Pages

Sunday, November 21, 2010

Statistik Kutipan Filem 2 Alam - Dr Rozmey Mengamuk

Siapa yang tidak kenal dengan DDR a.k.a Dr Rozmey si jutawan Herba Prima Marketing yang terkenal dengan produk Jus Mate 5 tu. Dia ni memang top disebabkan rambutnya yang stylo tu. Dan sejak akhir-akhir ini nama beliau semakin meletup bilamana beliau berani mensasarkan kutipan RM40juta terhadap filem 2 Alam beliau tu yang kini sudah menjengah pawagam. Sasaran yang dianggap tidak masuk akal serta mendapat kritikan pelbagai pihak.

sasar kutipan pecah panggung 40juta
Kenapa ada orang yang benci sangat dengan dia eh? Adakah sebab style rambut dia yang menyakitkan hati tu? Adakah sebab dia ada bini yang lawa? Ataupun dengki ngan kekayaan DDR? Yang aku tahu, ramai yang tak suka beliau sebab beliau bongkak. Dan ada yang frust sebab produk Jus Mate 5 tu langsung tak berkesan malah lebih memburukkan. Dan keadaan bertambah buruk bila dia terlalu yakin filem beliau yang banyak mendapat kritikan itu mampu pecah panggung sehingga RM40juta. Ntahla.. Aku no komen.. Kat facebook pun dah ada satu group anti-DDR ni.. Nak ushar? Klik SINI! 

Apa plak pendapat anda mengenai filem 2 Alam beliau tu? Adakah beliau mampu mencapai sasaran RM40juta tersebut? Rata-rata makhluk yang dah tengok filem tersebut mengklasifikasikan filem tersebut sangat membosankan dan hanya membuang masa. Tidak dinafikan filem tersebut mempunyai unsur teladan. Tetapi ramai yang mengatakan filem tersebut hanya layak dijadikan cerekarama dan ditayangkan kat TV. Terlalu banyak adegan-adegan 18sx membuatkan orang semakin menyampah ngan filem tersebut. Taktik kotor nak lariskan filem.


Aritu, hari-hari kat paper KOSMO cita pasal 2 Alam ni. Penuh 1 muka plak tu. Mentang-mentang DDR banyak duit. Promosi memang gila-gila punya. Tapi tengah ghairah diorang wat promosi, sekali boleh kantoi plak poster filem 2 Alam tu ciplak filem luar negara, exorcism. Haha.. Siapala agaknya yang design poster filem tu. Sah-sah kantoi. Mesti dia google je pix tersebut. Adeyh..

terang-terang kantoi
Dengar citer, berita di akhbar Kosmo mengenai filem 2 Alam yang berjaya mendapat kutipan 2juta pada hari pertama tayangan tu adalah 1 penipuan. Kerana pada hakikatnya terlalu banyak empty seats pada hari tayangan. Langsung tiada sambutan. Benarkah?


terlalu banyak empty seats
Kat bawah ni aku nak kongsi satu video yang sangat kelakar. Mungkin ada yang dah tengok coz video ni sedang hangat disebarkan di facebook. Memang lawak. Sape la punya idea create video ni. Terlalu sakit hati ngan DDR sampai macam tu skali.. huhu.. Video Dr Rozmey versi Hitler mengamuk sebab statistik kutipan sangat menyedihkan. hehe.. Jom layan jap..


Atau boleh terus klik LINK di bawah ni..
Group Anti-DDR di Facebook
Video statistik kutipan 2 Alam di Youtube
Trailer Filem 2 Alam di Youtube
berita lebih gempar serta bukti kukuh di sini


Sebelum tu, aku minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan entry ini terutamanya para peminat tegar Dr Rozmey. Takut gak aku kena saman. Hehe.. Tiada niat untuk menjatuhkan serta memburukkan beliau. Sekadar ingin berkongsi pendapat orang ramai. Aku pun sebenarnya kagum jugak dengan semangat, keberanian serta keyakinan DDR tu. Yang baik kita jadikan teladan. Yang buruk sama-samalah kita jadikan sempadan. InsyaAllah..

