Pages

Wednesday, December 29, 2010

Aku Kembali! Dulu GreenSyndicate.blogspot, Kini SolihinZubir.com!

Salam sejahtera dan salam rindu diucapkan buat semua rakan blogger serta pembaca sekalian. Aku kembali! Fuh! Dah seminggu aku menyepi. Tersiksa jiwa weyh! Masalah yang aku hadapi sebenarnya masih membelenggu diri ini. Entah bila akan selesai aku pun tak pasti. Dan aku mula berfikir, sampai bila nak menyepi? Biarlah wajah ini mengukir senyuman walaupun hatiku terus merintih. So, aku nekad akan terus beraksi. Kenapa?


Komen-komen daripada sahabat blogger dalam entry Ini Entry Terakhirku! Selamat Tinggal Dunia Blog! sangat memberi semangat. Aku terharu ada juga yang sudi buat entry pasal aku. Dan tak sangka banyak juga mesej yang masuk ke facebook aku bertanyakan sebab kenapa aku buat keputusan untuk berhenti blogging secara tiba-tiba. Mereka juga memberi semangat kepada aku untuk kembali. Dan tak sangka masih ada yang sudi follow blog ni walaupun tak ber'update'. Thanx a lot! Semua itu membuatkan aku terus ubah fikiran. Walau seberat mana masalah yang aku alami, aku akan tetap ber'blogging' walaupun mungkin tidak setegar dulu. Harap maaf andai aku tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti blogwalking seperti kebiasaan dahulu. Keadaan sekarang agak kurang mengizinkan. Tapi aku masih akan cuba memberi yang terbaik.




Dan mulai saat ini juga, aku akan meletak jawatan sebagai ketua sindiket hijau. Sebab aku tidak akan lagi menggunakan domain greensyndicate.blogspot.com kerana aku telah berpindah ke domain sendiri iaitu SolihinZubir.com. Domain ini dibeli sehari sebelum aku ditimpa masalah. So, agak rugi sekiranya blog ini dibiarkan terbengkalai begitu sahaja. Terima kasih diucapkan kepada saudara Fadhli a.k.a Blur yang sudi membantu aku melakukan proses penukaran domain baru ini. Terima kasih kepada jiwakacau.com. Kalau teringin nak ada domain sendiri jugak, bolehla klik kat website jiwakacau.com. InsyaAllah beliau akan membantu anda.


Menjelang tahun baru 2011 ini juga, aku melakukan perubahan kepada template aku. Tapi konsepnya tetap hijau! Hehe.. Maaf aku ucapkan kepada yang  tidak dapat menerjah blog aku sejak semalam kerana aku sengaja 'private' untuk melakukan proses 'renovation' tersebut. Sebenarnya proses ini masih lagi belum sempurna sepenuhnya. Header yang aku gunakan kat atas tu hanyalah untuk sementara waktu. Aku masih berfikir konsep header serta tagline apakah yang sesuai untuk blog berwajah baru ini. Sesiapa ada komen serta cadangan, boleh kemukakan. Kalau ada yang sudi offer nak design header untuk aku pun ok jugak. Hehe..


Ini template lama kalau ada yang lupa. Klik imej untuk tumbesaran.


Selepas ini aku akan buat satu entry penghargaan kepada sahabat-sahabat blogger yang memberi kata-kata semangat kepada aku. Kepada sahabat facebook yang memenuhi inbox. Dan yang paling penting, seorang sahabat yang sudi buat entry pasal pemergian aku. Siapa? Tunggu la! Hehe..  Anda semua memang terbaik! Pencetus semangat kepada aku!


So, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya aku merasmikan blog aku yang berwajah baru serta domain baru, SolihinZubir.com. Sila berikan tepukan yang gemuruh. Haha..


Sekian, wassalam...


SZ : Ingat! Green Syndicate dah pupus! Nama blog ini ialah SolihinZubir.com.

58 360 juta komen:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro.hahahaha.ingat dah merajuk beb...

kembali dengan wajah lebih hijau mengancam.hehe.semngat hijau kuning ka, hijau putih ni.hahaha.

aku dah agak dah, mamat ni pakai domain.hehe

SmuDge said...

hoyeeee....mcm ni la abg aku..:D

cik ciput said...

wow!tahniah solihin!dah dot com..upgrade menjelang tahun baru..hehe..

**teruskan blogging ok! sebab ramai yang suka baca blog ni..

p/s: definitely will miss 'green syndicate'..hehe

Amna.Qadeeja said...

hahah cepat potong riben ! welcome back ! rmai yg rindukan entri dr awk,mereka msih perlukan awk ececceh ;D

Queen F said...

selamat kembali! :)

maju ouh dah pakai domain sendiri.. :)

go go solihin zubir! :)

Cik timberland said...

bosan plak takdek entry kamu,
keep on blogging, kay?
hehe...

Solihin Zubir said...

@azhan : smngat kedua2 la bro! hehe..

@smudge : camtu la adik aku! heheh..

@cik ciput : huhu.. thanx 4 ur supporting.. :D

@AQ : hehe.. makaseh AQ!

@queen F : thanx..:D

@timberland : Aik.. kamu pun dh tukar nama? hehe..

Izamir Ridzwan said...

domain ni beli kat netkl ke..?? menarik!!!

nuriz said...

wah solihin buat come back dgn dot com hehe tahniah hehe
patut la diam ja

mlm ni buat sy risau sbb ada yg cerita blogger wordpress ada yg kena hack pasal malaysia menang piala suzuki, depa seberang nu duk dengki plak kat blogger..aduii risau le

yott said...

slmt kembali dari cuti SZ..
ni berta gembira ke 2 lps kita jd juara piala aff suzuki...

jgn menghilang lg k..:)

Solihin Zubir said...

@izamir : kat atas suda diterangkan.. daku membelinya di jiwakacau.com.. :D

@nuriz : hehe..thanx... hhmm.. risau gak.. kang baru buat comeback, kna hack plak.. huhu..

@yott : thanx.. insyaAllah.. mudahan2 akan kembali bersemangat.. =)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mabelesss...welcome back..

daku merindui mu hahaha =P

diana said...

bloglist akak memang ada tempat lagi untuk kamu..
heheh..
tak de kamu memang tak meriah dunia blog la solihin..
jujur akak cakap ni tau..
akak rasa buat entry pun tak best je rasa..
jangan bawak2 diri lagi ye..

Solihin Zubir said...

@GKSB : daku merinduimu jua..

@kak diana : uhuk2.. akak buat sya nak menitis ayaq mata.. T_T

Tok Esah said...

wah ada domain sendiri, bagus2.. tetap lawa!!! cari cik tom>?? hahah tak jumpa kan, saje tak nak letak pic cik tom..

Solihin Zubir said...

@tok esah : adeyh! tok esah kedekut cik tom plak.. haha...

ika~~ said...

hijau ni boleh kasi gempak lagi neh solihin!
sbb ko dah pkai domain seniri so renovate laah dr teratak ke banglo beb!
selamat maju jaya~

mia said...

huwaaa.a..tepuk.tepuk.tepuk..sambil angkat bahu..oh yeah..ehhee

welkam bek en solihin..

happy blogging ya..huwa..header cool ek

sarah-najwan said...

alhamdulillah solihin...
kamu sudah kembali....

meh kita meriahkan hepi2 blogging deh....

**kalu akak direct klik blog lama kamu..keluar ke yg blob baru ni solihin?...

eszol said...

mcm ni rupanye klau org ade domain sendiri n merasmikanye

ooooooooooooo.......

. Amiera . said...

selamat kembali ke dunia blog.. :)

Zetchi Henry said...

wah.. tahniahh lah!
tahun baru
blog dengan domain baru
semangat baru..

bak kata orang
serba serbi baru..
hehhea

harap2 kandungan dalam blog ini
pun padat dengan informasi
dan catatan minda yang baru!
okay!

wah. sol kena ajar saya tukar domain ni..
boleh?
bolehkan?

farhana_acimek3 said...

yahooo ur ba

Hishyamuddin said...

waaa..bagus, bername baru..teringin jgk nk tukar domain ni..hehehe

ahsfantasy24 said...

tahniah..
da de domain. sndrik.. :)

Amirrah Zawani said...

yeahhh akhirnya solihin zubir kembali.. dengan berwajah baru.. semoga tabah mghadapi semua dugaan tu yea.. semangat blogging kena selalu ada :)

bukan photographer said...

thumbsup bro...bangkit dengan semangat baru..tak ada masalah tak leh setel

Ms sunsWeetz said...

wow cayalah..da ada domain sendiri..lepas nie da nek pangkat la kiranya...ehm selamat kembali semula=)

Solihin Zubir said...

