Pages

Thursday, December 30, 2010

Fenomena TsuFahmi! Kekasih Khairul Fahmi Bakal Tergugat?

Salam Sejahtera. Pasti masih ada yang tersenyum lebar dengan kemenangan skuad Harimau Malaya semalam. Boleh dikatakan semua blog sedang hangat dengan entry berkaitan kejayaan skuad negara. Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk menghangatkan lagi suasana. 


Tahniah diucapkan buat skuad Malaysia yang berjaya mencipta sejarah merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama sepanjang 14 tahun kejohanan ini berlangsung sekaligus dinobatkan sebagai Raja Asia Tenggara yang baru. Kehangatan kejohanan ini sangat dirasai sehingga bisa meremangkan bulu roma kita semua. Tambahan pelbagai isu dan reaksi dicetuskan peminat Indonesia yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan kesayangan mereka yang mana ia sangat menyakitkan hati dan adakala membuatkan kita tertawa melihat telatah mereka.




Kehebatan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex yang tangkas mengawal gawang negara membuatkan namanya meniti di bibir peminat Malaysia sekaligus menjadikannya bintang segera tatkala umurnya baru berusia 21 tahun. Dia bagaikan fenomena. Sana-sini, di blog-blog serta facebook, begitu ramai gadis yang tiba-tiba tergila-gilakannya. Dengan aksi tangkas di depan gawang, susuk tubuh tinggi lampai serta raut wajah ala-ala Jepun mahupun Korea bisa meruntunkan jiwa mana-mana cewek. Tapi sayangnya, beliau sudah berpunya. Maka frust menonggenglah gadis-gadis di luar sana.


credit to awek apex


Persoalannya, adakah Khairul Fahmi akan terus setia kepada kekasihnya, Elia? Dengan sahamnya yang meningkat secara mendadak, adakah kekasihnya akan berasa tergugat? Ingin tahu jawapannya? Tanyalah Elia sendiri kat blog beliau, jejariruncing.blogspot.com. Blog beliau sedang hangat diterjah sekarang ini. Jumlah followernya meningkat dengan begitu mendadak sekali dalam sekelip mata. Begitu juga dengan fanpage Khairul Fahmi di facebook. Lihatlah betapa hebatnya fenomena yang dicetuskan Khairul Fahmi sehingga memberi tempias kepada cik awek beliau. Apa-apapun semoga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


Lastly, aku nak ucapkan selamat maju jaya buat skuad Malaysia. Terus tingkatkan prestasi. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Realisasikanlah harapan negara kita untuk ke Piala Dunia suatu hari nanti. Seorang player hebat dunia seperti Rio Ferdinand pun mengucapkan tahniah kepada negara kita. Ini menunjukkan Malaysia semakin mendapat perhatian dunia. Buktikan! Malaysia Boleh!




Blog Awek Khairul Fahmi : Klik jejariruncing.blogspot.com


SZ : Aku pernah jadi goalkeeper jugak dulu.

34 360 juta komen:

sabdaziz said...

abisla awek dia... hahaha.

sarah-najwan said...

selamt kembali solihin..

**kalu akak direct klik blog lama kamu ni xle eh???

tahniah utk pasukan malaysia...akak tgk smlm pun yg ujung2 dah..

Izamir Ridzwan said...

wah tak tergugat punye... dia sporting

ahsfantasy24 said...

Alhamdulillah..
tahniah malaysia mmpu merebut
takhta juara piala Aff suzki..

slamat bcuti esok yewp..
hehhe >_<

Solihin Zubir said...

@Izamir Ridzwan : harap2 camtula.. hehe..

Solihin Zubir said...

@ahsfantasy24 : alhamdulillah.. tp kalau kt kedah mmg cuti pun besok.. hehe..

Zetchi Henry said...

harap dia jujur.
kalau betul cinta dan sayang pasti dia kekal dengan awek dia..
hehhe

awak terima kasih ikut saya
jom rembat hadiah kat sini:
http://zetchixy.blogspot.com/2010/12/hadiah-dari-hati.html

Hishyamuddin said...

awek dio ore kelate jugok ko?hehehe

bukan photographer said...

popular dalam sekelip mata die ni.menjadi igauan gadis2..

diana said...

tak pe..
tangok muka dia macam setia..
macam je..
hati dia kita sendiri tak boleh nak duga..hahah

efa said...

heehhe rasanya tak tergugat :)esok cuti bestnya..aik tukar link plak hoho :)

sabdaziz said...

siap nora danish offer diri tu.. isy3.

Solihin Zubir said...

@diana : akak tgok sy plak mcm setia x? hehe...

Solihin Zubir said...

@efa ; perubahan menjelang tahun baru.. hehe..

yott said...

ms jd golkeeper dulu ramai x minat SZ?

besa ar SZ..bila femes2 ramai org minat..tp i x minat dia..i minat cara dia jg pintu gol M'sia..

moga dia x brubah hati bila dah femes ni...setia pd gf dia

Cik timberland said...

takyah tunggu jadik golly..awak pun dah glamer ape..
huahaha...

amiey lee said...

hhmm baca blog elia..rasa suka..sbb dia jenis yg sempoi la... yang pasti senyuman dia MENAWANNNN... tak palsu...

CIK TOM said...

tunggu n lihat..pasni ramai la artis nak ngorat..cam pemain kembar tue...huhuuh

Wan Gerrard said...

Malaysia memang hebat~

Amna.Qadeeja said...

hah,penah jd goalkeeper?asl xpemes pn?=p btw,tahniah tuk pasukan Malaysia anda semua mmg terbaek ! :D

Ain Zulaikha said...

hai elia, jangan risau, sy minat sikit je.. jagan risau okey.. hehehehhe

cek chun said...

tak kenai pun budak ni hah :p
tapi nak cakap tq kat depa semua sebab cek boleh cuti besok.wuhuuuuuu

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

pakai je aku tak gile2 kan dia.. tapi just tabik kat dia je la.. hebat ! ! !

Solihin Zubir said...

@Cik timberland : ahaha.. yela tu.. glamer la sgt...

Solihin Zubir said...

@Amna.Qadeeja : sy x feymes sbb sy slalu lpaskan gol.. heheh..

Solihin Zubir said...

@yott: siapalah sy nak ada ramai peminat ni.. huhu...

Cik timberland said...

very humble, baguih2..
mmg patut ramai fans ni..
hehehe...
;)

Nafisa81 said...

org kelantan setia pd pasangan..bukan cam bintang mamee slurp dr johor tu...dah glamer tinggalkan tunang yg sebelum ni dah byk dia susahkan

Anonymous said...

UISH....sian awek dia lak...huhu....susah bila dah famous nih....

shahjiehan said...

kalah artis~

AIMAN said...

dah tengok blog awex dia.. wawaa..
followers dah beriban2 dari 500 je

Anonymous said...

Beneficial info and excellent design you got here! I want to thank you for sharing your ideas and putting the time into the stuff you publish! Great work!

ekspresiruang said...

sian awek dia. moga bekekalan la. tu semua dugaan. biasa la bila dh femes.

ikangelama said...

yg awek2 yg tergile2 kan dia skang sebab fahmi tgh famous..credit la utk elia sebab setia n percaya kt fahmi akan jadi keeper terbaik walaupon satu ketika dulu nama fahmi langsung x dikenali oleh peminat bola termasuk peminat kelantan fc sendiri masa ade halim napi n syed adney