Pages

Friday, November 5, 2010

Banjir Oh Banjir!

Sebelum aku ke KL minggu lepas, keadaan di Kedah masih Darul Aman. Bila aku balik ja dari KL tadi, alangkah terkejutnya aku. Bagaikan lautan. Pagi tadi aku sampai kat stesen bas Shahab Perdana, Alor Star pada pukul 6pagi. Aku pun tak tahu bas tu ikut jalan mana coz aku tdow mampos. Sedar je dah sampai. Keadaan kat stesen bas tu nampak tenang je. Takde langsung tanda-tanda yang Kedah dilanda banjir. Aku pun tunggu la bas nak alik ke rumah aku kat Pokok Sena. Tunggu punya tunggu, bas tak menunjukkan langsung tanda-tanda enjinnya akan dihidupkan. Aku pun terpaksa la call ayah aku. Terpaksa menyusahkan ayah aku pagi-pagi Jumaat untuk datang jemput aku kat stesen bas.

Sejam kemudian, ayah aku pun tiba dengan Pajero Turbo beliau. Sejam? Biasanya lebih kurang 25minit dah sampai. Bila aku keluar je dari perkarangan stesen bas tersebut, alangkah terkejutnya aku. Jalan raya dilimpahi air. Banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup. Jalan alternatif yang dibuka pun kitorang terpaksa jugak redah walaupun dilimpahi air. Kebanyakan taman-taman perumahan di Kedah ditenggelami air. Kereta-kereta berderet tersusun di tepi-tepi jalan raya coz kawasan taman perumahan ditenggelami banjir. Aku terfikir, kalaulah ada insan bodoh yang sanggup mendajal atau mencuri kereta-kereta  mangsa banjir yang terpaksa di'parking' di tepi jalan tu, memang laknat lah! Takdak hati perut.

Aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah aku. Merentasi jalan-jalan alternatif yang aku sendiri tak pernah lalu. Berselut! Sawah di kiri dan kanan jalan bagaikan lautan. Suasana kelihatan sangat darurat. Sadisnya. Kasihan kat mangsa-mangsa banjir. Bagaimana penderitaan yang mereka terpaksa lalui. Berapa kerugian yang terpaksa ditanggung. Aku bersyukur kerana rumah aku bukan kawasan banjir. Tetapi hanya berada di tengah-tengah antara kawasan banjir iaitu Kuala Nerang, Alor Star dan Jitra. Alhamdulillah.. Syukur.. Walaubagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar bencana alam ini kembali reda. Semoga banjir akan surut dengan secepat yang mungkin. InsyaAllah.. Amin..

Sawah padi bagaikan lautan


SZ : Sediakan Payung Bot Sebelum Hujan!

17 360 juta komen:

Fuziani JSR said...

Semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ALLAH...

Mai.Qadeeja said...

huhu dah tengok sendiri an keadaan di sini? darurat abes ! Y___Y

Nyssa Nuar said...

erk..mcm laut dah sukasuki tgk...

WAHIDA ALIAS said...

uish dashyat nye bnjir ni..da bole berenang2 da

Yaya Zamimi said...

gmbr fes tuh sebijik mcm laut..yg kt tgh2 tuh pulau...

f_aRa_aINa989 said...

mungkin ada hikmah disebalik bencana ni...semoga kita ambil iktibar..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

banjir teruk dah ni...

deno said...

hmmm.... besar jgk banjir ya..

LiFe KaMi said...

dekat le umah ko dgn kampung kami raya dtg umah le..hehe
keta boleh lalu tak takut engine rosak je..mudah-mudahan cepat surut..

Kalamhati said...

huhu kampung akak dah biasa gini..=)

Tomato Gurl's Life said...

teruk banjir..abg keje kat perlis banjir gak..siap cuti lg..huhu..

pena said...

amin.. semoga mereka semua tabah..

dulu pena prnah redah bnjir paras pinggang wktu blik skolah.. gatal2x satu badan.. hehe..

Ms sunsWeetz said...

takotnyer tgk banjir ni
ehm macam mana la mereka survive???

Cik Su said...

amboi..banjir teruk na..

diana said...

tadi akak call ayah mertua kat kampung..
mujur kat tokai tak banjir..
kalau idak tak tahu la mana mak ayah nak pi..dah la mak akak tak berapa suka dok kat balai raya beramai2 ni..

a.samad jaafar said...

rasanya ni la banjir yg paling teruk penah melanda Kedah. Moga penduduk terlibat bersabar dgn ujian Allah..

Nafisa81 said...

up trafik di musim banjir...wahh..busynyerr...!