurus x kuat ye..org kuruslah kuat ye dok..

sarah-najwan said...

ni contes ke hape solihin??

jika ya..gud lak deh..

Izamir Ridzwan said...

suka baca kesah bro ni.. dah macam novel/drama bersiri. i like

Solihin Zubir said...

@Fariq : hahahha.. melepas la fariq nak kapel ngan ilya.. ehhehe..

Solihin Zubir said...

@iniialahaku : tula pasal.. terpaksa sebut nama penuh.. ehehhe..

Solihin Zubir said...

@fatt: haha.. moral, jgn bertumbuk pasal pompuan.. sib baek abg.. kalau bapak? haha..

Solihin Zubir said...

@The Crow Empire : haha... tak jangka kan yg fariq tu abg ilya.. haha..

Solihin Zubir said...

@Muhammad Syahmi Sabidin : xyah buat report.. polis dh smpai.. hehe..

Solihin Zubir said...

@CIK TOM : ehem2.. kita kan saling memahami.. serasi bersama.. ahaha.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Siti Hajar Masri : zamri kurus ke? hehe..

Solihin Zubir said...

@sarah-najwan : ni segmen suka2 je akak.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Izamir Ridzwan : thanx IR! :D

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

pandai ko ye....kakD memang qalit la baca N3 ko...bgs2...

Puan Besar Shag Yahaya said...

Hahahahaha. Habis lah Haqim~ :D

Ellen said...

wah..memang best..camana nak tau sapa yang akan sambung sok ya..hehe...

Tahniah dari akak ellen ya...

Siti Safiyyah said...

bab gambar tu yg tergelak..hehe ;D skali abang lah pulak..hahaha

blog-tips-kurus said...

ooo.. muay thai!!

niesz said...

hahaha..kan da kena..menyamar lagi..hikhikhik..confirm kena reject la jwb nyer..lain kali peksa dulu br bertindak..ehe..

Aboy93 said...

aduh!! ni yang aku malas bace sket2 neh... tgk da tpotong.. haha... mane episod 7 ?? huhu... best gile citer neh..

►AdamXis◄ said...

hehehe...suprise demi suprise...bagus arr jalan citer nie...

goodjob Solihin...(^^,)

anamizu said...

abang?adehh~~

recent post : |lubang hidung???|

eQuRlz said...

awak...entry ep 7 da siap..nnt letak link eqa yer..

http://syafiqahmohmad.blogspot.com/2011/01/ep-7-aku-seorang-blogger.html

terima kasih :)

Woofer Storm said...

kalau sy mcm tu kansel jadi adik ipar,alamat makan selipar ada laa..hhee
bestnya cite ni.heee

Wan Gerrard said...

owh gua nk tgok ada org jd superhero la :P

mie said...

siren polis??
suspen disitu..
eheheeee

Ati Masrif said...

salam,

cerpen ke ni..

diana said...

aih!!apa la haqim ni..
bergaduh pulak..

fariq pun satu..
nak datang bawak la geng jugak..

mOoN said...

'SZ : Jangan ingat orang keding tak power! Hehehe...' (pinjam jap ea...)

Fariq ni keding ke? hehehe...sy suka abg Ilya Suhana tu..sweet jek...:)

Cma Shiema said...

he3..best story..

Fina Fento said...

hahaha.rupa2nya abang..kan dah kantoi si haqim ni.

eiela said...

haha,,fariq blajar muay thai. mula-mula cuak baca entri, tapi dah sampai penghujung lawak jugak.

Latest Entri :
Pemakanan Punca Penyakit

aien said...

npe cte nie x abs...???
nk la tao smpai abs......

nur aisya humaira said...

Assalam...lorr,miss episode ni...terbaik laa abg ilya..kwang ajo je hakim..wakkaka

rossoneri said...

suka part muay thai tuh wawawawa

AISHA INANI said...

EPISOD 18 (penutup) telah siapp!
yeahaaa.. jempot baca! hee..

http://aishawhatever.blogspot.com/2011/02/episod-18-aku-seorang-blogger-penutup.html

Solihin Zubir said...

@AISHA INANI : pergh! dah tamat!

Anonymous said...

рязанский чат знакомств sexwa http://liadrogmamba.hotbox.ru/
знакомства встречи секс небесные знакомства

paiz said...

byknye episod, aku da terlepas episod sebelum2 nih.. kene baca dari awal... heheheh

Aku Seorang Blogger