Pages

Thursday, January 27, 2011

Asrama Sekolah Adikku Hangus Terbakar


Sekarang ni kerap jugak kan dengar sekolah agama terbakar. Jumaat minggu lepas, 21 Jan 2011, asrama sekolah adik bongsu aku yang form 2 terbakar. Sekolah agama jugak. SMA Al-Khairiah, Barokhas di daerah Padang Terap. Kenapa boleh jadi camtu? Takkan sebab syaitan-syaitan dalam tu kepanasan mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran sehingga menyebabkan sekolah tu terbakar kot? Wallahu'alam.. Itu semua berlaku atas kehendak Allah.

Mujur kejadian berlaku selepas waktu Asar. Diorang semua tengah beriadah kat padang. Cuma ada jugak segelintir yang ada dalam asrama. Tapi diorang sempat lari menyelamatkan diri. Andai berlaku ketika tengah malam dan mereka sedang nyenyak tidur? Nauzubillah.. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Cuma harta benda tak dapat nak diselamatkan langsung. Api marak dengan begitu cepat sekali.

Tambah malang, asrama tu merupakan asrama yang baru saja disiapkan 2 minggu sebelum kejadian. Bau cat lagi kot. Kerugian dianggarkan Rm150 ribu. Kesian jugak dengan pelajar-pelajar kat situ. Baju baru, kasut baru, buku-buku baru, cadar baru dan kebanyakan serba baru, habis rentung. Tinggal sehelai sepinggang. Tambahan pulak kebanyakkan pelajar sekolah agama tu bukan daripada golongan berkemampuan. Syukur ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan meringankan beban mereka.



Punca kebakaran pada mulanya dikatakan akibat litar pintas. Tetapi setelah siasatan dijalankan, ia sebenarnya berpunca daripada seorang pelajar form 2 yang bermain lighter dengan membakar tilam. Akibatnya perbuatan main api secara suka-suka tu telah menyebabkan api yang pada mulanya menjadi 'kawan' mula merebak menjadi 'lawan'. Budak tu akhirnya terpaksa dibuang sekolah dengan serta-merta.

Aduh.. Apa kena la dik oii? Yang pergi main api dalam hostel tu sapa suruh? Main la dam aji ke, batu seremban ke. Kan dah menyusahkan semua orang. Haish! Adik bongsu aku skang ni pun macam murung ja. Aku pun tak tau apa barang kesayangan dia yang terbakar sehingga menyebabkan dia bermuram durja. Bila tanya tak nak cakap. I/C pun terpaksa buat lain. Jadi la pendatang asing sekejap. Sekarang ni adik aku terpaksa berulang-alik ke sekolah. Nasib baik tak jauh sangat dari rumah.


SZ : Malam ni ada perasmian masjid baru kampung aku. Ada majlis bacaan Yassin, makan-makan dan ceramah. Sebagai imam muda, aku kena la turun padang. Haha.. Poyo.. Imam la sangat.. ;-p

51 360 juta komen:

yott said...

jangan "main2 dgn api"..kan dah buruk padahnya...

ch!natsu said...

kanak2 comel..
napelah kamu bakar tilam..
klu nak baru minta jer.. ecece~

imam? aminn saya doakan..
mn tau btol2 leh jd imam? huhu~

iwan_dextrous said...

truk gak terbakar tu..bru siap ke..nie msti litar pintas kot.hihih

efa said...

alahai ciannya terbakar la plk terigt dekat rumah pusaka arwah tok pun terbakar gak raya haji 2010 ritu sedih ja...sobsob..sabar ja...aik berpunca dri lighter ceh nak kena sama yg main tu sah hisap rokok..nak kena gtung asrama kot

diana said...

budak2 ni siap ada lighter
nak buat isap rokok la tu..
ammmmmmmmboi!!

akak rasa mungkin kertas yang tertulis no telefon
awek dia yang terbakar..
tu yang sedih lain macam je..
orang lelaki ni masalah dia ada dua je..
duit dan awek..
hahhaah

niesz said...

heih...nakal betul la bdk tu..ade ke p bakar tilam..tilam tu kan dr kain, confirm la mudah terbakar..nk kena babap la bdk nie..tgk, 1 sekola rosak...geram la plak niesz tgk..

Omu Rice said...

owh...kesian nyer...tak pe pasti ade orang menghulurkan bantuan....yela demi agama...

AiDa aHmaD said...

salam.. xtau pon berita ney.. baru tau lepas baca blog abg long.. truk sgat kot kebakaran 2.. thanks 2 da information..:)

Solihin Zubir said...

@ch!natsu : hahha.. insyaAllah.. amin...

Solihin Zubir said...

@iwan_dextrous : nie mesti baca tak abis.. =)

Solihin Zubir said...

@efa : xpyh gantung.. dh kena buang pon.. :D

Solihin Zubir said...

@diana : ahahha.. mungkin jugak sebab awek.. amboi! ada unsur2 nk perli sy ja.. ;-p

Solihin Zubir said...

@niesz : suka sgt main api kan.. huhu..

Solihin Zubir said...

@Omu Rice : harap2 camtu la..

cek chun said...

pastu bleh apply masuk imam muda astro yer :p

budak baru nak naik, macam2 la dia nak wat eksperiment. tak tau sebab dan akibat, tau nak seronok saja.

sek agama dekat lebuhraya sultan abd halim tu pun dah terbakaq jugak kan. kesian kat budak2 nak belajaq la.

Solihin Zubir said...

