Pages

Tuesday, November 30, 2010

Kad Kahwin Kreatif Budak Sekolah

Sekarang ni musim cuti sekolah kan. Mesti banyak dapat kad jemputan ke kenduri kahwin. Ye tak? Dalam banyak-banyak kad jemputan kahwin, ada tak yang menarik perhatian korang? Maksud aku kad kahwin yang lain daripada yang lain. Unik dan kreatif. Ada?

Masa aku stay kat umah kawan aku kat KL 2 minggu lepas, aku ada tertarik dengan satu kad jemputan kahwin rakan sekerja kepada kawan aku tu. Sangat unik bagi aku. Pasangan tu pakai baju sekolah sebagai tema kad jemputan tu. Cantik! Kos dia pun takdela mahal sangat. Sekeping 0.80sen je. Jom kita try tengok gambar kad jemputan kahwin tu..




Amacam? Lain dari yang lain tak? Bagi aku unik la. Bagi korang, mungkin kad jemputan korang lagi sempoi kot. Hehe.. Kawan aku cakap, diorang bercinta dari zaman menengah lagi. Wah.. Bahagianya.. Tapi mesti lagi best kalau dapat kahwin dengan awek masa tadika. Lagi dasat kan. Hehe.. Apapun, semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu. Aminnn...

Korang plak? Bagi abang-abang serta kakak-kakak yang dah kahwin tu, camna design kad jemputan dulu? Yang belum kahwin, cadang nak design camne plak? Mesti ada kreativiti tersendiri kan. Aku? Aku biase-biase je kot. Fotostat pakai kertas A4 je.. Kampung punya.. Hahaha...

Nak tengok gambar-gambar perkahwinan yang menarik?
Try klik sini.. ilusikreatif.com..

SZ : Kalau pakai baju tarzan ok tak?

Surat Ugutan Buat Cikgu Dahlia


************************************************


Cik/Puan,


PER: PAKSAAN AGAR TERPILIH DALAM PROJEK DISEMBER DJ2B - 31 BLOGGER


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.


Saya Solihin Zubir, selaku ketua sindiket hijau ingin memaksa Cikgu Dahlia memastikan blog saya ini agar terpilih menjadi sebahagian daripada 31 blogger dalam Projek Disember DJ2B.


2.     Antara sebab-sebab kenapa DJ wajib memilih blog saya kerana saya bercita-cita ingin mempunyai domain sendiri bermula tahun hadapan. Saya mempunyai impian menjadi seorang blogger tegar seperti DJ. Blog saya juga bersifat universal kerana tidak memberi fokus kepada hanya satu genre. Apa sahaja yang ingin saya kongsi, akan saya paparkan di blog ini. Sesuai dengan kehendak umum serta segenap lapisan masyarakat.


3.     Sebelum impian saya itu direalisasikan, saya mahu memastikan statistik traffic ke blog ini mantap kerana statistik terkini sangat mendukacitakan bagi saya. Disember adalah bulan yang sesuai untuk saya merebut peluang menjana traffic. Rasanya tidak salah andai saya ingin menjadikan blog DJ sebagai platform untuk saya menjana traffic ke blog ini sekaligus membuatkan blog saya lebih dikenali. Tambahan pula blog ini baru berusia 6 bulan. Justeru, ini adalah peluang keemasan yang sukar untuk ditolak.


3.     Traffic sememangnya penting. Traffic yang tinggi juga dapat membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblogging. Kerana blog tanpa traffic ibarat pokok tidak berbuah. Jumlah follower yang ramai tidak menjanjikan apa-apa andai traffic hanya cukup makan. Penat lelah berblogging terasa lebih berbaloi jika ada yang sudi menatapnya. Terasa diri ini lebih dihargai.


4.     Di bawah ini, saya sertakan lampiran statistik traffic terkini blog Green Syndicate milik saya selama seminggu :


5.     Oleh yang demikian, dengan sukacitanya pihak saya ingin memaksa Cikgu Dahlia agar memastikan blog Green Syndicate tersenarai di antara 31 Blogger yang terpilih. Saya tanpa segan silu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap DJ sekiranya permintaan saya ini ditolak. Kerjasama daripada pihak DJ amatlah saya hargai.


Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,
Solihin Zubir
Ketua Sindiket Hijau.


************************************************


Hahaha... Kurang ajar tak surat tu? Hehe.. Cikgu Dahlia jangan amek siries plak dengan penulisan di atas. Saya gurau je tu. Saya sedar siapalah saya nak paksa-paksa DJ pilih blog yang tak seberapa ni. Dah beliau suruh guna kreativiti tersendiri. So, aku pun buat ikut suka suki aku la. Hehe.. Kalau terpilih, aku bersyukur sangat-sangat.


