Pages

Sunday, December 5, 2010

Fungsi Bulu Yang Ada Pada Tubuh

1. Kepala

Fungsi rambut adalah untuk melindungi kulit kepala daripada bahang matahari dan hawa dingin. Rambut yang ada di kepala anda berjumlah tidak kurang daripada 100 000 helai dan setiap helai tumbuh dalam waktu 2 hingga 6 tahun. Tetapi rambut akan mengalami keguguran pada setiap hari, antara 50 hingga 100 helai sehari. Namun, rambut baru akan tumbuh.

2. Mata


Fungsi alis dan bulu mata selain untuk keindahan dan kecantikan adalah untuk menahan peluh dan hujan yang mengenai dahi kemudian ke mata. Alis mata juga dapat memperlihatkan karakter wajah anda.

3. Hidung

Dengan adanya bulu hidung, maka bakteria, debu atau habuk yang masuk ke dalam hidung akan terhalang dan tertapis. Bulu hidung juga berfungsi meningkatkan kelembapan udara yang dihirup. Hal ini sangat penting untuk proses respirasi lanjutan.

4. Misai, Janggut, dan Bulu Dada


Fungsi misai dan janggut itu adalah sebagai tanda seorang lelaki yang sudah dewasa, atau dengan kata lain, sebagai salah satu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan bulu dada.
 

5. Ketiak

Bulu ketiak bertindak sebagai anti-geseran semula jadi di antara celah ketiak. Lebih penting lagi, bulu ketiak dapat menghindarkan kelembapan kulit yang membantu kulit supaya cukup kering bagi mencegah berkembangnya bakteria yang mengeluarkan bau.

6. Tangan dan Kaki

Fungsi bulu kaki dan tangan adalah sebagai alat pemerangkap haba. Contohnya, bulu roma kita akan menegak jikalau kesejukan.

7. Kemaluan

Berbagai teori menyatakan bahawa fungsi bulu pada alat kelamin adalah memberikan kehangatan, indikasi visual dari kematangan seksual, pengumpulan dari pengeluaran feromon, mengurangkan geseran luar ketika hubungan seksual, dan sebagai pelindung wilayah yang sensitif.

tiru macam saya!
SZ : Jangan cukur bulu-bulu anda dengan sesuka hati.. Jadilah seperti mamat kat atas tu! Hahaha... :D

17 360 juta komen:

ciknabil-a said...

hmm betul2.. takut lak tgk rupa org yg ada bulu kat badan cm picx kat atas tue. huhu..

*Laut China Selatan* said...

owh terpikir org botak cam mane :)

Qaseh dalia adelia said...

aiyok geli den...!

Skype Crew said...

info yg bgs solihin..gud sharing..

sarah-najwan said...

setiap yang Allah jadikan itu..ada gunanya...

banyakkanlah membaca atau mengkaji utk mengetahui setiap hikmah kejadian Allah...

diana said...

tak suka banyak bulu..
geli je..
hhahah..

oktant said...

Setiap bulu yg tumbuh ada fungsi tersendiri, kan? Cuma, harap-harap tak terlebih tumbuh bulu macam dlm gambar tu.

Ms sunsWeetz said...

wow byknyer bulu
ehm bro jom join Blogarian!
jom g entry Ms kamu ditagged

shah87 said...

BARU LA TAHU..
HEHEHEHE..

Pencari Qurratuaini said...

salam

nice info

azwa_amani said...

ooooooo...camtu ke...ade sebb Allah ciptakan sesuatu, walaupun sehelai bulu....uikkssss..malu plak i nak sebut..huhu

Solihin Zubir said...

setiap kejadian, ada hikmahnya.. so, jgn nk pandai2 ubah ciptaan Allah.. contohnya cukur bulu kening! :D

Wan Gerrard said...

pernah botak dulu, tak hensem.kena ada rambut gak =P
btw nice info

Nyssa Nuar said...

eee..geli...

green yg gorgeous said...

2 GAMBAR BRO MASA MUDA KA?HAHHAHHA

gaung said...

latest info from this..tq..sebelum ni tahu sikit sahaja

RuSh D said...

br tahu fungsi2 bulu ka tbadan nie..haha