Pages

Tuesday, November 30, 2010

Surat Ugutan Buat Cikgu Dahlia


************************************************


Cik/Puan,


PER: PAKSAAN AGAR TERPILIH DALAM PROJEK DISEMBER DJ2B - 31 BLOGGER


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.


Saya Solihin Zubir, selaku ketua sindiket hijau ingin memaksa Cikgu Dahlia memastikan blog saya ini agar terpilih menjadi sebahagian daripada 31 blogger dalam Projek Disember DJ2B.


2.     Antara sebab-sebab kenapa DJ wajib memilih blog saya kerana saya bercita-cita ingin mempunyai domain sendiri bermula tahun hadapan. Saya mempunyai impian menjadi seorang blogger tegar seperti DJ. Blog saya juga bersifat universal kerana tidak memberi fokus kepada hanya satu genre. Apa sahaja yang ingin saya kongsi, akan saya paparkan di blog ini. Sesuai dengan kehendak umum serta segenap lapisan masyarakat.


3.     Sebelum impian saya itu direalisasikan, saya mahu memastikan statistik traffic ke blog ini mantap kerana statistik terkini sangat mendukacitakan bagi saya. Disember adalah bulan yang sesuai untuk saya merebut peluang menjana traffic. Rasanya tidak salah andai saya ingin menjadikan blog DJ sebagai platform untuk saya menjana traffic ke blog ini sekaligus membuatkan blog saya lebih dikenali. Tambahan pula blog ini baru berusia 6 bulan. Justeru, ini adalah peluang keemasan yang sukar untuk ditolak.


3.     Traffic sememangnya penting. Traffic yang tinggi juga dapat membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblogging. Kerana blog tanpa traffic ibarat pokok tidak berbuah. Jumlah follower yang ramai tidak menjanjikan apa-apa andai traffic hanya cukup makan. Penat lelah berblogging terasa lebih berbaloi jika ada yang sudi menatapnya. Terasa diri ini lebih dihargai.


4.     Di bawah ini, saya sertakan lampiran statistik traffic terkini blog Green Syndicate milik saya selama seminggu :


5.     Oleh yang demikian, dengan sukacitanya pihak saya ingin memaksa Cikgu Dahlia agar memastikan blog Green Syndicate tersenarai di antara 31 Blogger yang terpilih. Saya tanpa segan silu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap DJ sekiranya permintaan saya ini ditolak. Kerjasama daripada pihak DJ amatlah saya hargai.


Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,
Solihin Zubir
Ketua Sindiket Hijau.


************************************************


Hahaha... Kurang ajar tak surat tu? Hehe.. Cikgu Dahlia jangan amek siries plak dengan penulisan di atas. Saya gurau je tu. Saya sedar siapalah saya nak paksa-paksa DJ pilih blog yang tak seberapa ni. Dah beliau suruh guna kreativiti tersendiri. So, aku pun buat ikut suka suki aku la. Hehe.. Kalau terpilih, aku bersyukur sangat-sangat.


Berminat nak join projek ni? Bagi yang masih belum tahu, ini adalah projek DJ untuk bulan Disember. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30November2010. Cepat! Masih ada masa lagi!

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK SINI!


SZ : Agak-agak la kan, berapa markah yang Cikgu Dahlia akan bagi kat karangan surat rasmi aku tu andai aku ni student beliau? Haha..

37 360 juta komen:

chentamiera said...

haha...comel nyer surat..leh lulus ni.. ^_^

Fiqah Alias said...

pergh~ mantopp punyer surat...kalo fiqah DJ tuh..fiqah bg 120% laaahh..hehe..(^_^)

f_aRa_aINa989 said...

macam surat minta kerja..
:P

mizzura said...

saya akan usulkan surat ni dalam mesyuarat:-)

a.samad jaafar said...

salam sahabat.. blog ni memang bagus n3nye.. cume kalau boleh pastikan sentiasa update.. kalau banding ngan saya..adeihh.. sahabat seperti berada di tingkatan 3..saya dalam darjah 2 lebih kurang.. harapan saya, biarlah lahir lebih banyak blogger yang mampu menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat dan meransang daya intelek kita..di sini saya melihat blogger indonesia agak ke depan.. ini hanya pandangan.. mungkin juga saya tersilap..

Solihin Zubir said...

@chentamiera : ahaha.. apa yg comeynya.. huhu..

