Pages

Wednesday, January 26, 2011

Berbatov Memang Top Class


Penyudah berbisa Dimitar Berbatov semakin menjadi-jadi musim ini. Empat hari lepas, dia menjaringkan hatrik ketika Man United membelasah Birmingham 5-0. Semalam dia mengganas lagi dengan menjaringkan 2 gol ketika MU bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mencatat kemenangan dramatik ke atas Blackpool 3-2. Kemenangan tersebut memastikan rekod tanpa kalah Man United musim ini berterusan kepada 23 perlawanan berturut-turut. Man United  juga semakin menjarakkan diri di persada liga dengan 5 mata mengatasi Arsenal di tempat kedua.

Musim 2010/11 ini bakal menjadi musim gemilang buat Berbatov. Hatrik Berbatov  4 hari lepas merupakan hatrik ketiganya pada musim ini selepas mencatatkan hatrik ketika bertemu Liverpool dan Blackburn Rovers pada awal musim. Sekaligus gah menyamai rekod hatrik Ruud van Nistelrooy yang juga rekod kelab pada musim 2002-2003. Dia juga hanya ketinggalan dua hatrik daripada rekod Liga Perdana milik Alan Shearer yang mencipta lima hatrik pada musim 1995-1996. Rekod sepanjang zaman dipegang bintang legenda Denis Law, yang mencipta hatrik sebanyak tujuh kali dalam Divisyen Pertama pada 1963-64.

Sehingga 26 Jan 2011, Berbatov sudah berjaya mengumpul 19 gol mengatasi Carlos Tevez dengan 14 gol. Adakah anugerah kasut emas musim ini bakal menjadi milik penyerang Man United tersebut? Glory2 Man United! Berba Top!


SZ : Kepada Geng Anti-MU, maaf ye.. hehehe..

31 360 juta komen:

rashid said...

Nasib baik Man Utd tak jual Berbatov nih...memang menyerlah betol la dia..hernandez pun sama..

cek chun said...

erkkkk..sapakah :p

diana said...

no komen~~!!

Boloque said...

berbatov mmg hebat..Chicarito bakal penganti dia..he3

efa said...

yey ak slh stu peminat MU yey harap kasut emas dpt kat MU yey tetiba seronok lak hahaha

niesz said...

alamak nk lari dulu..hehe..xtau nk habaq ape sal bola..ekekeke

updated entry :pantun bukan nk cri gado,just nk bg info

Izamir Ridzwan said...

berbatov ni bguih kot...

sissyira said...

salam

geng tak minat bola ni diam je...

tapi tetap nak komen...hahaha

Solihin Zubir said...

@rashid : tau xpe.. tahun ni mmg tahun berbatop.. chicharito pon menjadi..

Solihin Zubir said...

@cek chun : ntah.. ;-p

Solihin Zubir said...

err.. akak cam anti-MU je.. ;-p

cik ciput said...

Siapakah barbatov?haha..

**bukan kaki bola..

f_aRa_aINa989 said...

x hensem2

;p

The Crow Empire said...

Red Devil! Yeay! Unbeaten Team!

Glory Glory Man United.

Mohamadazhan hjDesa said...

minat Malaysia ja.hehe

Fairosza said...

MU > malaysia united?? :)

Citarasa Rinduan said...

harimau malaya dihati...
kak kan..nak berkongsi info ttg bola mmg hampess...heheheheheh

sicomot-comel said...

yeah... MU !
kalau kawan ak dgr ni,,mst melompat2 dia suka..hoho

shahjiehan said...

hahhaa.. gol grogba terbaik !! hehhe.. jgn marah ea... berbatov mmg makin menonjol skrg nih..

Wan Gerrard said...

err memang anti man utd..
tapi salute berbatov musim ni, harap dpt pecah rekod hatrik..jgn rekod tanpa kalah hehehe

Cma Shiema said...

mU mmg terbaeeekkkk...muaahahaha..
glory3 man united..

kita satu geng la sz...

Cma Shiema said...

mU mmg terbaeeekkkk...muaahahaha..
glory3 man united..

kita satu geng la sz...

echah mashuri said...

pasai apa ni.heheh..no komen cam akak diana jugak.;p

iqbalhakimi said...

aku peminat man u!..die hard fan!..haha

Woofer Storm said...

ni yg sy pnas ni Mu main tak ajak ni,ehehee fntik ngan Mu...hbt daa berbatov ni,dulu score bukn main payah.. truskan usaha berbatov dmi Mu yg tercinta^^

mie said...

hebat plak barbatov ni..
gue nak beli tuk season dpn la
ehheee

eddy syrol said...

wohaaaaaaa...singgah jap sini..

http://eddysyrol.blogspot.com

nazirulhazwan~ said...

dahulu beilau di hina oleh peminat2, la ni, di sanjung.haha
love u la king berba!;p

LiFe KaMi said...

kenapa tak buh entri fabregas ke,nasri ke,van persi ke,wallcot ke,ini yg buat kami anti ni..hehe

RuSh D said...

steaDY BERBATOV..
rooney bila nk perform blk nie...lama takde goal..

xxppxx said...

berbatov ok roney ko..roney ok berbatov ko... apa pn chelsea d hati..hahaha