Pages

Thursday, October 7, 2010

Falsafah Babi vs Falsafah Lebah

Falsafah ini sebenarnya adalah pesanan ulama besar India, Maulana Mustaqim & Maulana Inamul Hassan. Mari kita hayati bersama 2 falsafah penting ini.

Falsafah babi

Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yang baik-baik, tapi babi akan sentiasa tetap mencari najis dan kotoran.

Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, yang sentiasa asyik mencari kekotoran dan najis saja. Justeru, kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara-saudara kita saja.

Sebaliknya, fahami dan praktikkan falsafah ini.

Falsafah lebah 


Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, sama ada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.

Pengajaran : Jadilah kita seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.

Babi dan Lebah mempunyai perbezaan falsafah yang boleh kita ambil iktibar dan dihayati bersama daripadanya.. Setelah  anda membaca 2 perbezaan falsafah ini diharapkan kita semua dapat berhentilah bersangka buruk dan memburuk-burukkan orang lain selepas ini kerana sikap seperti itu perlu di elakkan di kalangan orang-orang Islam khususnya.. memaki-maki sesama Islam, menghina dan seupamanya..

Jangan hanya pandang keburukan orang lain, sebaliknya cerminlah dulu diri kita sendiri. Semoga kita semua sentiasa bersikap positif dan rasional dalam bermuamalah dengan sesama manusia. InsyaAllah..

SZ : Lebah juga boleh memudaratkan jika terkena sengatannya.. heheh..
 

18 360 juta komen:

diana said...

alhamdulillah..
akhirnye
solihin dan insaf..

Kalamhati said...

entry yg merupakan peringatan yg sgt berguna..tq for sharing!..=)

Nur Hawa Mohd Zin said...

tapi laki jangan jadi lebah..habis madu sepah dibuang...hehehe...
amik yang baik ketepikan yang jahat

My Little Diary said...

hai salam, manisnya madu... hehe

dianafisa81 said...

bukan babi suka makan ubi ker?

sarah-najwan said...

betul tu..jadilah mcm lebah jgk kerana sifat rajin yg amat itu..

RuSh D said...

jd ikutlah falsalfah lebah..huhu

tengkusri said...

minta izin copy entri ini...

Solihin Zubir said...

silakan..
ilmu yg bermanfaat wajib disebarkan.. =)

Rahimah Ramlan said...

good info..i like~

** tinggal jejak kat sini cz xleh nak gune shoutmix chat. prob wif my url

nite2

take care

XOXO
Bukan Cerita Tentang Dia

miszjue said...

nak share jugak....^_^

Dark Half said...

wahh...best falsafah ni...
marilah sama2 jadi lebah, sengat bila ada yg mengacau jer..

manje said...

ambil yg positif saje... ~

LaDy BarbeLLa said...

Owh.. i luv honey,. Tapi untuk dimakan je la. hehe

dianafisa81 said...

nak kena tau..babi ada falsafah jalan lurus..dia tak reti corner2...
pasal tu slalu langgar kereta..

: husna : said...

alhamdulillah.terbaik SZ!

dhilla nazli said...

ahaha... babi dan lebah... babi besar lebah kecik.. *tade kene mengene

Syazwan said...

wahaa. entri simple tapi best :D