Pages

Thursday, July 15, 2010

Top 10 Wrong Pele Predictions

Hebat di padang tetapi kurang arif di luar padang. Inilah yang terjadi kepada bintang lagenda Brazil sepanjang zaman, Pele. Pemain lagenda dunia yang berasal dari negara Brazil. Beliau membantu Brazil menjulang Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Walaupun beliau hebat di padang, tidak semestinya dia hebat segalanya berkenaan bola sepak.


Ini antara 10 ramalan Pele yang langsung tidak tepat dan berlawanan dengan apa yang diramalnya.

10. China (2002)

Pele : China akan melepasi peringkat kumpulan pada Kempen Piala Dunia 2002.

Outcome : China tidak menang,tidak seri,tidak memperoleh mata lansung dalam Kumpulan C.


9. Sepanyol (1998)

Pele : Sepanyol akan menjadi pasukan favourite di Piala Dunia France 1998.

Outcome : Sepanyol dimalukan apabila kalah pada peringkat kumpulan dengan Nigeria dan seri dengan Paraguay.


8. Colombia akan menyerlah di Amerika Syarikat

Pele : Colombia akan menjulang Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

Outcome : Colombia terkeluar pada pusingan pertama dan menduduki posisi tercorot dalam kumpulan. Pemain pertahanan Andres Escobar mati ditembak oleh penyokong fanatik mereka yang marah di atas kesilapannya yang mengakibatkan kekalahan Colombia.


7. Argentina dan France di Piala Dunia 2002

Pele : Argentina dan France akan bertemu di final.

Outcome : Kedua-duanya terkeluar pada pusingan pertama. France langsung tidak menjaringkan sebarang gol.


6. Meramal diri sendiri tidak akan sembuh

Pele : Pele mengalami kecederaan dalam pertemuan dengan Kumpulan Nazi. Dia menjangkakan tidak akan dapat bermain dan Allies akan kalah 4-0, dan Pele tidak akan sembuh dari kecederaan.

Outcome : Pele kembali pada separuh masa kedua dan memberi inspirasi kepada pasukannya dan memberikan kemenangan. Pele juga menjaringkan gol dengan aksi akrobatik. Hasilnya, jangkaannya tetap salah.


5. Karier Ronaldo akan berakhir

Pele : Ronaldo tidak akan bermain bola lagi. Kariernya akan musnah akibat kecederaan yang serius di Milan pada Februari 2008.

Outcomes : Ronaldo kembali pada Mac 2009 ke Corinthians. Menjaringkan 10 gol dalam 14 perlawanan pertama untuk memenangi Campeonato Paulista.


4. Nii Lamptey - "The New Pele"

Pele : Selepas beraksi cemerlang pada Under-17 World Cup 1991, pemain Ghana, Lamptey akan menjadi "The New Pele".

Outcome : Lamptey tidak berjaya menunjukkan bakatnya,dan mengatakan dia telah disumpah. Menyertai pelbagai kelab seperti PSV, Conventry, Aston Villa, Venezia dan Angkaragucu, dan tetap tidak berjaya langsung. Malang baginya, 2 orang anaknya meninggal dunia.


3. Nicky Bramby- setaraf Zidane, Maldini dan Ronaldo

Pele : Nicky Bramby akan menjadi bintang bertaraf dunia.

Outcome : Nicky Bramby sekadar pemain di taraf yang biasa. Hanya mengecapi 23 caps bersama England dan tidak pernah menyertai World Cup.


2. Afrika akan menjulang Piala Dunia

Pele : African Nation akan menang Piala Dunia sebelum tahun 2000.

Outcome : Sekarang 2010, negara African tidak pernah melepasi quater final.


1. Brazil-World Cup 2002

Pele : Brazil tidak akan melepasi peringkat kumpulan.

Outcome : Brazil menjulang Piala Dunia 2002.



Semua jangkaan Pele menjadi sebaliknya..haha.. kalau dia kata Malaysia tidak akan masuk World Cup pada Piala Dunia 2014, Malaysia masuk tak?

Pele : Malaysia will not join World Cup 2014.

Outcome : Malaysia make history for joining World Cup 2014 for the 1st time!! hahaha...


Moral : Jangan berlagak terer macam kita terer segalanya.. :D

*credit to Yahoo Sports

0 360 juta komen: