Pages

Saturday, October 2, 2010

Jiranku Mati Gantung Diri

Semalam jiran aku mati bunuh diri. Bukan jiran sebelah. Jiran sekampung. Kira naik moto 2minit dah sampai. Aku kadang-kadang selalu jugak beli kuih n nasi lemak kat kedai akak nie waktu pagi. Pagi Jumaat semalam pun ayah aku baru je sembang-sembang ngan dia n suami dia kt kedai makan dia. Tengok-tengok lepas solat Jumaat, kecoh ada orang mati gantung diri.

Memang kejadian tu tak di sangka. Anak dia balik umah, terkejut tengok mak dia dah layu tergantung kat dalam rumah. Anak dia 2 orang. Baru sekolah rendah. Difahamkan akak tu gantung diri kerana masalah kewangan. Ish.. Sesak sangatkah sampai nak ambil tindakan bodoh tu? Aku tengok perniagaan dia ok ja.. Pelik! Rasanya ramai lagi yang hidup susah.

Ingatlah! Kalau kita terdesak macammana sekalipun, janganlah ambil jalan mudah bunuh diri. Banyak lagi cara lain untuk selesaikan masalah. Jangan sesuka hati ja nak ambil nyawa sendiri. Nyawa tu bukan hak kita. Hak Allah. Hukum orang bunuh diri ni berdosa besar. Tak cium bau syurga. Sedangkan Nabi SAW sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri sebagai pengajaran untuk orang lain. Walaupun begitu, baginda tidak melarang para sahabat menyembahyangkan jenazah tersebut. Tindakan Nabi SAW jelas menggambarkan betapa hinanya orang yang membunuh diri di sisi Islam. Nauzubillah...

Niat aku bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Jauh sekali menghina si mati. Tetapi untuk pedoman kita semua. Yang baik kita jadikan teladan, yang jahat kita jadikan sempadan. Apa-apa pun, salam takziah aku ucapkan buat keluarga arwah. Al-Fatihah...

hindarilah perbuatan ini
SZ : Setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmahnya.. Jangan terlalu mudah putus asa!

13 360 juta komen:

yott said...

dia ada mslh dgn along ker..

cintatehO said...

sian ank die x psl2 jd ank yatim, npe pentingkn diri buat kputusan x ingat ank n suami...ishhh.
sume org ade mslh..mgkn iman xkuat sbb 2 pertimbangan akal xde....

Solihin Zubir said...

along? huhu.. xdelah..
ntahlah.. terlalu terburu2 wat kputusan kot..
mmg kesian kt anak n laki dia..

My TeRrIToRy... said...

kawe tak sure..tapi org buni diri ni boleh ke kita mandikan and kebumikan??kena tanya ustaz...kalau ada yg ada info leh kongsikan bersama :)

diana said...

ya allah..
pelik betul la manusia zaman sekarang..
,makin ramai pulak orang islam yang bunuh diri.
baru semalam je akak membebel pasal ni..tak larat la dah nak bebel..

maCy said...

bunuh diri tu ley wat murtad~

Bintun Sazali said...

isyh...kalau namanya org Islam,pasti dy tak akn wt cmtu..cz seorang yg Islam pasti ada Iman..kalau Iman tak kuat pun,tetap masih ada sekelumit Iman..asalkan ada iman,takkan ada yg snggup bunuh diri..huhu..
Innalillah..moga nasib anak2nya terpelihara,dan tak akan skali2 tiru perbuatan mak depa..

Rizuan Ismail said...

apepun kita yg hidup perlu beringat.jd kan pengajaran. jgn kerana tindakan mengikut kata syaitan..kelak 'disana' menyesal tak kesudahan..

NURUL NAZIRA said...

org yg bunuh diri x akan masuk syurga..

Cik Su said...

pasal duit manusia sanggup bunuh diri..huhu..malang btoi tak dapat bau syurga..

Tomato Gurl's Life said...

bodoh bukan xmasuk je syurga je..cium bau syurga pun tak...jauhilah perbuatan camni...

Tomato Gurl’s Life

Nyssa Nuar said...

ya allah....
setiap mslh ade penyelesaiannye..
ingat ye adik2..
chewah..
mcm tua sgt jek..

Anonymous said...

al-fatihah, anda yg bercakp mcm para aliman di sini, pernah ke anda terfikir atau berdiri didalam kehidupan arwah, jgn mudah menghukum, semua kerja tuhan, semoga beliau damai di sana ...amin