Pages

Sunday, November 7, 2010

November yang Busy!

Fuhhh... Penat! Baru lepas setel kerja.. Banyak betul aku taip dan edit tadi.. Lebih kurang pukul 3pagi baru setel.. Walaupun belum betul-betul sempurna lagi kerja aku ni, tapi sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan serta keserabutan otak aku. Sebelum aku offline, aku curi jugak masa untuk aku update blog aku ni sebelum aku berangkat ke Kelantan. Walaupun jelas terasa jari-jemari aku semakin longgar. Haha..

Pukul 9.30pagi japgi aku akan bertolak ke Kelantan dengan adik aku. Tapi barang pun belum packing lagi. Nampak gayanya aku tak tidur la malam ni. Tidur dalam bas ler jawabnya. Nasib baik naik bas. Aku pergi ke Kelantan ni untuk menemani adik aku yang baru lepas operation kanser thyroid aritu untuk buat pemeriksaan susulan pada hari Isnin di HUSM Kubang Kerian. Bukan untuk celebrate Kelantan menang Piala Malaysia tau! hehe.. Pada hari Selasa plak dia ada appoinment pemeriksaan tulang belakang beliau kat lokasi yang sama. Sampai Kota Bahru petang besok, ada saudara aku yang tinggal di sana akan datang jemput. So, kami berdua akan stay kat rumah beliau sampai hari Rabu.

Hari Rabu pagi, aku akan bertolak kembali ke Kedah. Di jangka sampai pada waktu petang. Dan pada malam itu jugak aku akan bertolak kembali ke Kuala Lumpur. Pada Khamis petang, aku akan bertolak pula ke Seremban untuk menjalani ujian Tourist Guide pada hari Jumaat. Dan pada hari Sabtu, aku akan kembali ke Kedah. Adoyai.. Pening kan..? Ke sana ke mari.. Aduh.. Harap-harap kali ni semua akan setel!

Bulan ini adalah bulan yang paling busy buat aku. 27 Nov nanti pula aku terpaksa jalani ujian Kurnia Insurans. Yang tu satu apa pun tak study lagi. Buku dia bapak tebal nak mampos. Musim cuti sekolah ni plak banyak Kem2 yang nak di'handle'. Nak kena buat macam-macam promosi lagi. Adeyh.. Nak jadi usahawan yang berjaya, kenala banyak berkorban. Kan.. Walaupun pada hakikatnya aku seorang yang malas. huhu..

Semakin hari juga aku terasa semakin jauh dengan korang semua. Rasa terkilan pun ada. Dunia blog terasa makin jauh dengan aku. Idea banyak. Tapi otak tengah serabut nak 'create'.. Takpa! Kerja lebih penting! Kan? Lalalala.. Hari-hari Kerja! Chaiyok2! Wish Me Luck!


SZ : Terasa tubuhku semakin susut....

26 360 juta komen:

LiFe KaMi said...

pergh busy betul kalah perdana menteri..hehe
semoga success selalu..:)

f_aRa_aINa989 said...

soyaman, jaga kesihatan....nnt adik sihat abg dia pulak x sihat.. :D

Affan Ruslan said...

Haha. kalau tak update blog takpe kot.
buat yang mana penting dulu bro.

Salam ziarah

Ms sunsWeetz said...

gambate~ chaiyok!!!!~hehe moshi2x...=D

a.samad jaafar said...

berminat pulak nak tahu.. apa yang sedara sedang usahakan sekarang... ttg adik sedara tu.. bersabarlah.. saya faham sgt dlm 'melayan' orang yg sakit.. apa2 pun.. sbg kawan, saya doakan semoga sedara berjaya dlm apa juga yg diusahakan..

sarah-najwan said...

samalah solihin..akak pom bizi sb dah nk cuti skolohkan..byk keje kene beres..

yg akak tak menahan..bz2 pom..blog xleh tinggal..huhu

zacky ~786~ said...

sy doakn smoga adik anda cpt sembuh yerpp.. n berada dlm keadaan baik skrg nie.. :)) Amin

pena said...

wah.. busy betul..

xpe2x.. gud luck.. =)

yusz78 said...

mari kite sama2 busy..huhu

chentamiera said...

selagi belum tutp mata, keje..keje..keje..

diana said...

uruskan apa yang penting dulu..
blog ni bagi kat akak je..
pandai2 la akak mengkucar kacir kan dia..
hahahahahha

Mai.Qadeeja said...

aii inchik yg semakin jauh.. Y___Y

einaz shah rizal thomas said...

yo !
eh haiy owner belog..
jalan-jalan lagi.. (:

love: einaz (:

Wan Gerrard said...

owh giler busy bulan ni..takpe2, take ur time..dan jaga kesihatan~
dari gerrard

mama hidayahamin said...

salam.... sabar je le...

Yaya Zamimi said...

adik sihat dah?

NURUL NAZIRA said...

hah? usahawan? da keje eah?

haha.. cian die bz betol.. tapi kesihatan jaga yea . sakit lagi susa woo

Emilia Emira said...

ermm...selamat menempuhi november...gdluck!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

DAHULUKAN APA YG PERLU DIDAHULUKAN

=)

Tomato Gurl's Life said...

sibuknya..ke sana dan ke mari..jaga diri,,jgn terlalu sibuk sehingga diri sendiri tak terurus..peace ;)

Cik Su said...

wah..sibuk betul solihin..dah macam PM dah..

one2paii said...

jang..lu x penah jauh dihati gua jang..den lamo menanti lu di tepi tahsik tuh..gua tunggu lu gak jang

AiDa aHmaD said...

semoga kuat menghadapi segala tekanan.. :)

Lelaki Ini said...

Sabar la ok!

wan nurul hezrina abd halim said...

sadis toool nengik gmbr tuh..mcm muka hang kaaa..hehe relex2

paradoks hati said...

hikhik.bznye..erm

may everything going well..

take care :)