Pages

Wednesday, December 15, 2010

Kelab Gadis Tanpa Dara

Ahmad Idham sekali lagi tampil dengan sebuah filem yang menggunakan ayat-ayat biadap dan tidak enak didengar oleh kanak-kanak bawah umur. Sebelum ini, ramai yang melahirkan rasa ketidakpuasan hati kerana ungkapan 'nasi lemak 50sen' digunakan dalam filem arahannya, Cuti-Cuti Cinta. Kali ini beliau tampil lagi dengan buah tangan terbarunya, Aku Masih Dara yang akan menjengah pawagam pada 16 Disember 2010 bersamaan 10 Muharram 1432H, iaitu Hari Asyura.

Filem ini boleh dikatakan ala-ala filem Syurga Cinta. Tetapi, kali ini ia lebih biadap dengan aksi-aksi dan perkataan-perkataan tak sepatutnya yang boleh mempengaruhi minda anak-anak. Kenapa filem sebegitu boleh diklafikasikan sebagai 'U' dan sesuai untuk tontonan umum?


Jika anda lihat  trailer filem tersebut, anda boleh nilai sendiri. Wajarkah perkataan-perkataan tersebut diungkapkan dalam sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai 'U'? Adakah ia sesuai sebagai tontonan umum untuk semua lapisan masyarakat?

Antara perkataan tak sepatutnya dan yang biadap bagi aku dalam trailer filem tersebut ialah :

1. Kelab Gadis Tanpa Dara
- Seolah-olah bangga kalau tiada dara sehingga tertubuhnya kelab seperti itu. Adakah tiada dara hanyalah perkara biasa dan sesuatu yang boleh dibanggakan?

2. Sekarang ni ramai yang pakai tudung sebab nak sembunyikan lovebite je.
- Ibarat menghina wanita bertudung. Mungkin orang akan memandang serong kepada wanita bertudung lepas ni. Maka, akan timbullah fitnah.

3. Kau nak yang tinggi-tinggi buat apa? Susah nak kiss!
- Woi! Ni aku pantang! Sebab aku tinggi! huhu..

4. Aku sangap lubang ni.
- Lubang apa? Bayangkan kalau anak-anak atau budak-budak tanya. Apa nak jawab?

Sesuaikah filem ini menjadi tontonan umum? Sekurang-kurangnya letak la klasifikasi 18SX. Itu baru trailer. Tak tau lah apa lagi yang akan kita tengok dan dengar jika kita menonton keseluruhan filem tu. Apa yang cuba disampaikan tu sebenarnya bagus. Tapi, cara penyampaian tu rasanya tidak kena. Rasanya tak perlu la guna ayat-ayat camtu untuk tarik perhatian penonton. Kononnya nak berdakwah? Berdakwah sambil zina mata dan telinga?
Klik Gambar Untuk Lihat Sinopsis Filem

SZ : Minyak Kelapa Dara baik untuk kesihatan..

62 360 juta komen:

Kim said...

siapa ckp pakai tdg nk sorok lovebite. gila. ergh~ nasib baik ashraf muslim handsome. so tak marah sgt :D

diana said...

duit punye pasal..
orang finas tu pun asal duit masuk poket semua diluluskan..
tak tau apa nak jadi la..
baik tok mat dulu yang jadi menteri penerangan..baru depa tau langit tinggi rendah..
..

Izamir Ridzwan said...

aku masih dara la.. hik2.. sesuai tak kalau bwk adik tgk filem ni??

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sangap lubang jamban!!

teruk betoi dialog dia... macam ni pon boleh lepas ker tayangan dia?

klasifikasi U plak tu haisyooo

LATEST ENTRY: TEMAN TAPI MESRA BOLEHKAH WUJUD TANPA ADA PERASAAN YANG ISTIMEWA?

shahjiehan said...

die cakap nk buka minda rakyat malaysia dan nk bg nasihat. padahal impak negetif lebih byk berbanding positif... pelik kan zaman sekarang..

cik ciput said...

setuju..ada beberapa line yang tak patut ada untuk sebuah filem kategori umum..

Ain Zulaikha said...

hheheh, dia ada kot trick nk buat org tak de dara insaf.. agknyela.. tp cite die best2 kot..

Fariq said...

yay.. bahaye cite ni,, mmg patut letak 18sx.. kang tak pasal adeq aku kat umah gedik ajak tengok cite ni,,

Tok Esah said...

erk, baru tahu ada filem macam ni... TQ share info, pendapat tok lah.. tak patutu guna ayat2 mcm tu..


lari dari niat nam berdakwah.. kan2x...

huish,,


Malaysia 2-0 Vietnam, Separuh Akhir piala Suzuki 2010

Izyanti said...

