Pages

Sunday, July 11, 2010

Sepanyol atau Belanda?


Demam World Cup 2010 dah sampai kemuncaknya. Malam ni akan berlangsungnya final di antara Sepanyol vs Belanda. Dua pasukan yang belum pernah menjulang gelaran Piala Dunia. Belanda pernah 2 kali layak ke final, tapi dua2 kantoi. Sepanyol plak 1st time layak ke final. apa yang pasti, Juara Dunia yang baru akan ditabalkan awal pagi nanti.

Awal pagi nanti juga akan jadi penentu siapakah yg bakal memenangi anugerah Golden Boot sebagai penjaring terbanyak kejohanan? Adakah David Villa atau Wesley Sneijder? Setakat ni diorang berkongsi kedudukan sebagai pendahulu penjaring terbanyak dengan 5 gol bersama2 Thomas Muller dan Diego Forlan. Muller dan Forlan sudah tidak mampu untuk menambah jaringan lagi coz perlawanan diorang dah tamat. Sekarang perebutan bakal ditentukan di antara Villa dan Sniejder. Siapa yg bakal menyerlah ketika final nanti?

Final kali ini juga akan menyaksikan pertembungan di antara 2 haiwan yang kononnya dapat meramal keputusan perlawanan dengan tepat. Paul the Octopus vs Mani the Parrot. Setakat ini suma ramalan si Sotong mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Tepat semuanya termasuk perlawanan semalam di antara Jerman dan Uruguay yang dimenangi oleh Jerman. Final kali ini Si Sotong pilih Sepanyol, Si Burung plak pilih Belanda. Siapa akan menang? Sotong atau Burung?


Apa yang pasti, salah satu penyokong akan bergembira dan satu lagi akan frust menonggeng sebentar lagi. Termasuklah 'fans lalang' yang sememangnya dengki kat Spain aku dan menunggu saat nk attack aku kalo Spain kalah. Sapa kalah, kena bahan! Kalo aku kalah, memang teruk la aku kena bahan kat FB aku! haha.. Setakat hari ini hajat diorang masih tak kesampaian. What a desperate LOSERS! haha..
ViVA eSPANA! La Furia Roja!!!

0 360 juta komen: