Pages

Thursday, September 30, 2010

Bot Terbang Tentera Iran

Iran sekali lagi telah berjaya menggemparkan dunia dengan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki. Saintis dan ahli ketenteraan mereka telah berjaya mencipta dan menghasilkan pesawat pejuang yang unik dari kelasnya iaitu Bot Terbang atau “Flying Boat” Iran.

Menerusi jurucakap Ketenteraan Iran, Angkatan tentera Pasukan Pengawal Revolusi Iran telah mula menerima skuadron “Bot Terbang” dan ianya akan dikendalikan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Elite Iran. Setakat ini, pasukan tersebut telah menerima 3 skuadron bot terbang itu. Dengan situasi semasa dan rantau Timur Tengah yang sedang bergelojak dan kurang stabil sosio-politiknya, Iran semakin berani untuk mengumpul kekuatan ketenteraan untuk menghadapai sebarang ancaman yang tidak diduga.

Bot terbang ini dilengkapi dengan senjata api, dan boleh diterbangkan sama ada malam dan siang dengan dilengkapi alat pandang malam yang terbaik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera canggih yang akan digunakan untuk menangkap gambar ketika melakukan tugas-tugas pengawasan dan pemantauan. Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Pengawal Revolusi Iran,Ahmad Vahidi sebagai memetik dari kata-katanya; ” Dengan teknologi rekabentuk yang termaju dan canggih tiada radar sama ada di laut , udara dan darat boleh mengesan kewujudan bot terbang ini. Ianya dapat bergerak dengan baik untuk keluar dari laut”.

Teknologi pembuatan bot ini, adalah hasil dari kejuruteraan tempatan. dan ianya adalah satu kebanggaan bagi industri teknologi ketenteraan bagi negara tersebut. Bot ini bakal ditugaskan dan diberi tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengawasan, pemantauan sempadan perairan negara tersebut. Segala input dan bahan-bahan yang diperoleh menerusi kameranya bakal dipindah segera kepada pihak pemerintah skuadron untuk tindakan selanjutnya. Bot ini juga, boleh dibekalkan dengan misil dan ianya dapat melancarkan misil dengan tepat ke sasaran ketika sedang bergerak laju.

Berikut adalah gambar-gambar bot terbang :












SZ : Malaysia ada Jet Enjin Hilang dengan Kapal Selam tak boleh selam.. ahahaha.. jangan marah.. :D Gurau je.. Apa-apa pun, wa respek la sama Iran!

Wednesday, September 29, 2010

Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. 

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

Tuesday, September 28, 2010

Yang Tersurat dan Tersirat

1. Yang Tersurat :

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Yang Tersirat :
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

2. Yang Tersurat :

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

3. Yang Tersurat :

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu.... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain... Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal…..



SZ : Kalau dah bagi harapan kt orang tu, jangan senang-senang ja tarik balik harapan tu..

Monday, September 27, 2010

Kisah Boyfriend Paling Tak Guna!

Hello sayang...
Kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi...
Janganlah sayang merajuk lelama sangat, betoi... abg tersangatlah rindu kat sayang...

Walaupun muka abg ni agak macho dan comel... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulak... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang.....

Sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hard disk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi....
bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi....

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek. ..masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh???

Udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la ye... abg pinjam jap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar gedabak tu... Hehehehe... henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuulll....! semalam abg dah booked tiket citer Magika tuh... abg ingat la kan, cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis.....

Lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hari raya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gak guna masa hari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plak... ayah sayang sure tak prasan punya sebab nanti abg spray la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi MyVi sayang ni...kira abg pakai dulu la ye utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti, sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa... MyVi sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang... dah cakap lama ni... kredit dah nak kong.. jgn lupa topap kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...
bye-byee... muah!

SZ : sapa nak kapel ngan lelaki di atas, sila rojer aku ok.. haha..

Saturday, September 25, 2010

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga

Lagu nie sememangnya hangat kat You Tube.. Tak ku Sangka Tak ku Duga by Apit feat. Appy.. Lagu nie memang feeling abis.. Suara Apit nie memang sedap.. Nyaring.. Siapa Apit nie? Kat You Tube orang selalu panggil beliau 'Apit Tatu di Lengan'! Kenapa? Sebab kat lengan dia ada tatu la.. haha.. Apedaa.. Lagi Mau tanya kaa?? Err.. Islam kah beliau? Islam apa tatu di lengan? Ntahla.. Mungkin Islam hanya pada nama kowt.. Wallahu'alam.. Aku tak berani nak memandai-mandai..