Berminat nak join projek ni? Bagi yang masih belum tahu, ini adalah projek DJ untuk bulan Disember. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30November2010. Cepat! Masih ada masa lagi!

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK SINI!


SZ : Agak-agak la kan, berapa markah yang Cikgu Dahlia akan bagi kat karangan surat rasmi aku tu andai aku ni student beliau? Haha..

Monday, November 29, 2010

Aksi Terlarang di Tandas Awam

Seperti kita semua sedia maklum, tandas merupakan tempat untuk kita buang air besar dan air kecil. Tapi, kenapa masih ada manusia yang bebal kerana menyalahgunakan tandas untuk melakukan benda-benda tak senonoh? Perkara yang boleh di anggap melampaui batas kemanusiaan serta syarak. Mari kita tengok antara aksi-aksi terlarang di tandas.

jangan tiru aksi terlarang seperti di atas

Hahahaha.. Adeyhhh... Kat negara manala agaknya signboard tandas tu eh? Ada jugak ka orang yang buat camtu ? Kalau tak, tak kan signboard tu wujud kan.. Hahaha.. Sengal punya signboard!

Tapi, realitinya, ramai orang pompuan lelaki yang suka kencing berdiri walaupun diorang tahu air kencing berdiri boleh ubatkan syaitan yang cedera. Lepas tu, yang biasa guna tandas cangkung mesti nak cangkung jugak kat atas mangkuk tandas tu. Tergelincir kaki masuk dalam lubang tandas baru tau. Dan yang tak boleh diterima akal, ada jugak ke yang memancing dalam tandas? Yang kencing macam anjing pun ada? Hahaha.. Sengal!

SZ : Jangan suka 'kencing' orang!  Nanti mulut bau hancing!

Sunday, November 28, 2010

Man United Belasah Blackburn 7-1

Man United belasah Blackburn 7-1! Blackburn kena bakaq sampai jadi abu malam ni!.. Haha.. Memang Pergh ar! Malam ni memang malam Berbatov! Hatrik 5 bijik weyh! Diulangi, 5 bijik sahaja Berba Top sumbat! hehe.. Park Ji Sung n Nani sebijik! Hahaha... Memang top perfomance btoi! Puas hati aku bila kelab feveret aku sejak kecik, Manchester United menang besaq! Dah lama rasanya MU tak kenduri gol macam ni. Meremang bulu roma aku. Teruja weyh! Rekod tanpa kalah musim ni terus dilebarkan kepada 15 perlawanan.

MU sekarang kembali merampas puncak liga daripada Chelsea. Buat sementara? Mungkin buat sementara andai Chelsea pun mampu menang besaq dengan 7 gol menentang Newcastle besok! Tapi rasanya tak mampu kot! Haha.. Arsenal menang jugak tadi. Cuma sempat merasa sekejap jela dok kat puncak tu. Sory eh.. Tu tempat MU la.. Hehe.. Mood aku kembali pulang! Owh Yeah!

Glory-Glory Man United!


SZ : Ada sapa-sapa tak puas hati MU menang? Ala.. Kasi la can aku nak berlagak sat.. Hahaha.. ;-p

Friday, November 26, 2010

Ujian Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans

Salam sejahtera diucapkan buat rakan-rakan blogger sekalian. Dalam keadaan tergesa-gesa aku update entry ni untuk memohon sejuta kemaafan disebabkan tidak dapat menziarah, membalas jejak, membaca dan mengomen entry terbaru anda semua seperti kebiasaan sejak 2 hari lepas. Sesungguhnya sekarang aku cuba menjauhkan diri daripada dunia internet ini buat sementara waktu bagi memberi tumpuan penuh membuat persediaan menghadapi ujian pra kontrak ejen insurans. Aku dikehendaki menduduki ujian tersebut bagi melayakkan syarikat aku mendapat lesen serta menandatangani kontrak sebagai wakil ejen Kurnia Insurans. Satu lagi usaha untuk mengembangkan sayap perniagaan Lubok Rezeki Enterprise yang masih lagi bertatih.


Jauh dari sudut hati, perasaan aku meronta-ronta nak buka blog. Tapi aku terpaksa menepis semua godaan tersebut. Aku harus mengkhatam buku setebal 438 muka surat bagi menghadapi ujian tersebut pada besok hari, Sabtu 27 November. Otak aku dah mula rasa berat dan agak tekanan. Istilah-istilah dalam buku tersebut sangat memeningkan sistem saraf otak aku. Nasib baik kulit buku tu kaler hijau. Semangat la sikit. Err.. Apa kaitan? Hehe.. Anyway, aku harap aku dapat sukses besok! InsyaAllah..