SZ : Agak-agak la kan, bapok-bapok, maknyah-maknyah yang tengok filem ni akan insaf tak? :D

20 360 juta komen:

sarah-najwan said...

akaklah yg sudah lama xamik port pasal pilem2 nih...huhu..

sudah lama bangat tak tgk layar perak..tgk tv aje..cerekarama atau sinetron aje..hehe

sebaik2nya..pembikin pilem buatlah pilem citra m'sia..yg menjaikan byk pengajaran kpd semua penonton..

ello said...

sekarang bru dia taw tinggi rendahnya langit 2.. tggi woo.. x baik bongkak.. hohohohooo

fatt said...

aku bukan nak eksen, tp aku dr dulu mmg tak tgk cite melayu kat wayang sbb dah tau dah kualiti dia kaput. baikla aku tgk cite sci-fi ke, sbb berbaloi dgn duit aku. tiket wayang bukan murah skrg..mahai! penonton skrg dah bijak..

aku wonder la bila msia mampu buat cite yg berkualiti mcm negara asia lain. tgk thailand jela dulu..bleh? heh!

a.samad jaafar said...

lebih rela layan filem tamil daripada termuntah ngadap 2alam..

chentamiera said...

haha..tu la..xbaik bongkak kan..pdahal dier baru je kat industri filem ni..baru je nk wat 1 cite..dah berlagak..hmm

dya adriza said...

Saya pun terkejut dpt jangkau 2 juta sehari. tapi kan, saya rasa epi plak sebab buka sikit mata org yg asyik dok kutuk2 je filem ni hehe.

saya x pernah tengok pun cerita ni lagi. tapi, saya tau, ada mesej dari tu. slh ddr ni, bila dia terlalu bongkak. kalau dia x angkuh sasar 40 juta, msti x jadi mcm ni.

lg 1, saya x puas hai dgn wrtawan yg x hbs2 kutuk filem ni. dah tu, agungkan sgt estet tu. tapi, estet jux brjaya kumpul 600 000 je.

x semua org pandai menilai. kita sendiri yg tahu mana yg baik, mn yg buruk.

Tomato Gurl's Life said...

cik tom xsuka dr rozmey sbb rs dia terlampau berlagak..hehe..tp bagus dia org melayu berwawasan tinggi..kalau dah byk duit boleh je byr wartawan metro tue kot..hihi..

Cik Bulat said...

tolonglah jangan tampal muka org asli ni kat sini,hahaha. tak minat tengok hairstyle dia. argghh !

NURUL NAZIRA said...

silap giler pasal die bongkak.. kalau tak ok je skang nie kot

Pencacai Alim said...

kesian kat doktor

Hajar said...

macam2 org ada..

Fiqas said...

aku tak suka ddr nih sbb rambut dia n lagi nyampah sbb dia bongkak...
rm2juta sehari tuh bohong belaka...kawan aku pegi tgk, dlm 20 org je satu panggung...citer lak mmg hampeh...btl la yg wartawan duk kutuk tuh...

Cik Su said...

alamak..tak perasan entry ni..naseb bek cik su tak g tengok lagi..kalau tak wat rugi duit jer..hahah

f_aRa_aINa989 said...

citerni pasal apa?

Ms sunsWeetz said...

ehm x minat lansung ngn dier tuuuu!

Tilam said...

aku ni walaupun tak suka kat dia, tapi aku tau dia bukan nak berlagak dapat 40 juta tu.Itu cuma taktik pemasaran dia saja. Pemasaran bagi gah supaya orang nak tau dan nak tengok cerita tu.

Tak caya cuba la tanya student marketing mesti dia orang setuju..heheh

Zetchi Henry said...

hehhe sokong tilam..
hehhe

Zetchi Henry said...

wah, memang kelakar lah video ini.
hahhaa, kreatif juga pembuat filem amatur Malaysia ni ya..
Kalau masuk wayang, pasti pecah punggung!!

eh salah pecah panggung!
hahahha
inilah baru lawak sejati..
bukan lawak bodoh.
hahahhaha
filem begini baru dapat kutipan 40, bahkan 60 juta di Malaysia...

oh mengenai poster filem 2 alam itu, 'hehhe saya baru perasan..
Ah, tak sangkakan?
Kenapalah ciplak dan plagiat begitu sahaja. siapa agaknya pembikin poster 2 alam ya..
mungkin ketandusan idea agaknya.

Solihin Zubir said...

@Tilam : strategi pemasaran yg menyakitkan hati dan akhirnya tak menjadi.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Zetchi Henry : itu mmg agak memalukan.. :D