Mengikut kajian, Apit nie adalah salah seorang ahli band Baron Bros yang agak talented kat Singapura.. Band tersebut terdiri daripada Apit, Wan, Rizal dan Din.. Lagu-lagu diorang suma memang layan la bagi aku.. Feeling abis.. Antaranya Tak Ku Sangka Tak Ku Duga n Luahan Hati.. Dua lagu tu memang top la kat Youtube.. Kalau korang tak pernah dengar, sila search sindri kt Youtube ok.. hehe..

Lagu bertajuk 'Tak Ku Sangka Tak Ku Duga' nie adalah antara feveret aku la.. Memang tiap2 malam  aku akan dengar sebelum tidoq.. Dengar sampai terlelap la.. Ulang berjuta kali pun tak jemu.. Err.. Kenapa? Adakah liriknya ada kena mengena ngan aku? hahaha.. jiwang karat btoi mamat nie.. tak bley blah.. haha.. Lex ar.. skali-skala.. jiwang kan tandanya romantik.. haha.. Apa-apa pun, jom layan video kat bawah nie.. "err.. Bang.. Tumpang tanya.. Yg mana 1 apit?". Yang pakai 'cap' tu har..


Video kat bawah nie plak yang versi kanak-kanak punya.. Tengokla.. Comel gila budak pompuan nie.. Baru 5 tahun.. Comel like my future daughter.. haha.. zaassss.. layaannnnn....


Lirik Lagu : Tak Ku Sangka Tak Ku Duga by Apit ft. Appy

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
 

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

~dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
 

tak ku sangka
tak ku duga
perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani mlm sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu


SZ : Sekadar rehatkan minda.. Tangkap lentok skit.. :D

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?




Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti..”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

SZ : No Women, No Cry.. Hargailah wanita.. Kerana dirinya begitu berharga.. =)

Friday, September 24, 2010

Kenapa Lelaki Menangis Bila Putus Cinta?


Wahh.. Jiwang plak entry aku kali ni.. Apa pendapat anda bila lelaki menangis kerana putus cinta? Normal ke? Ataupun ia perkara pelik? Selalunya orang akan kutuk, "Eh.. Tak malu ke laki nangis? Cam pompuan lah kau nie!". Biasanya perempuan je yang nangis bagai nak rak bila kecewa bercinta. Lelaki biasanya rileks je. Berlagak slumber je walaupun sebenarnya dalam hati nie sakit, jiwa merana.. Kalau situasi sebaliknya plak camne?

Aku ada seorang sahabat. Beliau nie gangster tak hingat punya.. Fighter.. Tapi bab hati n perasaan ni, beliau tumpas jugak. Nangis beb.. Frust menonggeng bila kena tinggal ngan awek.. Kena pulak time besday dia.. Lagi la sedih.. Abis pecah dinding rumah kena hentam ngan dia.. 3bulan tak keluar rumah.. Makan tak lalu.. Tidur tak lena.. Mandi tak basah.. Ahh.. Tipu lah kalau mandi tak basah! Mandi kerbau pun basah.. Hhmm.. Bila dengar lagu-lagu berkaitan ngan perasaan nie, lagi la hancur remuk jiwa beliau.. Nangis air mata darah.. hhmmm.. Sekeras-keras lelaki, akhirnya nangis juga bila hati dan perasaannya terasa dipermainkan..

Apa pendapat anda mengenai lelaki macam ni? Bagi aku la kan.. Lelaki nie memang susah nak menangis.. Tapi kalau seseorang lelaki menangis disebabkan cinta, ini menggambarkan beliau seorang yang sangat serius bila bercinta. Sangat setia kepada kekasihnya.. Dia sanggup buang egonya n sanggup gadaikan maruahnya sebagai seorang lelaki untuk tunduk memujuk rayu kepada perempuan tersebut.. Perempuan yang telah menolak cintanya supaya kembali ke pangkuannya..

