Pages

Tuesday, August 3, 2010

Apa Hukum Bersanggul Tinggi?


Soalan:

Apa hukum seorang wanita mengumpulkan (menggelung/sanggul) rambutnya di atas lehernya dan di belakang kepalanya yang membentuk benjolan sehingga ketika wanita itu memakai hijab/tudung, terlihat bentuk rambutnya dari belakang hijabnya?

Jawapan :

Ini adalah kesalahan yang terjadi pada banyak wanita yang memakai jilbab, dimana mereka mengumpulkan rambut-rambut mereka di belakang kepala mereka sehingga menonjol dari belakang kepalanya seandainya mereka memakai jilbab di atasnya. Sesungguhnya hal ini menyelisihi syarat hijab yang telah kukumpulkan dalam kitabku “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah minal Kitab was Sunnah”.

Dan diantara syarat-syarat tersebut adalah pakaian mereka tidak membentuk bahagian tubuh atau sesuatu dari tubuh wanita tersebut, oleh kerana itu tidak boleh bagi seorang wanita menggelung rambutnya dibelakang kepalanya atau disampingnya yang akan menonjol seperti itu, sehingga tampaklah bagi penglihatan orang walaupun tanpa sengaja bahawa itu adalah rambut yang lebat atau pendek. Maka wajib untuk mengurainya dan tidak menumpuknya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah.

Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan. (Riwayat Muslim).

Oleh : asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rohimahulloh
Oleh itu, BERSEDERHANALAH WAHAI WANITA.. Bersanggul itu boleh, tetapi jangan terlalu tinggi sehingga menarik perhatian lelaki.

Wallahua'lam...

10 360 juta komen:

Mr Noble said...

ada tak org2 arif ttg agama ni bincangkan hal ni kat media?

Solihin Zubir said...

nk bincang pasal sanggul tinggi kt media? haha.. mimpi laa... suruh dulu bini PM kita pakai tudung... =)

Anonymous said...

pelik la.. sanggul cam tu lagi nampak burok ada la.. tak nampak tang mana yg cantiknya sanggul tinggi tuh.. meluat aku tgk

Silent Walker said...

salam...sy nak copy entri ni leh?? nak ltak kat blog sbb rmai kengkawan sy ska wat camtu..bila sy cakap tak boleh, dorg tak mo pcya

Cik Su said...

memang tak boleh tapi masih ramai yang nak wat sanggul tinggi2

Cik Su said...

memang tak leh tapi masih ramai yang duk wat sanggul tinggi2

LiLohOnEy said...

kalo rmbut pnjg,then ikat kat bwh je mcm bese, till akn npk terbonjol sikit.

bkn sanggul yg bwk ke atas mcm dlm gmbr ats tu.

jd mcm mana pulak ye?

N i s s s a said...

sekarang sanggul tiruan sudah dijual secara meluas kat M'sia...kawan-kawan aku semua dok pakat beli , persoalannya, perlu ke pkai sanggul tuh..? aduhai , ngeri ja aku tengok =.=''

Anonymous said...

yg tak cium bau syurga ni org yg buat sanggul tinggi kan? ianya merujuk kepada mana ye.. yg pakai tudung sahaja ke? sy tgk dlm artikel ini lbh condemn org yg pakai tudung... tq!

Zara_Chaiz said...

Salam..sebenarnya artikel nie skadar memberikan pandangan..kerana bila dilihat balik pemakaian tudung adalah untuk menutup aurat kita sebagai muslimah@perempuan@wanita@gadis..jadi walaupn bersanggul tinggi tu "fesyen" tapi jika ianya tidak melambangkan penutupan aurat yg sempurna bukankan ptt dihalang..bukan meng"condemn"kn org yg bertudung tetapi menjadi TANGGUNGJAWAB sesama islam untuk saling menegur agar mampu menuju kesempurnaan dalam menutup aurat..