Lepas ni filem ni belambak2 masuk lam astro, lam tv.. Adik aku yang kecik pun boleh layan gak..! haih.

micky eyqa said...

huhuhu btol jgak pendapat kamoo..

RuSh D said...

taw takpe...mcm takde cite laen nk buat..

http://rusydirangkuti.blogspot.com/

RuSh D said...

taw takpe...mcm takde cite laen nk buat..

http://rusydirangkuti.blogspot.com/

Kalamhati said...

Macam2 cerita keluar skang ni..nak bagi pengajaran kt masyarakat ke nak menambahkan konpius budak2 dgn perkataan2 tak hapa2 tu..sabau je la..astaghfirullah..

Cik Cici said...

uh.cita ape ni.tade tajuk laen keh.filem malaysia mmg suka buad tajuk hot kot kan

Faeza Suhaimi said...

kadang-kadang kt terlepas pandang. betul juga pandangan SZ. filem ni lebih terarah pada remaja 18tahun keatas, maka memang tak wajarlah diklasifikasikan sbg 'U'.

tsk.tsk.

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro, maahad tu byk SB.haha.tu tau.haha.jgn marah :P

filem malaysia ni cari popular ja, bukan mendidik jiwa dan pemikiran seperti filem2 yang menang oscar...

mentaliti pelakon pun...

yott said...

filem melayu masakini...tajuk dan isi dah terikut-ikut filem2 seberang...nak laku punya psl..huhu

honeyvsbee said...

huhu tak tengok lg cter nih.. :)

emymilia said...

ayooo....ganas jugak ayat2 dlm filem ni...hu hu

Amna.Qadeeja said...

hahah bwu je tngok sebalik tabir citer ni td..yg pling xleyh blah dyer ckp pkai tdung smata2 nk tutup luvbite giler menghina ! huu

azwa_amani said...

astgahfirullah... :(

Rossnie said...

gila citer ni..psangan pakwe makwe yg pi tgk (yang d very sosial la) mesti teruja punya la..kadang2 media byk memberi kesan negatif

TunTeja said...

Selamatttt ashraf muslim ade kat dalam poster tu.hahaha

Afiq Bukhari said...

huhu tang yang sangap lubang x bleh blah..apela maksud sebenar de ek.. huhu

khairunnisa ♥ said...

nape perlu sampai macam tu sekali -__-

banyak lagi cara nak sampaikan nsht pd penonton -__-

cek chun said...

Nasib la solihin. Kena cari bini tinggi. Hahaha.

Ni lah jadinya kalau dah impikan berjuta2 masuk poket. Dialog yg boleh bikin panas untuk tarik org menonton.

Pengajaran filem cuma seciput, dosa mata dan telinga saja lebih

a.samad jaafar said...

dengar tajuk pun dah naik meluat.. sori la.. tak minat filem melayu.. antara alasannya, seperti yang sahabat listkan tadi.. malah kadang2 golongan agama cuba diperlekehkan..itu yang betul buat hati jadi panas.. low class punya filem !!

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

tak patot2....boikot2..hehe.. lebih kurang macam ajaran sesat matlamat tak halal cara la ni agaknye..huhu

Solihin Zubir said...

@Afiq Bukhari : lubang jamban kot.. hehe..

wannurfazrini said...

serius i menyampah gila babi cerita melayu skrg . serius macam sampah !

konon nak bg pengajaran konon tp guna bhasa rempit lubang laa apa lahh , pakai sexy kejadah haram buat orh stim dlm wayang . wahaha


sapa2 buang duit beli tiket wayang tu sah2 nak cuci mata bkn nak amik pengajaran dr cerita tu pun! kannn ?

haha

erniemusliana said...

wehh takkan pakai tudung na hide lovebite...waaaaaa.....nak kene lempang laaa ni......
and.....line sangap tu...sgt2 geliii!!!!!!! ish!

blog-tips-kurus said...

Kenapalah AsyrafMuslim nak berdakwah dalam filem macam ni.. Skrip filem yang 'bagus' tu menggambarkan minda mereka laa..

*Minyak kelapa dara memang sangat berkhasiat!

penyisir rambut said...

TAK PAYAH TGK LA CITE NEH..
SAMA JE LEVEL DGN 2 ALAM....

