Pages

Saturday, December 18, 2010

Filem Melayu Gaduh Dengan Cina Yang Diharamkan

Awal pagi semalam, aku ada terbaca satu tajuk entry yang agak kontroversi kat hairul-hasraf.blogspot. Entry tu bertajuk 'Jom Gadoh - Melayu Pemalas! Cina Tak Mandi Pagi!' Amacam? Biadap tak tajuk entry tu? Sangat berbaur perkauman kan. Ia mengisahkan sebuah filem yang yang telah diharamkan penayangannya di pawagam negara ini. Filem bertajuk 'GADOH'. Nampak menarik. So, aku pun tak melepaskan peluang menonton wayang free ni kat blog hairul.


Kenapa filem ini diharamkan? Pendapat aku, filem ini diharamkan kerana ia memainkan isu yang sangat sensitif iaitu isu perkauman. Ia mengisahkan mengenai sengketa di antara sekumpulan pelajar sekolah berbangsa Melayu dan Cina. Dialog yang digunakan dalam filem itu tersangatlah kurang ajar. Penuh dengan caci-maki yang bukan menjadi budaya orang Islam. Mesej yang disampaikan memang sangat bagus. Tapi matlamat tak menghalalkan cara.

Aku rasa mungkin ramai yang dah tengok. Kalau yang belum pernah tengok, boleh tengok video penuh filem 'GADOH' yang berdurasi 70minit kat bawah ni. Pesanan aku, yang tak sanggup dengar caci maki tu, boleh tengok tapi tutup telinga. Hehe.. Filem ni takdak aksi-aksi ghairah.. Cuma dialognya terlalu kesat. Kalau nak tengok, sila ambil iktibar daripada filem tersebut. Jadikan pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih.  Bagi aku, filem ni best! Lebih gempak daripada 2 Alam dan Aku Masih Dara. Auwww...



 
SZ : Apa macam? Komen? Bantahan? Kritikan? Cadangan?

38 360 juta komen:

Fariq said...

rasanye kawan pernah tengok cite ni,, tapi tak abes,, sebab terlampau racist sgt,, n tak sesuai la utk tatapan umum..

wannurfazrini said...

cite ni best lahh . hahaha , aku tgk smpai habis .

akema yazid said...

aku da tgk dah cter neh.
syok ouh!!
ada manfaat cter neh.

Hairul @ Kay said...

hoho... thanks bro!!! bukan senang nak tgk filem maki-memaki ni... filem tahun 2009 ni.. lame dah.

Ayuni said...

hm, mmg tajuk mcm sensitif....

mia said...

yeahhhhh..saya da penah tgk muvie ni..ehehhe..mmg gempak gile..thanks 4 sharing dis okeee

Ain Zulaikha said...

ok, ain tgk malam ni.. haha internet lembab lak pagi2 nih.. huhu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sharing is daring hehehe

TERKINI KEMAAFAN

Cik Su said...

rasa cam pernah tengok.. tapi tak best pun cita nie

Nafisa81 said...

tak dapat nk tgk...masalah coverage broadband yg amat buruk di sini

diana said...

tak boleh tengok la cerita ni..
pertama akak tak minat cerita maki2..
walaupun akak suka maki orang..
ahahah..
yang kedua..
satgi maisara dengar dia pun ikut sama..
bahaya ni..

Cik Tom said...

cerita pe la ni..cerita skang byk xberkualiti..

sekamar rindu said...

salam..


cete ni boleh mengundang masalah nanti...

oda the miss Rrrr said...

komen saya:cerita ni memang superb.kita boleh tengok siapa yang sebenarnya bermasalahkan

Siti Mashitah Saidin said...

cita nih nampak lagi besh lagi cita 2 alam.. :P

yott said...

elok la citer ni diharamkan...org yg buat filem ni pun satu hal jgk..
kita kena syukur bnyk2 sbb kita hidup kat Malaysia ni aman, cukup mkn, cukup pakai, cukup hiburan..cuba tgk sesetengah negara lain..

puteri said...

xpnh tgk..
bru nk tgk...l

lama juga loadingnyaaa

puteri said...

best lh cite ni

nuriz said...

diharamkan ke..isu panas mcm ni memang le takut nanti jadi lagi panas. tp yg diharamkan tu le nak tgk sgt hehe

Solihin Zubir said...

@yott : yaaaa... cukup hiburan? bukan! terlebih cukup! lagi nak buat hub hiburan.. haha..

Solihin Zubir said...

@nuriz : yg haram tu org nk tgok sgt.. huhu..

