Pages

Tuesday, June 29, 2010

SPAIN vs PORTUGAL

Perlawanan 2nd round yg paling dinantikan sudah tiba.. pukul 2.30 japgi akan bermulalah pertembungan 2 gergasi bola sepak. Spain, ranking ke-2 dunia akan berentap dgn Portugal, ranking ke-3 dunia.. Kedua2 pasukan sama hebat n sama kuat. Team mana pilihan aku? Lg mau tnya ka? kompom la Spain.. ahaha.. walaupun Portugal pon aku minat coz ada feveret player aku, Cristiano Ronaldo, tp aku more to Spain la.. hehe.. Ia juga merupakan pertembungan 2 stricker feveret aku, David Villa n Cristiano Ronaldo.. Dua2 pakai no7! Kita tengok sapa bakal menyerlah japgi.. Kalo Spain menang malam nie, aku stil bley berlagak n eksyen ngan geng-geng Anti-Spain kt facebook aku tu sepanjang World Cup 2010 nie.. Kalo kalah, maknanya aku akan diserang bertubi-tubi oleh diorang yg sememangnya mengharapkan kekalahan Spain.. ahahaha.. get ready la.. hehe.. tp aku yakin! Spain mesti mng! ViVA eSPANA!

Monday, June 28, 2010

ENGLAND the LOSERS!



Semalam yang INDAH! haha.. puas ati aku tengok Jerman bantai England.. x cukup bantai, tilam skali depa bagi.. 4-1 England kena.. wakaka.. Team England harap ja publisiti meluas tp men cam pa gieh! Btoi la media depa sindri kata England SAMPAH! haha.. Star penuh tp, sama ja ngan France n Italy.. (psycho2.. ;-p)

Tp apa2 pon, game semalam mmg puas aty aku tgok.. 2 kali aku tengok skali ngan siaran tertunda.. hehe.. Jerman men mmg cantek.. counter-attack depa punya la laju.. x terkejar defend England.. Wa salute la sama itu Muller n Ozil.. 2 org pemain muda nie mmg menyerlah.. Kompom harga melambung pasni.. Walaupon Ref agak kontroversi lpas membatalkan gol Lampard yg terang2 lpas garisan gol kalo tgok ulang tayang, tp aku rasa Jerman mmg tetap akan menang.. Rooney pon x bley watpa.. haha..

Amboi2.. sakan nowh aku dok kutok England.. haha.. bukan pa.. aku geram coz ramai sgt fan England yg dok balun n kutuk Spain aku.. hahaha.. Nnt kalo Spain kalah, mampoih aku kena attack kaw2 ngan depa balik.. haha.. mintak maap la kawan2 nowh.. saja nk bg hampa bengang pon.. aku terpaksa.. kah2.. besala.. perang saraf.. hehe..

Tp jujur la, aku dok rasa cam Jerman ja nk champ tahun nie.. huhu.. pape pon, gud luck Spain! Bagi lpas lawan Portugal mlm bsok! PEACE! ;-p

Sunday, June 27, 2010

The Official World Cup Match Balls Since 1970-2010


Telstar : Mexico 1970


Telstar Durlast R : West Germany 1974


Another version was the Chile Durlast ball which did not have the black panels.

 Tango Durlast : Argentina 1978 


Tango Espana : Spain 1982


Azteca : Mexico 1986


Etrvsco Unico : Italy 1990


Questra : USA 1994


Tricolore : France 1998


Fevernova : Korea-Japan 2002


Teamgeist : Germany 2006



Jabulani : South Africa 2010


JO'BULANI : The Gold Final Official Match Ball

Saturday, June 26, 2010

Penjara Pudu Tinggal Sejarah

Sepertimana yang kita suma taw, Penjara Pudu yang meninggalkan 1001 kisah dirobohkan bagi tujuan pembangunan. Yang dikekalkan hanyalah pintu gerbang Penjara Pudu dan dua lukisan mural yang akan menjadi tinggalan sejarah untuk disaksikan oleh generasi akan datang. Bagaimanapun, kita sebagai generasi muda tidak harus melupakan begitu saja mengenai sejarah Penjara Pudu serta baktinya kepada negara. Di sini aku nak kongsi ngan korang serba sedikit info mengenai Penjara Pudu.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

 Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892

Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.

 Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai "pauper hospital"

Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.

Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.
Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891

Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

 Bilik Gantung Penjara Pudu

Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.

 
 Bilik penempatan yang menjadi saksi pada tahun 1985 banduan terpaksa tidur bergilir-gilir kerana kesesakan

Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri


 Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

 Mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 yang menghiasi tembok Penjara Pudu merupakan yang terpanjang di dunia

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

Kepesatan pembangunan di sekeliling penjara bersejarah ini memaksa ianya ditutup buat selamanya

 Pintu gerbang yang akan dikekalkan bersama 2 dinding mural sebagai tatapan generasi akan datang 

* credit to www.prison.gov.my...

Wednesday, June 23, 2010

8 Tahun Pemergian Mujahid Agung- Allahyarham Ustaz Fadzil Noor


Hari ini, 23 Jun 2010 maka genaplah 8 tahun pemergian seorang mujahid terulung iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Noor setelah beliau menghembuskan nafas terakhir beliau pada 23 Jun 2002, 8 tahun yang lalu kerana masalah jantung. Pusara Allahyarham Ustaz Fadzil dekat saja dengan rumah aku. Jalan kaki tak sampai 10minit dah sampai. Sebab umah aku dekat ja dengan Muassasah Darul Ulum Pokok Sena, tempat beliau disemadikan.

Aku masih ingat lagi peristiwa tersebut. Masa tu aku dok blajaq di Tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star. (Maktab Mahmud juga adalah tempat Allahyarham belajar dahulu. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar kt situ pada tahun 1967) Aku dok hostel. Bila aku dan kawan-kawan aku dengar ja pasal berita pemergian Ustaz, kami semua terus bergegas bersiap pi tunggu bas nak pi Pokok Sena, sembahyang jenazah. Sepanjang perjalanan kami dalam bas tu, Ya Allah.. punyala lembab bas 2 bergerak coz jalan teramat-amat sesak. Ramai yang nak menuju ke Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Ustaz Fadzil.

Bila sampai ja, meremang bulu roma aku tengok. Lautan manusia memenuhi jalan daripada Pokok Sena ke Kuala Nerang. Tak pernah aku tengok begitu ramai orang yang menghadiri majlis pengkebumian macam ni. Sultan mangkat pun tak macam ni. Sembahyang jenazah yang diimamkan Mursidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara bergilir-gilir kerana ramai yang nak sembahyang. Lepas tu, ramai yang berpusu-pusu berebut nak usung keranda Allahyarham. Bayangkanlah kt dunia pun Allah dah tunjuk macam mana orang menyanjungi beliau. Kat akhirat kelak, MasyaAllah.. Kagum betul aku tengok fenomena tersebut depan mata aku. Begitulah betapa hebatnya seorang pejuang Islam yang bernama Ustaz Fadzil Noor. Mujahid Terulung! Pemergian beliau amatlah dirasai.

AL-FATIHAH...


Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Ramai orang yang sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah diorang buat untuk meraikan kaum ibu. Memang meriah sungguh. Bangga betul wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi korang jangan lupa juga HARI BAPA yg disambut pada setiap hari ahad minggu ketiga Jun setiap tahun.. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah langsung pasal hari bapa ni. Kekadang tu terasa la jugak. Kesian gak kat kaum bapa ni. Macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya pasal peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.. hehe..
 

Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata kt ayah, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…”. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”. Tengok! Ayah jugak la yang terok! Mak jugak yang baek! Kepada kaum hawa, jangan terasa pulak. Bukan semua macam tu.. Dua-dua baek sebenarnya.. hehe..

Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi saya percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi saya, mak atau ayah, diorang semua sama. Tanpa mereka berdua, siapalah kita. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka walaupun tak terbalas. Sebab kita juga akan jadi bapa dan ada anak suatu hari nanti. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.

