Pages

Friday, August 20, 2010

Artikel Biadap Mengenai Solat Tarawih


Sebuah artikel berbaur sensitif yg disiarkan melalui ruang Forum di Utusan Meloya, pada 17 Ogos 2010. Sangat sedih dengan fikrah penulis ini. Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan. Apalah sangat habiskan 1 jam untuk tarawih? Soal kerja dan sekolah bukan isu, musim bola piala dunia 1 bulan jugak... boleh bangun jam 2 pagi iktikaf depan tv berjam2, awat tak komplen? esok nk sekolah, nak keja? Kalau hang x larat atau malas nk buat 20, tak perlu la siarkan artikel macam tu.. Pokoknya ini adalah persoalan iman... Lagi sedih kerana artikel begini boleh diluluskan oleh editor untuk pembacaan orang ramai. Ada ke patut dikatakan pihak masjid/surau syok sendiri dlm mengerjakan solat tarawih? Aku pun bukannya arif sangat dalam bab ni.. tapi janganlah serlahkan kejahilan anda dgn statement macam nie.. Agak-agak la nak tunjuk pandai pun...
Di bawah adalah petikan dari artikel yang dinyatakan tadi...

Tarawih lapan atau 20?
RAMADAN berkunjung lagi dan umat Islam berpuasa lagi di siang hari dan cuba meningkatkan amal ibadah di malam hari seperti mendirikan solat tarawih dan lain-lain solat.

Setelah bertahun mendirikan solat tarawih, ada yang masih berdebat di antara mendirikan lapan rakaat ataupun 20 rakaat. Saya ingin mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.

Pada pemerhatian saya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat, ini kerana selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid/Surau akan kosong dengan hanya meninggalkan "hard core & heavy weight" sahaja.

Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.

Tetapi yang afdalnya jemaah akan sama-sama mendirikan keseluruhan solat tarawih termasuk solat witir bersama imam yang mana akan menjadikan solat tarawih lebih bersepadu dan anak-anak kecil lebih memahami fadhilatnya.

Cadangan ini saya bangkitkan setelah mendengar keluhan anak saya yang berumur 8 tahun semasa solat tarawih bersama di masjid. Semangatnya yang berkobar-kobar diawal solat mulai pudar selepas mendengar ada lagi 10 rakaat untuk diteruskan.

Lagipun majoriti jemaah terpaksa bekerja dan bersekolah keesokan harinya melainkan "heavy weight" yang telah pencen ataupun "hard core" yang memang pekerjaannya di masjid.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Selamat beramal.

AZIR
Keramat - UTUSAN 17/08/2010


*8 rakaat ke, 20 rakaat ke, itu menguji tahap keimanan.. Tak perlu la buat artikel macam tu.. memang pada zaman Nabi s.a.w buat 8 tapi Saidina Umar r.a yang diberi ilham oleh Allah Taala telah menjadikan 20 rakaat memandangkan umat Islam selepas solat sunat tarawih macam tak tahu nak buat apa, sedangkan bulan puasa sepatutnya bulan kita mengayuh pahala dan kebajikan sebanyak-banyaknya... Kalo dah rasa imam kt masjid tu syok sendiri, buatla tarawih kt rumah. Sebenarnya anak hang yg x larat atau hang yg x larat? Alasan! Hendak 1000 daya, x hendak 1000 dalih!


Renung2kanlah.. Salam Ramadhan...

12 360 juta komen:

Anonymous said...

jenis org xde otak...bising plak
klo dh lma buat la kt umah..ngan anak bini..
apa dok tduh2 org masjid syok sndiri..
klo dorg ikhlas ko dh jadi fitnah..
yg editor utusan ni luluskan sbb dia pon spesis yg sma..malas..
xpon 2 surat dari editor n dia approve sndiri...huh

Anonymous said...

Sebenarnya anak hang yg x larat atau hang yg x larat! Alasan! Hendak 1000 daya, x hendak 1000 dalih!

Sokong2! :)

Anonymous said...

semasa sy kecil, sy sll ikot nenek utk solat terawih 20 rakat.. sy xpenh merungut! malah, bln ramdhan yg sll sy tggu!gembira sgt2!... bulan yg byk mbwa barakah! ank2 skrg merungut bila ada lg 10 rakaat sbb dlm pkran meka tsiar cite2 yg menarik mlm ini utk d tonton.. or utk tdo dn so on.. ni akibat nya klu mak pak x pkuatkn dlm didikn agama terhadap ank2 meka..! masyaALLAH... mtk ALLAH dr jaohkn pkara2 begitupd bakal ank2 sy a/b sy tela berumah tgga nti..

