Pages

Friday, October 8, 2010

Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat

Sebuah menara jam tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43×43m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.


Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram


Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam
Spesifikasi bangunan menara jam

Dengan terbinanya menara itu juga, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
credit salafus-sholih

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini Ya Allah..

SZ : Jangan buat rumah besar depan masjid kecil..

19 360 juta komen:

diana said...

semua pakat belawan ni..
nak yang paling tinggi..
paling besaq..
nak yang paling banyak..
membazir betul la..

chentamiera said...

Nauzubillah...knp la kedudukan dekat dengan kaabah....nanti niat untuk beribadah terpesong pula kearah yang lain

toyolkiut said...

info yg teramatttt menarik.tima kasih!

Kalamhati said...

Kaabah takkan tergugat..=)..sbb ia rumah Allah

sarah-najwan said...

salam..
sungguh berinfo..xtau lak paal menara ini..sperti kata kamu solihin..kita semua berdoa agar kita semua dikukuhkan iman dan menjadi org2 yg bertaqwa kpd Allah..amin..

WAHIDA ALIAS said...

makk aii..tinggi nye..

Solihin Zubir said...

kalam hati : kaabah mmg xkan tergugat sbg rumah Allah.. tapi akan tergugat di hati umat Islam disebabkan kehadiran menara tu...
sebab tu kita harus berdoa moga kita ditetap dan dikuatkan iman.. insyaAllah..

Iryani Noor said...

mmg ada dgr antara petanda2 kiamat, akan wujudnya bangunan2 tinggi.. tak sangka pula bangunan tinggi tu dibina di mekah...

f_aRa_aINa989 said...

dunia menunggu masa untuk tidur.....

Dark Half said...

aminn..moga hati2 umat islam tidak tergugat dengan kemodenan dunia

aku rasa agak ironik bilamana umat islam tau akan petanda kiamat dan berlumba membuat bangunan tinggi adalah satu darinya tapi perlumbaan terus berlaku dan terkini binaan ini,dan terletak di Makkah.

kiamat akan pasti berlaku tapi adakah kita mengalu-alukan kedatangan kiamat?

RuSh D said...

akhir zaman mcm tue ler..berlumba-lumba wat bangunan tingi..

Cik Su said...

betul tu hoh...dorang pk nak bg cantik tapi bala bakal tiba dorang tak nampak....

hafizm said...

owh aku tak tau pomm ada menara nih...

anDi said...

sambil2 tawaf, sambil2 mata terarah dekat menara jam...aduss tak kusyuk :X

wanshah said...

memang betul bro. dunia dh semakin menghampiri penghujungnya. sepatutnya dalam satu² kawasan, tak boleh ada bangunan lebih besar dari masjid. sebabnya masjid itu sendiri yg sepatutnya besar kerana pusat pentadbiaran, pengajian, n sbgnye sepatutnya dibuat skali dengan kawasan masjid. Mereka membina jam besar tu hanya gimik semata² utk orang melihat waktu solat. tapi sebenarnya mereka nak bina pusat hiburan berhampiran dengan ka'abah. makin terjejaslah kesucian agama Islam tu sendiri. kerana tempat paling suci pun boleh diceroboh sebegitu. smoga Allah sentiasa mengukuhkan keimanan kita. Aminn..

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

Vanilla Espresso said...

Terima kasih kerana sentiasa memberi info yang bernafaat untuk semua pembaca blog.
Betul seperti apa kata saudara,sebelum ini dari jauh kita akan nampak masjidil haram,tapi hari ini kita nampak Menara tertinggi bila berada di sana,Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari terpesong dari tujuan sebenar kita ke Mekah..Amin

cik heroin said...

saya baca dkt SOLUSI, menara jam ni, syrkat dri mesia yg brtggjwab,

Terbang Bersamaku said...

kita semakin menghamiri akhir zaman..semoga Allah sentiasa memelihara keimanan kita semua...

Anonymous said...

buat apa menara jam tingi2.susah nak tngok kena dongak pastu nnti silau.lain kali buat bnda tu biarlah praktikal.biar mnyenangkan orang dan bukan mnyusahkan orang