Di sini juga saya nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua kaum Adam yang bergelar Bapa, Ayah, Abah, Papa, Walid, Abuya, Abi, Ayahanda, Daddy, Papi dan macam2 lagi lah gelaran untuk insan tersebut.. Tidak lupa juga kepada Ayahandaku yang tercinta, Tuan Haji Mohd Zubir Bin Haji Wahab.. Selamat Hari Bapa.. Jasamu dikenang!

Saturday, June 19, 2010

Sejarah dan Asal-Usul Hari Bapa

Pelbagai cerita dan pendapat yang berkembang dan dicatat dalam cerita sejarah mengenai bermulanya idea sambutan HARI BAPA ini.

Ms Sonora Louise telah digelar sebagai Mother of the Father’s Day Festival. Ini semua kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan beliau dalam usaha untuk mewujudkan sambutan hari bapa sebagai mana yang kita sambut sehingga hari ini.

Mengikut catatan sejarah, idea pengasasan hari bapa mula timbul di benak Sonora setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan hari ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau kemudiannya melihat sendiri begitu besarnya pengorbanan dan susah-payah bapanya dalam membesarkan adik beradiknya setelah kematian ibunya. Justeru, beliau sendiri berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa.

Ideanya ini telah cuba disebar luaskan olehnya sendiri ke merata tempat. Dan ramai juga yang menerima dan ada juga yang mentertawakan usahanya itu. Namun, Sonora tetap berusaha lebih gigih demi memastikan impian dan matlamatnya itu tercapai.

Usaha dan jerih-payahnya mula menampakkan hasil apabila pada 19 Jun 1910, sambutan hari bapa telah mula disambut di Spokane, Washington.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun juga silih-berganti. Hampir kesemua presiden Amerika Syarikat menerima dan menyetujui sambutan Hari Bapa. Dan akhirnya pada tahun 1972, presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa hari ahad minggu ketiga Jun adalah sambutan umum perayaan sambutan hari bapa. Perayaan ini disambut di seluruh dunia sehingga ke hari ini, termasuk negara kita Malaysia.

Wednesday, June 16, 2010

Apa itu VUVUZELA?


Kalau korang tengok World Cup, korang mesti dengar bunyi bising x hingat punya kat dalam TV masa game tengah berlangsung. Macam bunyi gajah mengamok pon ada. Macam bunyi berjuta-juta ekor lebah or langau pon ada. Tapi yang pasti, bunyi tu memang bising nk mampos! Suara penyokong langsung tak kedengaran pada Piala Dunia kali ni. Bunyi tu menenggelamkan suara semua penyokong! Musti bengang player-player yang tengah main bola kat tengah padang tu. Yela.. bapak bising kowt.. Boleh hilang fokus woo.. mental down! hahaha.. Silap-silap, referee tiup wisel pon tak dengar nanti.. hehehe... Bunyi yang sangat bising itu adalah bunyi VUVUZELA!


Apa itu VUVUZELA? Vuvuzela ni adalah sebuah trompet yang diperbuat daripada plastik yang panjangnya sekitar 1 meter. Ia juga disebut "lepatata" dalam bahasa Setswana atau juga stadium horn yang digunakan di dalam stadium di Afrika Selatan. Bunyi tiupan alat inilah yang menyebabkan bunyi bising yang melampau itu. Kesan dari vuvuzela ini salah satunya adalah merosakkan telinga kerana bunyinya yang kuat. Pada awalnya, bunyi vuvuzela adalah sekitar 127 dB(decibel). Tapi kini dengan teknologi terkini, bunyi vuvuzela telah dikurangkan kepada 20dB. Bayangkan kalau bunyi 127dB? Nak main bola pon xde mood! Jangan pelik la kalau ada player yang still syok sendiri main bola walaupon referee dh tiup wisel penamat. x dengar bunyi wisel la katakan.. hahaha...


