Pages

Saturday, December 11, 2010

Duit Hasil Iklan Nuffnang Hukumnya Haram?

Salam.. Entry ini dituju khas buat semua blogger yang mempunyai iklan nuffnang di blog anda. Wajib baca sampai habis. Bukan apa. Takut anda termakan duit haram plak nanti.

Sebenarnya, sebelum ni pun aku ada tertanya-tanya apa itu nuffnang? Sebab boleh dikatakan setiap blog ada logo nuffnang. Mujur ada yang sudi mengajarku. Baru aku tahu nuffnang adalah satu platform untuk pengiklan menapak di blog kita dan memberi kita peluang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal wang.

Untuk pengetahuan anda, hukum menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana tiada sebarang penipuan ataupun penindasan dan ada ikatan perjanjian antara kedua belah pihak yang perlu dituruti. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah hasil daripada kerja ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.


Jadi, siapakah pembeli dan siapakah yang menjualnya?
Penjual adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah blogger yang menyertainya untuk memiliki iklan perklik kerana blogger yang memohon dan menyetujui perjanjian dengan syarikat pengeluar.

Pendapatan dari iklan nuffnang boleh jadi HARAM jika anda menyuruh pelawat blog anda klik pada IKLAN anda. Contohnya :

" SINGGAH KLIK2 KAT SINI! TOLONG KLIK SAYA BALIK! "

" TOLONG KLIK IKLAN! SAYA NAK GUNA DUIT TU NAK KAHWIN! "

" U CLICK ME, I CLICK U! "

dan bermacam-macam lagi cara nak suruh orang klik iklan kita untuk dapatkan duit tu.

Bagi aku pula, aku tak kisah langsung aku dapat BE ke tak, takde orang nak klik iklan aku ke, lantaklah. Takkan aku nak paksa orang klik kan. Aku pasang iklan nuffnang tu pun sebab aku rasa blog aku cantik kalau ada iklan. Hehe.. Tapi kalau nuffnang nak bagi BE dan duit tu, Alhamdulillah la. Takkan aku nak tolak rezeki plak kan. Tapi biarlah rezeki tu datang dari sumber yang halal. Tak payah la masuk blog orang kemudian suruh orang masuk blog kita untuk klik iklan nuffnang ataupun apa saja iklan perklik yang lain. Itu tak ikhlas namanya.


Sekadar peringatan. Jangan marah. Terima kasih. :D


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel di web Ustaz Nor Amin dan Ustaz Ismail.



*Credit to shahjiehan.blogspot.com

34 360 juta komen:

ahmad jo said...

betul3.. terima je seadanya... :D

Izamir Ridzwan said...

betul2.. kalau tak silap nuff pon ada keluar article mengenai click froud ni..diorang ckp diorang boleh detect kalau suka2 click ni

zaMir said...

slalu jugak ade org tggalkan komen kat shoutbox...katenya dah klik nuffnang kita...

hamzah ian said...

pergh... betul2.. gua sokong..

Yuni Aisyah said...

entry yg baik utk dikongsi...perlu dihebohkan...

sarah-najwan said...

betul tu solihin...

akak letak ads nuff pom untuk pendapatan pasif..means kita sudah keje pun..nuff sbg tabungan jugak jika dpt $$..jika kurang dpt $$..xpe..anggap shj sbg bonus kita berinternet kerana jgn ingat kita free yer bila bertenet sb kita byr jugak bil beruksben dan elektrikkan..

jadi nuff itu sbg imbalanlah jika kita dpt..cuma jgn extreme sgt..kalu xdpt mcm frust2..teruskan berblog cam biasakan..

rezeki ada di mana2 kan..yg penting usaha..

erkk..panjang pulak solihin..hehe

azwa_amani said...

nice sharing solihin ..amani pun ade terfikir haritu tentang nuffnang ni...jadi, amani ambil keputusan x letak pun....n ade jugal yg bertanya kenapa xde,,amani just jawab, x minat,,baguslah solihn dah uat entry ni..at least ade yg paham

MiZi said...

fuuu.. seb bek la dalam blog saya xda benda macam tu.. iklan yang suh klik pun dah buang

Ain Zulaikha said...

betul2 kalau buat game klik2 ni, tak elok boleh jadi haram

lagi geram bila hari tu nuff tak de langsung kat blog, orang sibuk letak kat cbox dia kata " i klik your nuff, click me back"

arghhh! mau nak kena panahan cungkil bebola mata dia orang, penipu, kat blog mana ada nuff masa tu.. hahahahha penipu, jangan percaya kalau org kata dia klik2 apa, kalau rezeki tu nak datang , datang je la sendiri kan? tak elok buat game main klik2 ni.. uhuhu

piasara said...