Nafisa81 said...

dah tak penah tgk wayang pun skang..tunggu je dvd keluar...murah, boleh ditonton berulang ulang seisi keluarga...sangap lubang? apa tu? menguap sampai kembang kempis lobang idung ehh??

ika~~ said...

aku pn anti gila dgn cite2 camni
suka sgt nak provok anak2 muda!
pasni mula lah anak2 muda cakap tagline tu
"aku sangap lubang"
buduss!!!

za petrelli said...

stuju ngan hujah2 ko. heheheh

sarah-najwan said...

owh..citer baru yer..tajuk dia hot tu..kureng sesuai utk kanak2

jika mereka tnya maksud camne??
kenelah xplain betul2..

oda the miss Rrrr said...

macam2 zina da berlaku zaman skang ni..terpulang kpd iman masing2 mcm mn nak menjaga ye..

GreenAppleKu said...

Point No.2 : Biadap tu.

Akhir zaman, macam-macam ada. Agama dijadikan bahan ketawa. Yang haram dijadikan Kelab ( Kelab Gadis Tanpa Dara)..

mia said...

huhu..mcm3 style org buat filem melayu skrg..ade je scene hot sbb nk lariskan filem..bila byk sgt atau diketengahkan sangat, org jadi xnmpak mesej sebenar yg nk disampaikan..

nulhazwany abdul malik said...

malu kot nak tengok dengan family. macam tak sesuai.

da xade idea nak buat filem la tu.. ish2

Sephi Sephia said...

Ahamd Idham selalu menghasilkan filem dengan tujuan kononnya untuk menyeru kebaikan tetapi masyarakat kita jarang-jarang dapat mentafsir kebaikan darinya.

Rasanya lebih terserlah negatif dari positif. Kalau nak ajar kebaikan, kenapa tidak terus saja ke arah itu?
Sekadar pandangan...

The Nurul said...

mana ketelusan finas? ni lah dia. ada duit, semua jalan.

Hanim Mahali said...

memang bagus sebab nak bagi kesedaran... tapi cara tu agak keterlaluan... Huh.... tau nak kata apa dah...

Amirrah Zawani said...

ayat dia mmg agak keterlaluan lah... tak sepatutnya letak utk tontonan Umum.. tp aku setuju jugak dgn dia.. mmg betul pun ramai remaja sekarang mmg teruk2.. itu mmg kenyataan.. mybe cara penyampaian dia tak sesuai..

apa2 pun aku mmg masih dara :D

Amie Eisya Pqa said...

tagline 'nasi lemak 50 sen' tu sgt la buat saya marah. tak pasal-pasal anak buah saya sebut tagline tu. cis. jadi pengaruh. huh.

hari tu saya ada tengok the making of aku masih dara. time david teo nak promote citer nie dia ada sebut nama filem and tagline cerita ni iaitu 'jangan sampai ternoda'. then boleh pulak dia tanya 'masih dara ke.?'what the.? dia ingat lawak ape.? ades.

Cik Su said...

ish, mesej yang disampai jadi tak elok la plak..

Cik Tom said...

tajuk je dah nmpk ala2 lucah...xmasuk cerita lg..suka kontroversi nak pecah panggung...

Anonymous said...

"pakai tdg nk sorok lovebite"... tak baik woo ayat tu. pakai tudung tu kn perintah Allah. jgn di main2 kan.
meskipun tak semua yg bertudung tu solehah!!
tetapi perlu ingt, memakai tudung itu adalah PERINTAH Allah! bukan perintah manusia biasa yg boeh di persendakan.

MrShah53 said...

filem melayu..dah x blh nak hasilkan jalan crita yang menark, mula la buat taktik lain...dengan buat tajuk yang 'HOT'..pdahal Hampeh!

Anonymous said...

eh korang cerita ni bukan untuk tontonan umum (U) ok...cerita ni (PG13) yang membawa maksud "bimbingan ibubapa disarankan untuk anak-anak di bawah 13 tahun"...so jgn salah paham...cerita ni tentang pengajaran...semua ni mmg berlaku...so jgnla kutuk klau xtgok sampai habis....

