Pages

Monday, January 17, 2011

Dikutuk Oleh Cinta Pandang Pertama

Kisah cintan terus menjadi subjek aku kali ini. Hehe.. Kali ni aku nak story pengalaman aku masa first time couple dulu. Aku mula kenal pompuan semasa aku tingkatan 6. Sebab dulu sekolah aku mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan iaitu kampus putera dan puteri. Selama 5 tahun aku belajar dalam kelas dan blok yang dikelilingi kaum sejenis. Syukur aku masih dalam kategori 'straight'. Hehe..

Secara tradisi, pelajar putera dan puteri akan ditempatkan dalam 1 blok apabila memasuki Tingkatan 6. Tapi masih bukan dalam 1 kelas. Itupun sudah cukup buat kami semua mencuci mata bila melihat kaum puteri lalu lalang di tingkat bawah. Sehinggalah pada suatu hari di bulan Januari, aku terpandang seorang awek ni yang memang cantik. Dengan tingginya macam model. Memang taste aku la masa tu. Terus aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku nekad dalam hati aku masa tu, kalau aku dapat dia, kompom aku buat bini.

Dengan bantuan rakan-rakan, aku pun menjalankan siasatan siapakah gadis tersebut. Hasil maklumat sahabat aku yang memang mengenali beliau, aku pun berjaya mendapatkan nombor telefon dia. Awek tu seorang yang agak feymes kat sekolah. Tapi berita buruknya, dia sudah berpunya ketika itu. Balak dia masa tu rupanya rakan sekelas aku jugak. Maka frust menonggeng la aku. Melepas la sudah.

Setelah 4 bulan berlalu, aku mendapat tahu yang gadis tersebut kembali berstatus single. Gadis tersebut juga sudah menamatkan tingkatan 6 lebih awal kerana mendapat tawaran pengajian di sebuah IPTA di Negeri Sembilan. Aku tanpa melengahkan masa, terus mencuri peluang yang ada. Aku menghulurkan SMS salam perkenalan kepada dia. Ternyata dia menyambut salamku itu. Walaupun aku mengenali dia, tapi dia langsung tidak mengenali aku. Maklumlah, aku bukannya top sangat masa tu.

Setelah berkenalan, aku tanpa berselindung terus meluahkan padanya yang aku sukakannya. Nampak sangat aku terburu-buru masa tu. Dia memberitahu dia belum bersedia untuk menerima sesiapa lagi. Lagipun masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Lebih kurang seminggu ber'SMS', iaitu sebelum 2 hari dia berangkat ke N.Sembilan, kami pun mengaturkan pertemuan.

Semasa first date, aku rasa aku ni seolah-olah seorang yang bangang. Aku ni pemalu. First time dating ngan pompuan, memang menggelabah. Tambahan pulak dia ni cun! Mula la aku rasa rendah diri dan merasakan tidak layak keluar dengan dia. Percakapan aku mula gagap. Lebih banyak berdiam. Dia soal sepatah, aku jawab sepatah. Tak macho langsung. Haha.. Lepas balik daripada dating tu, aku pun SMS padanya. Aku mintak maaf sebab aku tak banyak cakap sebab malu. Lepas tu aku bertanya, apa pendapat dia mengenai aku? Nak tau dia balas apa? Sampai sekarang aku tak dapat lupa. Dia cakap...

"Awak ni ada rupa, tinggi tapi awk ni kurus sangat. Makanlah banyak sikit!".

"Saya tengok awak ni macam tak pandai dress-up je".

Pergh! Sekali dia sound direct aku macam tu. Sangat jujur minah ni. Selamber dia je kutuk aku. Tipula kalau aku cakap tak terasa. Tapi aku rilek je. Konon-konon sanggup terima teguran. Aku pun belek cermin. Yela.. Selekeh. Aku pun berjanji kat dia yang aku akan makan banyak-banyak bagi tembun dan mendapatkan khidmat nasihat perunding imej agar penampilan aku lebih bergaya dan berkeyakinan.