Dah setel nanti, aku cuba terjah korang semua! Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang masih sudi membuat lawatan ke sini. Dan yang paling aku terharu, masih ada yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni. Dah 500 Followers! Alhamdulillah.. Tapi, follower ke 500 aku tu tak tinggalkan link. Camne aku nak terjah? Kalau aku terlepas pandang blog yang followed aku ataupun ada entry korang yang tagged aku tu, tolong maklumkan kat comment box entry ni ok. Aku akan cuba sedaya upaya memuaskan hati semua rakan-rakan sekalian. Kerana anda semua pemangkin semangat untuk aku terus ber'blogging'.


Wish me Luck! Thanx! :D

SZ : Korang semua wajib beli insurans kat aku nanti! Hehe..

Wednesday, November 24, 2010

Mat Bangla Mithali Yang Lupa Diri

Ini adalah sebuah kisah  mengenai seorang Mat Bangla yang diambil oleh ayah aku sebagai pekerjanya. Nama beliau ialah Bul-Bul bin Siddik. Tugas dia ni adalah menjaga pokok-pokok dan landskap kawasan rumah aku. Beliau adalah seorang pekerja yang versatile. Semua kerja dia boleh buat. Berkebun, kerja-kerja letrik, basuh kereta, cuci tingkap, mop lantai, sapu sampah n macam-macam lagi lah.. Pendek kata, suruh je semua dia boleh buat tanpa sebarang bantahan. Dia tinggal kat sebuah pondok kat belakang rumah aku seorang diri. Sebelum tu ada kawan. Tapi kawan dia tu ayah aku terpaksa hantar balik 2 tahun yang lepas sebab mak dia sakit. Bul-Bul ni dah 3 tahun lebih kerja ngan bapak aku.


Kalaulah ada Anugerah Mat Bangla Mithali peringkat kebangsaan, aku yakin Bul-Bul ni boleh tersenarai antara calon feveret. Kenapa? Sebab dia ni seorang yang sopan, rajin solat, puasa dan taat perintah agama. Ramadhan yang lepas, tiap-tiap malam dia pergi solat tarawih. 20 rakaat tiap-tiap malam tak tinggal langsung. Sembahyang Jumaat pakai baju melayu. Molek ja tengok. Sembahyang sunat lepas solat Jumaat pun tak pernah tinggal. Kalah anak Melayu kita. Dia juga pandai hormat orang. Kalau hangpa tengok, memang hangpa tak rasa dia ni Bangla. Memang jauh beza dengan bangla-bangla yang lain yang selalu mengundang kebencian. Mungkin juga ketegasan ayah aku memainkan peranan juga dalam membentuk sikap dia tu.


Tapi, langit tak selalunya cerah. 2 hari lepas Bul-Bul mengambil tindakan nekad lari dari rumah kami. Padahal permit n passport dia ayah aku pegang. Sebab apa dia lari? Sehari sebelum tu, pagi-pagi lagi terdengar riuh suara ayah aku mengamuk. Ayah aku mengamuk sebab Bul-Bul melempar kunci pagar dan memprotes ayah aku. Dia cakap dia tak mau kerja kalau ayah aku tak naikkan gaji dia. Bul-Bul yang sebelum ni pendiam tiba-tiba bertindak sedemikian rupa? Kenapa jadi camtu?


Dekat dengan rumah aku, ada masjid baru sedang di bina. Buruh Bangladesh yang terlibat membina masjid tersebut tak ada tempat tinggal. So, diorang mintak nak sewa tempat tidur kat belakang umah aku ni, dekat dengan pondok si Bul-Bul tu. Bila Bangla bertemu geng dia, mula la dia nak naik kepala kan. Buruh-buruh tu mula menghasut dia dan cakap kerja si Bul-Bul ni tak bagus. Kerja buruh lagi masyuk. Mungkin sebab itu dia cemburu n mintak naik gaji. Ayah aku rasa geram la sebab ayah aku jaga Bul-Bul ni macam anak sendiri. Kalau demam, bawak pergi klinik ambik ubat. Makan pun sedap-sedap. Huh! Tak sedar dek untung punya bangla!


Ayah aku pun pergi report polis. Bul-Bul sekarang dalam buruan coz status dia sekarang ialah pendatang tanpa izin sebab premit n passport dia ada kat polis. Malam lepas polis ada datang soal siasat buruh bangla yang menumpang belakang umah aku tu. Tocer punya tocer, baru dia mengaku bahawa dia yang rancang dan mengatur proses pelarian Bul-Bul dari umah aku. Semua orang call Bul-Bul, dia tak jawab.