@ika~~ : insyaAllah.. sy masih dlm proses pembelajaran lg ni.. hehe..

Solihin Zubir said...

@mia : haha.. hye mia.. thanx...

Solihin Zubir said...

@sarah-najwan ; alhamdulillah... syukur.. =)

febreMaD said...

born to be a gunners..

Solihin Zubir said...

@Zetchi Henry : hehe.. insyaAllah.. sy akan cuba bantu stakat yg termampu.. :D

Solihin Zubir said...

@Zetchi Henry : hehe.. insyaAllah.. sy akan cuba bantu stakat yg termampu.. :D

Solihin Zubir said...

@Hishyamuddin ; tukar la.. tak rugi!

Solihin Zubir said...

@ahsfantasy24 thanx... =)

Solihin Zubir said...

@Amirrah Zawani ; insyaAllah.. thanx coz sudi support.. :D

Solihin Zubir said...

@bukan photographer ; alhamdulillah.. syukur...

Solihin Zubir said...

@Ms sunsWeetz : hehehe.. makaseh... :D

Izyanti said...

Yeay..!!!! Solihin Zubir kembali.. Kembali kembali.! (menari2) hehe. Good Luck bro. !!

Solihin Zubir said...

@Izyanti : hehe.. thanx.. jom menari laju2.. :D

Iman said...

yeyyy yeyy....dia dah kembali....^_^

CIK TOM said...

tahniah dah berdomain!!

Ain Zulaikha said...

errrr nak bagi ucapan apa eh.. haaa


selamat datang ke dunia blog... :)

cek chun said...

oit dak ijau :p
welkem bek
org kg mesti kuat semangat punya :D

Bintun Sazali said...

cis cis cis! ni betul2 mengamuk nih. ingatkan da tak mau kembali. tp nggak mungkinlah..hehe..

nway.tahniah atas pembukaan rumah baru ini, dan harapnya terus maju seiring dgn perkembangan zmn..:)

La Tahzan, InnALLAHama'ana..:)

Solihin Zubir said...

hehe.. thanx suma di atas sokongan yg diberi...

An Najwa said...

slmt kembali...
juz nk bg cadangan pekate header tu ksk cntk cket sebab nampak crowded la...
mainkan wrna ijau puteh kuning baru nmpk cun...
pape pn hope tabah menempuhi segala dugaan yang mendatang...
gud luck..

Nafisa81 said...

dah bertukat ke domain sendiri..mmg nak jugak adfa domain sendiri..tp tak rajin nak install plugin yang pelbagai macam tu...kalau beli domain sendiri...ada tak yg provide macam blogspot jugak??siap dgn templat wizard..takyah donlod dan install plugin??

Solihin Zubir said...

@An Najwa ; terima kasih di atas komen dan kata2 semangat anda..

err.. header tu crowded ke? apa kata awk tlong create utk sy? sy xde idea la.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Solihin Zubir : akak.. sy berdomain sendiri.. tp stil pakai blogspot punya..

CikBulat said...

elele. swonok lah tu. domain. rm20?? PERGHHHH~. tungguk saya kaya baru beli domain. hahah

Nafisa81 said...

oo..boleh yer camtu nak jugaklah..ingatkan tak boleh...mahal tak??

Solihin Zubir said...

@CikBulat : kedekut btol! haha..

Solihin Zubir said...

@Nafisa81 : sy beli masa promosi akhir tahun.. rm20.. kat jiwarosak.com..

Sephi Sephia said...

Baguslah.
Ingat nak biarkan blog ni bersawang dan berpenunggu.

Welcome back!
=)

Solihin Zubir said...

@Sephi Sephia : hehe.. thanx 4 ur support.. :D

AIMAN said...

akhirnya solihin zubir dah mengambil keputusan yang tepat.. well done!