Pages

Saturday, October 16, 2010

Kenangan Cinta Monyet

Apa itu Cinta Monyet? Kisah percintaan antara 2 ekor monyet kah? Atau bercinta dengan monyet? huhu.. Cinta Monyet bermaksud cinta budak sekolah. Korang ada pengalaman cinta monyet tak? Aku ada satu kenangan cinta monyet yang aku pernah alami masa sekolah rendah dulu. Aku pernah suka kat seorang anak cikgu kat sekolah aku. Wahh.. Baru sekolah rendah dah gatal. Gedik kan aku. hehe.. Itulah kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup aku. Bila terkenang je, mesti aku tersenyum sorang-sorang cam orang gila. Memang indah dah melucukan bagi aku.

Tahun 1996, masa tu aku darjah 3. Aku ada 'admire' kat sorang budak pompuan darjah satu. Mestilah pompuan kan. Tak kan lelaki. Gua straight beb.. haha.. Nama dia Alya (bukan nama sebenar). Dia comel sangat-sangat. Aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku rasa dia ni lain. Tiap kali waktu rehat, mesti aku ushar dia dari jauh. Tengok dia main kejar-kejar ngan budak sekelas dia. Tapi bila aku tengok dia kejar-kejar ngan budak lelaki, timbul satu perasaan cemburu dalam hati aku. Memang aku rasa jeles tak hingat punya. Aku ni dahla pemalu. Memang tak la aku nak pegi ngorat. Memang aku simpan lam hati jela perasaan aku tu. Alya ni sekelas ngan adik perempuan aku. Kebetulan diorang ni kawan baik. Tiap-tiap hari, balik je dari sekolah aku mesti tanya adik aku pasal Alya.

Masa aku darjah 4, nak dijadikan cerita, suatu hari aku lalu la kat depan kelas adik aku ngan kawan aku pada waktu rehat. Masa tu aku dah tahap dua. Diorang tahap 1. So, waktu rehat dah tak sama. Sambil lalu aku ushar la ke dalam kelas adik aku tu. Tercari-cari si Alya tu. Maklum la.. Rindu kata kan.. hehe.. Balik sekolah je, adik aku cerita yang Alya ada cakap sesuatu pasal aku. Alya cakap kat adik aku, "Yang pakai songkok tu abang awak ka? Hensem la". Waktu tu aku jadi pustakawan. Pustakawan kena pakai songkok. Wah.. Bila aku dengar je adik aku bagitau camtu, terus suar aku koyak. Kembang tak terkira la katakan. Terus dalam hati ada taman. Berbunga-bunga indah.. haha.. Gatai..

Lepas tu, mula la aku syok sindri. Aku fikir mesti dia pun syok kat aku jugak. Dia memuji kehenseman aku tu maknanya dia dah bagi 'green light' la tu. Memang aku perasan tak hingat la time tu. Lepas tu aku mula yakin skit. Aku meneruskan perjuangan aku untuk memenangi hati dia. Masa tu, majalah 'Ana Muslim' agak popular kat sekolah aku dulu. Tiap-tiap bulan aku beli, tak pernah miss.. Bila beli, dapat percuma satu buku nota kecik. Aku koyak sikit buku nota tu, aku tulis surat kat dia. Surat cinta beb! haha.. Ala.. Aku tulis simple je.. "Alya.. Saya suka kat awak". Pastu lukis 'love' skit siap ada anak panah cucuk 'love' tu.. And then, suruh budak passing. Guna posmen karat. Bukan tak gentle ok.. Cuma nak nampak lbey romantik.. Chewahh.. Padahal aku malu sebenarnya.. Bila sampai surat tu kat tangan dia,  dia datang bawak geng macam nak serang aku ja. Aku apa lagi.. Kecut perut la.. Terus lari sembunyi kat dalam toilet.. Balik rumah, adik aku story sebenarnya diorang datang ramai-ramai coz nak balas 'nota cinta' aku tu. Perghh.. Siap angkat geng.. Segan la aku.. Aku ingat dia nak sound aku coz kecik-kecik dah gatal. Rupanya dia pon suka aku.. Ahaha.. Indahnya waktu itu..

