Pages

Thursday, October 21, 2010

Memo Taubat Buat Rosmah Mansor


1. Astaghfirullah.... satu tindakan yang cukup memalukan, jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih-lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ].


3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam, lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian.

4. Jika bukan niat menghina Islam, tindakan apakah seperti ini? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu, sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.


Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi. Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan. ]


5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini. Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri. Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt. apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru-baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri. Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami, iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri. Allah swt berhak dan mampu pada bila-bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki, tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas.

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin. Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini, kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar-benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru, bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya, Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru-baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini. Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh-musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu, sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung.

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat, muda, kaya dan berharta, namun suka saya mengingatkan kata-kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua. Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua.

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah. Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama, janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah.


Kedua, melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri, setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ], mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain, Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata-ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan.

Juga membantu ibu tunggal dan anak-anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu. Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan. Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat, bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini, saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya. Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt.

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan-bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji. Percayalah, kata-kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi.

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku.

NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA





SZ : Jadikan memo ini sebagai muhasabah untuk kita semua. Sekadar nasihat untuk diri sendiri..

28 360 juta komen:

A+z+i+E = AziE said...

teruk la dorang nih.... pangkat besar2.. tp otak tade..

ctpayong said...

kerana itu di zaman Nabi SAW, para sahabat menangis bila diangkat menjadi ketua kerana takut memikul amanah dan takut tidak dapat menyempurnakan amanah yang diberi.

wallahu'alam.

f_aRa_aINa989 said...

dari dulu lagi dah dengar kes rosmah mansor ni..

Kalamhati said...

astaghfirullah..semoga diberi petunjuk..

diana said...

nak copy boleh tak???

aima said...

lor ingat sendiri buat memo tu...hehe

Solihin Zubir said...

aima : sy bukanlah seorg yg bijak untuk berkata-kata.. huhu.. sy hnya menyebarkan apa yg patut demi maruah Islam.. =)

emymilia said...

Islam liberal......begini la jadinya kot??...minta simpang jauh tuk diri sendiri...:x

Tomato Gurl's Life said...

datin rosmah ni baca ke memo ni??rasanye dia buat derk je...ramai yg mengatakan yang pm kita skang ialah rosmah dan bukannya najib...rsya memang betul..

Solihin Zubir said...

hahhaa... dia nk bace? ulamak 40 tu pon senyap membisu je.. apa ada hal?
alaa.. mmg pon.. PM kita skang nie rosmah la.. bini dia najib..
dasar laki dayus.. huh.. mcm2..

Cahaya said...

arghhh...tau takpe..mcm taun lepas ke taun ni tak silap..bajet permata tu datang dari peruntukan kementerian pendidikan..samapi tan sri muhyidin mengamuk kat pejabat dia takde sape berani naik kat pejabat dia sebab bajet pendidikan diambik beberapa peratus untuk permata. ni ada orag ckplah..hehe..orang2 jabatan..

atie said...

sungguh sedih :(

sarah-najwan said...

muhasabah utk diri kita..

line slow weh..akak stress nih..ni kira ok dpt masuk kat sindiket hijau nih..hehe

Cik Su said...

bile nak sedar ntah

Fuziani JSR said...

Sebagai saudara baru dalam Islam... saya sangat bersedih dgn tindak-tanduk Rosmah kerana tindakan beliau boleh mengelirukan gelongan kami yang pengetahuan agamanya mungkin hanya setakat buku lali... Bilalah dia ni nak insaf??????

Wan Gerrard said...

Hmm memang memalukan la dia ni..ada kuasa tapi orang tak respect buat pe..

Amirez said...

apalah nak jadi dengan negara 'Islam' kita sekarang ni. Islam makin lama makin diperkotak-katikkan oleh pemimpin Islam sendiri...

dunspeak♥ said...

tak layak langsung nak menganjurkan islamic fashion festival ni. Cara pemakaian beliau sendiri pun tak islamic..

dianafisa81 said...

Islamic Fesyen show???kena buat ker??

LadyBird said...

mcmn ek datin seri rosmah mansor boleh buat seteruk ini.. seolah2 xtahu tentang agama sendiri..
dahla pakaian yg diperagakan tidak menutup aurat.. terbukak sini sana.. lepas tu dibuat dengan menggunakan nama ISLAM lak..

Rowena Chasez said...

ya Allah..
nie dah melampau sangat nie...

Eryati said...

erm..no komen...cuma...kategori teruk juga ni

Yaya Zamimi said...

speechless.. xtaw da nk ckp apa psl rosmah ni... -.-"

Love is Life said...

astaghfirullah al azim....

Love is Life said...

astaghfirullah al azim....

1 ummah said...

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana sebahagian mereka menjadi teman rapat kepada sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim” [al-Ma’idah (5):51].

“Seseorang yang memimpin kaum Muslimin dan dia mati sedangkan dia menipu mereka (rakyatnya), Allah akan mengharamkan baginya syurga” [HR Bukhari dan Muslim].

saudaraQ,sesungguhnya menegakkn kembali Daulah Khilafah Islamiyah adalah wajib berdasarkn :

firman Allah


“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnah-nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” ( An-Nisa’:59)

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” ( Al-Hasyr:7)

..... Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. [QS Al Maa'idah 44]

..... Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. [QS Al Maa'idah 45]

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. [QS Al Maa'idah 47]

hadis Rasulullah

‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa alasan. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah." [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung." [HR. Muslim]

Rasulullah SAW bersabda: "Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Bila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak." Para Sahabat bertanya,’Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi menjawab,’Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka." [HR. Muslim].

Dalil Dari Kaedah Syar’iyah

"Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna kecuali adanya sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula keberadaannya." Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah SWT dalam segala aspeknya adalah wajib. Sementara hal ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar’iyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.

Pendapat Para Ulama

Seluruh imam mazhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Syaikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 362 :

"Para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) rahimahumullah telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang imam (khalifah) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya..."

1 ummah said...

sambungan dalil2 penegakkn Khilafah:
"Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" ( Al-Ma’idah [5]: 49).


Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
(An Nur: 55)

Tidak hanya kalangan Ahlus Sunnah saja yang mewajibkan Khilafah, bahkan seluruh kalangan Ahlus Sunnah dan Syiah 'termasuk Khawarij dan Mu’tazilah' tanpa kecuali bersepakat tentang wajibnya mengangkat seorang Khalifah. Kalau pun ada segelintir orang yang tidak mewajibkan Khilafah, maka pendapatnya itu tidak perlu ditolak, kerana bertentangan dengan nas-nas syara’ yang telah jelas.

Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan: "Menurut golongan Syiah, minoriti Mu’tazilah, dan Asy A’riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara’." Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan: "Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji`ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah (Khilafah)."

“Di tengah-tengah kalian terdapat masa Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan yang zalim yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan diktator yang menyengsarakan, yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian.” Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad).

TEGAKKAN KHILAFAH AGAR SELURUH SYARIAH ISLAM TERLAKSANA..!!

di sini ana nk kongsikn 1 dalil..

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” [Muhammad (47):7].

berjuang tegakkn Islam skrng kerana gnjarannya sgt2 bsr drpd berjuang slps Islam tertegak.. ^_^
slmt memperjuangkn kmbali Syariah dan Khilafah..Allahuakbar!

mimiekucayang said...

itulah pentingnya kita memilih pemimpin yg benar2 layak.. barulah benda macam ni tak timbul.. bila org jahil jadi pemimpin inilah hasilnya, dan inilah dia tanda2 kiamat...