Tapi tadi, pekerja ayah aku call, dia angkat. Dia berani plak jawab sebab dia dah ada kat KL. Pergh! Dah sampai KL. Dah tu, dia cakap punya la berlagak nak mampos. Dia cakap dia dah dapat kerja bagus. Besok dah boleh start. Kalau kitorang nak dia balik, up gaji dia dulu. Hek Eleh.. Kemain lagi.. Ptuih! Pi mampoih la ang! Kena tangkap nanti baru ang tau langit tinggi ka rendah. Dahla menumpang negara orang. Tak reti nak bersyukur. Ish.. Dapat kat aku bangla ni, aku pijak jugak. Depan kita pijak semut tak mampoih. Harr.. kluaq teruih loghat Kedah bila aku marah.. hehehe..


Moral of da story, kalau dah nama bangla tu, bangla la jugak. Hangpa tak payah la nak terpedaya dengan muka dan perilaku baik dia depan kita. Bangla ni memang tak boleh jumpa geng. Bila dah ada geng, mula la nak jadi haru-biru. Lagi satu, kalau ada bela bangla atau bibik, jangan bagi depa pegang permit atau passport diorang sendiri. Kalau tak, lagi senang diorang nak lari. Mujur bangla bapak aku ni lari sehelai sepinggang ja.


SZ : Kalau ada yang bercita-cita nak kahwin dengan Mat Bangla, lupakan jela.. Haha..

Tuesday, November 23, 2010

Kecanggihan Teknologi 1000 Tahun Akan Datang


Make-up tak perlu berjam-jam.. Pakai cop je..

Komputer akan bagi hukuman kalau
digunakan untuk benda tak senonoh

Doktor mampu memeriksa
tulang manusia tanpa bantuan X-Ray

Kita boleh memilih pelakon kegemaran kita
tanpa menukar ceritanya

Bas sekolah akan digantikan dengan
basikal akrobatik untuk mengelakkan pencemaran

Ada alat istimewa bagi yang
mengalami selsema

Tak payah pergi pantai untuk meluncur

Ada alat untuk senaman masa tengah tidur

Tak perlu menggalas beg..
Beg yang menggalas anda..


Mudahnya hidup kalau semua itu terjadi.. Haha.. Sangat mustahil kan.. Ntah-ntah dah kiamat pun masa tu.. Wallahu'alam.. Ish.. Takut! Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat.. Amin..


SZ : Kalaulah ada mesin masa..

Graf Matematik Yang Seksi

Anda suka subjek Math? Tak suka? Rugi! Sebab subjek Math ni adalah subjek yang seksi. Tak caya? Tengok gambar kat bawah ni.. Hehe.. Tak rugi sebenarnya belajar matematik.. hahaha.. Adeyhh...


Gambar graf di atas diperolehi daripada FB sepupu aku.. Saja aku nak share ngan korang.. Sekadar santai-santai.. Kalau tengok kat kertas soalan matematik tu, korang tahu ke bahasa apa? Soalan negara mana ni? Aku tak tahu.. Macam Vietnam ja.. Hehe.. Sapa tau?

SZ : Matematik is Seksi and Seksa!

Good Luck to all SPM 2010 Candidates!


Hari ini 23 November 2010, adik-adik kita yang Tingkatan 5 tu akan menghadapi peperangan besar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bermula dengan kertas peperiksaan Bahasa Melayu. Peperangan yang memakan masa hampir sebulan dan akan berakhir pada 20 Disember 2010. Peperiksaan yang akan menentukan hala tuju mereka selepas ini. Sama-samalah kita berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan ketika mereka menghadapi peperiksaan tersebut. Tidak lupa juga bagi yang 'repeat paper'. Semoga kegagalan lalu akan menjadi batu loncatan kepada anda untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. InsyaAllah..

Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM 2010! Good Luck! All the Best!

Klik SINI untuk lihat Jadual SPM 2010! 

SZ : Terkenang Zaman SPM dulu..

Sunday, November 21, 2010

Jenayah Rogol - Malaysia di Ranking ke-38 Dunia

Berdasarkan statistik jenayah rogol yang dikeluarkan, Malaysia menduduki ranking ke-38 dunia. Malaysia juga adalah negara Islam yang berada di ranking teratas. 'Hebat' bukan? Inilah akibatnya apabila hukum Islam diambil mudah. Ajaran Islam dibelakangkan oleh pemimpin kita.  'Tahniah' kerana berjaya memacu negara hingga ke tahap seperti ini. Team bola sepak kita pun hanya mampu menduduki ranking ke-150 dunia. Ini ranking ke-38! Bangga tak jadi rakyat negara yang mempunyai kadar jenayah rogol yang tinggi? Inilah yang dikatakan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

*source : http://www.nationmaster.com/graph/cri_rap_percap-crime-rapes-per-capita

Apa pendapat anda selepas melihat statistik di atas? Itu baru jenayah rogol. Gejala seks bebas belum lagi dikira. Itu belum lagi negara kita dijadikan hub hiburan seperti yang dirancang oleh kerajaan biru. Kalau dah jadi hub hiburan nanti camne? Ish.. Nauzubillah.. Sebab tu la diorang wujudkan sekolah hamil kot. Memang dah prepare awal-awal.