@fiqah : 120%/ errkk ada ke? hehe..

@fara aina ; mmg pun.. surat mintak keje kt DJ.. hehe..

@mizzura : aisehh.. nk usul lam msyuarat la plak.. hehe..

h A n Y S said...

haha~ karangan surat rasmi ni blh dapat A! sbb ada unsur paksaan di situ, heh heh heh~

Solihin Zubir said...

@a.samad jaafar : jgn ckp camtu.. kita ni sama ja. masih byk yg perlu dipelajari. btw, thanx. tp nk update kerap tu agak susah coz terlalu byk komitmen lain. tp sy akan cuba sedaya upaya update sekurang2 shari skali..

Yaya Zamimi said...

perggghhhh...
surat ugutan terbaik... XD

biskut said...

aku yakin cikgu Dahlia akan adili kekreatifanmu dengan saksama...walaupun berunsur ugutan yang penuh semangat berjuang untuk menang.haha...

moga sukses bro!

Solihin Zubir said...

@hanys : owhh.. kalau ada unsur paksaan boleh dapat A eh? bkn pelempang? hehehe...

@yaya : harap2 DJ kecut perut.. hehe..

@biskut : hehe.. insyaAllah.. thanx biskut!

shah87 said...

sempoi2..
hahahahaha..
aku suka..

Siti Mashitah Saidin said...

menarik la!~

DaHLia said...

kalo karangan akak biasa timbang kati jer..boleh dop?

u;re qualified :D

cik ciput said...

kreatif la surat ni...ada potensi nih utk dipilih..

**gudluck ye

n.hasleena said...

semoga permohonan diterima ye...isi suratnya cukup tu hehehe...

Yaya Zamimi said...

gd lark ea XD

Dea said...

semoga tercapai...cita2nya

OweizMeZ said...

x aci ooowwwhhh ugut2 org... x aci... hehehe

Mohamadazhan hjDesa said...

terbaik bro.haha.tiada kesalahan tatabahasa..aku rasa saja.hehe

sarah-najwan said...

terkezut akak baca tajuk n3 tu...
btw..good luck solihin...

L@n@ a.k.a Mak Budak said...

gempak sehh .. tajuknya..

carr jalil said...

karangan surat rasmi baru ni
jenis ugutan.
haha
:P

diana said...

follower ramai..update 4,5x sehari..
traffic kurang..
blog akak la tu..
hahaha..

one2paii said...

pergh,.camnie ar ketua sindeket..berani buat pasal..pastuh minta maaf..terbaik nie..hehe..tp lu mmg stail men2 suhrat ker?nape bos xpakai cat hijau n cuhrah depan uhma jerk..hehe

Solihin Zubir said...

@shah87 n mashitah : thanx.. :D

Solihin Zubir said...

@dahlia : x kesah la kati ke hape.. janji terpilih... hehehe... thanx akak! terharu nieh! hehehe..

Solihin Zubir said...

@ciput
@hasleena
@yaya
@dea
@azhan

thanx suma.. huhu..

Solihin Zubir said...

@oweizmez ; err... nk wat cmne.. terpaksa.. heheh..

@sarahnajwan, mak budak, carr : errr.. ganaz sgt ke tajuk tu akak? hehehe..

Solihin Zubir said...

@diana : hehehe... meh kita pakat2 up traffic eh.. :D

@one2paii : kalau gua tau umah DJ ni, dh lama aku g simbah cat kat umah beliau.. hahaha..

Qaseh dalia adelia said...

chaiyok2 solihin..moge berjaye okeyh..amin,:)

Solihin Zubir said...

aminnn... hehe.. thanx....

Dark Half said...

mantap btol surat ugutan.mesti cikgu dahlia rasa tergugat..kekeke

Nyssa Nuar said...

solihin....semoga berjaya dengan surat ugutan yang mungkin tidak menggerunkan cikgu dahlia sebalik nya membuat dia gelak sampai senak..ahahaha

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza said...

waaaa ! henat seh !
karangan yg baik !
heeee~

Solihin Zubir said...

@dark half : yuuppp.. aku harap beliau akan tergugat.. hehe..

nyssa : senak? haha.. ok la gak tu.. hehe..

@ hafizah : thanx.. :D

Tomato Gurl's Life said...

surat ugutan ni best!!cik tom rs mmg peluang besar dpt ni :)