Vuvuzela telah menimbulkan kontroversi di kalangan ramai orang secara individu mahupun organisasi. Fifa pernah bercadang untuk tidak membenarkan vuvuzela digunakan selama Piala Dunia 2010 berlangsung kerana khuatir bahawa hooligan boleh menggunakan instrumen tersebut sebagai senjata selain bunyinya yang kuat mengundang rasa tidak senang kebanyakan pihak. Namun, Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) membuat bantahan dan menunjukkan bahawa vuvuzela sangat penting bagi suasana bola sepak Afrika Selatan kerana itu cara penyokong mereka memberi sokongan. Kemudian, FIFA memutuskan pada bulan Julai 2008 untuk membatalkan larangan tersebut, dan mengizinkan vuvuzela di Piala Konfederasi. Presiden FIFA Sepp Blatter yang menentang pelarangan vuvuzela, berkata "We should not try to Europeanise an African World Cup!". FIFA akhirnya memutuskan untuk mengizinkan instrumen itu untuk Piala Dunia 2010 juga, kecuali untuk vuvuzela yang lebih dari satu meter.


Kepada yang still tak dapat terima bunyi bising tu, sabo jela.. Ala.. 4 tahun skali je pon.. tue budaya Afrika, kita kena hormat jugak. Lain tempat, lain adat kan.. Lagi 4 tahun wat kat tempat lain plak kan.. hehe.. Pape pon, enjoy! Sebenarnya aku pon teringin gak nk beli satu vuvuzela 2 untuk wat kenangan walaupon aku sendiri x suka bunyi bising dia.. haha.. Sebab apa? Sebab vuvuzela ni ada pelbagai jenis corak dan saiz. CANTIK! Err.. ada sesiapa yang pegi Afrika? bawak balik la satu utk aku eh.. hehehe.. =)

Monday, June 14, 2010

Hadis Palsu Fadhilat Bulan Rejab


"Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, -yakni setiap masa". (Imam Nawawi)



Berikut adalah antara hadis palsu berkenaan kelebihan bulan Rejab..


Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
Puasa 8 hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadhilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadhilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadhilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti

- dia berpuasa 3,000 tahun,
- diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari,
- ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,
- 70 hajat ketika di dalam kuburnya,
- 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit),
- 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan
- 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti

- berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.

- Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
- Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah pada Rejab seumpama

- sedekah seribu dinar,
- dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan,
- diangkat seribu darjat dan
- dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab

- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.



Rasulullah SAW bersabda : ”Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka”






Saturday, June 12, 2010

Spain 2010 World Cup Squad List

Friday, June 11, 2010

VIVA ESPANA : Spain Bakal Juara Piala Dunia 2010

SPAIN! World Cup tahun nie aku sokong Spain! Memang ramai yg pilih Spain kali nie. Sampai aku pegi cari jersi Spain kt Padang Besar pon abis! Banyak yg sold out! Tapi pusing punya pusing, jumpa gak jersi Spain Gred A. hehe.. tapi agak terkilan la coz aku ingat nk letak no7 n nama David Villa kt belakang jersey tu, tp abis la plak bro 2 kata. Tinggal Torres je. Torres nie aku kureng skit skang nie.. hehe.. Xpalah, jersi kosong pon kira aci lah! janji SPAIN! hehe..

Kenapa Spain?

Sukahati la! hehe.. Sebab bagi aku, Spain merupakan skuad yang paling complete pada kejohanan kali nie! Skuad diorang boleh dikatakan sangat lengkap dari setiap sudut. Lagipun feveret player aku ada dalam team nie iaitu David Villa n Cesc Fabregas! Walaupun aku penyokong tegar Man United n sgt meluat ngan Arsenal, tapi aku tersangatlah minat ngan kapten diorang, Fabregas! Midfielder yg sgt kreatif n antara terbaik di dunia!


Aku tengok Spain mmg mantap. Daripada 1st eleven hinggalah geng reserve! Semua Star! Tgok striker diorang pon prolifik, David Villa n Fernando Torres n stiker muda yang boleh diharap. Midfield plak ada Fabregas, Xavi, Xabi Alonso, Iniesta n David Silva. Defend plak ada bek kental n berpengalaman Carles Puyol, Gerard Pique, Sergio Ramos, Marchena, Raul Albiol, Capdevilla, n Arbeloa. Keeper utama plak Iker Casillas. Keeper reserve pon mantap, iaitu keeper Barcelona Victor Valdes n Reina. Pendek kata, skuad ni mmg lengkap n perfect!