SZ : Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Statistik Kutipan Filem 2 Alam - Dr Rozmey Mengamuk

Siapa yang tidak kenal dengan DDR a.k.a Dr Rozmey si jutawan Herba Prima Marketing yang terkenal dengan produk Jus Mate 5 tu. Dia ni memang top disebabkan rambutnya yang stylo tu. Dan sejak akhir-akhir ini nama beliau semakin meletup bilamana beliau berani mensasarkan kutipan RM40juta terhadap filem 2 Alam beliau tu yang kini sudah menjengah pawagam. Sasaran yang dianggap tidak masuk akal serta mendapat kritikan pelbagai pihak.

sasar kutipan pecah panggung 40juta
Kenapa ada orang yang benci sangat dengan dia eh? Adakah sebab style rambut dia yang menyakitkan hati tu? Adakah sebab dia ada bini yang lawa? Ataupun dengki ngan kekayaan DDR? Yang aku tahu, ramai yang tak suka beliau sebab beliau bongkak. Dan ada yang frust sebab produk Jus Mate 5 tu langsung tak berkesan malah lebih memburukkan. Dan keadaan bertambah buruk bila dia terlalu yakin filem beliau yang banyak mendapat kritikan itu mampu pecah panggung sehingga RM40juta. Ntahla.. Aku no komen.. Kat facebook pun dah ada satu group anti-DDR ni.. Nak ushar? Klik SINI! 

Apa plak pendapat anda mengenai filem 2 Alam beliau tu? Adakah beliau mampu mencapai sasaran RM40juta tersebut? Rata-rata makhluk yang dah tengok filem tersebut mengklasifikasikan filem tersebut sangat membosankan dan hanya membuang masa. Tidak dinafikan filem tersebut mempunyai unsur teladan. Tetapi ramai yang mengatakan filem tersebut hanya layak dijadikan cerekarama dan ditayangkan kat TV. Terlalu banyak adegan-adegan 18sx membuatkan orang semakin menyampah ngan filem tersebut. Taktik kotor nak lariskan filem.


Aritu, hari-hari kat paper KOSMO cita pasal 2 Alam ni. Penuh 1 muka plak tu. Mentang-mentang DDR banyak duit. Promosi memang gila-gila punya. Tapi tengah ghairah diorang wat promosi, sekali boleh kantoi plak poster filem 2 Alam tu ciplak filem luar negara, exorcism. Haha.. Siapala agaknya yang design poster filem tu. Sah-sah kantoi. Mesti dia google je pix tersebut. Adeyh..

terang-terang kantoi
Dengar citer, berita di akhbar Kosmo mengenai filem 2 Alam yang berjaya mendapat kutipan 2juta pada hari pertama tayangan tu adalah 1 penipuan. Kerana pada hakikatnya terlalu banyak empty seats pada hari tayangan. Langsung tiada sambutan. Benarkah?


terlalu banyak empty seats
Kat bawah ni aku nak kongsi satu video yang sangat kelakar. Mungkin ada yang dah tengok coz video ni sedang hangat disebarkan di facebook. Memang lawak. Sape la punya idea create video ni. Terlalu sakit hati ngan DDR sampai macam tu skali.. huhu.. Video Dr Rozmey versi Hitler mengamuk sebab statistik kutipan sangat menyedihkan. hehe.. Jom layan jap..


Atau boleh terus klik LINK di bawah ni..
Group Anti-DDR di Facebook
Video statistik kutipan 2 Alam di Youtube
Trailer Filem 2 Alam di Youtube
berita lebih gempar serta bukti kukuh di sini


Sebelum tu, aku minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan entry ini terutamanya para peminat tegar Dr Rozmey. Takut gak aku kena saman. Hehe.. Tiada niat untuk menjatuhkan serta memburukkan beliau. Sekadar ingin berkongsi pendapat orang ramai. Aku pun sebenarnya kagum jugak dengan semangat, keberanian serta keyakinan DDR tu. Yang baik kita jadikan teladan. Yang buruk sama-samalah kita jadikan sempadan. InsyaAllah..

SZ : Agak-agak la kan, bapok-bapok, maknyah-maknyah yang tengok filem ni akan insaf tak? :D

Saturday, November 20, 2010

Happy 24th Anniversary Mom and Dad


Hari ini, 20 November 2010, genap 24tahun perkahwinan Ayahanda serta Bondaku yang tercinta. Setelah 24tahun melayari bahtera perkahwinan bersama-sama, mengharungi ombak dan badai, ribut dan taufan. Alhamdulillah.. Masjid yang di bina atas dasar cinta ini masih lagi utuh sehingga kini. Walaupun bermacam-macam fitnah dilemparkan. Bermacam-macam dugaan yang diberikan. Jodoh mereka cukup kuat.

