Pages

Wednesday, January 19, 2011

Cinta Kedua (Part 1) - Ego Mengalahkan Lelaki

Kisah cinta diteruskan dengan imbauan kisah cinta kedua pula yang merupakan pengganti kepada cinta pandang pertama aku setelah setahun kami putus. Kali ini, pihak perempuan yang memulakan dahulu. Menghulurkan salam perkenalan di Friendster. Aku yang berstatus 'duda' ketika itu menyambut salam beliau. Dia merupakan junior sekolah aku. Dia mendapat tahu mengenai aku melalui kakaknya yang sama batch dengan aku di sekolah. Walaupun aku tidak mengenali kakaknya, tetapi kakaknya mengenali aku. Itulah penangan pernah couple dengan orang feymes dulu.

Dia juga merupakan seorang yang cantik dan tinggi seperti bekas cinta pandang pertama aku juga. Tapi dia agak pemalu. Ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada aku. Aku pula sudah mula mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan perempuan pada masa itu. Hasil 'kutukan' yang aku terima daripada cinta pandang pertama.

Percintaan kali ini lebih banyak dugaan dan cabaran. Setelah berbulan-bulan couple dengan dia, sedikit sebanyak perangai sebenarnya muncul. Dia merupakan seorang yang agak loaded dan merupakan anak emas kepada ayahnya. Dia merupakan anak kedua daripada 5 beradik. Tapi ayahnya sayangkannya seperti anak bongsu. Mungkin disebabkan itu, dia mempunyai ego yang sangat tinggi mengalahkan lelaki.

Sepanjang kami bercouple, terlalu kerap pergaduhan tercetus. Sikapnya yang tidak mahu beralah langsung walaupun sudah sah ia kesalahannya membuatkan aku sakit hati. Walaupun kadangkala aku pun cuba untuk ego mempertahankan diri, tapi ia hanya akan membuatkan ketegangan semakin memuncak. Jadi, aku terpaksa juga akur demi mempertahankan hubungan kami. Tambah menyakitkan hati, dia memaksa aku buang sikap ego aku untuk kebaikan hubungan kami. Pada masa yang sama, aku juga menyuruh dia buang sikap ego melampau dia tu. Tapi dia dengan ego membalas..

"Saya tak boleh buang sikap ego saya sebab saya memang dari dulu macam ni. Dengan family saya pun, saya ego".

Senang betul dia bagi alasan macam tu. Suruh orang berubah, tapi dia sendiri ego tak nak berubah. Apa kes? Aku pun ego tinggi jugak. Tambahan aku anak sulung dan merupakan seorang lelaki. Agak normal untuk aku ego. Tapi aku cuba juga kikiskan sikap ego melampau tu. Disebabkan sayang, aku terus bersabar.

Kebetulan, kami menuntut di kolej yang sama di Kedah pada waktu itu. Akan tetapi, aku kemudian berpindah ke sebuah kolej di Melaka. Dugaan bercinta jarak jauh ternyata lebih dahsyat. Semenjak aku tiada di kolej tersebut, ramai yang mengambil peluang memikat dia. Termasuklah pelajar luar negara daripada Thailand dan Kemboja. Aku yang berada di Melaka mula tidak senang duduk apabila dia mula menyatakan yang dia tidak mampu hidup seorang diri tanpa aku di sana. Dia perlukan seorang lelaki sebagai pelindung dan penemannya.  Lalu aku terpaksa meminta bantuan rakan-rakan aku di sana untuk menjaga dia. Meneman dia ke mana sahaja jika ingin keluar ke bandar. Aku lebih rela dia keluar dengan rakan aku daripada dia keluar dengan pelajar Thai dan Kemboja yang cuba memikatnya.

Akan tetapi, dia terus memujuk aku untuk membenarkannya berkawan dengan pelajar lelaki Kemboja dan Thai. Alasannya kerana mereka bijak berbahasa Arab dan mahu menjadikan mereka sebagai sumber rujukan dan teman study. Aku kembali menyoal, "Sudah tidak ada wanitakah yang boleh dijadikan teman study?". Dia  membalas yang dia lebih selesa dengan lelaki.

Aku pernah cuba menduganya. Aku menyatakan aku terlalu sunyi di Melaka. Aku juga mahukan teman wanita di kolej aku sebagai rakan study. Tetapi, dia membantah sekeras-kerasnya. Dia tidak mahu aku berkawan dengan mana-mana perempuan langsung. Aku bingung. Kenapa dia boleh, aku tak boleh?