Bila dah 'declare', maka bermulalah bibit-bibit percintaan kami. Chewah.. haha.. Masa tu, kalau ada budak sekelas dia yang kacau or usik dia, memang siap la kena ngan aku. Satu bangunan aku kejar. Waktu tu memang aku geram sangat-sangat kat 2 orang budak laki dalam kelas dia. Aku ingat lagi nama diorang. Syazwan ngan Azuan. (Harr.. Yang dua nie nama sebenar.. ;-p) Diorang ni muka boleh tahan gak la market. Rapat jugak ngan Alya tu. Aku pun secara otomatik rasa tergugat la kan. Masa kelas fardhu ain petang, aku pegi sound budak 2 ekor tu. Masa petang berani la coz Alya tu tak amek kelas fardhu ain petang kat sekolah tu. So, aku bebas tunjuk power n bajet bagus. Haha.. Siyot je kan.. Alya ni jugak ada adik lelaki darjah 1 pada masa tu. Tiap kali sebelum balik, aku pegi jumpa adik dia, aku rasuah gula-gula 2, 3 bijik or duit seposen, aku suh dia kem salam kat akak dia. Sampai camtu sekali..

Masa hari sukan, kebetulan aku Rumah Biru, sama ngan Alya. Aku ada berpakat ngan kawan-kawan aku, kitorang lumba lari. Tapi aku rasuah diorang supaya aku menang. Bila menang mesti la Alya kagum ngan aku kan.. hehe.. Begitulah pemikiran budak-budak masa tu. Dan aku paling suka kalau kawan-kawan gurau-gurau cakap aku nak kawen ngan Alya. Siap baling-baling rumput lagi kat kami. Seolah-olah merenjis-enjis dipilis.. huhu.. Waktu hari sukan tu lah, 1st time aku borak face to face ngan Alya. Balik rumah, tidur tak lena. Terbayang-bayang ja muka dia. Tiap-tiap pagi aku datang awal ke sekolah semata-mata nak tengok dia.

Alya ni anak cikgu sekolah aku tu jugak. Tapi ibu dia tak pernah mengajar aku pun. Masa aku darjah 6, Alya darjah 4.. Alya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran rumah dia. Tapi mak dia still stay mengajar kat sekolah aku. Ada suatu hari, dekat nak raya. Masa tu dalam makmal Sains. Tiba-tiba Cikgu Jasmin panggil aku ke depan. Cikgu tu garang. Aku cuak la jugak kan. Aku ingat aku ada buat salah ke hape. Rupa-rupanya dia nak bagi kad raya kat aku. Kad tu Alya yang bagi. Dia bagi melalui ibu dia, Ibu dia bagi kat Cikgu Jasmin. Sejak daripada hari itu, kalau aku terserempak or terselisih ngan ibu dia kat sekolah, mesti aku mengelak. Kalau nampak dari jauh, cepat-cepat aku lari dan sembunyi coz aku segan. Yela.. Dalam palotak aku waktu tu, kompom si ibu tu marah kat aku coz kecik-kecik dah ada hati nak bercinta ngan anak dia. Padahal sebenarnya ibu dia sporting giler. Aku je yang takut n pikir negatif.

Sejak dia pindah sekolah tu, kami lost contact. Aku rindu sangat-sangat kat dia. Bila aku pergi sekolah, aku mesti terkenangkan memori dengan Alya. Walaupun dah masuk sekolah menengah, bila lalu je depan sekolah tu, aku terbayangkan wajahnya. Aku pernah jugak cuba jejak kasih dia. Cari dia. Tulis surat. Tapi no respon. Aku terbayang jugak macammana la rupa dia skang ni agaknya. Masa zaman aku layan Friendster dulu pun, aku ada try search nama dia. Tapi tak jumpa. Tiba zaman Facebook pun aku still search nama dia. Tak jumpa.

Sehinggalah 3 Mei 2010, aku ada ternampak dia punya FB kat page 'Alumni Sek Keb Pokok Sena'. Aku terus add! Waktu tu memang aku happy giler. Teruja! Excited tak hingat! Giler kau. Setelah 12tahun terpisah, akhirnya aku jumpa jugak insan yang paling aku 'wanted' selama ini. Perasaan frust kena tinggal ngan awek pon hilang bila aku jumpa FB Alya ni. Muka dia memang maintain cam zaman kanak-kanak dulu. Sejak daripada hari tu, kami chat di FB, YM dan aku pun ayat mintak nombor tipon dia. Mula-mula dia jual mahal. Tapi last-last dia sendiri yang contact aku bila aku bagi nombor kat dia. Sekarang kami sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak. Ok, yang tu tipu.. ;-p


SZ : Adakah Cinta Monyet akan bertukar menjadi Cinta Gorilla? Adakah ia sesuatu yang mustahil? Tentu unik kan seandainya itu berlaku. 1 dalam 1000..

