Pages

Monday, December 20, 2010

Bertemankan Syaitan ke Masjid

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwuduk, dan, berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwuduk dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu tidak terjatuh lagi dan sampai di masjid dengan selamat..'

MORAL :
Jangan mudah putus asa dan mengabaikan suatu niat baik yang kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yang kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

20 360 juta komen:

Ayuni said...

hm, btul jgk....ske moral story tu....

akema yazid said...

sol, nice entry!!
i like!!

cik miera said...

Subhanallah..hmm bagus lelaki ni..semangat dier untuk tunaikn ibadah sgt kuat..

Azwan Azmi said...

ramai sekarang jatuh sekali terus cancel pg solat kat masjid..aku antaranya...kene hijrah ni

azana said...

btol 2...kalo nak wat benda baik.. niat 2 pn dapat pahala...:)

Fiqah Alias said...

btol3...fiqah stuju..dalam membuat amal kebajikan nie...kite xleh putus asa...klo ada pape yg menjadi penghalang..itu adalah cubaan dr Allah yg nk uji sejauh mana kesungguhan kita mmbuat amal kebajikan tu...=)

Fatin Sakura said...

boleh tahan cerita nie...nice...tq 4 sharing

Nur Misnan said...

subahanallah... takut betul yer
syaitan itu..
takut kerana ganjaran yg besar dari Allah kepada hambanya..
maka dibatalkan niatnya untuk menjatuhkan
lelaki itu...

Mohamadazhan hjDesa said...

susah nak tgk anak muda p solat jemaah skang.

Kalamhati said...

Subhanallah..besarnya dan luasnya rahmat Allah buat kita yg menjaga ibadat kita..

diana said...

betul..
betul..
jangan putus asa..
ganjaran sentiasa ada..

nuriz said...

tu kisah org yang asyik2 jatuh asyik jatuh masa dia nak pi solat kan ada jugak yang asik2 buang angin asik buang angin hehe tu pun dugaan jugak, walaupun asik buang angin org tu tetap amik wuduk utk solat.

pengajarannya jgn makan benda berangin nanti tak larat nak amik wuduk :)

emymilia said...

ermm...jangan berputus asa setiap apa yang kita lakukan....:)

Solihin Zubir said...

@nuriz : haha.. betol tu nuriz! jgn mkn halia ok! hehe..

Fariq said...

insaf2...
kalau la aku dapat buat cm lelaki tu,


Gelak La Kau Puas2

biskut said...

untuk melakukan kebaikan jangan pernah kenal putus asa...dan jangan mengharapkan balasan.sesungguhnya DIA Maha Pemberi.

Cik Tom said...

pernah baca kisah ni...huhu

Ain Zulaikha said...

meremang bulu roma..... T_T bagus kan orang tu..

cek chun said...

baguih moral tu. bleh buat status kat fb nih. pinjam nooo

Skype Crew said...

cerita yg bgs utk dikongsikan..

go on GS.. ;)