Bayangkan bila orang yang kita sayang, orang yang kita harapkan menjadi sebahagian daripada hidup kita meluahkan yang dia sudah tidak ada perasaan lagi kat kita secara tiba-tiba.. Ya Allah.. Sakitnya hati.. Segala impian dan angan-angan kita menuju hari bahagia tu musnah secara tiba-tiba.. Dia cakap senang la.. Maybe takde jodoh.. Bunga bukan sekuntum lah bagai.. Yang menanggung tu bukan kau! Err.. kenapa aku plak yg over nie? haha.. Rileks bro! Jangan emo sangat! huhu.. Ini pendapat aku la..

Lelaki macam nie jugak bagi aku seorang yang sukar jatuh cinta.. Walaupun muka dia market, ramai kawan perempuan or ramai peminat, beliau seorang yang tidak mudah melafaz or menerima cinta.. Tetapi sekali dia jatuh cinta, selamanya dia akan setia.. Kalau dia putus cinta, dia akan berasa serik untuk bercinta lagi.. Kepada perempuan, kalau jumpa lelaki macam ni, hargailah cinta dan kasih sayang beliau. Lelaki macam nie satu dalam seribu. Yela.. Biasanya bila putus cinta, perempuan akan cakap, "Lelaki semuanya sama! Aku benci lelaki!".. Salah tu cik adik.. Aku sangat tidak setuju dengan statement tersebut.. Tak semua lelaki macam tu..

Putus cinta nie memang menyakitkan. Bila hati dah hancur luluh.. Jiwa remuk berkecai.. Nak wat apa pun lemah-gemalai je.. Jiwa kosong.. Tapi jangan jadi bodoh sampai sanggup terjun bangunan, gantung diri, baring kat landasan keretapi.. Nyawa tu bukan hak kita. Nyawa tu hak Allah.. Hanya Allah yang berhak mengambilnya kembali.. Jangan pandai-pandai nak amek nyawa sendiri. Neraka lah tempat anda!


Aku bukanlah superman.. Aku juga bisa nangis.. hehe.. Maafkan daku andai terover.. Sekadar meluahkan pendapat, bukan meluahkan perasaan ok.. huhu.. Anda bagaimana? Masing-masing mesti ada pendapat tersendiri kan?

SZ : Bercinta lepas kahwin lebih indah.. Cintailah Yang Maha Mencintai... =)

Wednesday, September 22, 2010

Muslimah Memang Tak Guna ........



Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda mesti rasa marah. Rileks! Jangan gelabah! Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg hanya layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan Islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang BERGUNA!


*Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan..

Tuesday, September 21, 2010

Makna Di Sebalik Warna Kertas


Anda : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Saya : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Anda : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Saya :
"itu melambangkan Suasana Pilu"

Anda : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Saya : "Asmara Yang Membara"

Anda : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Saya : "Suci, Bersih dan Jujur "

Anda : "Kalau kertasnya Kuning?"
Saya : "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Anda :
"Kalau Merah Jambu?"
Saya : "Sedang Jatuh Cinta"

Anda : "Kalau Kelabu?"
Saya : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Anda :
"Kalau kertasnya Hitam?"
Saya : "Itu namanya kertas karbon.. Ngeng!

Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita



1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit wanita lebih halus.

4. Wanita lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.

Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

SZ : Kaum lelaki, jangan marah.. Cubalah hargai wanita dengan sebaiknya ok.. =D

Monday, September 20, 2010

Good Luck to all UPSR 2010 Candidates!

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semua murid-murid..? Chewah.. Bajet guru besaq plak dah.. Besaq ka? hehe.. Ok.. Straight to da point.. Besok akan bermulalah perjuangan adik-adik ataupun anak-anak kita yang tahun 6 tu menghadapi peperiksaan UPSR bermula 21-23 September 2010. Pertama kali mereka akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidup mereka yang akan menentukan hala tuju mereka ke alam menengah nanti sama ada ingin melanjutkan pengajian ke sekolah berasrama penuh ataupun yang tidak penuh.. huhu.. Sama-samalah kita mendoakan agar semua adik-adik kita ataupun anak-anak anda tu berjaya mengharungi peperiksaan tersebut dengan tenang dan jayanya. Mudah-mudahan masing-masing memperoleh result yang membanggakan iaitu 5A!
Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua student-student UPSR yang pernah menuntut ilmu dengan aku di Pusat Tuisyen Lubok Rezeki sepanjang tahun 2010.. Aku cikgu kah? Bukan.. Aku hanyalah seorang cikgu bidan terjun yang terpaksa mengajar di pusat tuisyen family aku.. Aku terpaksa mengajar bebudak tu sebab salah seorang guru terpaksa berhenti mengejut disebabkan masalah keluarga.. So, aku diminta untuk menjadi guru bidan terjun mengajar bebudak tu subjek Bahasa Melayu pada setiap cuti minggu..

