Pages

Saturday, September 25, 2010

Kenapa Perempuan Mudah Menangis?




Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti..”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

SZ : No Women, No Cry.. Hargailah wanita.. Kerana dirinya begitu berharga.. =)

16 360 juta komen:

ken said...

perempuan lebih emotional =)

diana said...

masa mengandung jangan suke menangis..
nanti dapat anak kuat menangis..
sikit2 nak nangis..

toyolkiut said...

bila baca..
terus teringat kt mak..

red apple candleliz said...

pompuan kan dicipta sentiase lemah dari lelaki..dlm ape jua pon perempuan pasti lemah dari lelaki..so terime la yg pompuan ni lemah dan berhati lembut..saye pon suke ngis hape..wee~

Solihin Zubir said...

nangislah anda sebelum anda dinangiskan.. huhu..

Dark Half said...

haha...statement xleh blah dari incik solihin
tp mmg btol pun

Mama Kembar said...

walaupun hati wanita ni lembut tp tak bermakna wanita lemah..mungkin fizikal lemah, tp mental & semangat kuat sbb tu wanita yg dikurniakan utk jd ibu... 9 bln mengandung mcm mcm dugaan, bkn senang tau. Kesakitan ketika melahirkan adalah kesakitan ke 2 selepas kesakitan ketika nyawa dicabut tau.. mati syahid lagi kalau mati ketika melahirkan...

Solihin Zubir said...

betul tu mama..
tambah2 kalo mngandungkan kembar tiga kan..
uii.. berat mata memandang, berat lg perut memikul kan.. huhu..
begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu..

FaD + iLaH said...

pempuan menangis sebab perempuan lebih berjiwa halus..sebab 2 selalunye pempuan ni lebih peka pasal org kat sekeliling..

FareedSairi said...

setuju dengan en3 ni :)

wannurfazrini said...

mereka mudah tersentuh

RuSh D said...

nice info kpd laki n pompuan

eifa90 said...

nk share ye

Solihin Zubir said...

@eifa90 : silakan... =)

sissyira said...

salam

sering menangis di dalam hati ;(

'Farah Anuar said...

nak share. thank you =)