@AiDa aHmaD : uikk.. org sana pon xtaw ka? tu laa.. lama tak balik.. hehe..
sama2.. :D

Solihin Zubir said...

@cek chun : tu la.. skolah SRIDA.. kan..

err.. imam muda astro? hahha... tak mampu kowt..

f_aRa_aINa989 said...

xde benda lain ke nak main???


haiyoooo....

Fairosza said...

eh..nape nak main lighter bakar kat tilam plak..orang waktu riadah tu main bola sepak ke,pingpong ke, ni main lighter plak....erm

sarah-najwan said...

lol..kasihan kat anak2 ni..
xpe..nati ada peruntukkan utk proses blaja tu..

api xle main2...kecik jd kwn..besar jd lawan--> ayat akak kpd anak akak agr jgn main api..sebab dorang suka sgt nge api lilin yg kita guna time blekaout

SYUHADA said...

uish...dasyat no...rasenye budak skola agame....

iqbalhakimi said...

huh..gla teruk ni..

farhana_acimek3 said...

kesian kot ngn plajar2 len..
adehh asal la gatal2 g men api kat tilam cm xda keje laen...sian kt org laen yg jd mgsa

CikBulat said...

eisy,kesiannya.. Apa la budak zaman sekarang, buat ikut suka tak fikir baik buruk. apa agaknya dia kena. bukan saja susahkan masyarakat tapi dia tak fikir agaknya kemaluan tpksa ditanggung oleh ibubapa dia.. heee..

Woofer Storm said...

jom imam muda,mgrib dah masuk ni..jom3..
sbar je la,stiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..senyum slalu^^

sissyira said...

salam...


banyak rugi tu,tapi yang rugi budak2 tu la, baru awal tahun, pebelajaran sudah terganggu. mungkin ada hikmah di sebaliknya..

Eryati said...

erm...sungguh kesian la...

The Nurul said...

alahai budak budak ni.

WAHIDA ALIAS said...

uishh...terok jugak ni.

Sham said...

aduyai budak ni for sure kena 'hayun' punya nie...

bukan photographer said...

apekes la nak bakar tilam..diorg nak buat unggun nak masak megi kot..haha

bukan photographer said...

tapi kesian jugak diorang ni..habis semua barang2 terbakar..semua ni dugaan..

The Crow Empire said...

Kesian kat adik solihin tu. Mesti byk barang2 penting habis terbakar.. Patut ade sistem cegah kebakaran automatik. Kan byk nyawa dlm tu. Betul cakap solihin, bygkan la klau tengah malam terbakar? Aiseh...

Bro, kang pg masjid tu tapau kat sy k. heheh..

(^__^)

eddy syrol said...

student ok?

Muhammad Syahmi Sabidin said...

Alhamdulillah, jadi juga imam yek, walaupun tak jadi imam makkah lagi... huhuhu

tak patut je bebudak tu kene buang sekolah, sepatutnya kena dakwa kat mahkamah, sebab tindakan diorang tu menyebabkan kerosakan harta awam...

nuriz said...

teringat kes kat skolah agama padang lumat tahun 1989..kerana api lilin boleh terbakar semua..

Amirrah Zawani said...

sygnya barang2 baru habis terbakar..
adaka patut main api.. adehh.. bdk tu masih tak sedar bahaya api ni..

Mama Kembar 3 said...

siannya, nasib baik tak dak any casualties.

Fariq said...

adeh,, macam mane la lighter tu bley lepas masuk asrama,, mesti warden tak cek bebetul ni,, budak2 kalo dah bwk lighter gi asrama mesti merokok la tu,, ermm..

Bila Blogger Adalah Seorang Pelajar

Ms sunsWeetz said...

ish,,,sampai terbakar...bahya2x..panggil bomba..~

azrinrahim said...

budak form 2 balik lighter peg sek..warden tak check ker? huhu bhaya tu, kan nie padahnya ya.. btw, semoga adik2 kat situ tabah dan gigih untuk terus berusha dan berjaya dalam pelajaran..

cik ciput said...

wow imam muda tu..hehe..

alhamdulillah xdak yg tercedera..huhu..kalau x, jadi tragedi la jawabnya..huhu..

sekolah kena buat spot check, pelajar2 tak simpan bnda2 merbahaya mcm tu..huhu

mie said...

teruk juga kesan kebakaran tu...
padang terap rupanya

azwa_amani said...

lamanya tak pi sini...maap lah yer solihin..pepaham lah kondisi amani sekarg.huhuh..sediy ni

GreenAppleKu.com said...

Api semasa kecil memang best buat main, bila besar .... Iman muda..mana satu suatu hari nanti, tak poyo kan.

Dah tukar URL GA ke greenappleku.com? Bukan apa, tak nak kita terputus artikel terkini jer..salam jumaat.

mia said...

subhanaALLAH..huhu..teruk gile laa..btol..naseb tak jadi waktu semua tdo..adehaii...

hope adik kamu dapat ceria mcm biasa ya..

Siti Hajar Masri said...

kesian..aku faham perasaan mereka yg brg2 terbakar terpaksa beli baru..dahlah kurang berkemampuan..

apakata ko masuk imam muda..manatahu rezeki ko..hehe~

Puteri Iqa Izyan said...

uiks. teruk nih..

aLya said...

ish..boleh lak die main lighter lam hostel..cian plak kawan2 yg laen..huhu

CIK TOM said...

erk teruknya....

GamUHU said...

kecik-kecik tanak mampos itu budak. besar-besar menyusahkan orang..