Anonymous said...

adei..,,,
bulan posekn bulan berlumba-lumba beramal soleh..,,,xpela diorg nk buat byk mne pun solat sunat..,,,lagi byk lagi bagus.,,lagi dkt dgn ALLAH SWT..,,,

Seperti mana firman-Nya:
"Maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat lagi)" (Q.S. An-Najm: 9)

xpe kita baut sekadar yg termampu..,,kalu rase xlarat buat 20..,,buat jer 8..,,,xpe ALLAH SWT tahu akan setiap amal hamba2-Nya..,,,tingkatkan takwa sebab insan yg paling dikasihi disisi ALLAH SWT adalah mereka2 yg paling bertakwa. :)

Anonymous said...

melebelkan org sebagai heavyweight atau hardcore..,,
adei~
patutnye kita berterima kasih dkt mereka2 sebab berusaha menyebarkan agama Islam..,,kita xbuat ape2..,,so kita sepatutnya just senyap dan bersyukur..,,,sabar...,,ciri2 muslim sejati dah makin pudar..,,seorg muslim xkn melabelkan saudara seagamanya dgn bermacam-macam gelaran pelik sedangkan kita sendiri pn xtahu siapakah diantara kita yg lebih bertakwa..,,,tgok2 diorg duduk atas singgahsana yg indah bila dkt alam yg satu lagi manakala kita plak just duduk bersila atas tanah..,,masa 2la korang mula ditertawakan oleh diorang sebab memperlekehkan diorang masa dkt dunia dulu..,,,adei..,,macam2~

nie mesti tuan yg tulis artikel dh terlupa tntg ciri sejati seorg muslim sebab asyik tulis crite gosip je memanjang..,,hehe...,,,kena ada org yg saling ingat memperingati balik tntg hal2 agama yg sebetul-betulnya..,,kita jgn angkuh..,,ayat 2 macam menunjukkan penulis artikel 2 angkuh sgt2..,,..hehe :)

mytrajet74 said...

8 atau 20 adalah terletak kepada kita sendiri, kalo x larat, x de org paksa buat sampai 20...kenapa kalo x buat sampai 2o malu ker? Lebih baik malu kat Allah sw drp malu kat org lain. Penulis artikel kenalah ikhlas dalam beribadat bukan dipaksa...kalo rasa dipaksa baik x payah buat langsung! Kadang2 penulisan sebgini boleh menggugat akidah dan juga merosakkan pandangan orang lain terhadap Islam...

dianafisa81 said...

ade dlm katun kat metro tu...dia 8 rakaat dah balik pastu singgah sembang kat kedai kopi...sampai jemaah 20 rakaat habis dia masih lg kat kedai kopi...lagi 1 sebenarnya nak tgk bola...

sissyira said...

salam

tak pernah tahu kes ni..

alah, ada juga manusia yang macam ni..bangun malam tengok bola 3 4 pagi boleh lak...sekeh baru tahu =P

Encik JI said...

otak singkat. busuk jer

Nor Abdullah said...

Assalamualaikum.. beginilah. pda saya.. soal bilangan rakaat solat terawih ni adalah rahmah dari Allah juga sebenarnya.. Jika kita perhatikan,, ianya tak wajib tetapi jika melakukan nya.. besar pahala nya dan pastinya ganjaran besar menanti.. bayangkan jika wajib 20 rakaat..hurmm pasti umat islam akan ade bunyi2.. huhu
malah soal 8 atau 20 rakaat juga menunjukkan betapa Allah sayang akan hambaNYA..tak larat buat 20 rakaat buat 8.. tak larat buat 8 buat la mana yg termampu..tapi.. sebaik2 nya 20 +3 rakaat witir ...dan 8 termasuk witir 3 rakaat. ..Di mekah,buat 20 rakaat .. dan 1 bulan ramadhan khatam quran dlm solat terawih.. bayangkan.. subhanallah.. belum lagi masuk solat tahajjud di pagi hari,, kat sini solat tahajjud semua masjid buat.. dengar merata2 corong pembesar.. meriah.. berlumba2 org nk pegi.. termasuk la kaum wanita.. start jam 1.10 am -2.45 am..itu hanya 8 rakaat 3 rakaat witir..dan kat kat jeddah ni.. apa yg saya lihat compy suami saya ubah jadual waktu keja sempena ramadhan.. masuk lambat.. jam 10 pagi masuk keja.. dan habes jam 4 ptg..dan selepas terawih 10.30 mlm masuk ofis balik.. smapi jam 1 pagi.. then terus g tahajjud.. smapi jam 3 am.. then balik umah sahur.. then pastu lepas solat di masjid balik tido.. hihi..maaf ye.. panjang betul .. just nak share.. bila ada kemahuan.. di situ ada jalan...~

Anonymous said...

nie lah pandangan2 org yang mengejar duniawi...lpe kepentingan akhirat...jelaslah petanda kiamat apabila org yang JahiL mula berani mengeluarkan kenyataan(hukum)sendiri...:(

Anonymous said...

rasa kurang ajar pulak gelaran 'hard core' dan 'heavy weight' tu