Anonymous said...

assalamualaikum.. sorry lah.. sy xstuju sgt kpd org2 yg kutuk cerita ni... don't look at the bad side only.. overall, mmg la ayat dy over sket.. tp, kite kne tgk la dlu msyarakat kite mcm ne.. tu la relity nye.. at least ahmad idham ade cara utk bg dakwah kt masyarakat melayu kite yg kian hancur skang.. korang, ape korang dh wat?? kondem usaha org len utk bg dakwah kt msyrkat..same2 kite reflek balik diri kite, sy sndiri pun xtaw ape usaha nak buat utk bg dakwah kt msyarakt melayu kite.. setakat usrah kecil2 je la.. tu pun bkn nye dkt msyrakat melayu yg dh hanyut, or hilang dara etc.. tp kt kwn2 yg dh diberi hdayah utk join usrah..sgt kecil jmlahnye.. sy pun bkn la baik sgt nk condem.. tp, stop lah cari salah org... cite2 mcm ni patut kite support.. psl classify kn U or 18sx ke.. tu bkn ke slah 1 drpd pndidikn sex.. klu bdk2 tny, kite jwb lah, 'tu ayat mncarut, adik xleh sebut taw!' ape susahnye.. jgn lah wat mende sng jd susah.. bdk2 pun dh pandai pkir dh skang der.. skrang ni, pngrah nk tarik minat org yg jauh tersasar n terlibat dgn gejala sosial mcm dlm cite tuu.. ape korang igt ahmad idham sukati je ke wat dialog mcm tu?? cbe r bygkan, klu dialog dy skema2, baik2 belaka..pehh!! xbagi kesan r kt msyrakat kite..xkene kt hati beb.. at least, ni slh 1 approach yg pngrah melayu kite gne utk bg dakwah kt msyrkat kit yg lalai diluar sane.. plg tidk pun, ms akhirat nnti,bila malaikat tny kt ahmad idham, 'apa yg ko dh lakukn utk umat Muhammad?' dy dh ad jwpan.. kite? ad jwpan x utk soalan tu?..tepuk dada, tny selera... allahualam..

Solihin Zubir said...

@Anonymous : salam... hye cik anonymous.. sehat? syukran di atas hujah2 anda.. satu je sy nk cakap.. matlamat tak menghalalkan cara.. kita amek contoh bodoh dhla.. robin hood mencuri utk tolong org miskin.. adakah dpt pahala di atas perlakuan robin hood yg mencuri tu? Adakah Ahmad Idham dpt pahala dengan mendedahkan aurat2 para pelakon, membenarkan zina mata utk berdakwah? byk lagi cara nak berdakwah... =)

CikBulat said...

teringin na tengok cter ni. ashraf muslim blakon.. waaa... huhuhu.. kisah yg pnuh teladan..

Miss Fa'iLa Dias said...

salam..

apa yang di katakan itu betul memang tak salah kita mendedahkan realiti sebenar masyarakat kita pada masa sekarang ni.. tapi betul kata saudara solihin zubir..matlamat tidak pernah menghalalkan cara...setiap perkataan yang di luahkan akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri kanak-kanak.. setiap kali saya menonton cerita ini setiap itu saya rasa malu dengan orang kita yang terlalu memberi pendedahan yang boleh merosakkan akhlak kita...budak2 walaupun kita ckp itu tak boleh buat lagilah mereka nak buat...

andZ said...

@Anonymouswei cik anonymous..mmg btullh apa yg abg solihin ckp,,bolh ker ashraf muslim 2 dpt brdkwh smbil tengok aurat prmpuan'''dpt pahala ke?

andZ said...

@Solihin Zubirlagipun kita x bleh pgg al-quran tnpa wudhu'btul x?

Shiety Myra Chubbyra ;P said...

haha.. bawu lepas tengok video nie..


Ya Allah.. macam haram jer tengok cita nie...

even nak cakap dah bertaubat but aksi aksi macam situ dah tunjuk perangai remaja sekarang..

Lagi nak ikut adalah...

Seriusly.. saya xpernah terbayangkan disko tuh macammana...
even kalau tengok cita lain yang bawak g disko xdelah rasa papa..
tapi bila tengok cita 2..
macam saya lak ada kat sana..
na;uzubillah min zalik
huhu

nurul said...

@andZ

AL-QURAN tu kitab suci.. jadi kne ada wudhu' untuk pegang.. melainkan tafsir AL-QURAN yg ada terjemahan bahasa melayu yg bnyak dari ayat2 AL-QURAN... kalau x silap sy mcm tu lahh.. tnya lagi ye kat org lebih arif huhuuu...

Solihin Zubir said...

@nurul : tafsir Al-Quran boleh disentuh kalau x ada wuduk.. tp still x boleh sentuh pda ayat2 Quran tersebut.. itu apa yg ustaz sy ckp dlu.. wallahu'alam..

BUNGA BUNGA TIGRIS said...

:) - -"