Pages

Wednesday, December 8, 2010

Wanita Umpama Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Malu itu separuh daripada iman..

mimosa pudica

SZ : Sekarang ni dah terbalik. Ramai yang malu nak tutup aurat.

35 360 juta komen:

Izamir Ridzwan said...

betoi2.. yg pompuan ni jgn mudah terpengaruh dgn laki.. yg laki jgn gatai sgt.. adoi terkeluaq bahasa utagha pulak

Mohamadazhan hjDesa said...

itu lah psai,truk sgt bdk la ni, nak tgur pun susah..

CaRr JaliL said...

xde bttn share ke..
klu ade belh share kat fb..:)

sarah-najwan said...

subhanallah..kene sekali sifat wanita solehah ngan semalu yer...

semoga akak dan semua kaum wanita sentiasa diteguhkan iman agar sentiasa beriman dan bertaqwa kpd Allah swt

fatt said...

good info..thanx 4 sharing :)

Nyssa Nuar said...

wow...
simple but precious!!!!

diana said...

sama la entry kita..
pasal malu..tapi cerita yang berbeza..
hehheh

akak pemalu..!!
ni cerita betul..
tak tipu!

cik miera said...

betul2..stuju..

Cik Su said...

hehe...cik su pun cam pohon semalu gak..

Kalamhati said...

Huhu peringatan yg sangat2 penting ni..ramai perempuan skang dah taktau siang dan malam..takde batas waktu berpoya2 di luar rumah..huhu

Ainiaa♥ said...

haaa setuju.
mungkin masih belum ade kesedaran
ain pon masih belum sempurna dr segi aurat.

Ain Zulaikha said...

Ain Zulaikha bagaikan pohon semalu. bila saya di sentuh, saya marah! , bila orang pandang saya, saya pandang org tu dgn pandangan tajam, hahaha.. so lagi sekali

Ain Zulaikha bagaikan pohon semalu. hehe

Solihin Zubir said...

@carr : adela button share tu.. cuba tgok btol2.. :D

@kak diana : sama tp x serupa.. :D

n thanx ye semua.. semoga ia menjadi peringatan utk kita semua.. insyaAllah..

Muslimah Optimis said...

salam klik klik dari MO..

aha kan, sekarang ni susah nak cari perempuan yang macam semalu kan..

lama xmain semalu..syok main sentuh2 daun semalu ni

ijatnuar87 said...

hehehhe...wanita mmg umpama semalu...tp sekarang semalu tu dah termutasi,jadi takmalu plak...

RuSh D said...

setuju

SyafiQ Bleszynski said...

betol..skang memang susah nak cari wanita yang pemalu sebegitu.. 1 dalam seribu.

banyak pengajaran boleh dapat disini.. terBAEK!!!

yad'z said...

singgah bace entry sambil blogwalking...^^

Tomato Gurl's Life said...

pmpn skang dah tak pemalu or hilang sifat malu..kalau dulu sifat malu ni fitrah org pmpn..sknang dah terbalik..dedah sana dedah sini..

Nur Hawa Mohd Zin said...

nice sharing...harap ramai wanita sedar peranan mereka

Nafisa81 said...

memang sinonim dengan wanita...rebus airnye minum...

farhana_acimek3 said...

stuju!! thumbs up,,shuke,,

DiaUmaiNiNaz said...

pelan2 kayuh...

Dark Half said...

malu nak tutup aurat satu hal, lagi best ada yg malu nak ngaku muslim, kekonon hipokrit (ini bukan pompuan je, lelaki pun sama)

nur said...

betul tu.. analogi terbaik.. semoga perempuan2 dapat pengajaran. thanks
ALL IN ONE

wannurfazrini said...

tp napa org selalu pijak pohon semalu ?

Solihin Zubir said...

@wannurfazrini : sebab tak berhati-hati.. hehe..

Qaseh dalia adelia said...

insyaAllah akan jadi seperti phon semalu nih heee

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

betul tu !
hebat entry nie..
skrg mmg ramai yg malu nak tutp aurat !
ape nak jadi..
pelik !

New Hope said...

salam
,yup jgn jdi puteri ameno suka klua malam

KLIK SINI: TONGKAT

Wan Gerrard said...

malu nak tutup aurat, tapi bagi alasan ntah pape..adoi2

Miranisa =) said...

suke nye !! :)

azwa_amani said...

semoga amani sentiasa di bawah lindungan dan kasih syg ALlah..aminnnnnnnnn

Faeza Suhaimi said...

dah share kat fb, siap selitkan lirik lagu kalau berpacaran pulak. haha :) thanks!

mjaybugs said...

peringatan yg bgos utk wanita..terima kasih..=)