Pages

Tuesday, September 28, 2010

Yang Tersurat dan Tersirat

1. Yang Tersurat :

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Yang Tersirat :
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

2. Yang Tersurat :

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

3. Yang Tersurat :

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Kamu akan menyesal.

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu.... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain... Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal…..



SZ : Kalau dah bagi harapan kt orang tu, jangan senang-senang ja tarik balik harapan tu..

16 360 juta komen:

Mr Noble said...

bagus entry ni :D
btw, like the new mouse cursor :D

Solihin Zubir said...

huhu.. tankiew mr noble.. :D

diana said...

teringat satu kisah
tentang rumput..
tentang sorang budak yang cari rumput paling cantik..
pernah dengar tak cerita tu..??
nak cerita,tak berape ingat lak..
hehhe

yusz78 said...

wooot! best..hehe

Solihin Zubir said...

kak diana.. sy penah dengar kisah rumput tu.. siap video lagi.. :D

nuriz said...

berfalsafah penuh ni hehe..kalau kita sayang orang tu jangan melampau lampau dak? berpada pada le..kalau kita benci org tu jgb benci sgt2 nanti bertukar jadi suka..ewahhh

Solihin Zubir said...

wah nuriz.. mcm ckp berdasarkan pengalaman je.. ;-p

Mai.Qadeeja said...

sedih ! sedih ! sedih ! caner boleyh terbace nih ? T_T mode : sdg menangis, bye ! ;D

dianafisa81 said...

pernah dedicate mende nih pd somebody...huhu...kenangan silam..

yott said...

berpada-padalah jgn terlalu memuja..takut nnt kecewa akhirnya

red apple candleliz said...

luv ur word..meaningfull babe.. ;)

socrates muzani said...

penuh bunga2 no...hehe
i like

Miranisa =) said...

aha betul2 solihin
:D

Everlasting Eternity said...

hurm...dh bg harapan tnggi sgt..
mna kta x mngharap...huu~

anyway,nice entry...
tersirat bnyak makna...huhu~

Solihin Zubir said...

aiiii.. bunyik cam frust ja.. haha..

Everlasting Eternity said...

hahaha~ mna ada...