Pages

Tuesday, July 27, 2010

7 Jenis Wajah Mayat Dalam Kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang tanpa ada alasan yang kukuh.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Friday, July 23, 2010

9 Siti Yang Patut Dijadikan Idola


Siapakah 9 orang SITI yang paling layak diangkat sebagai idola? Adakah Siti Nurhaliza? Siti Sarah Raisuddin? Cik Siti Wan Kembang? CT Plaza? Ataupun Si Tikus? Harrr.. Jom kita pakat tengok sapa yang kenaaaa.... Tempat Pertama jatuh kepada..........

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah 

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah...

Sunday, July 18, 2010

Prinsip Perjuangan Adolf Hitler Berlandaskan Islam dan Berpandukan Al-Quran?



Siapa yang tidak kenal dengan Adolf Hitler.. Seorang diktator dan pemimpin Nazi paling berpengaruh di dunia.. Beliau dianggap sebagai seorang yang sangat kejam. Di sini saya ingin kongsikan bersama sahabat sekalian apa yang kita tidak tahu mengenai Hitler. Benarkah prinsip perjuangan Hitler berlandaskan ISLAM dan berpandukan Al-Quran? Artikel ini saya perolehi daripada seorang rakan. Artikelnya bermula di sini.....

************** 

Penghormatanku kepada Lelaki Agung, Adolf Hitler. Semoga ada sepertinya pada zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler?

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab:-

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...




Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Mungkin kita boleh renungkan ungkapan emas daripada beliau yang diambil dari sebuah keratan akhbar... dan kita sudah hampir dapat jawapannya sekarang...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Sejauh mana kebenaran cerita di atas, hanya ALLAH yang tahu. Anda dilarang mempercayainya bulat-bulat. Sekadar perkongsian. Semoga kita semua beroleh manfaat. InsyaAllah...

Wallahu'alam.....

sumber asal : terlupa. dulu zaman tak reti nak bagi credit. penulis asal sila claim jika anda rasa ini artikel anda.

Saturday, July 17, 2010

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!


Mengikut kajian, lelaki terangsang 30 kali dalam sehari. Kepada kaum Hawa, peliharalah aurat anda dengan sebaik-baiknya. Menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung. Ingatlah! JANGAN.....

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan ayat al-Quran ada menyebut dengan meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Cara menutup aurat mengikut Islam



Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....



PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH.. TAK TAKUT KE?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel..

HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP LELAKI!!!

Friday, July 16, 2010

Mike Tyson Menangis Ketika Mengerjakan Umrah

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada di Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di salah satu daripada taman syurga.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.


Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad. Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya. Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya. Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zohor kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci. “Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Mike Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam pada tahun 1990. Nama Islam beliau ialah Malik Abdul Aziz. Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah.
Mike Tyson

Tyson ketika zaman kegemilangannya sebagai peninju

Tyson dengan aksi gigit telinganya yang terkenal

*Artikel ini bertarikh 7 Julai 2010. Sengaja saya kongsikan bersama anda artikel yang saya perolehi daripada seorang rakan. Sebagai pedoman kita bersama. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas.Sekeras-keras hati manusia akan lembut jua dengan izin-Nya. MasyaAllah..

Thursday, July 15, 2010

Top 10 Wrong Pele Predictions

Hebat di padang tetapi kurang arif di luar padang. Inilah yang terjadi kepada bintang lagenda Brazil sepanjang zaman, Pele. Pemain lagenda dunia yang berasal dari negara Brazil. Beliau membantu Brazil menjulang Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Walaupun beliau hebat di padang, tidak semestinya dia hebat segalanya berkenaan bola sepak.


Ini antara 10 ramalan Pele yang langsung tidak tepat dan berlawanan dengan apa yang diramalnya.

10. China (2002)

Pele : China akan melepasi peringkat kumpulan pada Kempen Piala Dunia 2002.

Outcome : China tidak menang,tidak seri,tidak memperoleh mata lansung dalam Kumpulan C.


9. Sepanyol (1998)

Pele : Sepanyol akan menjadi pasukan favourite di Piala Dunia France 1998.

Outcome : Sepanyol dimalukan apabila kalah pada peringkat kumpulan dengan Nigeria dan seri dengan Paraguay.


8. Colombia akan menyerlah di Amerika Syarikat

Pele : Colombia akan menjulang Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Outcome : Colombia terkeluar pada pusingan pertama dan menduduki posisi tercorot dalam kumpulan. Pemain pertahanan Andres Escobar mati ditembak oleh penyokong fanatik mereka yang marah di atas kesilapannya yang mengakibatkan kekalahan Colombia.