New Hope said...

selagi dibawah ameno itu tak bole ini tak bole, cmne mesia nk maju

POLITIK PLURALISME

emymilia said...

erkk...tak penah pulak dengor cerita ni...keretapi lambat sampai derr...:p

Tok Esah said...

huish, tak pernah dengar lg.. TQ share info... huhu


jgn racist bangsa sendiri

realistic said...

yeah..externally nice, tapi sebaliknya itu la hakikatnya...
tak caye, cuba keja kat sektor swasta... huhuhu

shahjiehan said...

cine2... mcm2... di beri peluang 1 malaysia pulak tuh~

Wan Gerrard said...

tengok tapi tak abis..ngantuk tido je terus. =P

QaRr JaliL said...

haha..aku pnh tgok cite ni..
ade satu part aku igt..
haha

tp..censored..agak berbaur perkauman,,

Skype Crew said...

skype pun dah tgk citer nie masa dikuarkan dlu...bg skype ianya filem yg btl2 menunjukkan sikap kita org malaysia dan skype blh katakan 'the film is right' tp klu nak dipublickan skype rse mmg xpyh kot sbb terlalu rasict..nanti akn menggugat keamanan negara...

Sephi Sephia said...

Bahaya!
Perlu jauhkan isu sensitif.

Miss Yaty said...

yaty dah penah tgk cite ni...bes jugak sebab pasal diskriminasi kaum kan :)

Anonymous said...

citer ni bukan sensitif atau perkauman, tapi ia adalah realiti yg berlaku setiap hari dalam masyarakat Malaysia..... mengapa harus disembunyikan realiti kepada masyarakat, masyarakat boleh mengambil liktibar dan pengajaran dan mencari jalan untuk mengelakkannya. Kita ni selalu sembunyikan perkara yg sebenar.... jangan bohongi masyarakat dengan memaparkan benda-benda baik dan rekaan hayalan kononnya semua masyarakat ini baik dalam hubungan kaum..... jangan jadi hipokrit kepada waris bangsa Malaysia

Anonymous said...

tahniah..cter ni byk pngajaran..tp btol la,xsemua org blh trime cter ni slgi xpat trime tguran ni...
ksian,budak2 jd mangsa pmusuhan y diadakan sndiri..

Anonymous said...

cerita ni realiti yang terjadi. banyak pengajaran dan maksud tersirat. cara En. Azman tu btl. mengeratkan perpaduan selain bersifat mesra budaya dan mempunyai kurikulum tersirat.

mengapalah lepas habis exam "budaya dan pembelajaran" baru jumpa cerita ni...^~^

junelias said...

citer ne bagus sebenarnya..stuju pada pendapat yg mengatakan ianya adalah realiti sekarang..kite sebenarnya yg perlu terbuka..rasa2nya pemikiran terbuka xde masalah, malah digalakkan dalam agama..cuma perlu gunakan pertimbangan sewajarnya..maka itulah peranan aqal yg Allah kurniakan..yang baik diteladani, yang buruk dijauhi..
[ingat lagi dulu time aku blaja ada kawan aku terasa sebab melayu dikatakan "golongan pemalas"..tapi kalau assignment pon cilok orang punye, rase2nye salah x kalau aku kate die sebahagian daripada "golongan" tu..what a shame.. ]

wath said...

best gile! serius! nk g toilet pn malas je rasa.

mmg ni pun dialog yg selalu kite dengar. cine ke india ke, mmg ni pn yg diorg cakap. sangat realiti lau nk bandingkan ngan nora elena tu.

ending dia pn sangat realiti. sbb tu cite ni di haramkn. realiti kan. heh~

zahiril adzim mmg pelakon teater terbaik. dia mmg org teater kan.

seriously, ini yg perlu kite tonton bersama bangsa2 lain.

Cutehazel89 said...

knp crita nie diharamkan. bg pendapat sy, biarla cerita ini di pertonton kan.. tp jgn la bg tgk bdak2 kecik yg xfhm pape lg.. kang dia ikut maki2 lak.. tp bg yg dh bleh brfikir tu, tgk movie nie jgn la EMO sgt.. biar tgk smpai habis dl, n ambil iktibar dr crita2 td... huhu.. pelik la, semua kebenaran & realiti,nk d tutup.. lpas aku tgk crita td, ada jgk kesedaran yg aku dpt skit.. MALAYSIA, nama je pelbagai bangsa.. tp byk yg gaduh cam anjing n kucing.. negara lain tau mcm nie.. kita jgk yg ditertawakan.. haizz.. fikir la..

Eyrique Zahrul said...

npa part akhir video ni xleh tgk? hmm.. :(