First time aku kena mengajar dalam hidup aku.. Aku pun tak pernah terbayang yang aku akan merasai pengalaman menjadi seorang guru.. Mula-mula tu memang nervous n agak kekok.. Tapi lama-kelamaan semakin biasa n makin seronok plak mengajar walaupun kadang-kadang tu agak tension.. Bebudak tu pon lama-kelamaan makin mesra ngan aku.. Walaupun aku nie hanyalah seorang guru Bahasa Melayu yang tidak bertauliah, aku harap semua murid-murid aku dapat skor semua subjek dengan cemerlang terutamanya subjek Bahasa Melayu.. hehe.. Murid-murid! Cikgu akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.. Mudah-mudahan semua dapat skor straight A.. InsyaAllah.. Buktikan anda semua mampu lakukan! Chewahh..


K,lah.. Good Luck to all UPSR 2010 candidates! All da best! Sapa dapat 5A, abang bagi hadiah! Err.. Hanya untuk yang tuisyen kt Pusat Tuisyen Lubok Rezeki ja ok.. hehe.. Kalo tak, jenuh 1 Malaysia pakat mai claim kat aku nanti.. hahaaa.. =)

Saturday, September 18, 2010

Gambar Pontianak di City Park, Seremban!

Gambar hantu ini dirakam oleh seorang kawan aku secara tidak sengaja di City Park, Seremban 2, Negeri Sembilan pada waktu Maghrib sehari sebelum masuknya bulan Ramadhan pada tahun 2009.  City Park adalah sebuah tasik dan  tempat berjogging yang paling popular di Seremban. Jaga-jaga la korang kalau pergi jogging kat situ pasni.. hehe.. Aku pon selalu lepak n jogging jugak kat tasik tu masa aku study kat Seremban tahun lepas..

Kawan aku pun tak perasan lembaga tu pada mulanya. Dia perasan semasa dia nak zoom gambar tu untuk tengok muka dia, lalu ter'zoom' lembaga putih tu. Masa tu kitorang lepak kat kedai mamak depan Jusco Seremban. Kitorang tunjuk la gambar tu kat mamak-mamak restoran tu. Semua gelabah n goyang. Masing-masing kelam-kabut nak 'bluetooth' ayat Qursi. Penakut jugak rupanya. Haha..

Aku baru je update masukkan dalam blog pada hari ini coz aku baru terjumpa gambar ni dalam external hard disk aku tadi setelah sekian lama tersimpan di dalam folder-folder yang melambak tu.. Lagipun aku baru je create blog nie bulan Jun2010.. Kalo tak, dari tahun lepas lagi aku dah upload.. Rasanya gambar nie dah tersebar kat internet. Tapi diorang cakap nie kt i-city, selangor.. Ada rupa i-city ke? memandai je.. Maybe sebutan city park n i-city tu hampir sama n diorang keliru.. Tapi, sumpah gambar nie member aku yang snap kt City Park.. Aku bukan nak auta ok.. Aku berada di tempat kejadian.. So, aku nak kongsi jugak ngan korang.. Jom tengok..

1. Gambar kat bawah ni nampak biasa ja kan.. Nampak tenang ja macam takdak apa-apa..


2. Apabila gambar ini di'zoom', apa anda nampak?


3. Apakah lembaga ini? Hantu? Pontianak? Langsuir? ataupun hanyalah seorang wanita awam yang sedang bersiar-siar?


4. Beliau pegang sabit kat tangan beliau.. Tukang kebun kot?


Apa sebenarnya lembaga misteri itu? Hantu la kan.. Apa pun pandangan anda, hanya Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu..

SZ : Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..