Enam bulan kemudian, dia juga berpindah keluar daripada kolej tersebut. Dia berpindah ke sebuah IPT di N.Sembilan. Kebetulan sama tempat dengan bekas awek pertama aku. Ini membuatkan kami sedikit dekat. Ingatkan bila dekat, kurang gaduh. Sebaliknya pergaduhan lebih hebat. Kami kerap bergaduh jika ber'SMS. Dia juga kerap memarahi aku jika sehari tidak menghantar SMS kepadanya. Sudah berapa kali aku jelaskan pada dia yang aku kurang gemar ber'SMS' kerana akan menyebabkan rasa jemu berbalas SMS mengenai subjek yang sama setiap hari. Aku juga mahu meluangkan masa dengan rakan-rakan aku. Bukan hanya memicit butang henset saja 24 jam. Selalunya pergaduhan akan reda bila kami berjumpa. Sebab aku kurang pandai memujuk melalui henset.

Sepanjang 20 bulan couple dengan dia, lebih 10 kali dia mintak putus dengan aku. Tapi aku tetap setia mempertahankan hubungan kami. Pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya dia cakap yang ayah dia mahu menjodohkannya dengan seseorang. Aku yakin korang pun pasti akan terkejut jika mendapat tahu siapa lelaki yang menjadi pilihan ayahnya untuk dijodohkan dengan anak emasnya itu.

Agak-agak siapakah lelaki tersebut? Kalau nak tahu, kenala tunggu sambungan kisah ni, Part 2. Hehe..



SZ : Lelaki ego adalah normal. Perempuan yang ego mengalahkan lelaki adalah sangat tidak normal. Pengajarannya, jangan terlalu ego. Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan. Bertolak ansur kan lebih baik.

Sambungan : Cinta Kedua (Part 2)

53 360 juta komen:

Nyssa Nuar said...

uissshhh..
dasat2..
huhuhu..
tp.. jrg org laki sabau oh..
huhuhu...

diana said...

orang pompuan kalau ada duit banyak sikit mula la belagak..
betul la kata suami akak dulu,orang lelaki kalau nak cari isteri kena cari isteri yang dari keluarga yang miskin sikit dari si lelaki..kalau tidak lebih banyak masalah dalam rumah tangga..
masalah yang berpunca dari keluarga isteri atau isteri itu sendiri..

yott said...

jgn trlalu ego..coz ia bley rosakkan hubungan...

Nur Afirah said...

hihi..

kalau dua2 jenis ego tinggi,memang susah laaa... =)

cek chun said...

cek chun nampak chenta saja di blog ini :p

Izamir Ridzwan said...

ego sgt pon kita yg rugi..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ya btoi2 bertolak ansur adalah lebih baik...

sarah-najwan said...

elok dpt byk pgalamn solihin
nati bole matangkan kita..

semoga cinta kamu yg sekarang
akan kekal hingga ke jinjang pelamin deh...

. Amiera . said...

cerita yang menarik.. xsabar tunggu sambungan nih.. hehe

niesz said...

ni mesti sebab terlalu manja nie..bila da manja, mmg susah nk dgr ckp org lain..biase da jumpe org mcm ni..lg2 pompuan..

sape kah lelaki misteri tu ek..artis ke?hehe..

Miranisa =) said...

wah haha hebat kisah cinta anda xD

cek chun said...

sebelum tembak, nak bagitau ni. ada award utk hampa noo

http://cekrasala.blogspot.com/2011/01/cik-mat-bagi-award-cek-chun-sengeh.html

f_aRa_aINa989 said...

cepat2 sambung......hehehe...

p/s: lelaki blh ego..tp jangan terlebih..nnt perempuan x suka...sama mcm perempuan..blh merajuk..tp jgn lebih2...hehe

Fairosza said...

dasyat nye budak tu..rasaya dia saja nak tunjukkan memberontak biar dikasi lebih banyak perhatian..erm tak tau la

iniialahaku said...

2dia habaq hang...zman friendster 2ha...

TunTeja said...

lebih 10 kalo mintak putus? pergh..kalau talak dah cukup 3 kali je tu.hehehe

setiap manusia ada ego nya.tapi uruslah ego dengan baik :)

Cma Shiema said...

malu nk habaq ego cma lgi tggi dr en hubby..

best bca story ni..x sabo nk tggu..ngan sape lah dia kawen agaknye..

jeng jeng jeng..

ibu hidayahamin said...

best... teruskan ceritanya.. ibu suka membacanya... pengalaman beginilah yang akan mematangkan kamu utk membuat sebarang keputusan...

Daddy's Girl said...

true!

sissyira said...

salam

heheh...bertolak ansur lebih baik,

seye2..terkena kat batang hidung sendiri ni :(

ct kamila said...

ecehhh!

ada part 2 pulak.. tak sabau nak baca ni..

haha

:P

Azwan Azmi said...

ego ni biasa la untuk lelaki...tapi aku tak tahan bile ex aku dulu asyk mau ber"sms" je..sampai masa ak dgn kawan2 pn kene balas msg die

cik ciput said...

