Pages

Friday, October 22, 2010

Cara Memagar Diri Daripada Ilmu Sihir

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". [Riwayat al Bukhari]

2. Berwuduk sebelum tidur.


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW, Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikankamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'" [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslimbebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solatberjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingimereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjayamerasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidakmendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescayaakan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripuaknya.'[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

4. Mendirikan Solat Tahajjud.


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah SAW pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah SAW pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah SAW mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim] Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
 

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah.

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

7. Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.


Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barang siapa yang membaca ayat-ayat al-Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'. Rasulullah SAW telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal sendiri sememangnya penipu" [Riwayat al Bukhari.]

18 360 juta komen:

diana said...

masa baru kawen dulu suami akak ade la buat yang no 6 tu..
sebab dulu akak kan
ramai sangat kawan2 nye..
takut la jugak kan..
tambah lak ramai peminat..
ahahha..perasan jap..

Tomato Gurl's Life said...

tenkiu..info yang bagus..sebab kadang kita tak sedar yang cara kehidupan kita ni mungkin pemangkin/terdedah pada ilmu sihir..

Rowena Chasez said...

yang no 6 tu sweet...
:)
tersenyum bila baca tu..

~anaaziz @ anamizu~ said...

alhmdulillah...
ilmu bergune nih solihin ^^

manjeamusyuk said...

Peringatan yg bagus utk seme. Sbb kengkadang kalo ngantuk tu terus zass je tdo..atleast bace ni xnak la miss ditemani malaikat2,hehe

manjeamusyuk said...

follow this canggih blog

Eryati said...

erm..sy suka no 6 juga

f_aRa_aINa989 said...

ada yang mmg sy praktikkan..=)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

memang slalu amalkan ayat kursi..

sbgai pendinding

Abhamz said...

salam, info yang menarik dan amat berguna untuk diamalkan...InsyaAllah..

dianafisa81 said...

nnt nak suruh mr.husben koi buat gak ah yg nombor 6 tu...

Cik Su said...

ayat kursi memang cik su selalu baca bile jer rase cam tak selamat..memang bagus taw...nice la entry nie...

nadey said...

TIPS NI SGT2 BERGUNE!!!!!!!!!!! thanks!!!!! dh lame aku cr tips mcm ni...kebykan blog lain ckp mende yg same but ade ilmu lain aku dpt dr entri ni!

a.samad jaafar said...

Tahniah dari saya..ternyata awak jelas maksud berblog..pemberi maklumat...pemberi pandangan.. teruskan kerja yg baik ini..

Solihin Zubir said...

terima kasih...
tp sy hnyalah seorg budak baru blajar.. huhu..
thanx a lot coz sudi sapot blog ini.. =)

red apple candleliz said...

plg senang skali mkn kurma n amek wuduk b4 tdo..2 boleh di amalkan tu.. ;D

sissyira said...

salam

peringatan yang bagus ni....kena amal selalu =)

Anonymous said...

Bg suami sya yg pernah terkena sihir, tak dpt sya gambarkan bagaimana dunia sya pd masa tu. nasib baik diri ini ingat allah byk2, sbyg hajat 6X semlm minta petunjuk. Jumpa Utz2, pakar ubat ilmu sihir, Tak lari dr n0.2,4,7. alhamdulillah sihir tu dpt dikeluarkan dr badannya. Utk pengetahuan SZ dll. Janda2 yg tak terdidik dlm agama rasa megah bila dpt menguasai seorg lelaki yg nampak warak. amalkan ayat kursi setiap pg & mlm.