Di kesempatan ini juga, aku sebagai anak sulung mewakili 6 orang adik-adikku ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesabaran, jerih-perih ayahanda serta bonda yang bersusah payah membesarkan kami sehingga kami 7 beradik menjadi 'manusia'. Kami tahu, segala jasa dan pengorbanan ayahanda serta bonda itu tidak akan terbalas dengan harta dan wang ringgit serta apa cara sekalipun. Kami hanya mampu berdoa agar kita sekeluarga kekal bahagia di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-24 kami ucapkan buat Ayahanda serta Bonda. Semoga jodoh Ayahanda serta Bonda terus kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Semoga terus sabar mengharungi badai rumahtangga. Mudah-mudahan keluarga kita akan terus bahagia di dunia dan di akhirat serta sentiasa diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah.. Amin.. 

Love U so much Mom and Dad!

SZ : My Parents is My Idols..

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha


Sempena 10 Zulhijjah 1431H ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam AidilAdha buat semua makhluk di muka bumi Allah ini tidak kira siapa pun anda. Ampun maaf diminta.. Semoga Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna daripada sebelumnya.

Yang mana buat korban tu, Alhamdulillah.. Takbir dan selawat! Hati-hati masa tengah sembelih lembu tu. (Tak kisah la kerbau ke, unta ke, kambing ke) Jangan sampai kena terajang ngan kaki lembu yang tengah meronta-ronta tu. Sebelum sembelih, asah dulu pisau kasi tajam. Kalau pisau tumpul, berdosa plak kita nanti. Tengah melapah daging atau tulang belulang tu, cermat sikit. Jangan sampai terpotong jari atau tersembelih membe sebelah.

Yang mana mengalami masalah obesiti tu, janganla makan banyak sangat daging. Tapi kalau yang kurang lemak cam aku ni, ambiklah kesempatan ini untuk menambah lemak-lemak di bahagian-bahagian yang sepatutnya.. hehe.. Yang memandu tu, ingatlah orang tersayang. Jangan sampai anda pun turut terkorban.. Nauzubillah..

K,lah.. Selamat Berhari Raya dan Selamat Bercuti.. Semoga anda semua sentiasa bahagia disamping insan tersayang. Mudah-mudahan juga kita semua beroleh barakah daripada-Nya.. InsyaAllah..


SZ : Berkorban demi agama, bangsa dan tanah air! Lailahaillallah.. Allahuakbar!

Fadhilat Hari Raya AidilAdha

AIDILADHA yang dirayakan pada setiap 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”
Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah dimana ia disebut Hari Tashrik.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah. 



SZ : Dah jadi lumrah, kebanyakan orang kita lebih ghairah menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Bagi mereka Hari Raya AidilAdha tidak semeriah Raya Puasa. Sama-samalah kita berusaha mengubah lumrah tersebut.

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir. Di sini akan disebutkan beberapa hadis yang menyatakan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah sebagai suntikan semangat dalam menambahkan amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.Ingatlah dunia ini hanya sementara dan mestilah digunakan untuk mencari sebanyak mungkin bekal sebelum tibanya hari kematian sebagai tiket utama menuju negeri akhirat yang kekal abadi.

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi –

Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi- 


Hadis-hadis ini menunjukkan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah samada kepada mereka yang menunaikan fardhu haji atau pun tidak. Allah mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengabulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hambaNya.

Allah begitu bangga dengan hamba-hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa bertaubat. Oleh itu, muhasabahkanlah diri kita samada kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal soleh dan bertaubat atau pun hanya melakukan amalan sambil lewa dan penuh kemalasan. Ingatlah kepada hari mati dan hari pembalasan yang mana setiap amalan samada baik atau pun buruk walau sekecil zarah pun akan ditayangkan oleh Allah di depan khalayak ramai.

Jika amalan baik tidaklah perlu dipersoalkan tetapi jika amalan buruk dan maksiat ditayangkan bagaimana perasaan kita ketika itu? Kita tidak boleh menafikan lagi segala perbuatan maksiat yang dilakukan malah setiap angggota kita akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini.

Sama-samalah kita renungkan..

SZ : Jom kita pakat-pakat puasa besok!

