Pages

Friday, December 31, 2010

Nak Pasang Azam Baru Memang Kena Tunggu Tahun Baru Ke?

Bila menjelang tahun baru je, semua orang kelam kabut nak pasang azam baru. Kenapa eh? Adakah azam baru hanya boleh dipasang menjelang tahun baru? Kenapa tidak sekarang sahaja? Ataupun bukan bulan lepas? Dan yang paling lawak aku tengok, ada yang cakap hari ni adalah hari last dia nak buat jahat. Besok start tahun baru, dah tak nak buat jahat dah. Nak insaf la konon. Insaf la sekejap 2,3 hari. Pastu buat balik perangai lama. Adakah bertaubat boleh ditangguhkan? Tahukah anda bila anda akan mati?


Setiap hari kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Tidak kira samada dosa kecil atau dosa besar. Samada secara kita sengaja ataupun tidak sengaja. Secara langsung ataupun tidak langsung. Pasti akan ada juga kekhilafan. Sebab kita bukannya maksum, terpelihara daripada sebarang dosa. Oleh itu, mohonlah keampunan serta keredhaan daripada Allah sepanjang masa. Jangan hanya tunggu tahun baru ataupun masa tertentu baru nak berubah. Tapi yang berazam nak beli rumah ke, kahwin ke, tambah bini ke, itu lain cerita.



Aku berani kerat jari, mesti ada yang cakap "Hek eleh mamat ni. Macam bagus plak. Poyo je. Cakap tak serupa bikin." Kan? Haha.. Sabar. Aku masih sedar diri yang aku tak layak langsung nak nasihat orang. Sebenarnya tu aku tuju kat diri aku sendiri. Aku kutuk diri aku sendiri yang hina-dina ni. Dan barang siapa nak terasa juga tu, amatlah di alu-alukan. Takdela aku kena kutuk diri sendiri sorang-sorang.


Azam aku tahun baru ni? Sebenarnya tak payah nak tunggu tahun baru, baru nak pasang azam. Aku setiap hari berazam nak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi sampai sekarang aku masih gagal mencapai azam tersebut. Kenapa? Apa nak jadi dengan aku ni? Kenapa berat sangat nak betul-betul insaf dan bertaubat? Teruk betul! Haish!


Jom kita sama-sama berdoa agar Allah memberi kita lebih kesedaran dan semangat serta kekuatan untuk bertaubat serta berubah ke jalan yang lebih diredhai Allah. Moga-moga kita terpelihara daripada hasutan syaitan serta nafsu jahat. InsyaAllah.. Amin..


Salam Tahun Baru 2011!




SZ : Tahun 2011 ni aku berazam nak cari jodoh. Hehe..

38 360 juta komen:

sarah-najwan said...

azam tu mcm wajib la pulakkan..
padahal yg sebelum2 tu pun da penah capai 100% azam akak tau..

tapi xpe..thun ni xde azam..cuma harap hidup dilingkari keberkatan & kerahmatan oleh Allah, kebahagiaan spnjg masa, sihat sepnjg hayat, murah rezeki dan seme yg elok2..

slmt mnyambut thun 2011 solihin..

misSbLurRy said...

wakakakak.....azam?erm.....setiap bulan gua berazam

. Amiera . said...

semoga tercapai azam kamu.. :)

Izan Ishak said...

yelah...tak pernah pulak beria2 pasang azam tiap kali thn baru sbb hari2 pun azam kena kuat nak berubah kpd yg lebih baik.

kurangkan dosa...banyak2 raih pahala~

Izyanti said...

Mak aiii.. Nak cari jodoh tu..! Hebat.. Good luck tau..

inipaencomot said...

aku takde azam baru
err guna azam lama je boleh ke?
hee
:p

Solihin Zubir said...

@sarah-najwan : hehe.. tula.. makaseh akak.. slmat tahun baru jugak.. :D

Solihin Zubir said...

@. Amiera . : insyaAllah.. sama2 lah.. amin..

Solihin Zubir said...

@inipaencomot : setelkan azam lamadahulu.. tu yg terbaek.. hehe..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mari kita cari jodoh hehe

Hishyamuddin said...

semoga berjaya azam baru dan jumpa jodoh yg soleheh..:-)

cik ciput said...

selalunya x sampai seminggu, azam pon dah mula lupa..buat perangai lama..huhuk

azrinrahim said...

bg pendpt ayie, bt apa bt azam bru kalau azam lama tidak dpt digapai..lebih baik teruskan niat lama .. setelkan perkara yg perlu..jgn dok pikiq bnda baru, tapi bnda lma tak settle ag..

Solihin Zubir said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : haha.. jom!

Solihin Zubir said...

@Hishyamuddin : insyaAllah.. Amin.. :D

Solihin Zubir said...

@cik ciput : haha.. tau xpe.. itulah realitinya.. hehe..

Solihin Zubir said...

@azrinrahim : yaaa... betul! jgn skdr azam hangat2 taik ayam.. mcm aku.. haha..

Sephi Sephia said...

Setuju.
Saya punya azam tahun baru dimulai pada tahun Hijrah. Bukan malam ni.
Sekian.

=)

su said...

slmt thn baru ;)

~tice su~

yana said...

wahh..azam nk cri jdoh ea??
smga jmpe la eh..t klu azam 2 t'cpai,ley la jmput mse nk kwin t..hehe..

*prkara normal la kn ble tiap thun bru je psg azam tp lum tntu ag yg lpas2 t'lksna kn..??(ak pn cmni gk..hahaha)*

Solihin Zubir said...

@Sephi Sephia : betul! ramai yg sibuk dgn tahun baru Masihi shj! sehinggakan Tahun Hijrah dilupakan.. hehe..

Solihin Zubir said...

@su
: salam tahun baru juga.. :D

Solihin Zubir said...

@yana: hehe.. insyaAllah... mesti jemput punya.. :D

RuSh D said...

tiap ari2 kot..hahah

Ain Zulaikha said...

tak poyo lah solihin, betul lah tu, seriusly tak tertunai lagi, tapi tahun depan tak de azam baru, tapi ada wish list yang baru.. hik hik hik..

nak cari jodoh? dah kawin jangan lupa jemput ain k..

De'din said...

happy new year
hope all your dreams and wishes come true

Kalamhati said...

terpulang kepada masing2..biasanya tahun baru ni org buat azam sbb benchmarknya jelas..ujung tahun nnt dpt ukur tercapai ke tak..hehe

Selamat tahun baru akhi..=)

Mohamadazhan hjDesa said...

da nk kenduri jgn lupa jmput2.haha

Solihin Zubir said...

@Ain Zulaikha : kita kawen dua la ain... hahaha...

Solihin Zubir said...

@De'din : sama2 lah kita.. insyaAllah..

Solihin Zubir said...

@Kalamhati : slm tahun baru jugak akak.. :D

Solihin Zubir said...

@Mohamadazhan hjDesa ; kompom jemput punya bro! hehe..

nur hidayah isa said...

berazam2 ni bagus jugak. kita dapat tengok pencapaian kita sama ada dah terlaksana atau belum.

happy new year :)

latest entry,
Selamat Datang 2011

Solihin Zubir said...

@nur hidayah isa : ye btol.. slm tahun baru juga.. :D

CIK TOM said...

buat la segmen mencari jodoh..hehehe...

Echin Nadiossa said...

hny to youuu :).late wish tp tetap wish kan ;p.

Qaseh dalia adelia said...

selamat tahun baru solihin..wish u gud luck ..n succes in ur life

bukan photographer said...

Popular la Azam bila masuk tahun baru..ramai org sebut nama dia.ahaha