Walau camna pon, bola itu bukannya petak. Apa sahaja boleh terjadi. Tengok2 Afrika yg Champion. Siapa tahu kan? Keajaiban dalam bola sepak! Korang plak camna? xkan xdak feveret team kot? hehe.. VIVA ESPANA!

Siapakah Juara Piala Dunia 2010? Sekadar Ramalan....

Perlawanan pembuka tirai World Cup 2010 diantara pasukan Tuan Rumah, Afrika Selatan vs Mexico akan bermula sebentar sahaja lagi. Korang semua mesti ada pasukan pilihan masing2 kan? Pasti sudah ada yg mula membuat andaian dan ramalan masing2 mengenai pasukan mana yang bakal layak n melangkah lebih jauh seterusnya dinobatkan sebagai juara. Adakah trofi rebutan dunia itu akan menjadi milik pasukan kegemaran korang?

Antara pasukan yang dilabelkan sebagai pasukan pilihan ialah Brazil, Sepanyol, England, Argentina, Jerman, Belanda dan Itali. Namun begitu, dalam kejohanan besar seperti ini, kejutan mungkin berlaku. Bak kata orang, Bola itu Bulat! Apa sahaja boleh berlaku. Kadang-kadang tuah dan nasib menjadi penentu kejayaan sesebuah pasukan.


Pasukan pilihan ramai pada tahun ini ialah Sepanyol yang merupakan Juara Bertahan Euro 2 tahun lepas. Sepanyol merupakan sebuah pasukan yang paling complete pada kejohanan kali ini. Membariskan keseluruhan skuad yang dipenuhi pemain bertaraf bintang.


Brazil juga sebuah pasukan yg sememangnya mantap sejak dahulu lagi. Namun, adakah corak permainan baru yang diterapkan Dunga bakal mengubah rentak Brazil pada kejohanan kali ini? Adakah Kaka serta Fabiano bakal menyerlah?



Wayne Rooney yang menjadi tonggak utama Manchester United dalam kempen EPL yang lalu diramalkan bakal menyinar pada kejohanan kali ini. Adakah Fabio Capello bakal berjaya mengemudi England menjulang Piala Dunia yang telah sekian lama hilang dari dakapan mereka? Dengan Steven Gerrard dilantik sebagai kapten menggantikan Rio Ferdinand yang cedera. Adakah tempat Ferdinand dapat diisi dengan baik oleh penggantinya?


Argentina membariskan 5 penyerang paling prolifik dalam pasukan mereka iatu Gonzalo Higuain yang cemerlang bersama Real Madrid,, Carloz Tevez bersama Man City, Milito bersama Inter Milan, Lionel Messi yang merupakan Pemain Terbaik Dunia serta Kun Aguero yang merupakan menantu Maradona. Skuad Argentina juga sangat kuat. Namun, adakah taktikal yang digunakan Maradona bakal membawa Argentina melangkah lebih jauh pada Kejohanan kali ini? Namun, ramai yang masih meragui kemampuan Maradona sebagai Jurulatih meskipun beliau adalah seorang Lagenda Bola Sepak.

Jerman yang dibarisi majoriti pemain muda dilihat tidak mampu ke semi final. Tambahan pula mereka kehilangan sumber inspirasi mereka, Michael Ballack yang merupakan kapten mereka yang tercedera. Itali pula dilihat tidak mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka 4 tahun lalu. Skuad mereka kali ini agak berusia. Tetapi, adakah pengalaman akan membantu mereka? Portugal pula dilihat hanya terlalu bergantung kepada bintang termahal mereka, Cristiano Ronaldo. Dengan skuad mereka diundi di dalam pasukan maut yang dibarisi Brazil, Ivory Coast dan Korea Utara serta kemungkinan besar terpaksa berhadapan dengan Sepanyol di pusingan kedua.


Setelah diamati, aku meramalkan pasukan yang mampu melangkah ke semi final kali ini ialah England vs Brazil serta Spain vs Argentina. Ia hanyalah sekadar ramalan. Ramalan tidak semestinya tepat. Bola bukannya petak. Apa sahaja boleh terjadi.