Pages

Wednesday, November 3, 2010

Otak Tergeliat di Perantauan

Salam perantauan daripada aku buat semua blogger-blogger sekalian.. Cewah.. Bajet dok oversea.. hehe.. Skang nie aku masih terdampar di Seremban dan KL.. Asik berulang-alik je dari KL ke Seremban.. Kejap ke sana, kejap ke mari.. Busy mengalahkan Perdana Menteri.. Sampai Kedah banjir pun aku tak sedar. Tau melalui berita je. Alhamdulillah kawasan rumah aku bukan kawasan banjir. Tapi rumah aku dekat je ngan kawasan banjir tersebut iaitu Kuala Nerang. Pejabat ayah aku dan sekolah adik aku pun terpaksa ditutup disebabkan banjir tersebut.

Aku sebenarnya berada dalam keadaan tekanan yang amat dahsyat. Serabut kepala hotak aku nak siapkan fail Tourist Guide ni. Berguguran rambut aku. Sampai demam 2 hari. Sepatutnya hari Khamis besok dah exam n diorang nak check fail tersebut. Aku memang tertekan sangat-sangat tadi. Tergeliat otak aku memikir camne nak siapkan fail. Rasa nak nangis je. huhu.. Memang down giler bila Encik yang uruskan fail aku tu cakap fail aku memang takkan sempat siap untuk hadapi Proses Penilaian besok. Tapi Alhamdulillah boleh tangguh minggu depan. Lega sikit. Fail tu sepatutnya makan masa sebulan jugak la kalau nak siapkan. Tapi disebabkan beberapa masalah, diorang bagi masa yang suntuk. Seminggu je. Memang tension. Aku plak jenis tak boleh nak fokus kalau buat kerja kelam kabut. Aku jenis teliti sikit. Bukan style buat kerja cincai.

So, malam ni dan besok, aku akan cuba bertungkus lumus untuk siapkan apa yang masih tergendala. Malam Jumaat besok, aku akan balik Kedah. Tapi hari Ahad aku nak kena pergi ke Kelantan pulak coz nak bawak adik aku yang baru lepas operate tu pi medical check-up kat HUSM Kubang Kerian. Penat woi! Tapi apakan daya, sebagai anak sulung, aku kena banyak berkorban. Lepas balik daripada Kelantan, Hari Khamis aku terpaksa berangkat ke Seremban kembali untuk menghadapi Proses Penilaian serta exam yang terpaksa ditangguh pada hari Jumaat, 12Nov.. Adeyhh.. Letih..

Masa untuk aku ber'blogging' pada bulan ni memang terhad. So, aku nak mintak maaf sangat-sangat coz tak dapat nak blogwalking n komen entry-entry terbaru korang. Aku bukannya ada beruk band yang boleh diusung merata ke mana jua tu. Nie pun aku lepak jap kat cc nak bersihkan sawang labah-labah kat blog aku ni setelah seminggu lebih tak update. hehe.. Harap faham la ye.. Jangan marah taw.. Aku free nanti, aku jenguk la blog korang eh. Traffic aku minggu lepas memang menjunam teruk. Tapi aku tetap nak ucap terima kasih kepada sahabat yang masih sudi menjengah dan menggodek entry-entry lama kat blog ni. Thanx a lot! Jumpa lagi!
Salam a'laik..

nota kaki : tergeliat = terseliuh

SZ : Rasa macam nak botakkan je kepala ni.. huhu..

20 360 juta komen:

sarah-najwan said...

setellah keje dulu solihin..lepas ni balas dendamlah kat blog yer....heheh

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

uik..

jangan dok kelam kabut sangat..

steady bro~

f_aRa_aINa989 said...

kamu...
chaiyok2!!

:p

apple hijau said...

orang kata...
berakit rakit ke hulu
berenang renang ke tepian
berdemam demam dahulu
bermenang menang la kemudian...

p/s: botakkan kepala? hmmmm....yg ini kene fikirkan betul2..

Nafisa81 said...

huih..busynyer...

Siti Mashitah Saidin said...

selamat pegi , selamat balik ~

Cik Yanna said...

good luck utk proses penilaian n exam~~...ganbate! (>_<)v

sweetsal said...

relax dn cool bro..jgn tension2..akak berdoa semoga di permudahkan segala urusan..

LiFe KaMi said...

awat hang tak habaq mai..:)
kuala nerang tu kampung kami..huhu,
banjir macam mana nak balik kampung ni...

pena said...

kesian sz..
sabar ye..

Eeka Syafiqah said...

best of luck yek !
n heyyy,i hope cpt la hbes ur kje tu
n get back to blogging cpat ek !

ika~~ said...

sila balik..kedah dilanda banjir..pi tulung org2 kedah pat!
he..

ctpayong said...

salam

takpe..carry on with the priority first.

paradoks hati said...

good luck :)

Miranisa =) said...

caiyok caiyok incik solihin! :)
awak boleh buat punya !

Nafisa81 said...

datang lagi untuk memberi sokongan...

yott said...

takpe SZ...relax..buat pelan2
gud luck k

Cik Su said...

cian nya hang solihin.menanggis cik su baca entry nie...hang sabaq na...nanti cik su tolong hang tengok2 blog nie..cheer...gud luck

Iryani Noor said...

gud luck with ur proses penilaian...
hopefully it went well..
btw walaupon penat, bnyk pahala tlg mak ayah nie =p..

Tomato Gurl's Life said...

keje 1st blog 2nd..hehe