SZ, tabik hormat sama kamu..banyak betul pengalaman bercinta..haha

Amna.Qadeeja said...

err hye,sy juga gadis yg ego ahahha
huhu kalo nk ego pn brtempatla jgnla melampau2 heheh xelok tuk perhubungan

shahjiehan said...

dr cinta nih~ hahahha..kalah SJ..wuhahaha

The Crow Empire said...

20 bulan kapel, 10 kali mintak putus? pergh.. klau ikut purata 2 bulan skali la die minta putus. ahaha.. pedih2..

Gadis-gadis tak blh ego lah. Jejaka je blh. sebab.. erm.. sebab... err.. Fine! Gadis blh ego jgk! hoh!

(^__^)

Solihin Zubir said...

@diana : huhu.. btol apa yg suami akak tu ckp.. tak dpt dinafikan.. tp harap2, x semua mcm tu kan..

Solihin Zubir said...

@sarah-najwan : aminnn... :D

Solihin Zubir said...

@niesz : mmg! terlebih manja, mmg camtu.. err.. tggu next entry ye.. adakah artis? haha..

Solihin Zubir said...

@cek chun : thanx akak.. nnt sy amek. :D

Solihin Zubir said...

@f_aRa_aINa989 : sabaq! haha.. hhmm.. btoi! pendek kata, kena tolak ansur.. :D

Solihin Zubir said...

@Cma Shiema : belajarlah untuk kurangkan ego.. :D

Solihin Zubir said...

@ibu hidayahamin : makaseh ibu.. =)

Solihin Zubir said...

@Azwan Azmi : haha.. taw xpa.. terlalu kerap SMS pon x besh jugak..

Solihin Zubir said...

@cik ciput : haish! pengalaman yg menyakitkan hati nk watpa.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Amna.Qadeeja : anda ego jugak? belajar2 la kurgkan ego tu.. ;-p

Solihin Zubir said...

@The Crow Empire : ahaha.. kalau dua2 ego, sapa nk mengalah? hehe..

Wan Gerrard said...

steady la bro..siapa kah lelaki tersebut..ego perempuan kdg2 dasyat :P

aLya said...

fuyoo..ganas gak empunya diri bila bercinta.hehe
naek takot dengar..
x sbar nak tunggu 2nd part plak.hehehe

ciknabil-a said...

ttba cam best nak ikuti kisah cinta nie.. hehe..

hmm ttba trasa cam kelakuan dri sndiri. buruk kew rupa pmpuan bila bersifat ego nie?

Izyanti said...

setuju..!! mengalah tak semestinya kalah.. kan2..? ego tu tak ke mana pon..

plus, siapa lelaki tu. kawan ko ke SZ..?

CIK TOM said...

hehehe....ego perempuan mmg agak dahsyat...tunggu part 2 :)

Miss Yaty said...

lelaki dan perempuan kalau sama-sama ego memang susah...kena ada salah sorang bertolak ansur...

tapi yang sorang lagi jangak pijak kepala pulak..huhu

Mknace said...

:) :) :)
hehehe
terbaeekkk!!!!

singgah pagi dari mknace unlimited

Chenal said...

Moral : Yg baik jd kan perhiasan, yang buruk longgokkan kat tepi jalan! Renung2kan dan slamat beramal.

Panglima Muda said...

cinta sentiasa menghabiskan beras.. opps salah... menghabiskan credit

yana said...

err..pnybr'ny awk ni..
klu laki ego 2 memg nmpk bese tp klu pmpuan dh ego ni laen ckit..huhu

efa said...

waah2...penyabar tul...semua org ada ego...tapi bertolak ansur itu perlu dlm perhubungan huhu...

Solihin Zubir said...

@ciknabil-a : mmg buruk pon kalau pompuan ego melampau.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Panglima Muda : haha.. setuju! ngabeh credit ajo..
kawen trus kan senang.. x pyh nak sms dah.. hehe..

Solihin Zubir said...

@yana : harap2 pompuan yg ego melampau tu terbuka hati bila baca ni.. :D

imtiaz said...

hak3.memacam btul.bila fikir couple2 ni mmg ckup buang masa tak hengat dunia..amek la pngjrn yg Allah da kasik kat kta tuh instead of kta trus-trusan mnolak tguran2 Allah neh..

fakhri khairi said...

10 kali mintak putus? kalau aku jadi kau, hati aku dah berkecai 3424 kerat dah -.-