Pages

Tuesday, December 14, 2010

Puasa Asyura

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.



GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’

عن أبي قتادة t أن رسول الله r سئل عن صوم يوم عاشوراء ، فقال : ( يكفر السنة الماضية ) وفي رواية : ( … وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله ) أخرجه مسلم


Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Di dalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”. [Riwayat Muslim]


Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah, Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Ini jumhur ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang terbabit di dalam undang-undang Islam.


HIKMAH PUASA ‘ASYURA’


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.


Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah SAW bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. (HR. Muslim no. 1130)


Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir’aun.


Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.


DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM


عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن رسول الله r لما صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله ، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله r : ( فإذا كان العام المقبل – إن شاء الله – صمنا اليوم التاسع ) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله r . أخرجه مسلم ، وفي رواية له : ( لئن بقية إلى قابل لأصومن التاسع )


Daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa. Kemudian para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (‘Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”. [Riwayat Muslim]


Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi SAW sudah pun meninggal dunia.” (HR. Muslim no. 1134)


Di dalam riwayat yang lain “jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.

Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad SAW ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :


( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )


“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi” [Musnad Abdurrazak]


Ini juga membawa maksud bahawa Rasulullah tidak menyukai meniru orang kafir. Ini dapat dibuktikan dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.



Wallahua'alam... 


Klik link di bawah :



SZ : Jom kita pakat-pakat puasa sunat besok dan lusa. 9 dan 10 Muharram. InsyaAllah..

18 360 juta komen:

Sephi Sephia said...

Jom puasa.
Jangan puasa buka periuk pula.

=)

azwa_amani said...

nice entry...tq sharing.. :)

nur intan hazirah said...

INSYAALLAH...TRIMA KASIH SBB INGATKAN :)

Mohamadazhan hjDesa said...

baik ust solihin, bdk maahad rupanya bro.hehe

Kalamhati said...

InsyaAllah..sama2lah kita..mudah2ah hidup kita tahun ni lebih berkat..=)

syukran utk entry peringatan ni..=)

sekamar rindu said...

salam...


teruja membaca entri ini...terima kasih atas info ini..

Solihin Zubir said...

@azhan : uik.. camna tau aku budak maahad?

Izamir Ridzwan said...

9 muharram dan 10 muharram.. jom puasa

nur intan hazirah said...

anda telah ditag oleh saya...sila berkunjung...:)

nur intan hazirah said...

anda telah ditag oleh saya...sila berkunjung...:)

New Hope said...

xdapat puasa xde rezeki tahun ni

HUBUNGAN TIDAK JUJUR AKAN PUTUS DITENGAH JALAN

Ms sunsWeetz said...

nnt buka puasa doakan kejayaan Ms tau=)

NS said...

tq atas entri ni.. peringatan bt kita semua. =D

Cik Su said...

oo. cam tu crita dia.. tq for info

Iena farina said...

suke dgn n3 nie :)

Cik Tom said...

jom puasa...azhan tau solihin bdk maahad sbb entry selalu islamik kot..hehe

sarah-najwan said...

bagus kamu nih solihin
banyak info pasal gini..

teruskan berkarya yer...

a.samad jaafar said...

tahniah..n3 yang bagus.. moga mendapat keredhaan-Nya insyaAllah..