Dua bulan kami ber'SMS', dia mengakui yang dia mula menyayangi aku. Maka kami pun declare dan meneruskan percintaan jarak jauh kami. Kalau dia balik Kedah, kitorang akan keluar dating. Sejak couple dengan dia, aku mula dikenali di kalangan pelajar-pelajar puteri. Yela.. Dah aku couple dengan antara pelajar puteri paling top, kompom saham aku pun naik. Seganla jugak bila ada yang mengacah-acah aku. Lalu ke mana je, ada mata yang memandang dan berbisik sesama mereka. Segan gila walaupun sedikit bangga. Haha.. Cannot go!

Tapi sayangnya, hubungan tersebut hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja. Dia mintak putus dan memberi alasan yang dia tidak yakin dengan masa depan aku. Aku merayu-rayu kepadanya supaya menarik balik hasratnya itu dan memberi peluang untuk aku buktikan kemampuan aku. Berbulan-bulan aku cuba memujuk dia. Aku masih belum berhenti berharap. Aku gadaikan maruah aku sebagai seorang lelaki, aku merayu kepadanya, aku ingin 'merujuk' dia kembali, ibarat pasangan bercerai. Tapi dia tetap teguh dengan pendiriannya. Betapa hancur luluhnya hati aku ketika itu. Remuk berkecai sehingga membuatkan airmata jantan aku menitis. Pertama kali aku menangis sebab perempuan. Looser kah aku?

Itulah pengalaman putus cinta yang paling tragis. Orang cakap putus cinta pandang pertama sangat menyakitkan dan susah nak lupa. Memang benar. Aku dah alaminya. Tapi lama-kelamaan aku berjaya juga melupakannya. Korang jangan salahkan dia. Dia baik sebenarnya. Aku yang bodoh masa tu. Tak reti nak bercinta. Newbie la katakan. Sampai sekarang, aku masih berkawan dengan dia. Dia pun dah berpunya dan bahagia dengan pasangan dia kini. Mereka juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Sekurang-kurangnya, aku ada pengalaman pertama kali bercinta dan putus cinta. Yang boleh aku gunakan sebagai pedoman agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Dan juga pengajaran jangan terlalu obses dengan cinta. Akibatnya diri merana. Terima kasih jugak pada dia sebab jujur dan sudi menegur cara penampilan aku yang selekeh masa tu. Sekarang aku mampu tampil dengan lebih berkeyakinan. Body aku pun dah tough macam The Rock skang ni. Haha...

Sebenarnya aku bersyukur jodoh aku dengan dia tak panjang. Sebab semua yang berlaku ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Hehehe.. Sendiri mau ingatla.. ;-p


SZ : Kalau tak mampu terima kekurangan pasangan anda, lupakan saja niat anda untuk bercinta dengannya.. Terimalah dia seadanya..

98 360 juta komen:

yott said...

yg skrg mcm mana...ada tak sound direct & clear...hehe

sarah-najwan said...

hehe..
n3 kamu ni mengimbau kenangan ajo solihin..heheh

Ibu HidayahAmin said...

seronok baca cerita kamu... teruskan... macam cerpen pula ibu rasa... hehehe jangan marah ya...

ishiko said...

oHh.. semoge beliau bahagia dgn jodoh beliau.. aminn..

Fairosza said...

haha..yg ni memang xbley blah --->CANNOT GO...

pergh, anda berpotensi menjadi pakar motivasi cinta.bravo..haha

pape pon,semoga mendapat pasangan yg benar2 ikhlas dan sepadan.

diana said...

sekarang dah tembun ka??

jangan berharap pada cinta pertama..
ni nasihat untuk adik2 yang tengah bercinta untuk pertama kali..
bukan nasihat untuk kamu ye solihin..
heheh

cek chun said...

kahkahkahkah. gelak kuat sat kat bab 1 punya story dengan tang tembun tu.

pastu sedey la plak. huhuhu..

tapi kan tiap benda ada hikmahnya kan. dah nampak dah kan..kan.. kan.... ngeeeeee :D

Cma Shiema said...

kisah sz ni..sedih pun ada..lawak ckit pun ada..(jgn mareeee)
he3...biasalah sz..cinta pandang per1..
cma dulu pom ade cinta pdg pertama..
he3..rase segannnn nk ingat balik..

aNnE said...

1st luv..wow..haha..hehe pengalaman tuh..sekarang dah jumpa yg baru kan..hahaha.. ;p

zaMir said...

sedih sungguh citer nih...;(

Solihin Zubir said...

@yott : yg sekarang ni suka bahan telinga.. haha...

Solihin Zubir said...

@sarah-najwan : sesaje.. sebelum melangkah buka buku baru.. =)

Solihin Zubir said...

@Ibu HidayahAmin : hehe.. makaseh ibu coz sudi baca luahan hati sy.. ;-p

Solihin Zubir said...

@ishiko : aminnn....

Solihin Zubir said...

@Fairosza : ada [otensi jd dr luv? haha.. cannot go! heheh..

Solihin Zubir said...

@diana : xla tembun.. cuma kurg keding.. haha..

Solihin Zubir said...

@cek chun : amboih! gelak sakan plak! haha...

ye.. mudah-mudahan hikmah ini akan berterusan.. :D

Solihin Zubir said...

@Cma Shiema : haha.. mmg sengaja diselitkan unsur jenaka dalam kesedihan.. :D

Solihin Zubir said...

@aNnE : alhamdulillah.. :D

Solihin Zubir said...

@zaMir : aku wat lawak, ang sdey plak? haha.. ;-p

bukan photographer said...

aku xpernah berncinta tapi putus cinta banyak kali..haha

Amna.Qadeeja said...

hahah mmg cannot go lah !
penah jgk couple ngan kapten asrama dlu chewaahhh mmg terase femeslah ececehh tp yg 2 cinta monyetla keh3 ;D

btw,ptus cinta pndg pertama mmg menyakitkan huuu

f_aRa_aINa989 said...

macam2 perempuantu....

CIK TOM said...

setuju...kdg2 bila putus cinta tue pasti ada hikmahnya...insyaAllah Allah nak bgi yg lagi baik..pengalaman cinta tue mematangkan :)

sissyira said...

salam

bagus sbb berjaya sudah lupakan dia,,

kisah kita terbalik, dulu dia yang merayu2 supaya terima dia, menangis sampai sujud kaki...last2..setelah 11 tahun bersama, dia juga yang berlaku curang, hampir 4 tahun sudah kami berpisah, tapi sampai hari ini, hati ini masih dibayangi luka itu, dan sedikit dendam kepada lelaki...

cik miera said...

aiyo...tragis jugak..xpe2..pengalamn mengajar kiter lebih dewasa kan.huhu

nub said...

sokong SZ.terima menerima laa naa..hehe

Echin Nadiossa said...

sedihnya.yeahh.cinta pandang pertama tu sgt menyakitkan t______T

Chenal said...

Patah tumbuh..hilang berganti.

efa said...

kahkah mcm2 story love ko la solihin...best aku bca hehehe :) tapi ada sikit sedih disitu hoho..btw hope ko kekal selamanya dgn si dia amin..tapi yg bru ni jenis sound direct tak?ahaks :P

Panglima Muda said...

bagus hang tulis cerita macam tu dan sambunglah lagi

Indah Mulya said...

mmg lah tragis bro..huhu

Miranisa =) said...

aha. takpe. blaja dari pengalaman yg sakit tu menyeronokkan. and now,Allah dah bagi yg tbaik kan? hoho

The Crow Empire said...

best btol cerita ni. buat terkenang-kenang zaman skolah2 dulu je. haha. ape pun bunga bukan sekutum, kedai bunga pun byk. bungkus je. kan? hahhah..

(^__^) best!

nulhazwany abdul malik said...

hehe ape salahnya laki menangis.. ok je. :)

ada plak newbie dalam kes2 cam ni ek.. ahaha like !

Siti Hajar Masri said...

Nak tgk badan macam The Rock skrg ni..hehe~

Cerita kau mengimbau zaman2 sekolah dan cinta monyet..rindunya zaman sekolah dulu..

Muhammad Syahmi Sabidin said...

sbb dia cun sgt kot... tu pasal dia bole mintak putus suke2 jer...

(hny pndgn peribadi)

nuriman said...

sedih mengenangkan cerita ni kan...huhu...tp mgkin cinta akan dtg awak akan bhgia selamanya..i hope u will success in ur life..

Mr. TN_SkY said...

kenagan cinta maahad ke bro? aha..=_= agak2 sapa eh? lalala~:P

cik ciput said...

SZ, betoi ka macam the rock sekarang?hihihi..

**saya tau apa hikmahnya..hik3x.. =)

Mr Ben said...

theme song utk post ni, Grenade - Bruno Mars. hahaha~

Izyanti said...

waaa...!! sz dah tip top skrg.. mcm the rock.. hahaha.

kembatolo™ said...

hohoho..
suwit jugak ko ni kan?
terpikat~ haha..

*aku straight jugak! =P

aLya said...

stylo seyh girl tu.. sound direct tu..hahaha
kapel n putus better than dr x merasa lgsung kan? kurg2 ade pengalaman :)

fatt said...

betul tu, jgn dirayu pd yg tak sudi dan terima kelemahan psgn seadanya kerana adam dan hawa dicipta untuk saling melengkapi :)

Cikgu Tie said...

kenangan mengusik jiwa.Seronok dapat baca N3 nie.Cinta kecundang.hehehe...

Amirrah Zawani said...

hahaha!!
hikmahnya dapat jumpa yg baru ni kan.. ngeh3!!! :D

Nur Misnan said...

brother.. kalau tak kenal maka tak cinta
maka sudah tahu perempuan itu
tak blh terima seadanya
maka dah terbukti dia bkn utk kau..

nuriz said...

syok pulak baca kisah cinta solihin hehe..kalau ada part part lagi besh pastu solihin glemer mcm zack zukhairi hehe!1
pengalaman tu mengajar kita erti kehidupan )

Miss Yaty said...

errr...kalau de awex sound macam tu lelaki boleh terasa ke? yaty selalu cakap macam tu kat kawan2..agak2 mesti dorang bengang ngn yaty je kan..

dari pengalaman tu buat kita makin matang..

P/s: semua yang terjadi ada hikmahnya :)

De Mois said...

Hoho..minggu ni memang minggu jiwang kau la bro. Kah3..

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Perihal ubat nyamuk

h A n Y S said...

bagi sy, lelaki yg memangis putus cinta bukannya looser, tp dia betol2 sayangkan perempuan tu, ruginya perempuan tu..
hehe..
so, cinta baru ni jaga elok2 k! insyaallah kalau ada jodoh takkan kemana..happy for u actually.. ;)

psstt..nak tgk jugak siapa yg dah curik hati limpa awk tu..heheeee
;D

Wan Gerrard said...

cinta tak boleh dipaksa ^_^

Ms sunsWeetz said...

wow..cerita sensasi..hehe

KELI OH KELI said...

yeahhhh...satu lagi entry yg mensyahdukan...lagi kisah cinta solihin...lagi dan lagi...hehe..layannzzzzzzzzz....

shahsyaz said...

ea ker lelaki menangis bile putus cinta???

huhuhuhu...
xpelah..

mungkin ade benarnye..

Solihin Zubir said...

@bukan photographer : ahahaha.. ko memang!

Solihin Zubir said...

@Amna.Qadeeja : pergh! kapten tuu.. xnk kalah.. haha..

Solihin Zubir said...

@CIK TOM : cik tom berpengalaman x? hehe.. ;-p

Solihin Zubir said...

@sissyira : 11 tahun? giler ah! lama kowttt..

hhmm.. sabar ye.. jgn dendam ngan semua lelaki.. x suma lelaki camtu.. =)

Solihin Zubir said...

@efa : yg baru sound direct ke x? haha.. nnt aku cita.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Miranisa =) : Alhamdulillah.. =)

Solihin Zubir said...

@The Crow Empire : hahha.. bunga mmg banyak.. tp nak cari yg tahan lama dan betul2 berkualiti tu yg susah.. :D

Solihin Zubir said...

@nulhazwany abdul malik : haha.. haruslah ada newbie. hehe..

Solihin Zubir said...

@Siti Hajar Masri : haish! aurat! tgok la badan zamri! haha.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Muhammad Syahmi Sabidin : mungkin juga.. saham tinggi.. huhu..

Solihin Zubir said...

@nuriman : thanx iman.. my ex.. ups.. kantoi.. hahah.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Mr. TN_SkY : haha.. biarlah rahsia.. :D

Solihin Zubir said...

@cik ciput : haha.. bertuahnya kalau betul badan sy cam The Rock skang ni.. haha.. ;-p

Solihin Zubir said...

@kembatolo™ : woi! gay! haha..

Solihin Zubir said...

@aLya: pengalaman mematangkan fikiran.. ;D

Solihin Zubir said...

@fatt: setuju! terimalah juga psgn kita seadanya...

Solihin Zubir said...

@nuriz :nak buat part? haha.. jenuh gak.. tp yg cinta kedua sy ada buat part.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Miss Yaty : jgn sound direct org kurus! sbb bkn kehendak diorg nk kurus keding.. ;-p

Solihin Zubir said...

@De Mois ; cakap dah kasi can.. gua bantai la kaw2.. haha..

Solihin Zubir said...

@h A n Y S : nak tgok? haha.. tggu masa yg seswai nnt.. ;-p

Solihin Zubir said...

@shahsyaz : ingat pompuan je ke? ;-p

Muhsin said...

weh sape pmpuan tu? aku mesti kenal kan? gtau ar..pm aku.

niesz said...

niesz pon xingt sape cinta pndang petama niesz..hehe..tp niesz tau sape yg jtuh cinta pndang ptama ngn niesz..haha..

Solihin Zubir said...

@Muhsin : haha.. kompom kenai punya...

Solihin Zubir said...

@niesz : aik.. terbalik plak? heheh...

shahjiehan said...

bile la nk merasa nasi minyak nih~ grr... lapo2

ciknabil-a said...

haha ada2 jew solihin nie.. apa hikmahnya? x nak kongsi? hehee...

nysah said...

aip2.. ok la 2 nangis 2 tanda setia.. yeka? hehe

shahsyaz said...

amboi SZ.. laki menangis??

mungkin..sy pon x bape igt dulu2 gane putus...

tp de kowt dlm belog..
hahahhaha..
agi sedeyh dr awk..

Nafisa81 said...

byknyer yg komen.dah takyah komenlah...semua yg nak tulis dah ade yg tulis

She's retarded said...

orang kata first love never last
kekeke

Anonymous said...

@Mr Ben
hahahahahah....u know dis n3 refer kt sp??hahahahahahaha...neway, solihin dh dpt hikmahnye kn???heheheh..(aku zue)

Solihin Zubir said...

ahahahha... ngek.. diam2 suda la zue.. haha...

yana said...

hahaha..aduhh,m'ingtkn cte dlu2 plak.. -_-" cnta prtma memg sush nk lpekan...:)

saya shea said...

wow , 10 years . sygnyer . tp nk wat cmne , da tk jodo . kan ? emm

wanie m'nJ said...

bersabar je la..kadang2tu Allah temukan org yg slh pada kita sblm temukan dgn yg betul..ada hikmah..(pesanan dari budak hingusan yang belum bercinta tp ada hati nak bg pesanan haha)

AIMAN said...

huyooooo solihin, gua tabik kat lu.. gentle ar tu boleh terus terang kat dia. awex cun pulak tu. kalau aku pon gentar. haha.. xpa2, sabaq naa...
byk lagi awex yang cun dan baik.. kedah memang ramai.. hehe

Solihin Zubir said...

@AIMAN : ahaha.. gentle la sgt.. padahal goyang gila.. heheh...

Shimah said...

wlaupun ptus cinta, at least ade pngalamn drpd xde lngsung..
hope u will have a wonderful life lps nie.. :)

syAfA said...

google bab cinta pndng pertama masuk kat SZ lagi.haha.

hmm..samelah kiter.tapi,saye si lelaki tuh yang tegur penampilan saye..huhu.

dia kate muke kena bedak sket jgn bg pucat.tudung tuh bagi kemas..haha~

anyway,mula2 rase malu jugak kan.tebal muke..hehe.then,bila pikir semula.ada hikmahnya.yg kiter lagi berkeyakinan tinggi untuk berhadapan dengan org ramai.tol x?huhu..

semoga SZ berjaya menemui cinta sejati k.=)

fakhri khairi said...

ok entry kau ni ingatkan aku pada dia. arghhhhh serabut serabut :/

fakhri khairi said...

ok entry kau ni ingatkan aku pada dia. arghhhhh serabut serabut :/