Cicak Tokek Sebesar Buaya Bernilai RM64Juta?

Baru-baru nie, masa raya, sorang membe aku datang rumah.. Tiba-tiba dia tanya kat aku, ada tak menatang biru yang bintik-bintik merah tu.. Aku pelik.. Menatang apakah itu? Beliau cakap cicak tokek.. Aku plak biol tak penah dengar apa itu cicak tokek.. Cicak gecko tu aku tau la.. Rupanya cicak tokek tu cicak gecko la.. Haha.. Skema tol aku.. Gecko tu nama ilmiah bagi cicak tokek.. Membe aku cakap harga cicak tu bley cecah ribu-ribu seekor. Giler! Apa khasiat cicak tu sampai mahal nak mampos? Aku masih musykil.. Semalam plak kat facebook, ada sorang membe aku promote kt status beliau, dia nak jual cicak tokek 2 ekor, RM8ribu.. Aku bertambah pelik lantas aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada ustaz aku iaitu Lebai Google..

hai.. nama saya tokek..
Apa khasiat cicak nie? Cicak ini dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit HIV/AIDS, sakit kulit atau asma. Dipercayai, setelah berat cicak ni mencecah 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS. Wah.. Dah ada penawar untuk penyakit tersebut.. Bagus2.. 1 perkembangan yang bagus.. Patutla nilai cicak tu berjuta-juta ringgit..

comey gak kan cicak nie..
Kat area Sabah n Sarawak memang orang tengah giler cari natang nie. Baru-baru ni kt Sabah, ada pemuda mendakwa beliau menjumpai cicak tokek sebesar buaya? Berat 64kilo.. Giler! Harga sekilo cicak tu RM1 juta.. Kalo 64kilo? Mak aii... Goyang kaki la pastu jawabnya.. Jutawan segera.. Tak payah susah-susah nak join MLM or skim cepat kaya dah pastu.. hehe.. Tapi, bley caye ke ada cicak besar buaya tu? Cuba klik SINI.

bapak besar nak mampos cicak nie.. sama besar ngan buaya..
ramainya cicak tokek.. geli plak aku.. haha..
SZ : Goreng pon sodappp.. haha..

Friday, September 17, 2010

Kedai Mamak Punca Banyak Penyakit?

sekadar gambar hiasan
Penyakit Pendatang Asing Yang Kerja Kat Kedai Mamak:
Sila baca dialog di antara Uncle M dan Hanief (bukan nama sebenar) di bawah ini mengenai isu tersebut.

********** 

Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.

Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

Hanief: ...

Uncle M: Kedai Mamak.

Hanief: Haha... Kedai Mamak?

Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

Hanief: Hahahaha...

Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

Hanief: Dah pulih ke dia?

Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.

Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?

Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

Hanief: Logik juga ya?

Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau fikir-fikirkanlah lepas ni.

Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racun serangga dia tinggi.

Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.

Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

Hanief: Painkiller ke?

Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant . Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.

Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.

Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang .


********** 
tolong! saya tak bersalah..
Apa Pendapat anda? 

SZ : Bagi aku, tak semua kedai mamak macam tu.. Yang ok tu, ok la.. Yg teruk tu, aku pon x selera.. Niat aku bukan nak lingkupkan periuk nasik orang lain.. Tapi juz untuk peringatan supaya kita sentiasa berjaga-jaga.. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati.. So, pandai-pandai la pikiaq! Pilihan di tangan anda.. =)

Murtad Kerana Putus Cinta!

Sedang aku tengah blogwalking, aku terbaca satu entry di blog seorang sahabat mengenai seorang lelaki yang tengah frust putus cinta mempertikaikan kewujudan Tuhan di post status facebooknya.. Astaghfirullahalazim.. Sampai macam tu skali frust putus cinta? Nauzubillah..
Sekarang anda boleh ikuti gambar-gambar print screen post status beliau.. Baca dan nilai sendiri..

1- Si lelaki kecewa kerana putus cinta!

2- Lantas mempertikai kewujudan Yang Maha Esa! Nauzubillah!

3- Lantas mengwar2kan seantero alam : "Ya, aku dan dia pernah BERZINA!"

4- "Ini dia gambarnya. Lihatlah bagaimana aku berkucupan. kah kah kah."

