Pages

Monday, December 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432

Salam A'laik.. Selamat tahun baru diucapkan buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Alhamdulillah, selepas maghrib tadi bermulalah tahun baru Islam, 1432H. Bagi yang masih belum tahu, waktu masuknya tahun baru Islam adalah pada waktu maghrib, bukan pukul 12 tengah malam seperti tahun baru Masihi.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 1 Muharram juga merupakan hari pertama dalam Takwim Hijrah.

Kebiasaannya di Malaysia, kita akan menyambut tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tetapi, kadang-kadang terasa agak kesal sebab masyarakat kita lebih mengagung-agungkan budaya barat dengan menyambut tahun baru Masihi dengan percikan bunga api serta konsert hiburan yang melalaikan.

Aku bertambah kesal apabila surau kat kampung aku tadi terlupa yang semua umat Islam akan berhijrah ke tahun baru pada waktu maghrib tadi. Masing-masing hanya sibuk dengan urusan duniawi dan kenduri-kendara. Bayangkan, kalau AJK surau pun boleh terlupa? Ada juga insan yang hanya beria-ia hendak menyambut tahun baru 2011 sehinggakan tahun baru Islam dilupakan. Tetapi, Alhamdulillah ada insan prihatin yang sudi memberi peringatan tadi.

Mudah-mudahan, sempena Ma'al Hijrah ini, sama-samalah kita memasang azam baru dan berhijrah daripada yang buruk kepada yang lebih baik. InsyaAllah.. Ini sekadar nasihat untuk diriku sendiri dan saling ingat mengingati sesama kita. =)

Salam Ma'al Hijrah 1432.. dan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H..

22 360 juta komen:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam maal hijrah sahabat, moga tahun baharu dirahmati dan diberkati :)

fika said...

salam maal hijrah :)

Sham said...

betul bro...mari berhijrah dari yang baik ke lebih baik...

Kalamhati said...

Salam Ma'al Hijrah Ustz solihin!=)

Semoga awak lebih berjaya di tahun baru ni..dan bertambah keberkatan dalam hidup..

Mama HidayahAmin said...

salam maal hijrah juga untuk kamu solihin...

Solihin Zubir said...

insyaAllah... sama2lah kita..
terima kasih.. :D

cikgu sidah said...

salam maal hijrah. minta izin copy gambr kat atas ye

cikgu sidah said...

salam maal hijrah. minta izin copy gambr kat atas ye

cikgu sidah said...

salam maal hijrah. minta izin copy gambr kat atas ye

Solihin Zubir said...

@cikgu sidah : silakan.. sy pun google je.. :D

nuriz said...

salam maal hijrah solihin

Wan Gerrard said...

salam maal hijrah bro ^_^

Nyssa Nuar said...

salam maal hjrah buat solihin...=D

srikandi mie said...

salam maal hijrah,..;)

LiFe KaMi said...

Selamat menyambut maal hijrah bro..
semoga kita dapat berhijrah lebih baik dari sebelum..:)

Iena farina said...

Salam MAAL HIJRAH 1432H...Mulakan hdp anda dgn sempurna & di berkati ALLLAH SWT :)

WAHIDA ALIAS said...

salam maal hijrah jugak buat solihin

sarah-najwan said...

salam maal hijrah solihin
semoga kita semua lebih diberkati

ahsfantasy24 said...

salam tahun baru. Moga tahun ini, kite menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,dan menjadikan tahun ini sebagai asas untuk kite lebih baik pada tahun-tahun selepasnya.. <3

Tomato Gurl's Life said...

salam maal hijrah :)

Encik Bell (beLalaNG) said...

salam maal hijrah solihin....:D

Anonymous said...

I had a good time here but will return to google now.