52 360 juta komen:

ken said...

macam cerita kanak kanak :)

RuSh D said...

ending dia tue yg best..huhuhu

Zyash said...

haha...tahniah, best giler cinta mOnyet ne...leh wat drama la pulak..leka bace cite ne..huhu...Cinta mOnyet becOme realiti 2..

CELLNIQUE BLIV

aisyahyusof said...

haishh.. ble bace ni, ingt lak mse skolah rendah dolu2..
kuikuikui
yg last part kawen 2, hampir percaya lah..:)
upenye tipu jea, siot

noreed said...

hehehe lawak btull ending. berusahalah untuk ending tu menjadi kenyataan ye :)

Mama Kembar said...

mak aaiii... darjah 3 dah start dah??? d very early hehehe... mama time tu dok sebuk berebut pencil kaler lagik hahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahahaha....

sweeet gila..

WAHIDA ALIAS said...

bile teringat blk cinte monyet ni boley tesenyum sorg2..haha

diana said...

alya tu nangis tak masa kena ngorat??
heheh

diskriminasihati said...

kisah alya dan si monyet..
best dgr...

diskriminasihati said...

kisah alya dan si monyet...
best dgr...

Eryati said...

haahah...lawak cinta monyet mu ni...cinta anak anjing tak de (puppy love)..

Solihin Zubir said...

kak diana : alya nangis? uishh.. mesti.. dia nangis sbb terharu sy ngorat dia.. ahaha.. ;-p

diskriminasi : cis! anda nk ckp sy ni monyet la...? bagus.. haha..

kak eryati : uishh.. anjing haram.. huhu..

yott said...

awat cheq drjh 3 dah gatai ek..hehe
la ni alya dgn u dah kapel serius ker..citer ni mcm ada smbg

yusz78 said...

haha..bace ni tringat mude2 lu
lawaks gak, kecik2 dah gatai

cek chun said...

gatei nooo.. ni kalo kat kelas k chun mesti dah kena getu pewot tuh tau :P

najwa said...

hahaha....sweet larrr...

Mama HidayahAmin said...

Manusia tidak akan dapat lari dari cinta. Ia mesti sedia untuk dicintai dan mencintai. Oleh kerana cinta memang fitrah manusia maka Allah SWT telah mengatur cinta yang bagaimana mesti dimiliki oleh setiap manusia.

Kata orang, cinta itu buta. Memang cinta itu buta pada kesusahan, penderitaan dan kesakitan, demi mencapai apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah, buta pada penderitaan jiwa. Bagi orang Mukmin WAJIB mencintai Allah lebih dari segala-galanya.

Mai.Qadeeja said...

haha like! like! like! tp cnta monyet sy lagi syiok lalalala ;D

Kalamhati said...

ecece..cepat2 tau cop dia sebelum org lain cop..akak doakan solihin..=)

pena said...

haha.. lawak lor.. tpi sweet..
org kata cinta monyet ni mainan bdak2x.
tpi pengalaman 2 yg jadi kenangan manis zaman knak2x.. =)

Almy said...

Fuhhh,,ganas..drjah 3 pon cintan cintun,,siap jeles lagi tuh..siap boleh SS lak tu..hihi,check dulu takot2 skrg dh ada org yg pnya..

~ PIJA ~ said...

kalau dah jodoh takde kira cinte monyet ke gorila ke..cinta sejati la sudahnyer..heheee

Cik Su said...

oit..kecik2 dah gatai na

Cik Su said...

gurau ja..hehe

LiFe KaMi said...

hehe lawak sungguh ,dari tadi kami tersenyum baca story lawak ko ni, kuat betul memory ko yer..
apa lagi ajak rombongan meminang Alya le..:)

Solihin Zubir said...

ahaha.. alaa.. kenangan manis memang takkan dpt dilupakan smpai bila2.. hehe..

