Pages

Thursday, December 16, 2010

Tiada Istilah Perigi Cari Timba Dalam Islam

Orang kita selalu cakap lelaki yang sepatutnya terlebih dahulu luahkan perasaan dekat wanita jika jatuh cinta. Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’, 'terhegeh-hegeh' dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya?

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah meluahkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu langkah pertama. Yang penting, kena yakin dengan kesolehan, akhlak dan ketaatan lelaki itu pada Allah. Bukan dengan tujuan untuk menggedik atau kerana harta. Setelah yakin dengan pilihan hati itu, suarakanlah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, Alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Malu adalah sifat wanita. Sesungguhnya sifat malu itu dikurniakan pada setiap insan. Tapi biarlah malu itu pada tempatnya. Siapa yang memulakan langkah pertama terlebih dahulu samada lelaki atau wanita, itu tidak penting. Yang penting langkah sudah bermula. Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial dan maksiat yang semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah.

Wallahu'alam...

Perigi dan timba. Keduanya saling memerlukan..

SZ : Ada sesiapa nak merisik aku tak? Hehe..

40 360 juta komen:

Ayuni said...

tp skang nie ssh nk wat camtu, kdg2 pndg kte pun x...nk ckp lglh...

diana said...

kalau cinta katakan cinta..
takut nanti diambil orang pulak..
heheh..

diana said...

kalau cinta katakan cinta..
takut nanti diambil orang pulak..
heheh..

diana said...

kalau cinta katakan cinta..
takut nanti diambil orang pulak..
heheh..

Solihin Zubir said...

@Ayuni : tu jual mahal or sombong? hehe..

Solihin Zubir said...

@diana : jgn tunggu lama2, nnt lama2 di ambil org.. hehe..

Sephi Sephia said...

Tapi malulah nak cakap...

azHa said...

haha. tul2. perigi dan timba saling memerlukan kalau tak camner nak ambik air. hohow

sarah-najwan said...

tu la..skrg donia moden solihin
dah tak berapo nok pakai timba nge perigi pun..

kene sesuailah dgn arus perdana ini..jgn sampai melanggar syariat islam sudahlah...

Ain Zulaikha said...

lahhh yeke... rupanyaaaa..

ada can ni yang nak ngorat owner green syndiket ni... wahahahhaha..

n.hasleena said...

kalau dah jodoh tak kemana... InsyaAllah akan ketemu nanti :)

Izamir Ridzwan said...

hahaha.. kalau dan berkenan x salah pon perempuan ngorat laki

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

meh nak tolong risik untuk mak cik depan umah..

dah berpunya ke belom?? hehehe

LATEST ENTRY KONON-KONON NAK BERJALAN KAKI DARI KLCC KE TIMES SQUARE

Kalamhati said...

just nak cari yg dapat jadi imam solat kita..tp ramai yg tak menepati...yg menepati lak, tak nak kat kita..huwaaa..

Tp betul apa yg solihin cakap tu..istilah perigi cari timba tu dh tak applicable dah..

skang ni kena tuka istilah ''sapa cepat dia dapat"..hehe

Dhana/戴安娜 said...

salam sahabat
unik juga titelnya tiada istilah prigi cari timba dalam sumur,hehehe

Cik Cici said...

haha ayat last xbole belah.pst petang esok siap2 eh ade org nk merisik ;p

Aretikz said...

Haha.. sama juga lah.. kalau jumpa perigi.. mesti kita cari timba.. maknanya.. tu perigi yang kena cari timba.. bila ada perigi.. baru cari timba.. apapapun.. kedua2nya boleh start dulu.. selagi tidak bertentangan dengan syarak.. hehe..

yusz78 said...

hehe...bagus idea tu..

Cik Su said...

hehe.. tak salah la nampak nye.. cuma jangan mengorat je la kan..

azwa_amani said...

setuju tu...suka entry ni

zaMir said...

orang zaman sekarang nih semuanya terbalik...

shahjiehan said...

tu dia aih...mmg market brader sorg nih..hehehe


jom join contest SJ~

wannurfazrini said...

terus bukak mata . tul gak kan . so popan jgn maluuuuuu . hehehe

Solihin Zubir said...

@Sephi Sephia : gunala wakil.. belum cuba belum taw.. :D

Solihin Zubir said...

@Ain Zulaikha : ain xnak ngorat sy ka? hahaha... ;-p

Solihin Zubir said...

@Cik Cici : haha.. ok.. sy tunggu.. :D

Amirrah Zawani said...

setakat ni tak pernah lagi lah cari laki.. laki yg selalu cari i.. ekeke!! apa2 pun i lebih selesa kalau laki yg mula dulu.. malu la nk mula dulu :P

oda the miss Rrrr said...

awk terima ke kalau de org propose awk?sb kebanyakan lelaki rasa tercabar bila pompuan yg propose.btol kan?

nur intan hazirah said...

susah utk mempertaruhkan hidup trhadap llaki skang...kdang traser diri diperdaya kdg trase diri yg xmampu memikul...:)

dsyairah said...

agak bersetuju dgn hujah anda..
but I dont know if me myself have the courage to be like her =)

dsyairah said...

agak bersetuju dgn hujah anda..
but I dont know if me myself have the courage to be like her =)

Solihin Zubir said...

@oda the miss Rrrr : sy langsung x rasa tercabar.. lg suka adala.. haha..

Cik Tom said...

cik tom lg tua dr solihin..so cik tom kena merisik solihin la ni???hik3 ;p

blog-tips-kurus said...

sape la yang buat peribahasa itu? tengoklah kesannya sekarang!

'confession':
tuan blog, saye nak merisik ni..:)

Solihin Zubir said...

@Cik Tom : ya.. tepat sekali! nnt sy send alamat kat email Cik Tom eh.. haha..

Solihin Zubir said...

@blog-tips-kurus : nak merisik jugak? haha.. mai la umah.. ;-p

Amna.Qadeeja said...

laa,tggu owg merisk rupanya kesian ahaha awat xhabaq awai2 kih3 ;D

Hajar said...

kalo ada risik ko bgtau ye..nak tgk sp yg berani risik ko..haha~

Solihin Zubir said...

@Amna.Qadeeja : harr.. cepatla.. tggu apa lg... smntara twrn masih dibuka nie.. haha..

Solihin Zubir said...

@Hajar : ahaha.. sapa yg brani risik sy tu mmg btol2 amek risiko.. hehe..