Sultan Kedah Dukacita Ada Pihak Nafi Sumbangan Kerajaan Negeri

Baru-baru ni kecoh pasal MB Kedah, Ustaz Azizan mengamuk masa sidang media kan.. Harr.. nie hangpa tengok pulak Sultan pun dukacita dengan pihak yang tak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan Negeri Kedah yang berusaha sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan terbaik. Tetapi difitnah oleh media dan pihak-pihak tertentu yang mahu mempolitikkan isu banjir ni. Aku meluat btoi tengok media-media pro UMNGOK wat keja. Sapa yang tak bengang kalau kita bersusah payah, tetapi tiba-tiba difitnah dan diburuk-buruk kan. Macam Ustaz Azizan sound diorang.. " Nak wat keja, wat kerja cara orang Islam!". Memang terbaek ah! tabik spring sama ustaz! Memang patut pun media kena banned daripada masuk sidang DUN Kedah tu.

*********************

ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda.


Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.
 source : HarakahDaily

video ustaz azizan mengamuk : KLIK SINI

SZ : i like GREEN!

Sunday, November 14, 2010

Bergayut Dengan Awek Depan Ibu

Malam ini aku nak kongsi satu cerita mengenai seorang kawan aku. Dan aku juga nak mintak pendapat korang mengenai situasi yang di alami oleh beliau. Aku yakin korang pun mesti pernah alami situasi ni. Tadi dia ada cerita masalah dia kat aku. Masalah dia ngan buah hati beliau. Dia ada tanya pendapat aku. Dan aku pun nak jugak kongsi dan tanya pendapat korang. Ceritanya begini.....

Dah seminggu kawan aku ni sent SMS kat buah hati dia. Tapi buah hati dia langsung tak reply. Dia rasa pelik. Sebelum tu ok ja. Kenapa tiba-tiba buah hatinya tak reply SMS dia. Tiba-tiba sahaja buah hatinya diam 1000 bahasa. Apa pulak salah dia? Kenapa tiba-tiba dia dihukum macam tu? Tanpa usul periksa?

Petang tadi kawan aku tu online dia punya FB. Seperti biasa dia akan menjenguk wall FB awek beliau.  Dan dia terbaca status yg di'update' di wall FB aweknya itu. Status tersebut berbunyi begini, "APA PENDAPAT KORANG KALO 'BOY' TU XMAU CAKAP TEPON NGAN KITA DEPAN MAK DIA?". Lantas kawan aku terfikir. Mungkin sebab itu awek dia merajuk taknak layan SMS beliau. Sebab, minggu lepas awek dia ada sent SMS. Awek dia mintak izin nak call. Tapi kawan aku ni tak kasi call coz masa tu dia ada dalam kereta dengan mak dia. So, dia segan nak cakap. Bila kawan aku baca komen-komen kat status awek dia tu, dia berasa sangat terkilan. Banyak komen-komen yang tidak membina dan menyakitkan hati. Dia sedar coz ramai yang menunggu peluang melihat mereka bergaduh coz awek kawan aku ni ramai peminat.

Aku tanya kawan aku tu, "Awat hang tak mau gayut tepon dengan awek hang depan mak hang?". Maka dia pun luah kat aku sebab musababnya. Kawan aku ni seorang yang agak pemalu. Dengan mak dan ayah dia sendiri pun pemalu. Lagi nak suruh dia cakap tepon ngan awek depan mak dia? Memang tak la kan. Dengan mak sendiri pun tak pernah bergayut, inikan pula nak bergayut ngan awek depan mak. Kecik hati plak si Mak nie kang. Tak pasal-pasal kena tuduh mengutamakan orang lain daripada mak sendiri plak nanti. Lagipun mak dia kurang sporting kalau bab cintan cintun ni. Tak macam ibu awek dia. Sporting habis! Semua cerita awek dia share ngan ibunya tanpa segan silu. Dah jadi macam kawan baik. Berbeza ngan kawan aku tu.  

Adoilaaaa... Sebab tu pun nak jadi isu ke? Fikirla sikit. Tak semua orang mempunyai mak yang sporting dengan anak-anak. Tolongla faham. Jangan terlalu mudah menghukum seseorang tu tanpa usul periksa. Sebaiknya tanya dulu kenapa dia buat macam tu. Mungkin dia ada sebab tersendiri. Bukan dia sengaja. Tak semua orang boleh ngam dengan mak bapak diorang. Tak semua orang bahagia dengan family mereka. Aku kesian ngan kawan aku tu. Kalau buah hati sendiri taknak kesian n faham beliau, siapa lagi? Dia tu dahla banyak masalah. Aku sendiri pun tak pernah main SMS depan mak ayah aku. Apatah lagi nak bergayut depan diorang. Segan kowt..

Kawan aku tu seorang yang penyabar. Dah banyak kali awek dia hukum dia secara tiba-tiba tanpa dia tahu apa puncanya. Tapi dia wat bodoh ja. Dia cuba memahami awek dia tu. Sebab dia terlalu sayang awek dia. Tapi aku terfikir gak. Di mana maruah dia sebagai seorang lelaki? Layakkah dia digelar sebagai seorang yang dayus kerana terlalu penyabar? Ntahla.. Itu hak dia. Mungkin dia ada sebab tersendiri.

