Pages

Monday, October 4, 2010

Katakan PADAN MUKA Kepada Perokok!



Sebelum itu, aku nak ucapkan 'PADAN MUKA' kepada semua perokok-perokok tegar di Malaysia nie.. haha.. Harga rokok naik lagi! Bukan 10sen, tapi 70sen.. Ini merupakan kenaikan harga rokok tertinggi setakat ini di Malaysia. Sebelum ni harga rokok naik sekitar 0.10sen hingga 0.30sen sahaja. Hari ini semua pek 20batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 akan berharga RM10 satu pek.

Tapi kalau dah nama pun perokok tegar, kalau dah ketagih tu tak kira lah berapa pun harganya.. Sanggup jugak habiskan duit untuk beli 'makanan ringan' kegemaran diorang tu. Macam penagih dadah la kan. 1 packet seciput tu harga beratus-ratus pun diorang sanggup beli. Apa ada hal kalau takat rokok RM10 tu kan?

Wa nak tanya lu orang la. Sedap ke rokok tu? Kenyang ke? Apa yang bestnya hisap rokok? Bajet macho la? Yang perempuan plak, bajet sempoi la isap rokok nie? Baek isap benda lain lagi sedap! Lollypop ke.. kan.. Hisap rokok nie dahla tak sedap.. Tak kenyang.. Mulut busuk plak tu.. Tak hingin la aku nak 'comolot' ngan pompuan perokok nie. Eurghhh.. Secara otomatik di'reject' sebagai calon bini aku.. huhu.. Maaf. Statement agak kontroversi. Tapi itulah hakikatnya.

Yang paling menakutkan sekarang nie, bebudak sekolah rendah pun dah pandai merokok. Berlagak samseng la konon kalau isap rokok nie. Macam bagus je. Nak je aku pegi lempang sekor-sekor. Yang paling mengejutkan, kat Indon ada sorang budak tu baru umur 2tahun dah pandai merokok.. Giler ah! Apa punya mak bapak la. Nak anak dia cepat mampos la tu.


Kat setiap kotak rokok ada label amaran merokok membahayakan kesihatan. Pastu siap ada gambar-gambar penyakit akibat merokok tu.. Iklan-iklan mengenai bahaya rokok pun banyak. Kempen 'TAK NAK'. Tapi still ramai yang beli dan tidak menghiraukan amaran tersebut. Majlis Fatwa pun dah keluarkan fatwa yang merokok adalah HARAM coz memudaratkan. Tapi persoalannya, kenapa benda haram tu masih dijual secara meluas tanpa segan silu? Kenapa tak diharamkan saja penjualan rokok tu?

Kepada perokok-perokok sekalian, belajar dan cubalah untuk berhenti merokok. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tetapi juga membazirkan wang ringgit. Dan yang paling menyakitkan hati ialah, orang yang tak merokok pulak akan cepat mati akibat menghidu asap rokok perokok-perokok tu. Kasihanilah anak bini kita. Kasihanilah rakan-rakan kita. Kasihanilah semua orang-orang yang tak berdosa di sekeliling kita nie. Tolonglah eh! Tolong matikan rokok anda sebelum rokok tu mematikan anda!


SZ : Tolong haramkan juga rokok daun.. hee~~ :D

30 360 juta komen:

ctpayong said...

memang jenuh nak soh derang ni brenti..tak faham2 bila kita soh brenti bererti kita "care"

Solihin Zubir said...

biaselah manusia.. makin dilarang, yg itulah mereka nk sgt buat..

yott said...

hehe..kat ofis td pun ada staf yg dah kena kata padan muka...staf perokok tegar

katakan, no..no..no.no pd rokok k

diana said...

rokok daun naik harga tak??
kalau naik jugak
ngamuk la tokwan kat kampung..
heheh..tokwan akak
penghisap rokok daun yang tegar..
heheh

tikusdalamlab said...

PADAN MUKA! (da cakap dah. haha)

Mr Noble said...

PADAN MUKA haha!

beLLa said...

2la kan. sanggup diowang isap lagi even ade tunjuk penyakit2 kat kotak rokok tuh. kte tgkpon geli. iskk.
kerajaan xnk haramkan je rokok neh coz one of d sumber ekonomi negara gak. kan?

Solihin Zubir said...

kerajaan mmg xkan haram coz nie salah satu sumber rezeki diorang..
kerajaan mmg suka makan wet haram..
kena tukar kerajaan la gamaknya kalau nk rokok diharamkan.. hee~~ :D

RuSh D said...

biasa ler manusia... yg x berfaedah wat...

Rizuan Ismail said...

pak imam pun icap okok..hik hik

Solihin Zubir said...

haha.. besa la tu.. tok imam pon tak perfect gak kdg2..

Rizuan Ismail said...

tu masalah gak tu..ai..

Balqis said...

best plak slogan pdn muke tu..haha~~

Balqis said...

best plak slogan pdn muke tu..haha~~

My TeRrIToRy... said...

merokok membahayakan kesihatan dan poket anda :)

The Sharkox said...

HAHAHA...PADAN MUKA mereka...

♥CIK SHA♥ said...

saye anti perokok..huh!!tak suke org merokok..hodoh!!

Everlasting Eternity said...

like3...ska tajuk nie...
PADAN MUKA..!!

klu snggup,bkar la lg dwet 2 bnyak2...huu~
bla nek harga,bru la pkat trhegeh2 nk bnti la,nk apa la...
dh jd ketagih,nk bnti pon ssah...huu~

Solihin Zubir said...

hahaha... yeah! dulu kempen katakan TAK NAK!
apa kata kita lancarkan kempen katakan PADAN MUKA plak! hehe.. degil sgt!

Haw said...

aku rasa kenaikan harga rokok telah menaikkan lagi status perokok.. status mereka telah meningkat kpd yg lebih tinggi.. hanya org2 kaya & kelas atasan yg masih mampu merokok..

Everlasting Eternity said...

hahaha~ bgus gak idea 2...
wat Kempen TAK NAK...depa plak TAK NAK dengaq ckap..
skrang...wat kempen PADAN MUKA bru kna ngan muka dpa...hahah~ =P

Solihin Zubir said...

haw : dats why lah kena haramkan terus rokok nie..
tapi KERAjaan kita nie mmg suka mkn duit haram.. dats why diorg naikkan harga rokok, x haramkan je terus..

everlasting : haha.. padan muka diorang kan! :D

nuriz said...

haramkan haramkan hehe...kenapa ye perokok suka sgt rokok, dah le tak kenyang makruh pulak tu dpt penyakit lagi tp org nak jugak hisap.pelik2

Solihin Zubir said...

fitrah manusia.. yg makin dilarang, yg itula diorg nk buat.. hehe..

Cik Su said...

saya suka gambar bear tu..hehehe...nice la...awak punya bear ke...

Everlasting Eternity said...

haha~ ye3...pdan muka dpa...=P
eh...hg bkan mrokok ka?
hahahaha~ sj nk provoke...=P

Solihin Zubir said...

cik su : sy punya bear? ahahha.. xla.. pix google je.. :D

everlasting : sshhh.. jgn abaq kt org lak.. diam2 suda.. :D

Everlasting Eternity said...

haaa~ ok3...
aku x abaq...hahaha~ =P

Yaya Zamimi said...

kite dok nasiht pon, xdenye depa nk dgr sume tuh... -.-"
tggu da kne nnt, baru mnyesl..manusia kn..

Nurul Shafiqah said...

kenapa tak berhentikan pengeluaran rokok tu kalau taknak orang merokok? atau mungkin sebab industri pembuatan rokok ni memberikan keuntungan yang banyak buat negara?