7. Argentina dan France di Piala Dunia 2002

Pele : Argentina dan France akan bertemu di final.

Outcome : Kedua-duanya terkeluar pada pusingan pertama. France langsung tidak menjaringkan sebarang gol.


6. Meramal diri sendiri tidak akan sembuh

Pele : Pele mengalami kecederaan dalam pertemuan dengan Kumpulan Nazi. Dia menjangkakan tidak akan dapat bermain dan Allies akan kalah 4-0, dan Pele tidak akan sembuh dari kecederaan.

Outcome : Pele kembali pada separuh masa kedua dan memberi inspirasi kepada pasukannya dan memberikan kemenangan. Pele juga menjaringkan gol dengan aksi akrobatik. Hasilnya, jangkaannya tetap salah.


5. Karier Ronaldo akan berakhir

Pele : Ronaldo tidak akan bermain bola lagi. Kariernya akan musnah akibat kecederaan yang serius di Milan pada Februari 2008.

Outcomes : Ronaldo kembali pada Mac 2009 ke Corinthians. Menjaringkan 10 gol dalam 14 perlawanan pertama untuk memenangi Campeonato Paulista.


4. Nii Lamptey - "The New Pele"

Pele : Selepas beraksi cemerlang pada Under-17 World Cup 1991, pemain Ghana, Lamptey akan menjadi "The New Pele".

Outcome : Lamptey tidak berjaya menunjukkan bakatnya,dan mengatakan dia telah disumpah. Menyertai pelbagai kelab seperti PSV, Conventry, Aston Villa, Venezia dan Angkaragucu, dan tetap tidak berjaya langsung. Malang baginya, 2 orang anaknya meninggal dunia.


3. Nicky Bramby- setaraf Zidane, Maldini dan Ronaldo

Pele : Nicky Bramby akan menjadi bintang bertaraf dunia.

Outcome : Nicky Bramby sekadar pemain di taraf yang biasa. Hanya mengecapi 23 caps bersama England dan tidak pernah menyertai World Cup.


2. Afrika akan menjulang Piala Dunia

Pele : African Nation akan menang Piala Dunia sebelum tahun 2000.

Outcome : Sekarang 2010, negara African tidak pernah melepasi quater final.


1. Brazil-World Cup 2002

Pele : Brazil tidak akan melepasi peringkat kumpulan.

Outcome : Brazil menjulang Piala Dunia 2002.



Semua jangkaan Pele menjadi sebaliknya..haha.. kalau dia kata Malaysia tidak akan masuk World Cup pada Piala Dunia 2014, Malaysia masuk tak?

Pele : Malaysia will not join World Cup 2014.

Outcome : Malaysia make history for joining World Cup 2014 for the 1st time!! hahaha...


Moral : Jangan berlagak terer macam kita terer segalanya.. :D

*credit to Yahoo Sports

Wednesday, July 14, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Moral Cerita Ini?

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

 


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... Semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

*Anda yg bergelar wanita...amalkanlah.. moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

sumber asal : facebook

Tuesday, July 13, 2010

Fadhilat Bulan Syaaban


REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadhan pula bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Syaaban

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saiyidatina Aisyah r.a, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Sabda Nabi saw maksudnya : "Lakukanlah amalan setakat kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi Muhammad saw iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan dilakukan secara berterusan" (Hadis Riwayat Bukhari)


Monday, July 12, 2010

2010 FIFA World Cup South Africa Awards

Final Tournament Standings

Adidas Golden Ball

Adidas Golden Boot

Adidas Golden Glove

FIFA Fair Play Award

Best Young Player Award

sumber : fifa.com

Spain is the King of the World!


ViVA eSPANA! Akhirnya Sepanyol dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia 2010. Tidak sia-sia ketaksuban aku terhadap SPAIN sejak dari awal World Cup ternyata membuahkan hasil dan tidak memalukan.. haha.. Walaupun ramai yang mengutuk kekalahan Spain pada perlawanan pembukaan, aku masih setia dan yakin yang Spain akan tetap jadi Juara tahun nie. Tepat ramalanku! Setepat ramalan Paul Si Sotong Kurita! haha..