Pesan aku, siapa yang ada buah hati tu, layanlah baik-baik. Jangan buat dia macam sampah. Beri peluang dan mintak penjelasan kalau ada masalah. Jangan menghukum secara buta tuli tanpa menyelidik terlebih dahulu punca sebenar. Jangan menyiksa jiwa seseorang itu. Kalau nak bercinta, jagalah hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Kalau tak, lebih baik bercinta je lepas kahwin.


Bagi aku, normal kalau seseorang itu segan atau malu untuk bercakap telefon dengan buah hati di hadapan mak atau ayah mereka. Anda bagaimana? Adakah sebab tak nak jawab call depan mak ayah itu menandakan anda tidak serius dalam perhubungan?


SZ : Single is Simple! Tapi kadang-kadang single juga membuatkan kita merasa sunyi..

Friday, November 12, 2010

Siapakah Orang Itu?

Untuk renungan semua..

1. Siapakah orang yang sibuk ?


Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

2. Siapakah orang yang manis senyumannya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya?


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin?


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

9. Siapakah orang yang mempunyai akal?


Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfa'at kepada

manusia lain...

Renung-renungkan.......


SZ : Aku update nie sementara nak jawab exam japgi.. haha.. rilek dulu.. online nak redakan tekanan.. Kita muhasabah diri sikit sempena hari Jumaat nie..

Sunday, November 7, 2010

November yang Busy!

Fuhhh... Penat! Baru lepas setel kerja.. Banyak betul aku taip dan edit tadi.. Lebih kurang pukul 3pagi baru setel.. Walaupun belum betul-betul sempurna lagi kerja aku ni, tapi sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan serta keserabutan otak aku. Sebelum aku offline, aku curi jugak masa untuk aku update blog aku ni sebelum aku berangkat ke Kelantan. Walaupun jelas terasa jari-jemari aku semakin longgar. Haha..

Pukul 9.30pagi japgi aku akan bertolak ke Kelantan dengan adik aku. Tapi barang pun belum packing lagi. Nampak gayanya aku tak tidur la malam ni. Tidur dalam bas ler jawabnya. Nasib baik naik bas. Aku pergi ke Kelantan ni untuk menemani adik aku yang baru lepas operation kanser thyroid aritu untuk buat pemeriksaan susulan pada hari Isnin di HUSM Kubang Kerian. Bukan untuk celebrate Kelantan menang Piala Malaysia tau! hehe.. Pada hari Selasa plak dia ada appoinment pemeriksaan tulang belakang beliau kat lokasi yang sama. Sampai Kota Bahru petang besok, ada saudara aku yang tinggal di sana akan datang jemput. So, kami berdua akan stay kat rumah beliau sampai hari Rabu.

Hari Rabu pagi, aku akan bertolak kembali ke Kedah. Di jangka sampai pada waktu petang. Dan pada malam itu jugak aku akan bertolak kembali ke Kuala Lumpur. Pada Khamis petang, aku akan bertolak pula ke Seremban untuk menjalani ujian Tourist Guide pada hari Jumaat. Dan pada hari Sabtu, aku akan kembali ke Kedah. Adoyai.. Pening kan..? Ke sana ke mari.. Aduh.. Harap-harap kali ni semua akan setel!

Bulan ini adalah bulan yang paling busy buat aku. 27 Nov nanti pula aku terpaksa jalani ujian Kurnia Insurans. Yang tu satu apa pun tak study lagi. Buku dia bapak tebal nak mampos. Musim cuti sekolah ni plak banyak Kem2 yang nak di'handle'. Nak kena buat macam-macam promosi lagi. Adeyh.. Nak jadi usahawan yang berjaya, kenala banyak berkorban. Kan.. Walaupun pada hakikatnya aku seorang yang malas. huhu..

Semakin hari juga aku terasa semakin jauh dengan korang semua. Rasa terkilan pun ada. Dunia blog terasa makin jauh dengan aku. Idea banyak. Tapi otak tengah serabut nak 'create'.. Takpa! Kerja lebih penting! Kan? Lalalala.. Hari-hari Kerja! Chaiyok2! Wish Me Luck!


SZ : Terasa tubuhku semakin susut....

Saturday, November 6, 2010

Kalau Betul Allah Baik, Kenapa Cipta Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan".

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

****************

*source :iluvislam.com . Rasanya ramai yang dah baca kisah ni.. Tapi aku tetap nak kongsi jugak.. Untuk renungan untuk kita bersama.. InsyaAllah..

SZ : Bila agaknya pemimpin negara kita nak buat macam ni eh? Errr.. Upss.. Aku rasa bini beliau tak kasi la.. :D