5-Lif Pantai Permai menjadi saksi cinta si lelaki kepada si wanita.

6- Ugutan kepada si wanita! Lelaki itu pernah meratah tubuhnya!

7- Cium, bercium dan terus bercium!

8- Dan akhirnya, beliau menyatakan : " May Jesus Bless u All My Friend" (Jika beliau beriktikad dgn apa yg beliau maksudkan di dalam status ini, maka jatuh lah syahadahnya!)

9- Aku ingat bila dah tukar agama ni, Jesus boleh tolong aku.. Tapi tak jugak.. Betul ke TUHAN tu WUJUD?


Timbul juga persoalan, adakah beliau seseorang yang bukan Islam tetapi sengaja cakap macam tu untuk memburukkan nama Islam? Musykil? Xpe.. Cuba tengok gambar-gambar di bawah.. Gambar-gambar yang berjaya dicopy di facebook lelaki tersebut.. Gambar beliau dengan ex-gf beliau dengan teman sekampus beliau. ex-gf dia pakai tudung.. Aku yakin dia Islam..

Marilah kita berdoa agar beliau sempat bertaubat sebelum Allah menjemput beliau dalam keadaan yang sangat hina.. Nauzubillah..

*original post by kuasarakyatperak
 credit to akhi fairuz

SZ : Inilah antara bahana facebook.. Gunalah facebook ke arah kebaikan..

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukkan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan kepada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung. Tetapi, mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


SZ : Dengan kadar jenayah yang tinggi, Selamatkah Malaysia? Selamat Hari Malaysia atau Mari Selamatkan Malaysia? Semoga negara kita akan sentiasa selamat dari segenap aspek...

Wednesday, September 15, 2010

Kelebihan Seorang Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


SZ: “Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ramai jumlahnya dari golongan wanita”

Tuesday, September 14, 2010

Wanita ibarat Epal


Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapalah diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Illahi mengiringi..

InsyaAllah... :)

Thursday, September 9, 2010

Fadhilat Aidilfitri & Takbir Raya

Hari Raya AidilFitri berasal daripada bahasa Arab iaitu yang berulang-ulang. Hari raya disambut berulang-ulang pada tiap-tiap tahun. Hari Raya Aidil Fitri yang juga terkenal dengan "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah swt untuk Umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.

Umat Islam merayakan Hari Raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah s.w.t. di antaranya sembahyang Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran.

Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:

Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t.

Maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Daripada hadis pula sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.

Maksudnya : Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.

Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Menurut huraian ulamak bahawa takbir Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya sunat dengan lafaznya yang lengkap seperti berikut:
 

Wednesday, September 8, 2010

Kad Raya Di Ambang Kepupusan

Zaman dah berubah, dunia dah maju.. Budaya menghantar kad raya sempena Aidilfitri pun kian pupus ditelan arus zaman.. Kenapa jadi macam ni? Sebab orang sekarang dah makin malas dan kedekut.. haha.. Yela.. Cara moden, mudah n jimat ada, watpa nk pakai cara tradisional lg kan? Kalau nak ucap Selamat Hari Raya pakai kad raya, susah. Kos tinggi nak beli kad raya n setem.. Setem plak mahal skang nie.. Nak kena menulis lagi.. Nak kena pegi pejabat pos lagi.. Kalau nak kena hantar kt 20 orang? Tak ke naya? Tak ke membazir wang n tenaga? Lenguh tangan nak menulis weyh! Lagipun dah x banyak kedai yang jual kad raya skang nie..

Teringat gak zaman orang dok gila antaq kad raya dulu.. Aku ngan adik2 aku selalu lawan siapa yg paling banyak dapat kad raya tahun tu.. Biasanya adik pompuan aku la yg menang.. Yela.. Laki kan jenis susah skit nak wat benda alah nie.. nak beli2 kad raya n tulis2 la bagai.. huhu.. Tapi aku masih simpan lagi kad2 raya yang aku pnah dapat dulu.. Aku simpan sampai skang.. Kenangan tu woii.. Tapi agak terkilan la ada jugak kad2 yg hilang, koyak.. Nie suma adik2 aku punya pasal la.. Budak2 kecik lg time tu.. Pantang nampak kertas atau kad, mesti nak conteng or koyak.. Sekarang nie bila aku belek balik koleksi2 kad raya aku tu, tergelak aku sorang2 bila baca isinya.. Lawak! Ayat skema x hingat punya.. Siap pantun la bagai.. Pantun yg feymes, "Pecah kaca, Pecah gelas, Sudah baca, Harap balas!'. Hahaha..