Assalamu'alaikum..ni hah ustazah(jgn percaya)nk komen..akk nak komen apa yer,ko dh jawab dah tu...betul la tu,kita tuan tanah..kalau ada org nk pacak papan iklan kt tnh kita dia kena bayar sewa la...kt blog akk lum letak pun logo nuffnang tu,kena letak yer?taktau pulak nk wat camana..

zaMir said...

tq bg info nih...risau gak..

Kalamhati said...

betul..tak perlulah suruh org klik iklan kt blog kita..biar mereka yg tentukan nak klik ke tak..jika ada rezeki kita dapatlah...=)

Sasa Al-Sharif said...

aku sependapat dengan ko bro. bab fraud klik tu memang lucu.

tapi aku letak ads nuffnang bukan sbb cantik. tp sebab nak tunjuk canggih. semua blogger ada takkan aku takdak. income pun satu hal, tapi biar halal mengikut peraturan yg dah termaktub

Siti Mashitah Saidin said...

malas nak letak sbb was2... hehehe

kyrul said...

nice entri . .hahaha . .
manusia ni law nk duit,mcm² dia sngup buat. .
ush²

farhana_acimek3 said...

yeee...hohoho okie boss..jap g nk tukar hihihi

cek chun said...

betul tu solihin, baru beberapa hari baca pasai iklan ni kat UZAR.

bab suroh2 ni tak best la. cam rasa bersalah pula kena klik atau follow. biar je org buat seikhlas hati.

iLa SaHaR said...

tUL tuh akU sOkOng.. hehehe

encek a.k.a PUAN joliey said...

ok. dah klik nuff awak. do click me okeyh.

HAHAHA.. tak hadap lah weh.
ok.sori. teremo.

hai owner belog ! :)

encek a.k.a PUAN joliey said...

ok. dah klik nuff awak. do click me okeyh.

HAHAHA.. tak hadap lah weh.
ok.sori. teremo.

hai owner belog ! :)

Cik Tom said...

betul tue..kita xleh paksa org nak klik..tp pada yg sudi klik kita ptt bg penghargaan ucapan terima kasih..haram tak haram cik tom pun xberapa pasti..

Nafisa81 said...

betul2..akak baru seminggu daftar nuffnang..rasa cam nak delete balik jer..sbb takde iklan dia takde gambar pun,ade tulis 'i serve nuffnang" jer...baik layan mangga ads...

pena said...

emm.. pena x letak pun nuffnang ni..

nanti2x la kot..

shahjiehan said...

mai aih..ramainya dah komen...~

Fariq said...

sokong2,,
ade gak yg dtg mintak tlg klik,
kdg2 kawan tak klik pon,,
heheh,, kita klik biar kasi ikhlas,, ye tak??


252 Disenarai Ke 7 Blog Baru Pilihan

Mohamadazhan hjDesa said...

salam, informasi berguna, mcama mana aku letak tajuk atas iklan ya? kira xleh ka ek.knpuis ni risau.maklum segera.tq3 :) moga dirahmati

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

betul tu solihin..jangan pakse2..hehe :)

yg penting blogging sbb minat..

Amirrah Zawani said...

tak pernah pulak suruh org klik iklan kita.. nak klik biar ikhlas.. :)

Sephi Sephia said...

Uh, nuff di blog aku hanya sekadar hiasan. Tidak bermotif keuntungan.

Terima kasih atas perkongsian.

Solihin Zubir said...

@azhan : letak tajuk mintak sekadar suka-suka takpa.. Tapi jangan berniat suruh org klik.. hehe..

diana said...

kalau ada yang suruh akak klik iklan diaorang akak pi blog dia dan bagitau lain kali janagn
suruh orang klik iklan kita.tak betul cara tu.akak tak kisah la orang nak marah ke pa.
kita cuma bgi tau je..kan??

Nur Misnan said...

salam.. setuju2
kekadang bukan saja suruh klik2 blink2
tapi follow mollow pun ada juger
suruh kita follow tapi dia tak follow kita..
susah yer org mcm nih...

Solihin Zubir said...

@diana : betul tu akak! saya setuju dgn cara akak.. berani krn benar.. :D

@misnan : ye.. kita kna ikhlas.. =)

ANATI SOKI said...

super setuju sgt2!! nice entry! :)