Tomato Gurl's Life said...

kecik2 dah gatal ek..hehe
cinta monyet boleh jadi cinta king kong...lagi gempak ;P

gnesop.com said...

wah.. nice story :)

Annyss Azlan said...

awl gler dpt first love..annyss mse form 2 bru try2 bcnte..

Anonymous said...

tahniah atas perkahwinan anda..
saya kagum...alangkah manisnya kalau hubungan di redhai Allah..

saya mungkin akan mengikut jejak lgkah saudara. ttp, bukan mula dri drjah 3, tp drjah 6..

masa skolah mnengah kami lost cntct, tp, lpas dpt rsult spm kmi dpt cntct skjap, si dia myatakan hsratnya utk mngahwini sy nnti, inshaAllah, kalau kami ada jdoh, kmi akan ikut aturan Allah..skrg, kmi msih belajar, dan mmg kami mnjga p'gaulan,(tak chat melainkan hal yg pnting) doakan kami supaya p'gaulan trus terjaga..dan lagi 5 tahun pengajian sy akan berakhir..doakan spy sy tabah dan djodohkan dgn seorng mu'min sperti dia..:)

Cheq Tun said...

1st jumpe blog ni.

amboiii kecik2 lgi dh miang no.

agak2 kko dh kapel ngan alya ke belum? klu belum ni aku nak try masuk jarum.

=)

adrinaqamarina said...

tu la pasal, kalau ada jodh tak ke mana.

fatt said...

hi solihin,
salam perkenalan...
i like this story..mengimbau kenangan sendiri jugak zmn kanak2 dulu :)

wish u luck with alya :)

DaHLia said...

ayat yang tipu tu yang 2nd last tu kan? ke semua ni?? hahahaa...

part suar koyak tu memang xleh blah..hahaha...

Yaya Zamimi said...

hahahaha...ke btol nme dy ALYA nih?? ha kantoiiii....

Dark Half said...

bila nak proceed sebijik cam ending tu?hehe

Solihin Zubir said...

@cikgu Dahlia : Part yg tipu tu part dh kawen, ada 8 org anak.. haha.. ;-p

@yaya : owhh tidak.. kantoi suda.. ahaha..

@darkhalf : errr... ku berserah pada Illahi.. huhu..

ira mohd said...

aicecehhh. gle sweet =)

OweizMeZ said...

OMG!! u r using my name.. hahaha.. tp kn dik, coincident-nya, in 1996 pun mummy tgh bercinta monyet gk.. till 2007 kami bercinta, tp kawen dgn org len.. hehehehe

Eryati said...

ahaks...haram..tp ada juga kan...ngeheheh

dianafisa81 said...

heheh...kalau koi ni byk duit...dah boleh buat drama bersiri ala ala sembilu ni...dr zaman sekolah sampai dah bercerai berai...siri kat tv tak habis habis lg

Solihin Zubir said...

amboii koi.. berminat nk jd director nampak.. hehe..
hhmm.. nyampah tgok drama sembilu tu.. punya la lama episod.. last skali ending cam hampeh.. haha..

dianafisa81 said...

huih...nyampah2 pon ikot juga...siap tahu endingnye...

Solihin Zubir said...

sy tgok ending dia je... nk tgok gak la kan cmne ending drama ntah pape tu.. huhu..

Cik Yanna said...

comel nyer cte...suke2~~!

yana said...

hahaha..comey la..ske ni!!bese la 2 kan budak2..gaya penceritaan yg sgt menarik=)

haziqahyahya said...

comeyl la..hehehe..
teringat zaman dulu2..hehehe

cerita mereka2 said...

hahahaha.comel gler kot kisah nie..tp advance gla kot..drjah 3 dh pndai..hmpr2 gak nk percaya gak part yg last tue..hahahaha...

Solihin Zubir said...

zaman kanak2 mmg meriangkan.. hehehe..

Halimatun Sa'adiah said...

@ken
perghhh...ingt lg chhenta monyet die..siap dtp jmpe blik..
anyway..story yg best la der...

cahaya ketenangan said...

sengal lah ko neh! aku lau bace entry ko mesti gelak sengsorang.
xpe, x mustahil ending cter nie boleh jadi betul! hahahaha.. rindu ko weh!