Pages

Sunday, October 3, 2010

Panadol Merbahaya?


UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Jangan ambil Panadol & Panadol Actifast/Soluble lagi terutama mereka yang ada gastrik. Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

SZ : Aku dapat artikel nie melalui email yang diforwardkan oleh seorang rakan kepada aku.. Dah lama dah.. Tapi baru skrg aku dpt masukkan dlm blog.. Aku rasa dh ramai kot yg tau pasal nie.. So, aku nk tanya pendapat korang.. Betul ke nie? or ini juz konspirasi untuk jatuhkan kompeni panadol nie? huhu..

22 360 juta komen:

anak jawe said...

ramai yang xtau sbrnye....
kalo sakit kpl r nk demam panadol la ubat yg plg cepat n senang dpt...
tapi kite xtau bahaye panadol nih....
mmg panadol ni ade side effect yg agak truk...
so pasni cube la ubat-ubatan tradisional...
lebih mujarab dr panadol rasenye...

My TeRrIToRy... said...

bagus info ni..thanks for sharing :)

diana said...

ntah la..
jarang sakit2 ni..
kalau sakit sikit2 tu x de la nak makan panadol..
tidur je..

sarah-najwan said...

baguslah info ini...sebelum ni xtau..

Solihin Zubir said...

kalo info nie betul, kena lah elakkan ambil panadol pasni.. huhu..
soft killer.. bahaya tu..

Mama Kembar said...

hmm mama slalu ambik panadol... susah la pasni uhuk uhuk..

Solihin Zubir said...

hhmm.. susah la kan.. huhu..
tp mmg suma ubat memberi kesan utk jgka masa yg pnjg..
dh nama pon dadah.. huhu..

Mr Noble said...

bende ni dah lama ada kat internet. tp sampai skang panadol masih lagi dijual/digunakan. ada sapa2 tau kenapa?

Solihin Zubir said...

kenapa eh?

Muhammad Hasif said...

kbnykkn ubat doktor mmg x elok utk kesihatan utk jangka masa yg lama...
sbaik2xnya elakkn mkn ubat doktor..
dia effect buah pinggang..

kalo demam, sakit kepla...try minum air asam jawa....

insyaallah baik..

Solihin Zubir said...

pasni ramai la yg akan guna perubatan cara kampung.. huhu..

Bintun Sazali said...

nak tambah sikit:

masa form 3 dulu,cikgu Sains sy pernah crita..if kita rebus daging, masukkan serbuk panadol,kejap je,daging tu akan hancur,bukan stkat empuk,tp hancur terus...huhu..

bhya sbnrnya..sbb tu la cepat meredakan kesakitan..
dan sbb tu jugak tak leh diambil dlm dos yg berlebihan..huhu~

syukran for diz info!..:)

Solihin Zubir said...

afwan.. :D

Balqis said...

mmg betol pun artikel nie..
balqis skrg nie da xboleh telan panadol biasa..coz da xbkesan pd balqis..memang rse mnyesal la mkn panadol je dulu..skrg nie memang stop mkn..effect? sakit pinggang..serius..huhu~~

yott said...

yup..panadol mmg x bgs utk kesihatan

dianafisa81 said...

koi baru lepas telan panadol pagi td..erk..kalo muntahkan ade rupa panadol lagi takkk?

Rizuan Ismail said...

semua ubat ada kesan sampingannya..bukan setakat panadol..

p/s:mencegah lebih baik dari merawat :)

Anonymous said...

ye..ini mmg btul..semakin byk penadol di ambil..semakin hilang kesannya...bkan setakat penadol..malah mna2 pain killer yg ada..panadol yg diambil dalam dos yg byak bleh menyebabkan hati rosak. ini kerana proses penyerapan berlaku di hati sebelum masuk ke dalam salur darah..oleh itu..elakkanlah bergantung kpd penadol ataupun pain killer yg lain..

umuhoney said...

untuk kaum hawa yang dtg bulan better jgn ambik pnadol, xkira la menstrual or pnadol besa..mmg ada side effect kt sistem peranakan..

Nyssa Nuar said...

hal ini tidak d nafikan...

The Medical Duo said...

ubat ni analgesic( ubt tahan sakit).kalo pasal isu ni xtau la plak..tapi kalo amik ubat tahan sakit bnyak sgt..nnt dia buleh lead pd analgesic toxicity. Boleh rosak kidney..

Pearl Kaz said...

betul mcm ape yg commenters semua comment... semua ubat pun ada side effect. kakak sy pharmacist. dia kata, kalo nak makan boleh. tp kalo betul2 sgt2 dah tak tahan sakit kepala/sakit perut (senggugut) baru makan. kalo selalu sgt makan, dia pun x galakkan... huhu