Final semalam memang dramatik. Referee sangat pemurah. 11 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan dalam perlawanan tersebut. Perlawanan terpaksa berganjak ke masa tambahan. Andres Iniesta menjadi wira apabila menyumbat gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-116. Lagi 4 minit sebelum wisel penamat. Lepas tu, menangis tak berlagu la Belanda. haha..


Kepada fans belanda dan lalang-lalang yang mengharapkan kekalahan Spain, anda memang LOSERS! haha.. Hajat korang nak tengok Spain aku kalah tak kesampaian. Aku secara automatik tak kena bahan kt facebook. Sangat kasihan kat makhluk-makhluk yang terdesak nak provok aku. Senyap je diorang. Mesti frust tahap Gaban! tu laa.. dengki sangat kt SPAIN aku.. hahaha... Puas hati aku! BOOOoooo~~


SPAIN memang terbaek ah! Dapat jugak jadi Juara buat kali pertama. From the Champions of Europe to the Champions of the World! Congrats!
La Furia Roja!

Sunday, July 11, 2010

Sepanyol atau Belanda?


Demam World Cup 2010 dah sampai kemuncaknya. Malam ni akan berlangsungnya final di antara Sepanyol vs Belanda. Dua pasukan yang belum pernah menjulang gelaran Piala Dunia. Belanda pernah 2 kali layak ke final, tapi dua2 kantoi. Sepanyol plak 1st time layak ke final. apa yang pasti, Juara Dunia yang baru akan ditabalkan awal pagi nanti.

Awal pagi nanti juga akan jadi penentu siapakah yg bakal memenangi anugerah Golden Boot sebagai penjaring terbanyak kejohanan? Adakah David Villa atau Wesley Sneijder? Setakat ni diorang berkongsi kedudukan sebagai pendahulu penjaring terbanyak dengan 5 gol bersama2 Thomas Muller dan Diego Forlan. Muller dan Forlan sudah tidak mampu untuk menambah jaringan lagi coz perlawanan diorang dah tamat. Sekarang perebutan bakal ditentukan di antara Villa dan Sniejder. Siapa yg bakal menyerlah ketika final nanti?

Final kali ini juga akan menyaksikan pertembungan di antara 2 haiwan yang kononnya dapat meramal keputusan perlawanan dengan tepat. Paul the Octopus vs Mani the Parrot. Setakat ini suma ramalan si Sotong mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Tepat semuanya termasuk perlawanan semalam di antara Jerman dan Uruguay yang dimenangi oleh Jerman. Final kali ini Si Sotong pilih Sepanyol, Si Burung plak pilih Belanda. Siapa akan menang? Sotong atau Burung?


Apa yang pasti, salah satu penyokong akan bergembira dan satu lagi akan frust menonggeng sebentar lagi. Termasuklah 'fans lalang' yang sememangnya dengki kat Spain aku dan menunggu saat nk attack aku kalo Spain kalah. Sapa kalah, kena bahan! Kalo aku kalah, memang teruk la aku kena bahan kat FB aku! haha.. Setakat hari ini hajat diorang masih tak kesampaian. What a desperate LOSERS! haha..
ViVA eSPANA! La Furia Roja!!!

Paul the Octopus vs Mani the Parrot


Paul the 'Psychic' Octopus has predicted that Spain will win the World Cup finals on Sunday. The Octopus has gone six for six in all of Germany's matches this World Cup, and the World is waiting to see if he the octopus gets the final correct as well.

As Paul is with Spain, there has been another animal, rather bird, who has been in the news for it's prediction for the World Cup finals. Paul, the ‘psychic’ octopus may have gained a celebrity status in Europe, but in south east Asia, its Mani the Parrot, who has taken the limelight away from Paul.

Mani, is a 13 year old parrot from Singapore, who shot to fame after predicting all four quarterfinals correctly and also picked Spain against Germany in the semis.

Mani is ownedby M Muniyapan, who sets up shop outside a restaurant in the Little India neighbourhood in Singapore. Mani predicts the winner by chosing one of the two cards bearing flag of respective countries, placed in front of him. “He’s a special bird”, Muniyapan told the media.

Now, Mani has tipped Netherlands against Spain to win the coveted title, which has heated the battle of species after Paul chose Spain over Netherlands.

Paul chose Spain over Netherlands

Mani has tipped Netherlands against Spain

So, will the Octopus live up to it’s reputation? Or will the bird dominate the headlines on Sunday ? We will have to wait after the final for the answers. Till then, sit back and enjoy this battle of species.