Pages

Monday, July 12, 2010

Spain is the King of the World!


ViVA eSPANA! Akhirnya Sepanyol dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia 2010. Tidak sia-sia ketaksuban aku terhadap SPAIN sejak dari awal World Cup ternyata membuahkan hasil dan tidak memalukan.. haha.. Walaupun ramai yang mengutuk kekalahan Spain pada perlawanan pembukaan, aku masih setia dan yakin yang Spain akan tetap jadi Juara tahun nie. Tepat ramalanku! Setepat ramalan Paul Si Sotong Kurita! haha..


Final semalam memang dramatik. Referee sangat pemurah. 11 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan dalam perlawanan tersebut. Perlawanan terpaksa berganjak ke masa tambahan. Andres Iniesta menjadi wira apabila menyumbat gol kemenangan Sepanyol pada minit ke-116. Lagi 4 minit sebelum wisel penamat. Lepas tu, menangis tak berlagu la Belanda. haha..


Kepada fans belanda dan lalang-lalang yang mengharapkan kekalahan Spain, anda memang LOSERS! haha.. Hajat korang nak tengok Spain aku kalah tak kesampaian. Aku secara automatik tak kena bahan kt facebook. Sangat kasihan kat makhluk-makhluk yang terdesak nak provok aku. Senyap je diorang. Mesti frust tahap Gaban! tu laa.. dengki sangat kt SPAIN aku.. hahaha... Puas hati aku! BOOOoooo~~


SPAIN memang terbaek ah! Dapat jugak jadi Juara buat kali pertama. From the Champions of Europe to the Champions of the World! Congrats!
La Furia Roja!

0 360 juta komen: