Pages

Saturday, January 15, 2011

Cinta Tanpa Sebab

Ini adalah satu kisah cinta sepasang kekasih. Mereka saling mencintai dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Akan tetapi pada suatu hari, Si Gadis bertanya kepada Si Jejaka mengapa Si Jejaka mencintainya..

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...


Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


Saya sayang awak dunia dan akhirat..



SZ : Cinta itu buta.. Adakala cinta itu boleh membutakan..

64 360 juta komen:

Isaac Tan said...

love is really blind :)

Hanim Mahali said...

tersentuh....nak kesat air mata jap...terharunya...Echeh cam saya pulak gadis tu...Ahaks...

iwan_dextrous said...

so sweet...ahakz


Dextrous cyber life

yott said...

sgt2 setuju...

Fariq said...

erk,, rasanya macam ada potong la cite ni,, dulu penah baca macam ada panjang lagi.. papepon cinta mmg susah nak diterangkan..

EP2 - Khurafat Volume 2

Mknace said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

cek chun said...

chenta saya dah pergi...

nub said...

lau awak takdak mata,cmna nak tengok kehenseman saya??


hahahah

ibu hidayahamin said...

CINTA memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata.

Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda : "Manusia menjadi hamba kepada yang dicintainya."

Fairosza said...

pergh...jiwang giler...tp sweet..haha

sarah-najwan said...

n3 berbunga saje sejak dua menjak nih solihin..hehee

semoga berbahagia..cinta tak buta..org yg membutakannya..hehe

anamizu said...

tak perlu tanye KENAPE ^^

recent post : |bantulah adik hairuman|

Atika Natasha said...

0ucchh...t0uching giles..kan best kalu ade 0rg laki yg mcm tuh..huhu

TunTeja said...

amboiii....mentang2 die dalam mood cintan cintun kan skrg ;) dlm hati ada taman ye? ;p hehehe.

apepun.thanks 4 sharing!

IMANSHAH said...

ramai juga post entri ni hari ni

Kalamhati said...

semoga kita boleh jd pencinta yg sejati..=)..cinta kerana Allah..

epaa chenta said...

sweet nye :)

Izamir Ridzwan said...

cinta yg mulia adalah cinta kerana allah..bukan cinta kerana nafsu

CIK TOM said...

penah baca..mmg sweet...tp realiti ada lg ker camni??

mia said...

owwhh..so sweett..touching gile..huhuhu..

Sephi Sephia said...

Minggu ini, saya banyak kebetulan terkait mengenai cinta. Hanya mampu senyum pabila baca entry ini.

=)

f_aRa_aINa989 said...

semoga kekasih saya seperti ini...

hehehe....

aminnn.....

cik ciput said...

SZ, sejak akhir2 ni entri bab cintan-cintun noh..tau la hati tengah berbunga2..haha..

**that is one good + sweet + romantic story though =))

iniialahaku said...

mmg mood hg la ni cintan cintun ke weh??haha..

huhu..sebak2 aku bca..

RuSh D said...

cinta mmg buta.. sbb buta ler mcm2 terjadi..hahah

aLya said...

kadangkala kita tak tahu kenapa kita cintakan seseorng, dan kadangkala tak sedar pon perasaan yg kita ada 2 sbenarnya cinta... tapi cinta tu memang buta. boleh datang even tak mintak, boleh pergi even kita sangat2 memerlukan..
alya rasa la.hehe :)

mie said...

romantis sungguh..
eheheee

ahsfantasy24 said...

huhu.. cinta xpunya alasan yg
kukuh..:)

shahjiehan said...

bercintan cintun pulak blog abg hensem ni~ hahahaa...

cik miera said...

hmm betul. takde sebab kalau kiter jatuh cinta. sume tu cuma alasn nk kukuhkan ungkapan je

Myra Ayreen said...

http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/

Chakk Chakk ... laga laga pp dulu .. me datang Menjenguk .. sambil bace bace Entry yang very the buggy and buzz nih .. hehehe ..

hit me back okey dear ..

NotaGedik : Pinjam Tisu seket .. wuuwuuwuu T.T

Gayahspears said...

aduh... nak bercinta jugak... tapi takmo jadi buta..huhu

a.samad jaafar said...

satu perkataan saja..BEST !!!!

fatt said...

touchingnye... T____T

ct kamila said...

so sweet.. tp cinta den dah terkubur..


sob sob sob

*taching pulak dahh!

Mat Ganu said...

cinta itu anugerah dari ALLAH...

efa said...

uhukuhuk :( sadis ja entry ni..love is blind hehehe...aik encik solihin semenjak dua menjak ni en3 loving2 jiwang2 ni...ahaks :P

farhana_acimek3 said...

cinta itu buta..
ohh sooo sweet..
tersenyum baca ayat kat bwah..
huuuuu

Ms sunsWeetz said...

entry paling menarik=)

Miss Ran said...

nak shre

diana said...

wah..
dah cerita2 pasal cinta ni..
ehem..
sedang angau la tu..
hahaha..
tak pe..akak paham..

bukan photographer said...

sekarang dah tau ape nak ckp kalau die tanye lagi sebab ape sygkan die..

dylli said...

duhhh..
boleh dapat ka penerangan macam tu sekarang ni?

Cma Shiema said...

suke cerita ni...:)
cinta itu buta setelah manusia membutakannya.....

niesz said...

sedey nye..kadang2 cinta tu mmg x dpt d luah kan ngn kata2..xde sbb utama n semue nye lahir dr ati yg suci..wallla! haha..

Jejentik said...

cinta tidak perlukan sebab :)

khairunnisa ♥ said...

sedihnya :') sob sob.. *tengah sedih ni*

Solihin Zubir said...

errr.. thanx semua coz sudi drop komen..
sory! mmg tgh mood jiwang skang ni.. ahaha.. ;-p

acan ketot said...

aigooo..
nk nges..huwaaa.a..

yana said...

sweet sgt~
cnta itu memang buta..

Anonymous said...

salam...berusahala la yer utk memenangi hati kak A yer...jgn ptus asa..klau kna cra dn gya psti dpt..:-)...chayokk2...

cek chun said...

ohhh A rupanya :p

Solihin Zubir said...

@Anonymous : ngee~~ sapa plak ni? huhu..

Solihin Zubir said...

@cek chun : err.. A tu stand 4 Anonymous kot akak.. hehe..

sissyira said...

salam..

xboy pernah bagi..tapi dia pun macam haremmm je...huhuh

bukan photographer said...

yearghh..!berusaha untuk dptkan Anonymous.. :P

Solihin Zubir said...

@sissyira : wslm.. biasala.. kdg2 ckp x supa bikin.. hehe..

Solihin Zubir said...

@bukan photographer : haha.. amin! hehe..

Anonymous said...

:-)

saya shea said...

love this entry ! mmg kekadang kite tk thu . snpe la kte suke sgt kan ? yg penting org tu rse ape yg kte rse . :)

Faeza Suhaimi said...

awhhh.. sumpah sweet :)

Cik Mun said...

:)

littleworld said...

best...so sweet..

farzana said...

indahnya cinta jika semuanya kerana Dia :)