antara koleksi Kad Raya yg aku masih simpan sampai sekarang...
Zaman sekarang dah moden. Semua orang mesti nk senang n jimat punya. Thats why la budaya antaq kad raya dah makin pupus. Sekarang nie orang pakai SMS je.. Senang.. Taip skit pantun 4, 5 kerat, then send to many.. Senang! Jimat pon jimat.. 5sen je 1 sms.. Mana nak dapat kad raya sekeping 5sen bai? Dah tu tak payah lenguh2 tangan nak mengarang.. Jimat dakwat pen.. haha.. Bley antaq kt 100orang pon xpa.. xde hal punya! Tapi slalunya line bz la kalo musim perayaan coz ramai sgt yg pakai SMS.. Masalah jugak tu.. hehe..

Tapi sekarang ada cara lg mudah! Lg sempoi.. Facebook! Yela.. Facebook kan dah jd 1 fenomena kt negara kita nie.. Bley dikatakan semua orang ada FB.. Sape xde FB tu dianggap kuno la.. Nak antaq ucapan Raya kt FB cmne? Lg senang.. Search je wallpaper ucapan raya kt google, then upload.. Kalo yg rajin, create sindri pakai adobe ke hape ke, then upload.. Dah upload, tag kawan2.. Kalo yg malas tahap gaban tu, update je status, "Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.."! Nah! bley wish kt 4000 orang kawan.. haha.. lg sempoi! Kos? Juz bayaq bil internet ja tiap2 bulan.. :D

Tahun nie aku dah xdpt lgsung kad raya.. Tak macam dulu dah.. hehe.. Tp aku skang nie still lagi memberi kad raya.. Tapi kat Mak n Ayah aku jela n sum1 spesel (kalo ada).. Biasanya aku bagi kt diorang pada pagi Hari Raya semasa sesi bermaaf-maafan tu.. Kasi Mak Ayah aku lagi terharu masa kitorang adik bradik bersalam-salaman tu.. Dapat la duit raya lbey skit.. hehe.. ;-p Nak bagi lagi menyentuh perasaan, create sindri kad raya tu.. Simple tp penuh makna.. =)
salah 1 kad raya yg aku create sendiri.. Nampak simple tp mengah jugak nk wat nie.. huhu..
SZ :  Lama2 nnt posmen pon akan pupus la agaknya..
Pecah Kaca, Pecah Cermin.. Sudah Baca, Harap Komen.. haha.. :D

Sampul Duit Raya Ada Lambang Salib.. Hati-Hati!

Hasil kerja Designer yang tidak buat research :
Sampul Duit Raya Pertama :
Sampul Duit Raya Kedua :


Wahai pereka design sampul duit raya, hang ingat ni sambutan Hari Natal ka? Come on la, kenapa semua nak sambut Hari Natal ni? TV3 nak sambut Hari Natal, pereka design sampul duit raya pun nak sambut jugak?

Rajin-rajin la cari di google. Dalam google macam-macam kubah boleh jumpa. Kubah masjid boleh jumpa, kubah gereja pun boleh. Tapi hang malas. Hang search ja Kubah Gereja, atau Vatican City Church, atau Russia Church, mesti jumpa gambar di bawah ni :


Yang ini Kubah Gereja St. Da Villanova Bernini.



Yang ini pula kubah gereja di Russia. Sampul duit raya yang pertama ambil sample kubah dari gereja di Russia la. Sebijik.




Yang aku paling kecewa adalah design kubah sampul raya yang kedua. Tahu tak dia ambil dari mana? Ni ha, dari gambar atas. Gereja di Vatican City, Pusat Kristian Katolik yang utama di dunia. Tempat Paul. Kenapa la terlalu jahil ambil Gereja Vatican City untuk letakkan dalam sampul surat Aidilfitri?

Ya Allah, macam-macam perkara yang berlaku sempena Aidilfitri 1431 tahun ini!


*Credit to Akhi Fairuz